Kampung Perdamaian Sukhirin - Kini Dan Silam (Paparan Semula)


Khamis, 2009 Julai 30

Ibu Zaleha - Ketua AWAS Lubuk Kawah



Ibu Zaleha Mat Roni adalah serikandi terpuji puteri Sungai Pahang yang rela bergalang tanah demi kemerdekaan tanah air. Dengan mendapat pengaruh patriotisme dari datuknya yang menjadi angkatan perang Datok Bahaman, Ibu Zaleha membenci penjajah British sejak kecil lagi. Begitu gerakan kemerdekaan berkobar di Temerloh selepas kekalahan Jepun, beliau lantas menyertai AWAS (Angkatan Wanita Sedar) - pertubuhan wanita Melayu yang pertama memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Beliau telah diberi kepercayaan memimpin AWAS Cawangan Lubuk Kawah sehinggalah pertubuhan itu diharamkan pada tahun 1948. Berikut adalah profail ringkas Ibu Zaleha Mat Roni.
  • Nama: Zaleha binti Mat Roni (1924 – 2004) atau nama samarannya Rosmah@ Wan, dilahirkan di Kampung Bangau Tanjung, Mukim Bangau, Daerah Temerloh, Negeri Pahang.
  • Pendidikan: Lulus darjah 4 Sekolah Melayu Bangau. Belajar agama dengan guru agama kampung.
  • Datuknya Mat Ali (sebelah ibu) pejuang angkatan perang Bahaman, selalu menceritakan kisah perang tersebut kepadanya. Semangat patriotisme dan bencikan penjajah mula berputik di benaknya sejak dari kecil.
  • 1940, pindah ke Kampung Lubuk Kawah. Pengaruh patriotisme anti penjajah lebih diperdalam lagi dengan gerakan PKMM, PKM, API, AWAS, Barisan Tani Malaya dan lain-lain yang berkembang pesat di Temerloh.
  • Tahun 1946 menjadi anggota AWAS, dipilih menjadi Ketua Cawangan Lubuk Kawah hingga AWAS diharamkan pada tahun 1948. Di sekolah API Lubuk Kawah ada kelas politik yang memperkenalkan imperializem, kapitalizem, sosializem, komunizem dan lain-lain. Guru yang mengajar ialah Kamarulzaman Teh dan Pak Da Hamid.
  • AWAS Cawangan Lubuk Kawah:
Ketua – Zaleha Mat Roni
Pembantu Ketua – Mak Ngah Minah (merangkap bahagian propaganda)
Setiausaha – Zaharah
Bendahari – Zawiah binti Hj Ibrahim
Ahli Jawatankuasa – Siti, Rahmah.
Semasa AWAS didirikan anggotanya seramai 15 orang saja. Tapi menjelang darurat anggotanya bertambah sampai 100 orang.
  • Oktober 1947, hadir kongres AWAS di Kajang, Selangor. Pahang menghantar 7 orang wakil.
  • Jun 1948 darurat diisytiharkan, beliau ditugaskan menyusun massa dan membantu pasukan gerila di kampung. Walaupun AWAS sudah diharamkan, beliau masih meneruskan perjuangan AWAS dengan menubuhkan cawangan AWAS di kampung-kampung, menerangkan soal kemerdekaan dan membela nasib wanita.
  • 1949 penjajah mahu menangkapnya, beliau menyertai Rejimen Ke-10 bertugas menyusun massa. Lebih 50 anggota AWAS Kampung Lubuk Kawah menyertai perjuangan bersenjata.
  • Disember 1949, pertempuran di Jerangsang antara 300 orang Rejimen Ke-10 dan Kompeni Ke-26 Rejimen Ke-6 dengan 1 batalion askar Gurkha. Beliau ditugaskan mengundurkan barang-barang dengan selamat.
  • 1951 ikut bersama rombongan Abdullah C.D. ke Bentong mesyuarat dengan Chen Ping dan bertemu Rashid Maidin yang baru lepas dari tahanan penjajah.
  • 1953 menyertai pasukan Hang Jebat berpindah ke kawasan sempadan, ditugaskan sebagai Ketua Seksyen Wanita.
  • Di sempadan ditugaskan menyusun massa. Massa sangat menghormati dan menggelarnya Mak Bidan kerana berjaya menyelamatkan ibu yang mendapat masalah ketika bersalin dan perkhidmatan perubatan lain kepada massa.
  • 1960 mendirikan rumah tangga dengan Sukur Ismail.
  • 1968 – 76 ikut serta dalam 3 kali pasukan penggempur Rejimen Ke-10 beroperasi di Ulu Kelantan, bertugas menyusun massa berbagai kaum termasuk massa Orang Asli. Beliau sentiasa memberikan perkhidmatan perubatan percuma kepada Orang Asli.
  • 1977 - 89 – ikut serta memimpin Kompeni Ke-22 Rejimen Ke-10, dilantik sebagai Ketua Kompeni.
  • 25 September 2004 meninggal dunia dalam usia 80 tahun kerana sakit tua. Jenazah beliau disemadikan di tanah perkuburan Kampung Perdamaian Sukhirin.
Dicatat oleh M.A. di Khamis, Julai 30, 2009

7 ulasan:

POKTEHZUL berkata...
Begitu banyak sekali srikandi dari sungai pahang yang belum saya kenali. Harap Pak Amin paparkan lebih banyak lagi cerita dan biografi mereka. Mereka benar benar ratu rimba malaya.
Herman berkata...
Aku kagum dengan keperwiraan pahlawan dan serikandi Rejimen Ke-10 seperti Ibu Zaleha.

Kami generasi baru akan mengenang 31 Ogos sebagai penghormatan jasa-jasa besar para pahlawan dan serikandi rakyat. Begitu besarnya jasa mu demi kemerdekaan tanah air.
Aman berkata...
Assalamualaikum Pak Amin...

Mungkin Pak Amin dapat kemukakan lebih ramai lagi anggota yng pernah berjuang bersama Pak Amin. Daripada catatan blog nampaknya ramai anak Pahang yang terlibat...
Kekacang berkata...
Temerloh, bukannya Bandar Ikan Patin. Tetapi bandar Sejarah Perjuangan Bangsa.
Tanpa Nama berkata...
Jasa pejuang sentiasa dikenang

Sungai Pahang bukan saja sungai terbesar di negara kita,
tetapi juga sungai yang mencambahkan benih antipenjajah.

Rejimen Ke-10 yang lahir di Temerloh adalah penyambung perjuangan Datok Bahaman.

Dol
Tanpa Nama berkata...
Saya gembira membaca maklumat di atas. Ketika saya membuat kajian di Temerloh pada tahun 1981-82, nama Zaleha hampir tidak disebut oleh penduduk tempatan, mungkin kerana dia telah berpindah ke Thailand dan dilupakan. Sebab itu namanya tidak saya masukkan sebagai pemimpin AWAS Lubuk Kawah dalam buku saya "Paya Jejawi".

el.salleh
Tanpa Nama berkata...
TAHUN INI KITA MENYAMBUT KEMERDEKAAN BERSAMA REGMEN KE10...MERDEKA BERSAMA REGMEN KE10...!!!



Selasa, 2009 Julai 28
Rumah Terbuka Gerakbudaya- 8 Ogos 2009– Merayakan Kemerdekaan
Ingin mengetahui lebih banyak versi lain sejarah? Sila berkunjung ke:
http://www.gerakbudaya.com/2009/07/%E2%80%9D-rumah-terbuka-gerakbudaya-8-ogos-2009%E2%80%93-%E2%80%9Cmerayakan-kemerdekaan%E2%80%9D/
Host: Gerakbudaya
Date: Saturday, August 8, 2009
Time: 9:00am – 11:00 pm
Location: Gerakbudaya Street: 11, Lorong 11/4E 46200 City/Town: Petaling Jaya, Malaysia
Phone: 0193893804 / 03- 795 78342
——————————————————————–

‘Buku Indo & Kiri untuk ‘perjuangan’ & sembang santai’
Aturcara program :
9 pagi - 11 malam : Jualan buku
8 malam - 11 malam : Sembang santai ‘Tiada Kiri, Jangan Harap Malaya Merdeka’

Untuk siri yang pertama, kami memilih buku-buku yang kami import khas dari penerbit-penerbit buku tersohor Indonesia di dalam bidangnya seperti Yayasan Obor, Komunitas Bambu, Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu, Resist Book dan beberapa yang lain sebagai barang dagangan yang akan dijual dengan harga istimewa, juga buku-buku bernuansa kiri.

Selain daripada itu, kami juga akan memberikan diskaun istimewa untuk buku-buku baru yang tidak akan diperoleh pada waktu-waktu biasa melainkan pada hari acara ini berlangsung.

Meneruskan tradisi, judul-judul buku tertentu akan diberi secara percuma untuk tetamu yang hadir.

Acara Sembang Santai:
Tajuk: Tiada kiri, jangan harap Malaya Merdeka’
Masa : 8 malam – 11 malam

Sudah menjadi kelaziman sang pemerintah berkuasa di mana-mana untuk menulis sejarah mengikut versi mereka dan meminimalkan atau menidakkan sama sekali sumbangan pihak yang lain. Malaysia juga tidak terkecuali dengan buku teks rasmi sekolah yang secara terancang menghitamkan segala yang berkaitan dengan gerakan kiri, apatah lagi komunis.

Bersempena dengan bulan kemerdekaan negara, kami dengan rasa hormatnya menjemput anda semua untuk hadir berdikusi tentang sumbangan gerakan kiri di dalam proses mendapat kemerdekaan negara bersama dua panelis yang kita jemput khas iaitu;

1) Saudara Hishamuddin Rais – NGI &, pengarang buku “Pilihan Raya atau Pilihan Jalan Raya”, “Keganasan, Penipuan & Internet” & bekas aktivis mahasiswa tahun 70 an

2) Saudara Lee Ban Chen – kolumnis di Malaysiakini & bekas aktivis kesatuan sekerja & parti buruh tahun 60 an

Sila hadir beramai-ramai, hidangan nasi lemak yang enak juga akan disediakan khas untuk tetamu yang datang. Terima kasih.

Tentang Rumah Terbuka Gerakbudaya

Rumah Terbuka Gerakbudaya merupakan satu hari di mana kami akan mengadakan jualan istimewa dengan pemberian diskaun pada harga buku-buku yang kami terbit dan edarkan. Kami merancang untuk mengadakan siri rumah terbuka tiga (3) kali setahun dan diakhiri dengan acara yang bersifat tahunan iaitu Jualan Akhir Tahun.

Kami akan memilih tema-tema khas mengikut subjek buku yang kami tawarkan untuk setiap rumah terbuka yang dianjurkan, seperti contoh buku politik, buku Indonesia, buku Islam dan sebagainya.

Selain daripada itu, kami juga akan menganjurkan sembang santai untuk berwacana hal-hal tertentu yang menjadi bahagian dari Gerakbudaya.

Segala pertanyaan sila emel ke sird@streamyx.com atau hubungi Zulhabri di 019-389 3804 atau 03- 795 78342
GB Gerkabudaya

Dicatat oleh M.A. di Selasa, Julai 28, 2009
Label: buku
2 ulasan:
Izwan berkata...
Jumpa nanti!!!
SEKADAR BERTANYA berkata...
PERLU ADA PERMIT POLIS???


Isnin, 2009 Julai 27
Pohon Ampun Maaf
Assalamualaikum,
dan salam sejahtera,

Para pembaca yang budiman,

Berita yang disiarkan pada 17 Julai 2009 yang menyebut ”Pada 15 Julai 2009, seorang putera terbaik Sungai Pahang telah pulang kerahmatullah. Beliau adalah Ahmad bin Taha…..” adalah tidak benar. Saya, Mat Amin yang mengelola blog ini bertanggungjawab sepenuhnya di atas kesilapan tersebut. Berhubung dengan masalah ini, ingin saya nyatakan perasaan saya sebagai berikut:

1. Berdasarkan Ulasan dari Saudara MENANTU BUNTUT PULAU, saya telah meminta bantuan sahabat-sahabat menyiasat semula perkara ini. Jawapan terbaru yang diterima ialah Pak Ahmad Taha @ Remaja masih hidup.

2. Saya menyatakan penyesalan yang amat sangat kerana menyiarkan berita secara tidak bertanggungjawab. Semoga ia menjadi pengajaran penting dalam hidup saya.

3. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Saudara MENANTU BUNTUT PULAU yang sudi memberikan ulasan sebagai tanggungjawab memperbetulkan kesalahan di blog ini.

4. Saya memohon ampun maaf kepada para pembaca sekalian termasuk kepada pengelola laman web yang telah membuat pautan kepada blog ini atau yang turut menyiarkan berita tersebut.

5. Amat gembira kerana Pak Ahmad Taha, hidup dan mendoakan supaya beliau sentiasa dikurniakan sihat walafiat.

Wassalam

Mat Amin
Dicatat oleh M.A. di Isnin, Julai 27, 2009
Label: alfatihah
3 ulasan:
POKTEHZUL berkata...
Abis tu siapa yang meninggal sebenarnya pak amin?? Adakah yang meninggal itu juga bekas anggota rejimen ke 10??
POKTEHZUL berkata...
Salam pak amin. saya dah link kan blog pak amin dengan blog saya www.youthstrikeback.blogspot.com terima kasih kerana melawat blog saya.
M.A. berkata...
Salam Pokteh Zul,

1. terima kasih kerana sudah link blog ini dengan blog saudara.
2. Saya telah melawat blog saudara - syabas diucapkan
3. Perhubungan kawan-kawan di Kampung Perdamaian Sukhirin dengan kawan-kawan yang balik ke Malaysia tidak begitu lancar. Berita terbaru yang saya terima hanya menyebutkan "Ahmad Taha masih hidup". Itu saja.
Walau bagaimanapun, saya mendapat berita bahawa seorang telah menjadi wakil Kampung Perdamaian Sukhirin melawat keluarga si mati.
(sila rujuk ulasan saudara tanpa nama @ Menantu Buntut Pulau)


Jumaat, 2009 Julai 24

Rakan Seperjuangan Bertahlil Untuk Arwah Ahmad Taha

Pemergian Allahyarham Ahmad Taha merupakan berita yang sedih bagi rakan seperjuagan di Kampung Perdamaian Sukhirin. Mereka beramai-ramai mengadakan majlis tahlil dan memanjatkan doa ke hadrat Allah Taala semoga roh Allahyarham diletakkan di kalangan orang-orang yang solih.

Ketika mengenang masa silam, rakan seperjuangan di Sukhirin menyebut bahawa Allahyarham adalah antara putera puteri terpuji Sungai Pahang yang bangun memanggul senjata berjuang demi menghalau penjajah dari bumi tanah air apabila penjajah British melakukan penindasan menyeluruh ke atas gerakan kemerdekaan pada tahun 1948.

"Allahyarham adalah antara pejuang yang teguh mempertahankan perjuangan, walau dalam keadaan apapun tak pernah tunduk pada rintangan. Di masa revolusi mengalami kekandasan, Allahyarham bersama-sama rakan seperjuangan yang lain sama-sama merasai ketiadaan makanan, setahun tak menjamah nasi dan lain-lain. Semua ujian itu telah di harungi dengan semangat perjuangan yang teguh membaja."

Berikut adalah gambar-gambar yang dirakam ketika rakan seperjuangan sedang bertahlil dan berdoa untuk arwah Ahmad Taha di Masjid Darul Aman, Kampung Perdamaian Sukhirin.





Nota: Sila rujuk:
Pohon Ampun Maaf
http://matamin.blogspot.com/2009/07/pohon-ampun-maaf.html
Dicatat oleh M.A. di Jumaat, Julai 24, 2009
5 ulasan:
Putera Gunung Tebu berkata...
Anak-anak (termasuk yang dah tua) yang dilahirkan melalui sistem pendidikan kebangsaan akan menggambarkan komunis dan bekas komunis sebagai bengis, jahat dan tiada agama. Inilah yang menjadi pegangan mereka hasil usaha media dan sistem pendidikan warisan penjajah.

Harap sekelumit gambar-gambar yang disiar oleh Mat Amin ini mengetuk sedikit minda rakyat.

Dengan penyelidikan yang panjang, saya tidak berminat kepada ideologi komunis. Namun saya sangat kagum kepada perjuangan golongan kiri dalam memerdekakan negara daripada penjajah British dan tali barut penjajah. Selain Hizbul Muslimin, KMM, PKMM, API, AWAS, PETA dan lain-lain, saya sangat mengagumi perjuangan dan pengorbanan anggota2 Rejimen Ke-10 PKM yang diasaskan di Kerdau, Temerloh.
Sosialis Hijau berkata...
saya sedang merancangkan satu forum yang berkisarkan tentang idiologi sosialisme/komunisme dan Islam. InsyaAllah akan membariskan wakil dari Ulama PAS, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan seorang lagi.... jika ada wakil bekas ahli PKM adalah lebih bagus... saya dah maklumkan perkara ini secara lisan kepada pengerusi PSM Dr Nasir dan bendhari Pas Pusat Dr Hatta Ramli dan mereka menyokong cadangan ini..

Kekeliruan tentang isme -isme perlu di rongkaikan. Tuduhan sesat perlu di jawab secara berdepan.
Tanpa Nama berkata...
Assalamualaikum,

Saudara Mat Amin,

Baharu-baharu ini saya berkesempatan balik ke kampung mertua saya di Buntut Pulau, Temerloh.Untuk pengetahuan saudara, di belakang rumah mertua saya tinggal seorang bekas pejuang seangkatan saudara (saya memanggilnya Aki Teh).

Saya bertanya kepada mertua saya berkenaan pemergian Ahmad bin Taha,tetapi menurutnya Ahmad bin Taha @ Aki Teh masih lagi hidup. Yang meninggal tempohari adalah bekas pejuang yang turut tinggal di Buntut Pulau yang juga dikenali dengan nama Ahmad/Mohammad.Foto yang diberikan juga adalah seiras dengan Aki Teh yang masih hidup.

Mohon untuk kepastian daripada saudara dan menurut mertua saya lagi salah seorang(saya tak pasti) daripada mereka dikenali dengan nama Mat Rimau.

menantu buntut pulau
M.A. berkata...
Salam,

Terima kasih maklumat dari MENANTU BUNTUT PULAU. Saya memandang serius masalah ini. Kini sedang menghubungi pihak-pihak yang terbabit untuk pengesahan sekali lagi. Apapun jawapannya, akan saya paparkan di sini. Insya-Allah

M.A.
selimut putih berkata...
Untuk makluman Sosialis Hijau, antara bekas "tokoh besar" PKM yang ada di Malaysia sekarang dan mungkin boleh menjadi ahli panel forum itu ialah Ibrahim Chik (Beliau tinggal di Temerloh). Cuma beliau sukar berkomunikasi kerana menghadapi "masalah pendengaran".
2009 Julai 27 11:42


Selasa, 2009 Julai 21

BARU TERBIT : MEMOIR ABDULLAH C.D. BAHAGIAN KETIGA

Memoir Abdullah C.D. (Bahagian Ketiga): Perjuangan di Sempadan dan Penamatan Terhormat ISBN: 9789833782802 Author: Abdullah C.D. Publisher: SIRD Year: 2009 No of Pages: 407 Product ID: 436
“Di masa silam, kawasan sempadan yang merupakan kawasan strategik perang gerila pernah menjadi sandaran belakang perang-perang patriotik anti-British seperti Perang Bahaman di Pahang (1891-1895), Perang Tok Janggut di Kelantan (1915) dan Perang Haji Abdul Rahman di Terengganu (1928). Rakyat kedua-dua belah perbatasan tersebut adalah dari ras dan rumpun yang sama iaitu rumpun Melayu. Datok Bahaman dan beberapa pemimpin perang itu bersemadi di negera jiran tersebut.” “Perjuangan di kawasan sempadan telah menempa pasukan Rejimen Ke-10 menjadi sebuah pasukan yang benar-benar teguh dan tabah memperjuangkan cita-cita kemerdekaan. Di akhir tahun 1950-an hingga awal 1960-an, pasukan bersenjata TPNM di kawasan sempadan dilanda awan mendung kecenderungan memberhentikan perjuangan bersenjata. Akan tetapi kerana asas perjuangan dan sokongan massa rakyat kawasan sempadan yang begitu mengkagumkan terhadap Rejimen Ke-10, kecenderungan negatif tersebut telah disanggah dengan semangat yang tinggi oleh para kader dan perajurit Rejimen Ke-10 sehingga pasukan pahlawan ini muncul sebagai pemegang panji perjuangan yang paling teguh….” “Pada 2 Disember 1989, sekali lagi kawasan sempadan telah menciptakan satu sejarah, sejarah perdamaian besar yang menamatkan konflik bersenjata peninggalan penjajahan British yang bermula dari Jun 1948. Terciptanya perdamaian tersebut telah membawa keamanan dan perdamaian untuk Malaysia dan kawasan sempadan Thailand - Malaysia.” Price: MYR 38.00 Untuk keterangan lanjut, klik tajuk ini: Memoir Abdullah C.D. (Bahagian Ketiga): Perjuangan di Sempadan dan Penamatan Terhormat
http://www.gerakbudaya.com/products-page/sird-titles/memoir-abdullah-cd-bahagian-ketiga-perjuangan-di-sempadan-dan-penamatan-terhormat/

Dicatat oleh M.A. di Selasa, Julai 21, 2009

1 ulasan:

Suara Siswa berkata...
Salam, Alangkah bangganya jika belia2 malaysia tinggi dengan semangat patriotik dan tahu akan sejarah dan perjuangan wira2 bangsa satu ketika dahulu.. http://mysuarasiswa.blogspot.com/

Catatan: Berita pemergian tentang Ahmad Taha ini tersalah lapor. - Kini Dan Silam)

Jumaat, 2009 Julai 17
PERGINYA SEORANG PUTERA TERBAIK SUNGAI PAHANG

Alfatihah…..

Pada 15 Julai 2009, seorang putera terbaik Sungai Pahang telah pulang kerahmatullah. Beliau adalah Ahmad bin Taha, bekas kader Rejimen Ke-10 TRM. Rakan seperjuagan di Kampung Perdamaian Sukhirin berdoa semoga Allah menempatkan Allahyarham di kalangan orang-orang yang soleh. – Amin

Allahyarham Ahmad Taha atau nama samarannya Remaja, dilahirkan pada bulan November 1926 di Kampung Buntut Pulau, Mukim Perak, Daerah Temerloh, Pahang, menerima pelajaran sehingga darjah 6 sekolah Melayu.

Selepas Perang Dunia Kedua, beliau menyertai API, kemudian PETA. Beliau berkhidmat dalam rombongan bangsawan sebagai palakon, mempersembahkan drama, opera dan lain-lain untuk membangkitkan semangat kemerdekaan di bawah pimpinan Kamarulzaman Teh. Beliau pernah ikut serta dalam rombongan mendamaikan pergaduhan bangsa-bangsa di Bentong.

Beliau menjadi perhatian penjajah British kerana menyertai perjuangan untuk kemerdekaan tanah air. Setelah penjajah British mengisytiharkan Undang-undang Darurat pada bulan Jun 1948, rumahnya diserbu polis, tapi beliau telah berpindah ke hutan belukar. Pada bulan Oktober 1948, barulah beliau dapat berhubung dan menyertai Rejimen Ke-10. 1948 - 1953 pernah bertempur belasan kali dengan askar komanwel British.

Pada tahun 1953 – 1954, beliau ikut serta dalam perpindahan strategik Rejimen Ke-10 ke kawasan sempadan, ditugaskan menyusun massa. Pada tahun 1977 beliau berkhidmat di Kompeni Ke-22 Rejimen Ke-10 dan pada tahun 1984 berkhidmat di Platun Ke-12.

Selepas penandatanganan perjanjian damai Haadyai, beliau pulang ke kampung halamannya di Buntut Pulau.

Ahmad bin Taha…..
Kau adalah pahlawan rakyat yang sejati!
Hidupmu berjasa, matimu mulia!



Nota: Sila rujuk: Pohon Ampun Maaf

http://matamin.blogspot.com/2009/07/pohon-ampun-maaf.html

Dicatat oleh M.A. di Jumaat, Julai 17, 2009


11 ulasan:

md jali berkata...
Al-Fatihah!Semoga Allahcucuri rahmat atsa rohnya!

Tanpa Nama berkata...
Alfatihah buat pejuang kemerdekaan Ahmad Taha.
Kami generasi baru berbangga dengan semangat kepahlawananmu. Kau pahlawan rakyat tulen, pewaris perjuangan Datok Bahaman!

Abadilah pahlawan rakyat!

Dol
Pakwar berkata...
alfatihah

Tanpa Nama berkata...
Alfatihah buat semua pejuang kemerdekaan yang telah gugur

Man
YANG GAMBI berkata...
Salam,

Al Fatihah ..........
Herman berkata...
Alfatihah....

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya!

Man

Tanpa Nama berkata...
YANG GAMBI,syukurlah kalau kau ikhlas..... aku dah tengok blog kau yang anti komunis dengan tak beralasan tu.semuga alfatihah kau tu diterima Allah s.w.t........

Tanpa Nama berkata...
Al-Fatihah.

blog yang gambi pedooh melampau, dah la xde point apepun..layout mcm budak kecik..hampas.tuko je la nama "yang hampas".
POKTEHZUL berkata...
Al-Fatihah.. dan takziah untuk keluarga pakcik ahmad.. Apa khabar agaknya pakcik IBRAHIM CHIK??
Kekacang berkata...
Alfatihah.
Tanpa Nama berkata...
Al -fatihah...

Anak Bentong
2009 Julai 20 11:22


Khamis, 2009 Julai 16

MENCARI MAKNA SEJARAH


sumbangan artikel dari Saudara Panji Darman


Hegemoni imperialis British terhadap Malaya, bukan sahaja telah merantai kebebasan dan memunggah kekayaan kita keluar demi melampias kuasa empayar yang berpusat di London, malah ia juga telah meragut kebenaran sejarah dan warisan perjuangan kemerdekaan kita yang sebenar. Rentetan-rentetannya terputus-putus, penuh dakyah dan memihak kepada penjajah seolah-olah merekalah dewa penyelamat.

Kebengkokan ini diwarisi terus dari satu generasi ke satu generasi. Minda rakyat terus dibelenggu, tampak seolah-olah mereka masih dijajah. Justeru kerana sejarah yang bengkok ini, tidak hairanlah sekiranya masih terdapat segelintir pemimpin Melayu yang masih menjadikan mereka dewa pujaan seperti apa yang dilaporkan di dalam surat khabar tempatan tentang seorang pegawai daerah “haprak” yang mencadangkan agar didirikan satu papan tanda bagi memperingati, Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya, Sir Henry Gurney, yang ditembak oleh Tentera Pembebasan Nasional (TPN) di Bukit Fraser pada 6 Oktober 1951.

Henry Gurney adalah seorang Think Tank dan pakar strategi pecah-perintah, utusan Queen yang dihantar ke Palestin bagi menyelesaikan isu Palestin dan Israel pada tahun 1946. Beliaulah orang yang bertanggungjawab memecahkan Palestin dan mewujudkan Negara Israel. Dari buah fikirannyalah kita dapat manjamah hingga ke hari ini, Palestin hidup dalam ancaman Zionis serta lebih setengah abad dalam peperangan dan penindasan yang tidak berkesudahan.


KUALA KUBU BHARU, 21 Jun (Bernama) -- Dalam beratus-ratus kenderaan yang melalui Jalan Kuala Kubu Bharu untuk ke pusat peranginan Bukit Fraser setiap hari, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa salah satu selekoh di jalan itu pernah menjadi saksi kepada satu peristiwa berdarah yang menggegarkan negara. Bagi mengajak orang ramai dan pelancong luar mengimbau semula peristiwa pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor mengambil inisiatif meletakkan sebuah papan tanda di lokasi berlaku tragedi berdarah di selekoh itu. Pegawai Daerahnya Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata perletakan papan tanda itu dibuat supaya orang ramai yang melalui jalan itu dapat memperingati dan mengimbau semula peristiwa hitam itu. (Bernama.com).

Satu lagi peristiwa penting dalam sejarah Malaysia iaitu Rundingan Baling di antara Tunku dan Chen Ping pada tahun 1955. Rundingan ini bukan sahaja berat sebelah dengan syarat-syarat yang tidak menasabah terhadap MCP, malah ianya adalah satu skima rundingan demi kepentingan dan hegemoni British seterusnya. Kehadiran David Marshall mengiringi Tunku adalah demi memastikan agar rundingan ini gagal dan peperangan terhadap TPN diteruskan. Kegagalan ini dapat memberi ruang kepada propaganda British untuk melebel MCP sebagai pengganas, kepala batu dan golongan yang sukakan peperangan. Skima ini juga telah memperuntukan ruang masa yang cukup kepada British untuk terus memperkukuhkan strategi penguasaannya terhadap mobiliti sumber ekonomi Malaya dengan memperalatkan golongan bourgeoisie tempatan pula demi kelangsungan cengkamannya terhadap bumi ini. Sekian lama masa berlalu; Kata Stalin, bahawa sejarah di tulis oleh tangan orang yang menang, tetapi dalam konteks ini sejarah Malaysia telah ditulis oleh tangan golongan oportunis Pro-British yang telah dirasuk oleh faham kebendaan. Tidaklah menghairankan sekiranya para pemimpin hari ini tidak mempunyai integriti untuk membela rakyat miskin yang mengharapkan pembelaan.

Kepada orang yang ingin menelusuri rentetan perjuangan kemerdekaan tentu sekali Terasatimbul pelbagai pertanyaan yang begitu banyak tidak terjawab. Mengikuti sebuah buku yang di tulis oleh Tunku sendiri ”The Road to Independence” (1988), terasa hidangannya begitu hambar dan kosong. Ia menceritakan bahawa kemerdekaan ini dicapai hanya dengan air liur dan tinta pemimpin-pemimpin seperti Tunku, Tan Cheng Lock dan kawan-kawannya. Memahami betapa dalam dan berbisanya cengkaman British di bumi Malaya ini, maka timbul lagi persoalan apakah kuasa imperialis ini telah membebaskan Malaya yang kaya raya ini dengan begitu mudah sekali. Orang putih memang bijak menyembunyi kelicikan tindakannya di bawah kulitnya yang cerah dan bahasanya yang lunak. Sesekali mereka memperlihatkan diri sebagai sebuah bangsa yang berilmu dan bertamadun tinggi. Mereka tampak lebih menyayangi monyet dan orang utan serta sangat prihatin terhadap unggas lain di rimba seolah-olah mereka adalah golongan yang penyayang, bertanggungjawab dan bertamadun. Kepada monyet dan orang utan mereka melayani dengan baik kononnya menjaga spesis-spesis ini agar terus kekal. Mereka tidak menjajah monyet dan orang hutan kerana spesis ini tidak boleh menoreh getah, melombong bijih, membina jalan keretapi, pelabuhan atau membeli barang keluaran British pada masa itu. Monyet dan orang utan juga tidak boleh dijadikan buruh paksa atau dikutip cukai setiap bulan seperti yang dilakukan terhadap orang-orang Melayu miskin di perkampungan Belum, Gerik pada suatu ketika dulu. Perkampungan itu, kini lenyap dari pandangan dan hilang dari sejarah oleh perbuatan mereka yang telah mengebom dan menghalau keluar penduduknya ketika darurat dulu. Terhadap spesis unggas, mereka persis seperti wakil Tuhan, kononnya memperjuangkan kemanusiaan sejagat. Sebaliknya pula kepada rakyat yang lemah seperti di Malaya, dasar–dasar imperialis yang berpaksi di London telah dipaksakan ke atas mereka, demi mengukuhkan kedudukan sterling menerusi penguasaan terhadap mobiliti sumber ekonomi bagi keperluan industri dan dagangan. Rakyat yang lemah dilihat sebagai sumber yang boleh ditindas untuk membina syurga mereka di London. Sungguhpun begitu, ramai juga pemimpin silam termasuk dari kalangan UMNO sendiri begitu menyedari terhadap fakta sejarah sebenar perjuangan mengusir keluar kuasa imperialis ini. Kuku imperialis yang begitu kuat mencengkam itu, tidak sekali-kali boleh menjadi longlai kerana pujukan dan rundingan. Kuku dan jari ini menjadi menggeletar apabila melihat askar-askarnya bergelimpangan dan darahnya membasahi bumi Malaya setiap hari. Justeru itu, ia terpaksa merencana satu pengunduran yang lebih selamat tanpa mengurbankan misi sebenarnya. Lama sesudah semua peristiwa ini, pada tahun 1999, Universiti National Australia telah menganjurkan sidang dialog bersama Chen Ping, bekas Setia Usaha Agung MCP. Dialog ini kemudiannya disiarkan pada tahun 2004. Semasa ditanya kepada Chen Ping tentang sumbangan MCP dalam sejarah Kemerdekaan Malaya katanya dengan jujur; ” But we didn’t experience defeat in forcing the British to grant independence to Malaya. Without our struggle, I don’t think the British would grant independence to Malaya. Or it will be many years later. According to Sir Rober Thomson, he admitted we at least accelerated the Merdeka for 10 to 15 years” ( Dialog with Chin Peng 2004 page 234-234). Dari perspektif sejarah yang lebih objektif, pengkaji sejarah melihat tentangan dan ancaman gerila, Darurat (1948-1960) yang meningkatkan ketegangan antara Gerila dan Penjajah serta peristiwa Rundingan Baling (1955) adalah antara kronologi penting ke arah memulakan rundingan untuk kemerdekaan. Dalam bahasa lain, pengunduran bagi menyelamatkan maruah kerana tidak lagi sanggup mendepani tentangan yang berterusan dari gerila Tentera Pembebasan Nasional Malaya. Pun begitu, British tidak pernah putus asa untuk meneruskan hegemoni ekonomi dan politiknya menerusi taktik yang lebih licik walaupun negara mencapai kemerdekaan. Dasar pengukuhan sterling oleh British sebenarnya begitu berjaya hingga kini walaupun dasar ini telah dirangka semasa Churchill sekitar 1945 -1955. Dasar Neo-Imperialism yang lebih halus terhadap bekas tanah-tanah jajahannya pula diteruskan tanpa begitu disedari oleh rakyat. Jarum Propaganda yang halus terus tertusuk ke minda menerusi dasar-dasar politik, pendidikan dan ekonomi di negara-negara bekas tanah jajahannya. Mereka terus menikmati hasil titik peluh dari kerja keras rakyat negara ini. Kalau dulu mereka melebelkan komunis sebagai pengganas hari ini mereka mengguna label yang sama juga terhadap orang-orang Islam yang berjuang mempertahankan tanah air mereka dari penindasan. Ironinya, masyarakat kita terus menari mengikut rentak dan irama paluan gendang kaum penjajah yang licik ini kerana minda mereka masih jauh untuk menanggapi makna sejarahnya sebenar.

Dicatat oleh M.A. di Khamis, Julai 16, 2009

Label: penjajah British, sumbangan artikel

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Pak Amin. Kalau boleh, terangkan tentang isi kandungan Perjanjian Baling yang dikatakan berat sebelah tu. Dengar cerita selepas pulang dari rundingan, askar dah tunggu untuk ambush. betul ke?

2009 Julai 17 10:43

Catat Ulasan


Selasa, 2009 Julai 14

CENGKAMAN BRITISH DI MALAYA SELEPAS PDII

_______________________________

sumbangan artikel dari Saudara Panji Darman _______________________________

Dasar Penjajahan British selepas PDII sebenarnya telah dirangka demi memperkukuhkan nilai sterling England yang telah diterima menjadi perantaraan tukaran luar perdagagan antarabangsa ketika itu. Nilai Sterling juga sebenarnya menjadi kayu ukur kuasa beli dan kekayaan kelas bourgeosie-aristokrat yang berpusat di London. Kekayaan negeri ini semakin hari semakin kukuh kerana ekonominya disokong dengan sumber kekayaan dari tanah jajahan dan telah menjadikan kaum bourgeoisie ini merayakan kehidupan mereka seperti di dalam sebuah syurga di kota London sekitar tahun 1945-1955. Gaya hidup mewah ini juga telah memukau dan mempengaruhi kelas bourgeoisie – aristocrat di Malaya. Budaya dan amalan hidup golongan ini semakin menjadi sebati di antara mereka dan ini memudahkan kerjasama antaranya dalam banyak perkara termasuk mengatur soal pentadbiran yang menyangkut kepentingan British. Pada tahun 1940 Pound Sterling telah mendapat status sebagai alat tukaran luar imbangan pembayaran eksport – import hinggalah pada tahun 1958 ia telah diguna di seluruh negeri-negeri di bawah empayar British. Ini telah memudahkan lagi pergantungan dan penindasan seterusnya ke atas tanah jajahan. Pada ketika itu Pound sterling menjadi alat tukaran luar bagi dagangan antarabangsa sama ada antara negeri-negeri empayar British atau yang melibatkan urusan eksport dan import dari Great Britain sendiri. Keadaan ekonomi yang semakin terbuka selepas PDII memudahkan sistem pengeluaran dan dagangan yang bersandarkan mode liberal kapitalis meresap masuk dalam budaya negara jajahan. Sekaligus, keadaan ini juga telah memudahkan British memunggah keluar hasil bumi Malaya dengan lancar. Dengan kuasa yang ada, pertukaran barangan antara kuasa imperialis dengan negari jajahan berlaku di bawah struktur yang tidak seimbang dengan nisbah dagangan (term of trade) yang memihak kepada British dan ini menjadikan Malaya dan Singapura sentiasa mengalami defisit dalam imbangan perdagangannya. Barangan British yang masuk ke Malaya perlu dibayar dengan jumlah tukaran yang lebih besar. Kepada kaum buruh upah yang sangat rendah, di bawah sara hidup dan kerjapaksa dikuatkuasa demi lebihan dan dorongan untung ekonomi pengeluaran kapitalis. Tiada siapapun yang dapat membetulkan keadaan ini kerana kuasa imperialist menguasai sepenuhnya sistem politik dan pentadbiran negari jajahannya. London pada ketika itu menjadi pusat kepada pentadbiran tanah-tanah jajahan dalam semua urusan termasuk soal ketenteraan dan mobiliti sumber-sumber ekonominya. Pada tahun 1944 Perdana Menteri British, Churchill telah mengarahkan Anthony Eden supaya British meneruskan cengkamannya di Malaya dan Singapura demi menjamin nilai sterling sedia ada agar sentiasa berada di tahap yang tinggi. British merancang untuk tidak melakukan pengunduran yang dianggapnya sebagai “premature withdrawal” melainkan sesudah misinya tercapai, malah mereka tidak bersedia untuk mencairkan harta kekayaan yang mereka kumpul di Malaya dalam bentuk tunai dan kembali ke England. Justeru mereka telah mempertahankan segala dasar penguasaannya di Malaya kerana keadaan di sini adalah lemah dan boleh dikawal semula. Oleh sebab itulah selepas kekalahan Jepun pada tahun 1945 Inggeris kembali bertapak di Malaya. British tidak terkilan memerdekakan India pada tahun 1947. Pada mereka Malaya adalah kalong permata yang tergantung di leher benua Asia yang boleh menyinarkan cahayanya di seluruh England. Buminya begitu kaya dengan sumber ekonomi khususnya getah dan timah yang menjadi keperluan industri utama di England dan Eropah. Permintaan tinggi terhadap timah dan getah telah menjadikan British memperolehi tukaran luar yang besar dan mampu menyokong sterling British agar sentiasa berada di paras kemuncak. Kedudukan sterling sentiasa berada di paras cukup tinggi berbanding dengan tukaran lain termasuk Dollar Amerika.

Kemasukan semula British ke Malaya pada 1945 bukanlah untuk menangkap rama-rama yang cantik yang muncul berterbangan dengan tiba-tiba selepas sahaja Jepun tewas. Rakyat Malaya pada ketika itu tercengang dengan kehadiran rama-rama yang cantik ini dan begitu banyak berterbangan di setiap pelusuk tanah air. Kedatangan semula kuasa imperialis ini demi memperteguhkan taraf hidup Anglo-Saxon di London dengan mengembleng segala sumber kekayaan yang ada di tanah jajahan, khususnya Malaya dan Singapura demi memperteguhkan nilai sterlingnya. Pada Julai 1948 selepas darurat diiyshtiharkan. setiausaha kepada negeri-negeri kolonial British, Creech Jones dalam satu memorandum kepada Menteri Kabinet British; menyebut "bahawa untuk tahun 1947 jumlah keseluruhan nilai eksport Singapura dan Malaya adalah berjumlah 15 juta pound sterling berbanding dengan lain-lain jajahan seluruhnya yang bejumlah 56 juta pound sterling. Malaya dan Singapura telah menyumbangkan lebih kurang 27 peratus perolehan hasil kepada London". Tukaran USD dagangan luarnya pula berjumlah lebih 56 juta dalam sebutan pound sterling pada tahun 1947. Malaya dengan sumber kekayaannya juga menjadi sumber tukaran dollar – Sterling yang besar kepada British. Melihat bagaimana British telah mengurus kekayaan Malaya dengan begitu cekap sekali khususnya dalam mengedalikan urusan perdagangan luar, Dato’ Onn yang ketika itu menjadi Pegawai Daerah di Johor mengakui pada 27 Januari 1947 dalam ucapannya di satu perjumpaan UMNO di Alor Setar menyedari tentang kekurangan dan kelemahan orang Melayu; Ucapan ini telah dibentangkan di London oleh Sir Gent; wakil British di Malaya seperti berikut; "In his opening address, Dato Onn stressed that the Malay people are not ready for independence. He ridiculed those Malays who demand immediate independence, pointing out that there is not Malay fitted to be a Minister, or a representative to the United Nations or an ambassador" (Barbara Andaya Visiting Professor in History The Raffle Lecture page 177).

Dicatat oleh M.A. di Selasa, Julai 14, 2009

Label: penjajah British, sumbangan artikel

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Penjajah matsaleh datang ke Malaya hanya untuk menjarah sumber ekonomi kita yang kaya raya. Dengan menggunakan ugutan dan pujukan, si matsaleh telah menundukkan raja-raja melayu satu persatu sehingga akhirnya kekuasaan mat saleh dihalalkan di negeri kita bahkan dianggap sebagai pelindung bangsa melayu. Di sebalik itu semua, tiada orang mencatatkan berapa banyak kekayaan negeri ini telah dipunggah balik ke England. Yang sangat dikesalkan ialah sehingga hari ini masih ada orang melayu yang tak sedar, masih menganggap matsaleh sebagai pahlawan pembela mereka. Sehingga ada yang mendirikan papan tanda untuk memperingati si algojo Henry Gurney yang tangannya berlumuran darah rakyat Palestin dan rakyat negara kita. Dol

2009 Julai 15 16:51


Sabtu, 2009 Julai 11

Kamarulzaman Teh - Sumbangkan Seumur Hidup Demi Rakyat

- kenangan ini ditulis oleh Peng Ting Chou,
rakan seperjuangan
Kamarulzaman yang
sama-sama meringkuk dalam penjara -


“Peng, tengok dagu saya, lebat ditumbuhi janggut!” Kamarulzaman melemparkan senyuman yang penuh erti.

“Biasa saja, orang lelaki tentu tumbuh janggut!” ujar saya.

“Masa kena tangkap, dagu ini belum ada janggut lagi!”

“Ini menunjukkan awak sudah tua kan?” ujar saya sambil membuat gaya orang tua bongkok udang. Kami ketawa. “Bapak sudah tua, rambutnya uban saja......”, saya bernyanyi perlahan-lahan.

“Pandai sungguh awak bergurau.”

“Kalau tak pandai bergurau, hati kita tak akan gembira, orang pun lekas tua.”

Dialog ini berlaku pada tahun 1957. Ketika itu beliau baru saja dilepaskan dari penjara. Seksaan penjara yang kejam telah meninggalkan tanda selar yang nyata di raut mukanya. Dagunya semak dengan janggut, rambut di kiri-kanan kening memutih—gejala yang jarang terjumpa di kalangan remaja Melayu yang baru mencecah usia 37 tahun. Beliau tetap bersemangat optimisme revolusioner, tapi tak terlepas dengan kesan peredaran zaman.

Setelah rakyat Malaya berjaya mengusir fasis Jepun, penjajah British kembali menguasai Malaya. Rakyat hanya dapat mengecap kehidupan damai dalam masa yang amat singkat saja.

Kamarulzaman menceritakan pengalaman hidupnya kepada saya:
“Kita semua maklum bahawa perjuangan bersenjata adalah satu-satunya pilihan bagi kita. Satu hari, saya menyimpan pistol di dalam beg lalu naik bas menuju sebuah kampung tempat perkumpulan pasukan bersenjata. Naik bas tak lama, seorang mata-mata gelap datang ke arah saya. Saya ingat dia seorang saja, maka saya pun meninjunya sampai rebah. Tak sangka-sangka datang pula mata-mata gelap yang lain, beberapa orang. Saya naik angin, bergelut dengan mereka. Dan akhirnya tertangkap!

“Hari itu kebetulan 20 Jun tahun 1948, hari dikuatkuasakannya Undang-undang Darurat. Saya digiring ke Penjara Pudu, Kuala Lumpur dan dijatuhi hukuman mati kerana memiliki senjata api. Pada masa menunggu tarikh pelaksanaan hukuman, bapa saya berikhtiar ke merata tempat, sedaya upaya cuba menyelamatkan saya, termasuk membuat rayuan kepada Sultan Pahang. Sultan telah mengampunkan saya. Hukuman mati diubah menjadi hukuman penjara 20 tahun. Bapa hancur hati kerana saya. Beginilah perasaan semua orang tua!

“Saya ditahan di Penjara Pudu selama 3 tahun. Kemudian dihantar ke Penjara Seremban.”

Pada awal tahun 1956, ketika saya ditahan di Penjara Seremban, Kamarulzaman dan beberapa orang kawan lagi sedang ditahan di sana. Sel mereka terletak di depan klinik penjara. Saya tergolong sebagai banduan yang tak cukup umur. Maka itu, selain daripada bekerja di kilang papan, pihak penjara menugaskan saya menjadi penghantar ubat. Tiap-tiap pagi hari, diekori oleh seorang waran yang bersenjatakan belantan, saya membawa peti ubat membagi-bagikan ubat di kilang-kilang. Sel penjara mereka dilarang masuk. Setiap hari melalui sel mereka, saya curi-curi mengintai, bayang seorang pun tak nampak. Demikianlah mereka menghabiskan masa penjara yang panjang, hari demi hari, tahun demi tahun..... .

Negeri Pahang terletak di bahagian tengah Semenanjung Tanah Melayu. Ia adalah negeri yang terbesar di Malaya. Selatannya bersempadan dengan Negeri Johor, utaranya bersempadan dengan Negeri Terengganu, Negeri Kelantan dan Negeri Perak. Awal tahun 1940-an, penduduk Negeri Pahang tak ramai, lebih kurang 170,000 orang saja. Antaranya Bumiputera 50%, Cina 40% dan India 10%. Orang Cina kebanyakannya tinggal di Pahang Barat, iaitu di Daerah Kuala Lipis, Daerah Raub, Daerah Bentong dan Daerah Temerloh. Orang Melayu tinggal berpencar-pencar di merata negeri.

“Saya dilahirkan di Kampung Tanjung Beroga, Mukim Sanggang, Temerloh, Pahang pada tahun 1920, anak sulung kepada 5 beradik. Zaman kanak-kanak, sama seperti budak-budak lain yang keluarganya agak lumayan, saya bersekolah begitu cukup umur. Kami budak-budak suka main kejar-kejaran, berenang dan mencari ikan di sungai, dan sekali-sekala ‘berlawan’. Masa kanak-kanak dihabiskan dengan selesa, tanpa kerunsingan. Tamat Kelas 5 Sekolah Melayu, saya mengaji di Sekolah Clifford Kuala Lipis sampai tamat sekolah menengah. Dan akhirnya saya mengaji di Maktab Pertanian Serdang, Selangor sampai tamat.

“Tahun 1940-1941, ketika berumur 20 tahun, saya menjadi pegawai pelatih pertanian di Serdang.

“Keadaan ini tak berpanjangan. Perang Pasifik meletus. 31 Disember tahun 1941, tentera Jepun menduduki Kuantan, Pahang. 13 Ogos tahun 1943, Pasukan Merdeka Ke-6 Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya rasmi didirikan di Pahang. Di saat luar biasa ini, saya bertanggungjawab melakukan kerja bawah tanah untuk Tentera Anti Jepun di Temerloh, kampung halaman saya.

“Saya menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1945, setelah Jepun menyerah kalah. Tahun 1946, saya menubuhkan API di Pahang dan menyandang jawatan ketuanya yang pertama. Setelah API diharamkan, saya membentuk PETA pula.

“Bulan Oktober tahun 1947, saya dilantik menjadi salah seorang wakil terbuka Parti Komunis Malaya, yang bertanggungjawab atas pekerjaan di Pantai Timur. Selain itu, saya juga mengikuti Kursus Se-Malaya dan menjabat sebagai ketua platun.”

Pada tahun 1962, ketika berumur 42 tahun, Kamarulzaman dibebaskan secara bersyarat oleh kerajaan. Beliau balik ke kampung halaman dan bekerja di sebuah syarikat bas di Temerloh. Seterusnya beliau menyertai Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) dan dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Pusat PSRM 9 tahun berturut-turut, dari tahun l981 hingga l989. Pada tahun 1974, PSRM mencalonkan beliau bertanding dalam pilihan raya kawasan Temerloh. Pada tahun 1950-an, ketika masih meringkuk di penjara, beliau dilantik Rejimen Ke-10 sebagai Anggota Markas Besar Kehormat.

Kamarulzaman juga menjadi salah seorang pimpinan utama “Komiti Khas”
organisasi rahsia PKM di penjara. Beliau telah mencurahkan jerih-payahnya baik dalam kerja penerbitan dan pembelajaran kawan-kawan mahupun dalam memperjuangkan perbaikan layanan dan syarat hidup di penjara,......dan lain-lain lagi.

Kesan saya, Kamarulzaman adalah seorang yang ramah, bersahaja, bertutur lambat dan suka berfikir. Sejak umur 20 lagi beliau dengan teguh tak berganjak memilih jalan revolusi yang susah-payah, terus sehingga masa tua. Merempuh ribut taufan memang perjalanan hidup manusia. Tapi berkali-kali timbul-tenggelam di prahara ribut taufan bukan pengalaman yang boleh dialami oleh semua orang. Kamarulzaman adalah salah satu di antaranya. Beliau pernah berselisih bahu dengan malaikat maut, meringkuk di penjara selama 14 tahun, mengalami azab sengsara yang tak terbayangkan dan kehancuran rumah tangga! Setelah keluar penjara, beliau mencari balik posisi beliau dan berkecimpung semula di prahara perjuangan politik yang bergelombang, tanpa menyesal barang sehujung kuku pun!

Kini, ketika karangan ini ditulis, beliau telah pun berusia 82 tahun. Benarkanlah saya menghadap ke bukit-bukau yang nun jauh di utara, mendoakan beliau sihat dan panjang usia!



TAMBAHAN: Karangan ini ditulis sempena hari jadi ke 82 Kamarulzaman Teh. Kesihatan beliau semakin merosot dari hari ke hari. Kedua-dua matanya buta, kakinya lumpuh dan beliau sudah tidak dapat mengurus sendiri kehidupan sehari-hari. Hidup beliau agak mantap setelah dihantar ke sebuah rumah orang tua dekat Kuala Lumpur.

Kemudiannya, beliau ingin balik kampung, mencari kesan-kesan zaman budaknya serta sanak-saudara dan rakan-rakan lama. Selain itu beliau juga berharap dapat ke Kampung Perdamaian di sempadan Thailand-Malaysia melawat rakan-rakan seperjuangan di mana mereka pernah bertempur bahu-membahu di masa perang dulu. Demikianlah, beliau menempuh perjalanan ke kampung halaman dengan kerusi roda. Beberapa hari kemudian, tepatnya pada 2 September tahun 2002, diiringi oleh kawan-kawan Kampung Perdamaian, beliau sampai ke Kampung Perdamaian Sukhirin di sempadan Thailand-Malaysia Di sana beliau telah berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan Rejimen Ke-10 yang dirindukannya. Beliau telah balik “rumah”. Di masa ini, hatinya berasa lega dan selesa. Penyakitnya berubah baik. Tapi, bagaimanapun, usia beliau sudah terlalu lanjut. Penyakitnya sudah terlalu lama. Tak lama kemudian, di tengah-tengah rakan seperjuangan, beliau telah menghembuskan nafas penghabisannya, meninggalkan dunia insan tempat beliau berjuang seumur hidup pada pukul 10.30 pagi 5 hari bulan November tahun 2002. Jenazah beliau selamat dikebumikan pada pukul 4.30 petang hari itu juga di sebuah tanah perkuburan Islam di Wilayah Narathiwat.
Saya berasa amat sedih mendengar berita kewafatan Kamarulzaman. Perbualan dan senda-gurau kami semasa di penjara terkenang kembali di benak saya. Mata saya berkaca-kaca...... .

Pada awal tahun ini, Kawan Peng Kuo Chiang yang penuh keghairahan pernah datang ke Malaysia mencari Kawan Kamarulzaman dengan membawa karangan saya ini. Tapi dia terlambat. Kamarulzaman telah meninggal dunia. Kita sudah tak dapat menemuinya lagi. Akan tetapi, saya yakin, sejarah akan mengenangi beliau buat selama-lamanya!
Bersemadilah Kawan Kamarulzaman Teh!



lagi berkenaan Kamarulzaman Teh. Klik tajuk untuk membaca.

Posthumous biography of Kamarulzaman Teh
More reflections on Pak Zaman's biography
In memory of Kamarulzaman Teh, freedom fighter
Malaysia's longest political detainee, a fighter to the very end
Gerakan dan tokoh kiri : Kamarulzaman Teh dalam kancah perjuangan kemerdekaan
UMNO Bukan Pejuang atau Parti Memerdekaan Sebenar

Dicatat oleh M.A. di Sabtu, Julai 11, 2009

Label: kenang-kenangan, pahlawan rakyat, Rejimen Ke-10 TRM
14 ulasan:

ahmadnizamhamid berkata...
Ya,saya sering minum-minum dan berbual dengan arwah.Arwah akan berjalankaki ke bandar temerloh dengan membawa sekaki payung.banyak juga pengalaman beliau ceritakan.mungkin akan saya muatkan didalam blog suatu hari nanti.
siti nor anak pejuang rakyat hamid tuah pernah buat beberapa ketika menjaga arwah di kuala lumpur.
saya suka mencadangkan untuk mendalami kisah hidup Kamarulzaman Teh,sila baca buku tulisan Salleh Lamry.
"HIDUP BERJASA,MATI MULIA"
2009 Julai 11 22:19

HOT ZOOM berkata...
Salam,
Baru hari ni saya tahu nama Kamaruzaman Teh.
Memang pejuang haluan kiri dihilangkan nama dalam sejarah Malaya.

Harap2 ramai lagi tampil memberi kenyataan tentang sejarah yang sebenar dan pejuang-pejuang yang tidak tercatat sejarah mereka agar dicatat segera supaya ia tidak hilang begitu saja.

Sejarah tetap sejarah.

Baik dan buruk adalah penilaian kita tapi yang berlaku akan terpahat sebagai sejarah.

Moga akan tampil banyak lagi sejarah dalam blog ini untuk tatapan generasi akan datang.

HOT ZOOM KOMUNITI ver.2
2009 Julai 12 09:28

Kekacang berkata...
Kamarulzaman Teh saya bangga dengan kamu dan kebencian kepada penjajah, dibayar dengan perjalanan dengan hidup.
Ada seorang kenalan memberitahu, beliau menghantar kesemua anak - anaknya ke Sekolah Cina kerana nasihat dari Kamarulzaman Teh. Dan anak - anaknya cukup fasih berbicara Mandarin.
Apa mampu kita lakukan, hanya Al Fatihah untuk beliau.
2009 Julai 12 11:14

ahmadnizamhamid berkata...
izinkan saya menambah sedikit mengenai arwah pak zaman,beliau akan berjalan kaki dari pengkalan jaya ke temerloh untuk berjumpa dan berbual0bual dengan kawan-kawannya.restoran kopitiam lama,ban hin tempat beliau melabuhkan punggung sambil menikmati kopi pekat dan berbual.
saya selalu juga berkesempatan membelanja pak zaman minum sambil mendengar beliau bercerita tentang perjuangan lama dan pandangannya tentang isu semasa.masih tajam pengamatan pak zaman.
adik beliau ialah hj alang,wartawan veteran dan antara orang yang dilantik oleh pihak berkusaa untuk menentukan kesahihan mat siam ialah pahlawan bangsa Mat Kilau diawak tahun 1970-an dulu.
pak zaman pernah diraikan oleh DS Wan Azizah,Presiden Parti Keadilan Rakyat dalam suatu majlis di Kuala Lumpur sebagai tanda penghormatan dan penghargaan diatas segala jasa dan pengorbanan beliau.tidak lama selepas itu beliau kembali ke rahmatullah.
salah seorang rakan beliau,juga orang lama perjuangan ialah pak hitam kadir yang tinggal di kampung lubuk kawah,apabila saya maklumkan berita kematian pak zaman,tidak dapat menahan kesedihannya.
cuma saya sedikit ralat,tidak berkesempatan untuk mencatat atau merekodkan cerita-cerita pak zaman dengan teratur.
semoga Allah merahmati rohnya dan mereka yang telah mendahului kita.
2009 Julai 12 21:57

Tanpa Nama berkata...
Al fatihah utk arwah
moga segala perjuangan beliau diberkati Allah s.w.t

karim maxis
2009 Julai 13 12:37
Tanpa Nama berkata...
Bersemadilah Kamarulzaman putera sejati tanah air. Kau benar-benar berjuang untuk kemerdekaan tanah air, kau memilih bergalang tanah dari bercermin bangkai.
Sumbanganmu akan kekal dalam kenangan generasi demi generasi.
Tenanglah roh mu di utara pertiwi - Alfatihah

Dol
2009 Julai 13 15:37

putera gunong tahan berkata...
Sultan Pahang telah mengampunkan dan melepaskan Kamarulzaman dari tali gantung penjajah British! Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah....
2009 Julai 13 20:15

Tanpa Nama berkata...
Salam kepada semua pengunjung di sini,

Saya mendapat tahu bahawa Pak Zaman lah orang yang pertama dijatuhi hukuman gantung oleh mahkamah penjajah setelah tercetusnya Darurat. Akan tetapi, kerana sikap murah hati Baginda Sultan Pahang, hukuman itu dibatalkan.

Kerana perubahan tersebut, pejuang Melayu pertama yang menghadapi tali gantung penjajah British ialah Saudara Adnan, dari Selangor. Seorang anggota API yang menyertai perjuangan bersenjata di Selangor.

Sesungguhnya mereka rela menyerahkan segala-gala hatta nyawa untuk kemerdekaan tanah air. Betapa luhurnya mereka. Merekalah pahlawan rakyat yang sesungguhnya!

Semoga roh mereka yang gugur dalam perjuagan untuk kemerdekaan dicucuri rahmah oleh Allah Taala - Alfatihah

Man
2009 Julai 13 22:03

ady buyong D.K berkata...
Bukti yang menunjukkan Kerajaan(UMNO) adalah anak didik Imperialis British adalah...setelah merdeka..kerajaan masih menahan Pak Zaman sehingga tahun 1962...dan membebaskan beliau dengan syarat...Merdeka apa namanya ni...Nama sahaja Merdeka..namun mereka(UMNO) masih kekalkan legasi penjajah...
2009 Julai 14 11:12

Tanpa Nama berkata...
penyokong pkr rupanya
nk menghentam UMNO, terpulang..
tp bersekongkol dgn komunis utk menentang UMNO
'tu bangang namanya'(bak kata azmin ali)

karim maxis
2009 Julai 14 13:04

Tanpa Nama berkata...
kepada tanpa nama@karim maxis,

kalau menuduh orang tanpa pasal tu apa pula namanya?

Jelas ko takut bayang2 sendiri.
2009 Julai 14 14:30

Kekacang berkata...
Karim Maxis, adik kepada Karl Marx ke? Itu olang ka?
2009 Julai 15 07:58

Tanpa Nama berkata...
Saudara ahmadnizamhamid,

Saya tertarik dengan Mat Siam yang saudara sebutkan itu. Saya pernah baca akhbar tentang perkara itu. Mengikut cerita, Mat Siam itulah Mat Kilau sebenarnya. Tapi mengikut cerita alang abu samah yang diturunkan Mat Lela, Mat Kilau telah gugur kerana terkena racun di Kelantan.

2 cerita yang berbeda, kita patut selidiki untuk mendapat tahu cerita sebenarnya.

Menurut alang abu samah, Tok Bahaman dimakamkan di Chiang Mai, Utara Thailnad.

Mereka adalah keagungan bangsa kita!

Alfatihah untuk mereka yang gugur dalam perjuangan menentang penjajah mat saleh.

Dol
2009 Julai 15 08:17

Tanpa Nama berkata...
menuduh org tanpa pasal?
aku klik pd ady buyong,jelas penyokong pr

takot byg2 sendr?
ape bende ni

Siapa pr?
apa perjuangan pr?

sama je mcm UMNO dan BN
belum ade kuasa, mmg la bleh temberang itu ini

dasar perjuangan same mcm komunis@sosialis?
klu ade pun org dap

jd sokongan yg dberikan pd komunis
samada benar2 die tu komunis, atau crk penyokong
murahan
nmpk spt gila kuasa

perjuangan bkn kerana dasar yg diyakini majoriti
tetapi perjuangan yg boleh diubah2 dlm usaha nk menang

bkn dasar yg diperjuangkan,tp ape aje yg bleh dpt sokongan. itulah tafsiran
'ITU BAMGANG NAMANYA'

karim maxis
2009 Julai 17 14:24
Khamis, 2009 Julai 09

TPNM DAN TRM




gambar upacara persumpahan
bersempena penukaran nama tentera pada 20 Jun 1982
di Markas Besar Rejimen Ke-10


Tahun 1948, penjajah British mengisytiharkan Undang-undang Darurat, mengharamkan parti-parti politik yang berjuang untuk kemerdekaan tanah air dan melakukan penangkapan besar-besaran di seluruh negara. Dengan demikian demokrasi telah dimatikan, perjuangan rakyat telah ditindas secara total.


Dalam situasi gelora tersebut, aktivis-aktivis berbagai organisasi yang diharamkan oleh penjajah British itu telah melancarkan perjuangan bersenjata. PKM yang sentiasa berwaspada terhadap taktik penjajah British, telah membuat persiapan awal terhadap perkembangan tersebut. Apabila Darurat diisytiharkan, PKM segera mengisytiharkan perjuangan bersenjata menentang penjajah British. Bekas perajurit TAJRM (Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya) telah disusun semula untuk membentuk pasukan gerila anti-British yang baru.


Pada 1 Februari 1949, PKM telah merasmikan pasukan bersenjata anti-British itu dan markas agungnya dengan nama TENTERA PEMBEBASAN NASIONAL MALAYA (TPNM) atau MALAYA NATIONAL LIBERATION ARMY (MNLA). Sejak itu terbentuklah 8 Rejimen TPNM. Selepas itu didirikan lagi Rejimen Ke-9, Rejimen Ke-10, Rejimen Ke-11 dan Rejimen Ke-12.


Pada tahun 1982 Jawatankuasa Pusat PKM dan Markas Agung TPNM telah menukar nama pasukan gerila TPNM menjadi Tentera Rakyat Malaya (TRM).


Selepas penandatanganan perdamaian Haadyai tahun 1989, pasukan-pasukan gerila TRM di bawah pimpinan PKM telah memberhentikan perjuangan bersenjata dan membubarkan pasukan bersenjata.


Ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan penukaran nama tersebut? Sila baca Pernyataan Bersama Jawatankuasa Pusat PKM dan Markas Agung TPNM yang diisytiharkan pada 20 Jun 1982 bertajuk TERUSKAN PERANG REVOLUSIONER SAMPAI SELESAI di bawah ini.


Pernyataan 20 Jun 1982

Dicatat oleh M.A. di Khamis, Julai 09, 2009
Label: Dokumen, PKM, TPNM/TRM

14 ulasan:

lidah_mutiara berkata...
Askum dan salam sejahtara buat Tuan Admin dan para bloggers.

Sy tertarik dengan pendedahan buku Prop @ risalah tentang posting kali ini.

bersama ini saya lampirkan bersama link. jika boleh berkongsi dan tuan Admin sanggup Kongsikan dengan kami.

http://img440.imageshack.us/i/prop1pkm.jpg/

Sekian, salam mesra.

*sila highlight, copy & paste Url Address ini utk melihat gambar prop.
2009 Julai 10 11:53

Tanpa Nama berkata...
Ada masalah kah url address yang dipaparkan itu?
2009 Julai 10 13:09

Tanpa Nama berkata...
ha...ha...
ini dokumen asli
keluarkan banyak lagi Pak Amin
2009 Julai 10 15:13

lidah_mutiara berkata...
Admin,
minta ubah link td. sy dah postkan blk link yg sebenar.

*pembetulan link.
2009 Julai 10 16:04

Aman berkata...
salam pak amin...

Harap sihat adanya.. Kita renungkan ayat / perenggan terakhir.. dokumen tersebut...menjunjung tinggi panji Marxisme-lenisme...mao tse tung...., Apa perasaan pak amin??? Kita berkiblatkan panji merah?? Bukan sang saka...merah putih??
2009 Julai 10 21:13

Djnascimanto berkata...
Perjuangan yang murni.... makin hari makin banyak yang mula membuka mata.

Semangat yang hilang....... Kita cari pulang.
2009 Julai 10 21:17

M.A. berkata...
Salam saudara Aman,

Marxisme-Leninisme-Fikiran Mao Zedong tu ideologi pembimbing revolusi. Semua komunis menggunakan Marzisme. Apakah saudara pernah baca buku "Kapital"? Itu ilmu ekonomi Marxis. Saya dengar khabar buku itu ada diterjemah ke dalam dahasa Indonesia. Kini buku Kapital banyak dicetak dalam berbagai bahasa, khasnya untuk mengupas krisis ekonomi kapitalis kali ini yang disifatkan paling besar dalam sejarah kapitalisme. Sesetengah tokoh kapitalisme barat mengakui bahawa analisis yang dibuat Karl Marx sesetengahnya tepat.

Ada orang kata, kalau Karl Marx masih hidup, kini dia menjadi orang kaya dengan hasil buku tersebut.

Mengikut BBC, Karl Marx masih merupakan ahli sains kemasyarakatan yang agung, belum ada tokoh yang dapat menandinginya.
2009 Julai 10 21:41

Tanpa Nama berkata...
Syabas Lidah Mutiara,

Saya lihat gambar yang tengah tu seolah-oleh serupa dengan dokumen Pak Amin siar kat sini. Kalau ada lagi bolehlah bagi kita tengok-tengok.
2009 Julai 10 22:14

Tanpa Nama berkata...
bila la ko nak kena tangkap ni??
2009 Julai 11 04:56

Tanpa Nama berkata...
ape la ko ni...sikit2 nak tangkap...takut ke kominis tu....mereka dah tua2.... x de sambutan plak...... ideologi tu dah runtuh....kapital marx dah ketinggalan zaman... he... he...he...
2009 Julai 11 05:37

aman berkata...
sekadar ingin tahu... tq pak amin
2009 Julai 12 10:08

aman berkata...
Mao memang berkeupayaan mencetus revolusi...tetapi sedarkah pak amin revolusi Great Leap Forward dan revolusi budaya dicetus oleh Mao adalah satu kegagalan dan mengundang bencana kepada China??Apa komen pak amin? bukan menentang pak amin sekadar ingin mendapatkan pendapat..
2009 Julai 13 00:01

M.A. berkata...
Revolusi kebudayaan yang dilakukan di China adalah suatu kesalahan yang serius. Ini juga adalah kesalahan Mao Zedong di masa tua. Fikiran Mao Zedong bukan dihasilkan oleh pemikiran tokoh individu Mao Zedong semata-mata, tetapi adalah hasil kesimpulan praktik konkrit revolusi China. Banyak pemimpin lain ikut terlibat dalam pembentukan Fikiran Mao Zedong ini. Secara umumnya ia boleh dijadikan pembimbing untuk revolusi negeri-negeri setengah jajahan dan setengah feudal. Tapi secara detailnya, setiap negeri haruslah membuat pengkajian yang halus berdasarkan syarat-syarat konkrit negeri masing-masing.
2009 Julai 13 01:19

lidah_mutiara berkata...
Askum & Salam sejahtera,

saya tertarik dengan posting dari Saudara Aman tentang "menjunjung tinggi panji Marxisme-lenisme...mao tse tung".
2009 Julai 15 21:44


Sabtu, 2009 Julai 04
PAS: Parti Komunis Bantu Capai Kemerdekaan
Di bawah ini kami siarkan terjemahan sebuah rencana dalam Bahasa Inggeris yang diterbitkan oleh Malaysiakini pada 29 Ogos, 2006 mengenai sumbangan PKM dalam perjuangan kemerdekaan tanahair.

PAS: Parti Komunis Bantu Capai Kemerdekaan


Sejarah tidak boleh menafikan hakikat bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) berperanan dalam perjuangan kemerdekaan negeri ini, demikian kata seorang think-tank PAS.

Dalam sebuah artikel terbitan Harakahdaily.net pada hari Ahad, pusat penyelidikan PAS itu berkata, semenjak tertubuhnya PKM pada bulan Mei 1930, parti itu sangat aktif dalam kempen untuk kemerdekaan tanahair.

“Dalam zaman pemerintahan Jepun, Chin Peng (Setiausaha Agung PKM) dan komrad-komradnya adalah antara golongan paling gagah-berani yang melawan Jepun.

“Mereka bergerak dalam hutan, (tidur) berlantaikan tanah dan beratapkan langit demi melawan Jepun dan mencapai kemerdekaan yang sejati. Adilkah sumbangan mereka itu dinafikan sekarang?”

Pusat tersebut berkata, perjuangan PKM tidak selesai dengan Jepun, mereka juga (terus) melancarkan perjuangan bersenjata menentang British bagi merebut kemerdekaan.

Sungguhpun PKM berhasrat hendak mendirikan negara komunis – tetapi ditolak oleh orang Melayu dan Islam – adalah tidak betul menafikan sumbangan parti itu terhadap perjuangan kemerdekaan negara, katanya.

Justeru itu, pusat tersebut merasa amat penting sekali semua fakta sejarah berkaitan dengan kemerdekaan tidak tertinggal.

Perjuangan bukan saja terbatas kepada mereka yang di meja perundingan, tetapi termasuk juga dari golongan yang sanggup berkorban nyawa berjuang demi kemerdekaan, tambahnya.

“Sebelum Tunku Abdul Rahman melaungkan ‘Merdeka’ pada 31 Ogos 1957, tuntutan itu sudah lama bergema. Banyak peristiwa bersejarah telah berlaku bukan saja oleh Umno dan Perikatan.

“PKM dan parti-parti nasionalis Melayu telah mengangkat senjata menentang British. Abdullah CD, Rashid Mydin, Shamsiah Fakeh dan Musa Ahmad adalah di kalangan pemimpin-pemimpin yang berjuang menuntut kemerdekaan.”

PKM meletakkan senjata berikutan perjanjian damai yang ditandatanginya dengan kerajaan Malaysia dan Thailand pada 2 Disember, 1989 di Haadyai selatan Thailand.
Chin Peng, yang berada di Thailand, kini terlibat dalam satu perjuangan legal dengan kerajaan Malaysia atas tuntutannya untuk pulang ke tanahair.

Pusat penyelidikan PAS itu juga berkata bahawa sejarah telah membuktikan wujudnya parti-parti nasionalis Melayu lebih awal daripada Umno dalam perjuangan kemerdekaan.

Parti-parti tersebut adalah Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (Awas), Baris Tani Se-Malaya (Batas) dan Majlis Tertinggi Se-Malaya (Mata).

Perayaan Merdeka akan lebih bererti apabila rakyat sudah mengetahui dan menerima gambaran sebenar tentang perjuangan kemerdekaan kita, katanya lagi.

Apabila ini berlaku, kerajaan tidak perlu berulang-ulang kali mengingatkan rakyat tentang perayaan Merdeka, kerana “ianya (perayaan itu) sudah menjadi milik bersama semua rakyat Malaysia”.

Dicatat oleh M.A. di Sabtu, Julai 04, 2009
Label: PKM
46 ulasan:
HOT ZOOM berkata...
Salam,
Seperti pernah saya katakan dalam komen-komen post terdahulu,perjuangan PKM untuk kemerdekaan disanjung tinggi tapi masalahnya ideologi dan matlamat andainya PKM memerintah,itu yang menjadi kemusykilan.

Lagipun ideologi dan fahaman komunisme seperti itu tidak dapat menjadikan Islam adalah agama resmi negara dan fahaman komunisme Mao Tze Tong dan Karl Marx akan menjadi fahaman rakyat Malaya.

oleh itusaya sanjung tinggi perjuangan PKM menentang penjajah untuk kemerdekaan tapi saya tetap tidak bersetuju PKM kerana ideologinya.
HOT ZOOM KOMUNITI ver.2
penpusaka berkata...
British jajah Malaya untuk British.
Jepun jajah Malaya untuk Jepun.
MPAJA dan PKM jajah Malaya untuk Komunis Dunia.
British kembali dan halau PKM untuk jajah Malaya sekali lagi dan memperkukuhkan penjajahan melalui penubuhan Malayan Union.
Melayu bangkit secara tersusun dengan pimpinan Dato Onn dan tubuh UMNO lawan British dan Malayan Union. UMNO berjaya gagalkan Malayan Union.
UMNO bersama MCA dan MIC tubuh PERIKATAN terus lawan British untuk tuntut Malaya di MERDEKAKAN!
PERIKATAN pimpinan UMNO berjaya dapat Merdeka.
PKM tak iktiraf dan terus lawan rakyat Malaya kemudian Malaysia untuk dia dapat jajah Malaysia untuk Komunis.
UMNO dan Barisan Nasional pimpinan Tun Dr.Mahathir akhirnya berjaya rundingkan penyerahan PKM dan perletakan senjata PKM pada 1998.
Jadi PKM adalah penderhaka dan pengganas yang ingin rampas dan jajah Malaya/Malaysia hinggalah akhirnya tumpas.
Mana datangnya dia pejuang merdeka???
PKM adalah tidak ada beza dengan penjajah lain yang cuba ambil pemerintahan Tanah Air ini.
Cuma bezanya PKM ditubuh sebagai parti politik di Malaya oleh kaum pendatang Cina yang kemudiannya mengambil kesempatan keatas orang melayu yang nak lawan penjajah British dan Jepun agar mengangkat senjata bersama PKM dan ditaja sepenuhnya oleh PKM untuk matlamat PKM.
Bukan semua kaum pendatang Cina pada masa itu sokong PKM kerana ada diantara mereka adalah ahli parti Nasionalis Cina Kuomintang dan ada kaum cina pendatang yang sokong MCA bersama PERIKATAN.
Kesimpulannya PKM jangan sibuk nak tipu sejarah dan kelirukan orang ramai. PKM bukan pejuang kemerdekaan tetapi pengganas dan penjajah yang lawan rakyat Malaya/Malaysia untuk menjajah bagi pihak Komunis!
Tanpa Nama berkata...
Soalan:Siapa yang berkuasa pada masa sebelum Malaya merdeka?
Jawapan:British

Soalan:Siapa pergi berbincang dengan British untuk mendapat kemerdekaan?
Jawapan:UMNO,MCA dan MIC

Soalan:jadi PKM itu apa peranan nya?
Jawapan: Tak tahulah mungkin lagi satu kes 'govt in waiting' atau dalam bahasa melayunya 'berangan lebih dari kenyataan'.
Baba siam berkata...
Saya setuju dgn jasa perjuangan utk Kemerdekaan Malaya tidak harus dilupakan.

dimana perjuangan senjata PKM telah berperana dlm proses mepercepatkan pihak British terpaksa memberi kemerdekaan Malaya pada masa tu.
penpusaka berkata...
Salam Baba Siam,
"perjuangan senjata PKM telah berperanan dlm proses mempercepatkan pihak British terpaksa memberi kemerdekaan Malaya......"

Silap faham yang amat bahaya dan tidak betul sama sekali.Sebaliknya kekacauan pengganas komunis waktu itu boleh menyebabkan British lebih gusar untuk menyerahkan Malaya kepada warganya yang tidak berpengalaman dan tidak berkeupayaan untuk menentang Komunis. British boleh guna alasan kekacauan komunis untuk terus mencengkam sebarang usaha kebangkitan rakyat yang tulin.

Kebijaksanaan UMNO gembeling orang melayu dan mengadakan kerjasama pintar dengan kaum pendatang Cina dan India serta tolak ansur bijak pimpinan melayu UMNO yang berjaya meyakinkan British bahawa komunis tidak ada tempat dan UMNO mampu gembeling rakyat menerajui Negara Merdeka. Sebab itu, British yakin dan terus memberikan bantuan dan sokongan terhadap Kerajaan awal merdeka, semata-mata demi mengekang kemaraan pengganas komunis. PKM jelas kecewa dan tuduh kerajaan merdeka PERIKATAN sebagai kerajaan penjajah sedangkan mereka terdiri dari anak watan yang merdeka. PKM terus mengasak. Untuk apa? Untuk menjajah Malaya dan kemudian Malaysia.
Untuk apa? Untuk mengembangkan kemaraan komunis yang waktu itu merupakan satu doktrin baru yang mahu dikembangkan oleh Pergerakan Komunis SeDunia! Hakikatnya, PKM adalah musuh anak watan. PKM adalah alat penjajahan komunis keatas Tanah Melayu. PKM guna sentimen orang melayu yang gigih hendak berjuang menentang British dan Jepun dan semangat itu diguna sepenuhnya dengan menaja penubuhan Malayan Peoples Anti Japanese Army. Bila British kembali dan menghalau kezaliman PKM dan Komunis Bintang 3 terhadap Malaya yang ditinggalkan opleh Jepun, PKM lari kehutan. Bila British haramkan PKM dan semua organisasi pejuang yang ditaja komunis termasuk yang terpengaruh dengan perjuangan senjata, PKM tubuhkan rejimen ke10 sebagai unit khas bersenjata untuk orang melayu. Ini taktik untuk dapatkan sokongan dari kalangan melayu yang ketika itu, benci penjajah tetapi juga tidak sokong komunis.Rakyat majoriti yang tidak termakan dengan dakyah komunis kekal menggunakan kebijaksanaan politik untuk mengharungi zaman penjajah. UMNO menjadi wadah orang melayu dan dengan muafakat cina dan india MCA dan MIC, mereka inilah pejuang tulin yang memerdekakan Negara yang terjajah. Apa PKM buat? Sokong anak watan? Tidak!! Isytihar perang keatas Tanah Melayu Merdeka pimpinan Kerajaan anak watan!!!

Inikah pejuang kemerdekaan??? TIdak samasekali. Mereka adalah PENJAJAH yang GAGAL!!! KECEWA dan akhirnya menyerah kalah kepada KERAJAAN MALAYSIA pada 1998! Ketika itu KOMUNIS seluruh DUNIA juga sudah tumbang dan GAGAL!! Adakah Kerajaan Malaysia mengambil langkah membalas dendam??? Tidak! Diberikan pengampunan dan diberikan tanah di Kampung Syakirin belas ehsan dan setuju bersama Kerajaan Thai. Untuk apa? Untuk kesejahteraan rakyat majoriti di Thailand dan di Malaysia. Bukankah sepatutnya bekas komunis ini merasa syukur dan habiskan sisa hidup dengan keinsafan sambil bina keluarga agar jadi rakyat berguna. Tidak sepatutnya mencuba menidakkan sejarah kejayaan UMNO dan cuba menukar wajah pengganas kepada pejuang bangsa! SHIIITTTTT! Terima sahajalah hakikat bahawa Rejimen ke10 telah tersesat dan termakan dakyah komunis hingga niat menentang penjajah(jika pun ada) telah terpesong kepada menjadi alat dan tentera komunis bintang tiga untuk menjajah tanah air sendiri!!! Jangan nak samakan diri dengan pejuang pejuang melayu diluar kelompok komunis yang terkorban menentang penjajah! Mereka lain, anda lain. Anda komunis pembelot yang menjarah untuk penguasaan komunis terhadap anak watan!
reverie berkata...
Juga memainkan peranan penting dalam menyediakan:
-Kehidupan tanpa batas agama
-Pembunuhan kejam
-Sikap tak ada belas kasihan
-Penyeksaan terhadap insan tak bersalah
-Perlakuan sesuka hati menyalahgunakan kuasa yang ada sekejap tu je.
-Mass murder
-Terbalikkan keretapi
-Sabotaj kemudahan hak orang awam. dia buat macam bapa-bapa dia punya kemudahan

2 minggu saja komunis ni memerintah, macam-macam bencana timbul. Apalagi kalau memerintah lama? nasib baiklah kalah. Nasib baiklah taktikal dari segi connection dan logistik pemimpin komunis lemah dan lembab. Kalau tak, habis semua Melayu dibunuh. Habis mati tak akan ada malaysia, yang ada cuma negara tak ada daulat yang tunduk kepada ideologi lain.

Fuh! Nasib baiklah pemimpin PKM lemah akal dari segi perancangan.

*Pendapat saya saja.
Tanpa Nama berkata...
Apalaaaaa...
Badul la penpusaka.
British terpaksa bagi kemerdekaan dengan umno dijadikan sebagai tunggangan balaci kerana ancaman komunis sudah tak dapat dibendung lagi waktu tu.
so, yang tak buat keje sebenarnya umno..senang2 tonggeng buntut dapatla merdeka free.. itupun sebelum serah tanah kepada singapura.
Jiran di Bukit Jelutong berkata...
'Penpusaka'jangan nak kelentong!
Kalau orang menceroboh masuk ke rumah kita, kacau anak bini kita,punggah harta benda kita, dan kita tidak melawan, itu dayus namanya.
Kalau ada yang melawan dan kita enggan mengakuinya, itu tak jujur namanya.
Kutuk pula mereka, itu pengkhianatan namamya.
Tanpa Nama berkata...
Tabik kepada Pen Pusaka yang telah mengambil kesempatan menunjukkan rupa sebenar sebagai pembela kepentingan penjajah Inggeris dan konco-konconya. Mujur juga empunya blog yang telah diberi label “pengganas” ini sudi memberikan ruang untuk Pen Pusaka memuntahkan tinta basinya. Saya yakin UMNO yang disanjung sebagai “pembela” Melayu itu tidak akan memberikan dada akhbar atau siaran TV miliknya ruang untuk golongan seperti ini.

Orang seperti Pen Pusaka adalah hasil dari strategi penjajah British yang menidurkan orang Melayu dengan “Ketuanan Melayu” “Bumiputera” “Tanah Simpanan Melayu” dan lain2 irama yang menidurkan orang Melayu sehingga mereka tak sedar berapa banyak kekayaan tanah air kita telah dipunggah balik ke London. Mereka yang sedar penipuan penjajah ini bangkit berlawan menutut keadilan bangsa mereka. Tapi semuanya ditindas dengan kejam seperti Tok Janggut.

Pen Pusaka, sila muntahlan tinta saudara menjawab soalah saya di bawah ini.

1. Pada tahun 1930, PKM didirikan. Organisasi tersebut telah mula menyusun kekuatan secara bawah tanah untuk menumbangkan kekuasaan penjajah British di Malaya. Di samping itu terdapat sejumlah anasir komunis Melayu dari Indonesia telah menyusun kaum tani.

Cuba pen pusaka tunjukkan apakah jasa perjuangan UMNO pada masa ini

2. Pada tahun 1937, tokoh-tokoh demokrat Melayu telah mendirikan KMM (KesatuanMelayu Muda). di awah pimpinan Ibrahim Hj. Yaacob. Semboyan mereka ialah Merdeka
Cuba pen pusaka tunjukkan apa jasa perjuangan UMNO dalam masa ini

3. Pada tahun 1941, Jepun menceroboh Malaya. PKM telah mendirikan TAJRM untuk menentang Jepun. Pertempuran terakhir membela Singapura adalah dibawah pimpinan kader PKM bernama Ling Chiang Shek.

Cuba pen pusaka tunjukkan apa jasa perjuangan UMNO dalam masa ini

4. Pada tahun 1945 PKMM didirikan. PKMM adalah penyambung KMM dalam situasi baru yang terdiri dari berbagai ideologi, nasionalis, sosialis, agama dan komunis. – berjuang untuk kemerdekaan Malaya
Cuba pen pusaka tunjukkan apa jasa perjuangan UMNO dalam masa ini

5. Tahun1947 pertubuhan-pertubuhan progresif Malaya dan seluruh Asia telah menghantar wakil menghadiri persidangan serantau asia di new delhi. Persidangan ini dianjurkan oleh Mahathma Ghanda, tokoh anti penjajah yang disanjung dunia.

Cuba pen pusaka tunjukkan dimanakah wakil UMNO dalam rombongan itu?

6. Tahun 1946 – 1948 perjuangan kemerdekaan menggelora. Seruan merdeka bergema diserantau pelusuk tanah air. Akan tetapi dicelah2 suara itu, ada suara yang mengatakan “nak buat jarum pun tak pandai, nak merdeka konon”, hubaya-hubaya, musuh turun dari gunun dll.
Cuba pen pusaka tuliskan, suara dari siapa dan apa tujuannya?

Sehingga tahun 1950, barulah UMNO mengubah slogan hidup Melayu menjadi Merdeka. Untuk mengetahui setakat maha keikhlasan perjuangan merdeka UMNO sila baca memoir Ibu Khatijah Sidik, tokoh wanita umno yang pertama.

Saudara pen pusaka,

Perjuangan kemerdekaan sudah bermula sejak penjajah barat menduduki tanah air kita. Perjuangan terhadap Inggeris pada tahap awal berupa perang2 tani seperti perang Datok Maharajalela dan Datok Sagur di Perak, Perang Bahaman di Pahang, Perang Tok Janggut di Kelantan, Perang Hj Abdul Rahman di Terengganu dll.
Tradisi ini diteruskan oleh PKM, KMM, PKMM, API, AWAS, BATAS dll. Setelah penjajah British mengisytiharkan Undang2 Darurat, perjuangan itu disambung pula oleh TPNM yang melancarkan perang terhadap penjajah British. Saya bersetuju saudara memberikan cop penderhaka dan pengkhianat kepada PKM. Tapi PKM mendurhaka kepada penjajah Inggeris, mengganas ke atas kekuasaan Inggeris di Malaya. Yang mengganas ke atas rakyat dan tanah air kita ialah penjajah Inggeris dan anjing buruannya.

Kesimpulannya ialah: Tunku Abdul Rahman tak pernah mengharungi prahara perjuangan yang tersebut di atas. Beliau dibesar dan diasuh di London. Jadi beliau sedikitpun tidak layak menjadi bapa merdeka. UMNO juga tidak mengharungi sedikitpun prahara perjuangan yang disebut di atas, jadi UMNO sebenarnya perampas hasil perjuagan kemerdekaan.


Dol
Tanpa Nama berkata...
penpusaka (otak dikepala lutut)kata: "Umno bersama Mca dan Mic tubuh perikatan terus lawan British untuk tuntut malaya dimerdekakan!" Piiiiiiiiiiiiirah!! lawan apa bendeee.........?
Indonesia, India, Indochina, filipin, burma merdeka pun serupa itu ke......?
Tanpa Nama berkata...
maaf sekadar hendak bertanya,UMNO yang mana dirujuk dalam komen-komen didalam ini?bukankah UMNO telah diharamkan dalam tahun 1987/88?yang ada sekarang UMNO BARU yang dihidupkan semula tahun 1988.Almarhum Tunku dan Tun Husein Onn sehingga menghembus nafas terakhir enggan mengiktiraf dan menyertai UMNO Baru ini.
kalau dah ditubuhkan tahun '88 macamana boleh keluar cerita macam gitu?
Tanpa Nama berkata...
Lembu punya susu, Sapi dapat nama...Cerdik sunggug si Sapi nie..menangguk di air keruh....
Tanpa Nama berkata...
Mak aih...kalau macam tu..sebelum nie Malaysia ada PM haram lah ..!macam Negeri Perak...heh.
stomp7 berkata...
Ini soal tradisi...
Apakah umno menyambung tradisi dato maharjalela, tok janggut?
Siapa yg menang di sini?
Imperialis british..dengan memperkudakan parti umno.
Dan sekarang kepentingan dijual melalui dagangan saham Felda & penarikan 30% ekuiti bumiputera.

Penpusaka,
suatu hari nanti, anda (atau keturunan anda) mungkin masuk hutan, bukan berjuang...tapi merempat.
reverie, kasihanilah anak-anak anda bila kamu sudah tiada
Tanpa Nama berkata...
apa boleh buat....... gitulah nasibnya kalau nak kekal jadi ketua cawangan (bukit jelutong) jual bangsa jual negara pun tak apa.....
Tanpa Nama berkata...
Maaf pen pusaka, nak tanya sikit.

Apakah saudara juga menyanjung Henry Gurney sebagai pahlawan Tanah Melayu?

Man
siti hajar berkata...
Saya tak kisah sama ada pro atau kontra kmounis. Bagi saya PKM dan parti-parti lain yang menentang pejajahan British dulu pasti ada saham dalam sejarah kemerdekaan negeri ini. Itu tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun!
Tanpa Nama berkata...
Pen Pusaka, maaf saya ada sedikit lagi:
Saudara kata "kekacauan pengganas komunis waktu itu boleh menyebabkan British lebih gusar untuk menyerahkan Malaya kepada warganya..."

Kalau penjajah British ikhlas, mengapa tidak berikan kemerdekaan Malaya sebelum tertubuhnya PKM seperti masa Tok Janggut, Tok Bahaman dll?

Man
selimut putih berkata...
Saya bersetuju dengan pendapat Siti Hajar.
penpusaka berkata...
Sebelum 1946 ramai pejuang disana sini pelusuk Tanah Melayu yang berjuang, tewas dan ramai yang terkorban. Juga ada organisasi yang bangkit. Itu tidak sesiapa menafikan.Melayu bangkit secara tersusun digembeling oleh kebangkitan yang yang di pimpin Dato Onn hingga tertubuh UMNO.Bertitik tolak dengan slogan "Hidup Melayu" menumpaskan cadangan Malayan Union bertukar kepada "Merdeka" selepas PERIKATAN menang pilihanraya 1955.

Selepas tercapai kemerdekaan PKM masih mengganas terhadap Kerajaan Anak Watan.Jadi benarkah dia hendak membebaskan Malaya atau seperti saya kata dia hendak menjajah Malaya?

Soal dia tertubuh sejak 1930 itu kita tahu. Tetapi untuk apa? Bukankah terbukti bahawa dia menjadi alat perkembangan doktrin Komunis untuk menjajah Malaya? Komunis juga hampir berjaya di Indonesia hingga membawa ke peristiwa Lubang Buaya dan kejatuhan Sukarno.

Apa yang kita kena jelas ialah PKM ini adalah pergerakan penjajahan komunis. Tidak ada beza dengan penjajah baik Jepun atau British.

Yang saya persoalkan ialah bila dia ingin menumpang kejayaan UMNO mencapai merdeka dan yang paling saya soalkan ialah kehendak dia untuk diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan. PKM bukan pejuang kemerdekaan TETAPI satu gerakan untuk menjajah Tanah Melayu tanpa disokong oleh penduduk Tanah Melayu. Pejuang penentangan yang tumpas ditangan penjajah sebelum penubuhan UMNO itu kita tidak nafikan, malahan memang tersirat didalam sejarah sebagai pejuang bangsa. PKM juga tersirat didalam sejarah sebagai pengganas yang cuba menjajah Tanah Melayu. Sekarang dia sedang cuba nak dapatkan pengiktirafan melalui blog ini dengan cuba mengelirukan diri dia sebagai juga pejuang kemerdekaan. Saya kata TIDAK.! PKM adalah pengganas yang hampir berjaya jika tidak kerana penentangan kuat oleh Kerajaan baik British mahupun PERIKATAN selepas itu.

Tak perlu hendak persoalkan hakikat ini kecuali memang ada tersirat hendak mencari kesempatan mencemar UMNO bukan sangat pasal PKM tetapi ada udang disebalik batu. Sekarang ini apa sahaja yang boleh diguna untuk mengelirukan orang ramai terhadap UMNO akan jadi kawan. Setan pun boleh dan siapa pun boleh asal, UMNO dapat di cemar!

Kebetulan sahaja PKM dan Chin Peng masuk daun, jadi elok benarlah sebagai serangan bersama. Piihhhdaaaaa!

Jangan samakan pejuang-pejuang yang lain dengan PKM, itu saya dah nyatakan. Bukan sahaja UMNO mereka juga ada peranan, cuma UMNO yang meraih kejayaan. Peranan mereka tetap tersemat didalam sejarah dan dikenang oleh kita zaman berzaman. Begitu juga PKM kekal didalam sejarah sebagai PENGGANAS dan TEWAS oleh ketahanan anak watan pimpinan UMNO!

Cakap-cakap tentang pentadbir British yang kecundang juga ditangan PKM, samaada saya sanjung! Jawabnya YES! Mengapa tidak, kerana sebagai pegawai yang makan gaji didalam Pentadbiran British, tetapi sanggup mati mempertahankan Tanah Melayu dari dijarah komunis, apa salahnya kita kenang sebagai juga turut menyumbang dalam mempertahankan Malaya? Mereka kecundang menjalankan tugas kerana mereka pegawai kerajaan British ketika itu. Mereka mati dalam tugas mentadbir dan mempertahankan Tanah Melayu dari Pengganas Komunis. Sedikit sebanyak kita harus mengenang mereka sebagai korban perjuangan menentang PKM. Apa salahnya?

Apakah itu bermakna UMNO sokong penjajah? Jangan dangkal sangat. Takkan kerana otak tu beku sebab benci ke UMNO hingga semua yang sempat dicapai diguna bak orang hilang akal.
Tanpa Nama berkata...
pen pusaka....
adakah anda ada otak
pernahkah anda menggunakan otak untuk berfikir...
kampung shakirin tu dalam thailand ..... apa kena mengena dengan UMNO dan malaysia , kampung tu anugerah dari raja thailand .
sekirang-kurangnya kerajaan tahai berpegang pada
perjanjian..bukan macam malaysia ,buat perjanjian ...[ lu pikirlah sendiri ]

Lu gi tanya najib tu , sistem felda tu ayah dia dapat dari mana ,
Tanpa Nama berkata...
Tidak benar kemerdekaan negara pada tahun 1957 diperolehi hanya dengan runding-runding atau bincang – bincang sahaja. Mengangkat fakta salah ini umpama menghina sejarah perjuangan bangsa sendiri. Kemerdekaan ini telah dipaksa diberikan oleh penjajah setelah tidak tahan dengan tekanan yang diterima. Dari penentangan awal seperti Tok Janggut, yang difitnah sebagai penentang dan pengganas sehingga tokoh agama ini dihukum mati digantung terbalik dan mayatnya dibiar berhari – hari. Sehinggalah penentangan tekanan Parti Komunis Malaya mahupun gerakan politik seperti Melayu Muda, API , AWAS dan seumpamanya. British tidak punya banyak pilihan terus menjajah secara konvensional dan berdepan dengan tentangan rakyat yang mula meningkat atau mencari satu pewaris yang mampu mentadbir negara ini dengan imej tempatan tetapi dengan syarat mampu menjaga polisi kapitalisme British. Maka British telah memilih untuk mengharamkan semua pertubuhan pro kemerdekaan yang tidak mampu menjaga kepentingan British dengan perbagai label dengan hanya membenarkan beberapa organisasi politik yang mampu menjaga kepentinganya bergerak dan mendapat kemerdekaan darinya
Jiran di Bukit Jelutong berkata...
Penjajah ceroboh Malaya untuk merompak dan porak perandakan negeri ini selama ratusan tahun..... Tidak sedikit golongan patriotik melawan mereka dan ditumpaskan seperti Tok Janggut, Tok Bahaman, Tok sagor dll. PKM, PKMM, API, AWAS, Hizbul Muslimin dll mengangkat senjata meneruskan perjuangan tersebut; dan sesuai dengan logik dan strategi jahat kaum penjajah mereka dicop sebagai 'pengganas'. Tiba-tiba penpesaka pulak berhujah konon "kekacauan pengganas komunis waktu itu boleh menyebabkan British lebih gusar untuk menyerahkan Malaya kepada warganya.....". Wahai sahabatku, bukankah ini sikap penjajah bentuk baru atau mentaliti neo-kolonial namanya?!!
M.A. berkata...
Maaf,

Kepada Saudara Pen Pusaka, saya tersalah klik "delete" komen saudara. Harap saudara tulis semula.

Saya amat menyesal atas kesilapan ini
penpusaka berkata...
Salam M.A., tidak mengapa. Mungkin kita bertemu dilain ketika. Buat masa ini saya ucap terima kasih atas kesudian memberi ruang menyampaikan hujah saya. Walau kita berbeza pandangan dalam hal berkaitan, namun kita tetap bersaudara dan semuga usaha masing-masing direstui dan positif kearah pembinaan negara bangsa. Perbezaan cara dan perbezaan pandangan hak individu, namun yang utama kebaikkan untuk negara. Kalau kita yang salah kita akui kebenaran yang benar, kalau kita tersasar kita jangan malu juga akui dan kembali. Kerana semuanya bukan untuk kita tetapi untuk negarabangsa.Apa yang dah terlaku, tidak boleh dipadam tetapi boleh diperbaiki.

Bagi saya TETAP mengatakan bahawa PKM tidak harus cuba menegakkan benang yang basah. Demi kebaikkan, kita terima takdir dan bergerak kehadapan.Sejarah telah merakamkan perjalanan sejarah UMNO dan PKM mengikut jejak-jejak bertapak yang menceritakan kisah dan tauladan!
Salam, dan sekali lagi TQ.
siti hajar berkata...
Membaca kiriman terakhir dari penpusaka segera mengingatkan saya kepada peribahasa Melayu "telunjuk lurus, kelengkeng berkait". Mula2, dia macam cukup 'gentlemen'; rupa2nya tidak. Ini jelas di perenggan berikutnya apabila beliau dengan angkuh menuduh MA "cuba menegakkan benang yang basah". Sebagai orang yang terlibat, penpusaka tidak boleh sekaligus menjadi hakim!
Tanpa Nama berkata...
hehehehe pengganas dikatakan pejuang....???
iyeee komunis tu baik sekali....potong tangan cincang bunuh....pekebun penoreh yg tak beri kerjasama semua mampus dikerjakan mereka...sejarah tak pernah berbohong...manusia sahaja yang pandai memutar belit fakta....
come my dear...comeback to malaysia...we will see how can u survive at this mileneum...jeng jeng tak sabar rasanya ....taliban kat pakistan dan afghan lahir sebab menentang komunis...
Tanpa Nama berkata...
dulu semasa org ajak balik malaysia tak nak...nak duduk dalam hutan...sekarang bila dah maju nak balik pula...nak tuai hasilll pirahhhh mabukkkk
cuba masa rundingan baling tu setuju....kan senang...ni nak tunjuk kuat...tak mau letak senjata..konon masih belum merdeka..perjuangan belum selesai sebab ada agama islam...komunis kata candu masyarakat adalah agama...karl marx
kata org...nyesal dulu pendapatan...nyesal kemudian tak berguna....duduk la kat sana jual cenderamata...jadi pemandu pelancong tunjuk kubur komunis... jual goreng pisang komunis ke...bapak ayam ke...semua boleh...orang tak ada agama katakan...tak percaya tuhan
ni la balasan kau dapat kat dunia ni...ni belum mati lagi..
Tanpa Nama berkata...
awak cerita apa ni...?
saya adalah orang yang ada pengalaman diserang komunis...
baik ke komunis tu..?org yg senang lenang celik mata tak de pengalaman tu saja yang buta sejarah...
selimut putih berkata...
Buku "Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan" yang kini mungkin sukar dicari di pasaran, akan diulang cetak oleh penerbitnya dalam waktu terdekat.

Mungkin diselindungkan oleh tajuknya, buku ini sebenarnya, antara lain,memaparkan kisah perjuangan "komunis-Islam" dalan perjuangan kemerdekaan tanah air kita, Malaysia.
Mat skar berkata...
Salam tanpa nama,

Dok sokong kominis yang telah berkubur kat Malaysia wat apa.Kerja bodoh.

TANPA NAMA.........lu pergi duduk negeri cina kalau nak ikut kominis sangatlah.
Tanpa Nama berkata...
Salam Mat Skar,

Di sini kita bincangkan soal sejarah, bukan soal nak sokong siapa. Kalau duduk di negeri Cina pun, topik perbincangan soal sejarah kemerdekaan Malaya/Malaysia juga.

Man
Tanpa Nama berkata...
Mat Skar ko ni mangkuk juga rupe nye....x paham topik ke?
m. jali berkata...
Apa boleh buat,Man. Dari sini booleh nampaklah taraf/pengertian orang spt Mat skar tu. Agaknya kalau mereka kurangkan baca utusan meloya dan berita hairan, dan rajin pula baca buku2 spt "gerakana kiri melayu..." spt yang disebutkan oelh selimut putih tu, tak lah otak tu beku sangat. Inilah kesan dairpada sejarah yang ditulis oleh tali barut penjajah.......
Tanpa Nama berkata...
pkm menentang penjajah
jika berjaya,sudah pasti pkm akan memerintah
(watpe bjuang susah2 pastu tnggl je)
apabila perintah sudah pasti mengamalkan fahaman komunis..(bohongla la klu kate x)

tetapi xdpt sokongan rmi @ majority
maka tidak la boleh dienye dipanggil sbg pejuang kemerdekaan

karim maxis
ape yg merdeka?
die nk amek alih pemerintahan wlupun tanpa sokongan..
klu komunis perintah pun,kita belum diiktiraf merdeka..
sbb komunis ni dtg dr luar
cuma pelakon die je tempatan
klu yg dtg dr luar tu atas nama islam
kita anggap sbg ilmu
tp komunis?
sama je mcm british.nk luaskn pengaruh komunis
Kekacang berkata...
Ada satu keluarga ada Ayah, Isteri dan Anak - anak. Tetiba datang satu Mat Salleh, pukul sang Ayah. Halau dan dera. Jiran - jiran yang cuba membantu pun ditangkap, dihalau dan disiksa. Lepas tu dia pun duduk bermukah dengan Sang Isteri dan tinggal kat rumah yang terpaksa ditinggalkan Sang Ayah tadi. Selepas berpuluh - puluh tahun, Sang Isteri pun dah lunyai, anak - anak Si Ayah tadi pun ramai yang anggap Mat salleh ni lah ayah mereka yang sebenar. Si Mat Salleh ni pun nak balek negeri. Jadi dia pun pilih lah antara anak - anak ni mana nak ganti jadi ketua Keluarga. Mestilah dia pilih yang boleh dengar cakap dan telunjuk Si Mat Salleh ni.
Setelah lebih 50 tahun, Sang Ayah yang dihalau ini pun nak balek semula, malangnya tak diterima dan dicerca serta dimaki oleh Sang Anak pengganti Mat Salleh ini. Namun Si Ayah tadi tetap mendapat sokongan dari cucu - cucu yang boleh berfikir.
Sedangkan anak - anak dari Si Ayah yang bodoh dan bangang ini terus mencerca Si Ayah tadi. Begitu kuatnya pengaruh Mat Salleh ini ditambah pula kemalasan Sang Anak yang malas nak berfikir dan mengkaji.
Inilah cerita rakyat yang sempat dikaji.
Tanpa Nama berkata...
Kpd Kekacang,
cerita rakyat itu memang ringkas dan tepat. Takut ini pun mereka (yg otak beku) tak faham!
Kekacang... versi yang sangat menarik!
Kalau yg tak paham, penjajahan minda alaf baru la tue.
Tanpa Nama berkata...
hahaha
anak2 tu xpenah anggap pun lelaki tu bpk die
tue kutuk tu die je perasan dan menganggap diri die sbg bapak kpd anak2 tu

lelaki tue kutuk tu terpengaruh dgn apek
konon2 die lah ketua dlm rumah tu
padahal bsk luse2, apek tu yg lanyak bini die
maka melayu pun xori mcm anak mix mat salleh tu

tp anak mix mat salleh tu tau
nk jage rumah bkn senang mcm lelaki tue tu rasekn
nk merdeka sgt
lps tu mane hala tuju kite?
maka blk tani mjadi petani

apek td amek la ape yg tani td tngglkn
maka berjaya la apek menipu lelaki tue yg emosional tu

tetapi laki tue tu xkisah
pd die lbh mulie jd tali barut cine dr tali barut british

hidupla melayu dgn aman damai dibwh tadbr cine komunis.

karim maxis
fredo berkata...
2009 Julai 4 23:29
Tanpa Nama berkata...
Soalan:Siapa yang berkuasa pada masa sebelum Malaya merdeka?
Jawapan:British

Soalan:Siapa pergi berbincang dengan British untuk mendapat kemerdekaan?
Jawapan:UMNO,MCA dan MIC

Soalan:jadi PKM itu apa peranan nya?
Jawapan: Tak tahulah mungkin lagi satu kes 'govt in waiting' atau dalam bahasa melayunya 'berangan lebih dari kenyataan'.

---->diam lebih baik dr tunjuk kebodohan.. simpan bodoh tu kt rumah..jgn tunjuk kt org len..malu mak bapak kau!
Tanpa Nama berkata...
apa yang bangang sangat ni...berbicara lah dgn ilmiah..jangan emosi...PKM ni...Najib melawat china...tun razak melawat china...pa kebenda ni...
kita berbicara secara..ilimiah utk mempercayai sejarah yang dilindungkan....ingat masa darjah enam dulu...ada pelajaran sejarah...(1981)...tajuk pelajaran sejarah ialah pemberontakan tok janggut di kelantan...penderhakaan mat kilau di pahang...(betul ke tajuk tu)...tapi itu yang diterapkan di jiwa anak anak pada masa tu...sebenarnya UMNO telah dibubarkan pada 1988...talkin telah dibacakan...umno sekarang ni umno baru...
Tanpa Nama berkata...
apa ilmiah sgt la kau tu?
UMNO bkn dibubarkan tp dharamkan
ko tau apa sebab

ko tau ape berlaku seterusnya rentetan dari pengharaman UMNO

apa dasar perjuangan UMNO lama dan baru?

Najib pergi China watpe?
bncng ketenteraan?
atau mengenang sejarah kerajaan melayu melaka yg ade hubungan dgn china?
atau bncng bisnes?

m'sia negara berkecuali
m'iktiraf mane2 kerajaan yg di pilih oleh rakyatnya sendiri kecuali israel

Skrg China kuasa besar ekonomi
mcm mn boleh meningkat dgn mendadak?
apa manfaat yg kita boleh dpt dr die?

kerajaan cuba nk pisahkn kebergantungan ekonomi kita dari barat ke asia

xde isu besar pun najib nk ke china
Tanpa Nama berkata...
jangan bercakap tanpa fakta pakcik dulu pernah melihat pembunuhan ketua kampung tempat pakcik, sunguh kejam komunis ketika itu kemudian menculik penduduk kampung yang kemudiannya ditemui menjadi mayat diladang2 getah, tengok la sejarah jangan bercakap hantam dang jer..ideologi komunis hanya banyak membawa keburukan
stalin,lenin,berlin, berkata...
aku sokong pkm tp aku x sokong ideologi pkm yg berfahaman komunis....ramai org tahu masalah komunis dgn kaum muslimin dari zaman stalin hingga ke tahun 1989 di afganistan..........honestly cakap aku x tahu la apa akan terjd kat malaysia ni kalo pkm memerintah maksud aku ialah apa jd dgn agama islam tp aku x kisah kalo bab pasal bangsa ke atau kedudukan sultan yg pkm nk jahanamkan tp bab agama aku rasa pkm masih samar2 kerana fahaman komunis yg pkm anuti..........
kalo pkm memerintah wujud kew sek agama taayah,izuddin,kisas atau uia atau kolej2 islam ada kat malaysia ini sbb komunis amat memusuhi kaum muslimin di negara mereka sehingga alim ulamak dibunuh,masjid ditutup,ilmu agama dilarang diajar dan terbaru di urumqi itu semua keje komunis tp aku pelik gak kalo org2 yg dikatakan alim nape mereka masuk pkm nape x satu parti islam yg bersenjata nape nk masukk parti yg mengatakan agama itu candu kpd masyarakat dan terbukti memusuhi islam adakah mereka ini alim secara hakiki atau luaran sahaja kalo nk dikatakan org2 melayu pkm itu alim,,stalin juga alim kerana ia didik menjd paderi tp akhirnye stalin "bunuh" semua agama kecuali komunis itu sendiri so kesimpulan aku ialah mereka yg dikatakan alim dlm pkm itu telah mengikut stalin (betulkan aku kalo salah)........tp aku amat tertarik dgn sosialis Cuba dr segi pendidikan dan kesihatan
kerk berkata...
salam sejahtera...

pada pendapat aku, komunism ni adalah satu strategi dr kabal2 freemasons illuminati untuk merosakkan dan menghancurkan umat manusia. mereka mengharamkan beragama kerana apabila manusia lari dari tuhan, mereka akan menyembah tuhan baru mereka iaitu duit, wang, pitis. dengan ini senang la kabal2 ini untuk menakluk dunia. tetapi, didalam isu ini, kita perlu la mengiktiraf penentangan kumpulan komunis ini kerana mereka inginjan negara ini merdeka walaupun ideologi komunis ini ideologi pemusnah. sepertimana saudara hotzoom tadi. perlu di ingatkan bahawa, komunism ini adalah satu alat semata2. alat untuk menguasai dunia. PKM ini melawan british dengan cara mereka iaitu komunism. same juga dengan parti sosialis. idologi patot ditepikan sementara waktu agar kita merdeka. perjuangan itu penting, melawan atau mengikut bontot british...

waallahua'lam....
Berlaku_adil berkata...
Mari saudara-saudara...jangan kita nafikan sumbangan PKM sebelum merdeka.

Dan, mari saudara-saudara...jangan kita nafikan 'sumbangan' PKM selepas merdeka. (Tak perlu diulang-ulang kot apakah 'sumbangan' tersebut...baca novel 'Pahlawan Parang Panjang' mungkin anda dapat sikit idea)

As simple as that. Matlamat tidak menghalalkan cara, tuan. Dunia sementara, akhirat kekal abadi. Komunis, UMNO, PAS...kita semua sama saja, yang membezakan adalah taqwa di sisi Allah. So, pilihlah jalan untuk diterima Allah. Adakah komunis menyediakan jalan tersebut. Tepuk dada tanya iman. Kalau ikhlas, Allah akan tunjukkan jalan.

Saya salute blog ini kerana berani menjadi wadah menerima pandangan yang berbeza.
2009 Julai 31 21:48

Selasa, 2009 Jun 30
Pengenalan Ringkas Tentang Pahlawan Manap
Pahlawan Manap - Ketua Platun Ke-5 Rejimen Ke-10 TPNM
1. ‘Darurat’ yang diisytiharkan pada 20 Jun 1948 telah memaksa dan tidak memberikan pilihan lain kepada ramai anak-anak muda revolusioner kecuali menceburkan diri dalam perjuangan bersenjata melawan penjajah British. 2. Di sini, terbuktilah bahawa di mana ada penindasan, di situ akan ada perlawanan; dan, generasi muda adalah pemangkin bagi perubahan sejati dalam sesebuah masyarakat! 3. Satu lagi hakikat dalam perjuangan menuntut kemerdekaan dan keadilan ialah bahawa sesungguhnya pengorbanan dalam pelbagai bentuk payah hendak dielakkan. 4. Justeru itu, masyarakat hari ini harus menginsafi dan tidak mensia-siakan mereka yang telah berbakti, apalagi yang telah menyumbangkan jiwa-raga bagi kemerdekaan tanahair. 5. Salah seorang daripada putera-puteri terpuji sedemikian ialah Manap Sewang @ Manap ‘Jepun’ – anak jati negeri Pahang. Ayahnya seorang pelayar, dan ibunya seorang Jepun. 6. Usia sebenar Manap tidak diketahui. Beliau dikatakan lahir dalam tahun 20-an dan gugur dengan mulia dalam satu seranghendap oleh sepasukan askar Gurkha upahan di Kuantan pada 25 Januari 1952. 7. Abdullah C.D telah menulis dalam memoirnya begini: “Manap mempunyai semangat heroisme revolusioner yang tinggi. Saya banyak kali membawanya ikut bertempur untuk melampas dan menempanya menjadi seorang perajurit yang gagah berani dan berteladan. 8. “Manap bukan saja handal dalam pertempuran (tapi) juga pengorganais massa yang baik. Beliau telah mengerahkan kaum keluarganya menjalankan kerja bawah tanah di kawasan bandar Temerloh sehingga terbentuklah jaringan perhubungan yang erat antara kerja organisasi di bahagian bandar, kampung dan hutan.” 9. Dalam beberapa tahun yang singkat saja, legenda mengenai Manap tersebar luas. Kononnya, beliau mempunyai ilmu kebal, boleh menghilangkan diri dan sebagainya. 10. Sebenarnya, ada beberapa perkara menarik dan luarbiasa mengenai keberanian dan kecerdikannya dalam memimpin pertempuran. Umpamanya, dalam satu peristiwa di Jabor (Disember 1950), Manap dengan cerdik telah mengambil taktik menyamar diri sebagai pegawai askar musuh. Beliau dan pasukannya telah menaiki bas di jalan Kuantan-Jabor dan berhenti betul-betul di pos kawalan musuh. Di situ, dia memerintahkan semua AP yang bertugas supaya berbaris untuk pemeriksaan senjata. Dengan demikian, beliau telah berjaya merampas 6 laras senapang dan sejumlah peluru! 11. Dalam masa yang sama, seorang hantu musuh yang amat besar dosanya telah ditangkap dan dibawa ke dalam hutan untuk disoalsiasat. Dia telah berterusterang serta mengaku segala kesalahannya termasuklah hutang darahnya kepada Tentera Pembebasan. Oleh kerana sikap jujurnya, serta berjanji tidak akan mengkhianati lagi perjuangan anti-British, maka beliau dibebaskan. Justeru itu, nama Manap semakin dipuji dan dipuja. 12. Dalam satu kisah lain, Manap yang memimpin Platun Ke-5 telah menyerang sebuah kenderaan yang dijangkakan membawa askar British. Rupa-rupanya kenderaan tidak bertanda itu adalah dari pasukan palang merah mereka. Setelah mengetahui hal sebenar, Manap memerintahkan supaya pagawai yang cedera itu segera dibebaskan. 13. Sehubungan ini, Noel Barber ada menyentuh tentang kisah “Manap the Jap” dalam bukunya ‘The War of the Running Dogs’. 14. Abdullah C.D, pemimpin Rejimen Ke-10, telah membuat kesimpulan tentang pertempuran Platun Ke-5 sebagai berikut: “Dari bulan Oktober 1950 hingga Januari 1951 Manap memimpin Platun 5 melakukan banyak kali tindakan militeri ke atas musuh, termasuk 3 kali menyerang pos AP; 2 kali serang hendap; 4 kali gangguan dan lain-lain, membunuh 6 orang musuh, termasuk 2 orang OCPD British, satu orang pegawai British, satu sarjan dan dua orang polis; mencederakan 6 orang, di antaranya 2 orang askar British dan 2 orang polis; merampas 16 laras senjata dan 464 biji peluru serta alat kelengkap lainnya.” 15. Atas jasa-jasanya yang tidak ternilaikan terhadap usaha kemerdekaan tanahair, Manap telah dianugerahkan gelaran “Pahlawan” oleh Markas Besar Rejimen Ke-10 pada 21 Mei 1952.
lagi-lagi tentang Pahlawan Manap: Dari Catatan Sejarah Bangsa Ulasan Dari Pak Dharmala NS Tentang Kisah Wan Esah Ibu Kepada Manap Jepun (sila klik tajuk di atas untuk ke laman tersebut) Dicatat oleh M.A. di Selasa, Jun 30, 2009 Label: pahlawan rakyat, Rejimen Ke-10 TRM, sejarah 16 ulasan: paperil berkata... Manusia seperti Manap inilah pejuang sebenar kemerdekaan...mereka berjuang tanpa sesen pun gaji bulanan...MANUSIA SEPERTI INI ADALAH HERO SEBENAR TANAH AIR...!!! 2009 Julai 1 14:03 Putera Gunung Tebu berkata... Pak Amin, Saya cadangkan supaya komen dalam blog ini terus dipublish secara automatik tanpa perlu approval oleh Pak Amin atau moderator. Dari satu sudut, ada kontranya. Contohnya akan ada komen2 yang berunsur sumpah seranah, caci maki, carut marut dan lain-lain. Namun banyak juga pronya. Contohnya kami sgt berminat dengan sejarah sebenar kemerdekaan negara kita akan mendapat gambaran sebenar sejauh mana pemikiran masyarakat kita terhadap sejarah negara. Selagi kita tidak tahu apa yang ada dalam pemikiran mereka, lagi susah untuk kita merawat penyakit tersebut. Biarlah mereka luahkan segala yang terbuku dalam minda mereka. Barulah kita tahu sejauhmana pemikiran mereka. Harap Pak Amin pertimbangkan perkara ini. Dulu saya sangat minat blog Tun Mahathir. Saya ingin membaca apa yang sedang difikirkan oleh dia. Tapi apabila hanya komen2 yg memuji dan memuja dia saja yang diapprovekan utk disiarkan, saya jadi meluat dan loya. Saya sangat mementingkan ketelusan dan keterbukaan dalam berfikir. Saya rasa Pak Amin turut menerima komen daripada anak-anak, saudara mara dan rakan karib bekas polis dan tentera yang bekerja dengan British dahulu. Mungkin banyak arguement yg mereka lontarkan. Kalau Pak Amin biarkan komen itu masuk tanpa approval, banyak maklumat lain dapat kamikongsi. Jemput Pak Amin ke 'rumah' saya di http://puteragunungtebu.blogspot.com 2009 Julai 1 14:38 Tanpa Nama berkata... Manap benar-benar pahlawan sejati, biar apa pun orang cop, tapi kenyataannya dia gugur menentang penjajah. Inilah mati yang berjasa, mati dengan mulia. Jutaan rakyat mengiktiraf, sejarah mengiktiraf Manap sebagai PAHLAWAN Berjuang dengan hati yang ikhlas, bersih dan suci, tanpa ganjaran, tanpa sesen gaji, tapi demi untuk pertiwi tercinta yang dinodai penjajah durjana. Sesungguhnya manusia macam Manap ini tak akan mati, hidup selamanya di dalam jutaan insan yang tahu kebenaran, selamanya hidup dalam kenangan sejarah bangsa, agama dan tanah air. Siapakah pahlawan yang sebenar: yang berjuang menentang penjajah atau yang bersekongkol dengan penjajah Jawapan saya ialah yang berjuang menentang penjajah itulah pahlawan rakyat yang sejati. Dol 2009 Julai 1 19:09 Putera Gunong Tahan berkata... Di sini saya tak setuju dengan putera gunung tebu. Mana mungkin gambaran sebenar pemikiran masyarakat ttg sejarah negara terjelma berasaskan kepada caci maki atau sumpah seranah dari manusia yang tidak bertanggungjawab? 2009 Julai 1 19:11 M.A. berkata... Salam Putera Gunung Tebu, Terima kasih atas komen dan cadangan saudara. Di sini ingin saya bentangkan pandangan dan pendirian blog ini sebagai berikut: Blog ini menghormati semua fikiran yang positif dari berbagai pihak (termasuk yang anti-komunis), atas prinsip saling menghormati berbagai ideologi. Oleh itu, sesiapapun dijemput memberi komen yang membina walaupun pandangannya bertentangan dengan pandangan di blog ini. Dan saya mengucapkan terima kasih atas komen-komen tersebut. Sungguhpun begitu, semua komen haruslah dipaparkan secara intelektual, berhemah dan bertanggungjawab, tidak menggunakan perkataan kesat, lucah, sumpah seranah dan sebagainya. Asalkan tidak lari dari etika yang ditetapkan di atas, komen tersebut akan diluluskan! 2009 Julai 1 20:37 md z... berkata... Terharu juga membaca kisah Dato Hussien ayahanda Tun Razak diselamatkan oleh Wan Esah (bonda Manap)daripada siksaan Jepun seperti yang tercatit dalam catatan sejarah bangsa itu. Tak ada ke sesiapa boleh menyampaikan kisah ini kepada PM Najib. Manalah tau, kalau2 kisah ini dapat mengingsafkan dan membuka pintu hati dia.... 2009 Julai 1 21:25 Putera Gunung Tebu berkata... Putera Gunung Tahan, Silibus sejarah daripada primary school hingga menara gading ditulis berasaskan bias dan kepentingan politik golongan yang mewarisi kemerdekaan negara ini daripada penjajah. Banyak kebenaran disembunyikan. Banyak kepalsuan diada-adakan. Kita mesti berjiwa besar untuk mengubah semula kepalsuan kepada kebenaran. Suatu hari nanti silibus sejarah dalam sistem pendidikan negara perlu ditulis semula. Saya melihat cita-cita ini akan mudah direalisasikan apabila empayar kekuasaan BN/UMNO yang menunjangi pentadbiran negara runtuh suatu hari nanti. Detik tersebut kelihatan semakin hampir. Untuk membuat perubahan tersebut, kita perlu mendapat gambaran sebenar pemikiran masyarakat sejauh mana mereka telah tertelan racun penjajah yang diterapkan dalam silibus pendidikan negara. Untuk pengetahuan Putera Gunung Tahan dan juga Pak Amin, golongan akademik sedang mengikuti secara dekat perkembangan blog ini. Kami tidak begitu teruja dengan paparan oleh Pak Amin sebab sebahagian besar fakta itu telah kami kaji. Saya sendiri telah membaca hampir semua memoir bekas pemimpin dan anggota Rejimen Ke-10 seperti yang dicatatkan oleh Pak Amin kat sini. Buku-buku itu sukar didapati dipasaran atau kedai buku biasa. Salah satu tempat yang boleh dibeli ialah di kedai buku UKM. Kat situ ada jual sebahagiannya. Kalau tak jumpa juga, kita boleh buat rujukan di Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM. Ringkasnya, kami sangat berminat untuk mengetahui respon pembaca terhadap paparan2 dalam blog ini. Respon pembaca merupakan sebahagian data penyelidikan untuk melihat sejauhmana propaganda melalui sejarah telah terkesan dalam minda rakyat. Daripada maklumat inilah, kita semua boleh bergerak untuk membetulkan semula 'aqidah sejarah' yang tersemat kukuh dalam minda rakyat Malaysia. Masa semakin hampir. Saya melihat ada cahaya di hujung terowong. Terima kasih Putera Gunung Tahan dan Pak Amin atas respon. Saya sekadar melihat untuk suatu lonjakan yang lebih jauh dan satu view yang lebih luas. Saya sendiri banyak menerima email daripada anak-anak polis dan askar yang bekerja dengan British. Banyak arguement yang mereka lontarkan. Walaupun kadang2 mereka berhujah secara emosi, namun kita mendapat banyak maklumat berguna untuk kerja buat kita dalam usaha membuat islah terhadap sejarah negara. Kita tidak perlu bimbang dengan respon tidak bermoral oleh pembaca. Nanti akan ada pembaca lain yang turut menjawab dan membetulkan 'kekeliruan' tersebut. Saya sangat suka cara laman tranung kite online (TKO) beroperasi. Semua komen dilepaskan. Akhirnya terjadilah suatu bentuk perbincangan yang bermaklumat, walau kadang2 bahasanya agak teruk. Sebagai contoh, artikel saya Shamsiah Fakeh: Perginya Pejuang Bangsa pernah disiarkan oleh TKO (boleh rujuk arkib TKO). Macam2 komen timbul, ada yang tuduh dan herdik saya sebagai komunis dan lain-lain. Saya tidak jawab pun tomahan itu, pembaca lain pula yang jawab dan bagi respon. Terima kasih sekali lagi PG Tahan dan Pak Amin 2009 Julai 1 21:30 Kekacang berkata... Al Fatihah untuk Pejuang Manap Jepun. Nama beliau telah dikenali semenjak aku dibangku sekolah lagi. Memang benar Negeri Pahang banyak mengeluarkan pendekar yang sanggup meletakkan nyawa mereka demi pertiwi, bukan sekadar mengejar periuk nasi. Saya yakin sati masa nanti sejarah akan berubah, beliau akan dinobatkan sebagai pahlawan sebenar. 2009 Julai 1 21:43 Pak Odin Bota berkata... Kemunculan blog ini cukup penting kerana mendedahkan perjuangan kebenaran dan bukannya perjuangan kemenangan yang palsu serta penuh dengan pernipuan dan penindasan saperti perjuangan ameno,Cukup memuaskan hati saya.CUMA SATU LAGI PERMINTAAN SAYA KPD SAUDARA MAT AMIN.MINTA TOLONG GUNAKAN YOU TUBE VIDEO UNTUK BLOG INI.TERUTAMA TEMUBUAL KEPADA MEREKA YANG MASIH HIDUP.seterusnya gunakan gambar video segala sejarah yang masih ada yang boleh untuk dirakamkan., 2009 Julai 1 23:16 Putera Gunong Tahan berkata... Mungkin kerana saya bukan dari golongan akademik, maka saya "begitu teruja" dengan paparan Pak Amin dlam blognya. Di sini, saya tidak segan-segan mengaku bahawa sebahagian besar daripada fakta-fakta di dalamnya telah membantu memerdekakan minda saya. Saya menghargai pendapat dan pandangan berbeza-beza dari berbagai aliran yang tak sama. Tetapi, saya juga boleh nampak dengan agak jelas pertentangan yang tidak dapat dikompromikan antara "argument" atau hujah dengan kata-kata nista, maki-hamun, mencarut, menghina dan sebagainya. Sebab itulah saya tidak bersetuju dengan Putera Gunung Tebu supaya "komen dalam blog ini terus dipublish secara automatik tanpa perlu approval oleh Pak Amin atau moderator". Di situlah letaknya perbezaan kita. Tabik kepadamu PG Tebu ! 2009 Julai 2 01:06 Paperil berkata... Saya setuju dengan Putera Gunung Tebu...salah satu kaedah untuk mengenali musuh ialah let them speak out their mind...memang ada kontranya tapi bak kata Putera Gunung Tebu, dari situ kita boleh dapat gambaran sebenar sejauh mana mereka telah diindoktrinasikan...harap Pak Amin dapat pertimbangkan... 2009 Julai 2 02:29 Iman berkata... AlFatihah kepada semua pejuang kemerdekaan tidak kira pihak mana pun..mungkin landasan perjuangan berbeza-beza...Malaysia Tanah Airku 2009 Julai 2 08:23 Aman berkata... Pak Amin, Mengikut pemahaman saya PKM berjuang membebaskan diri dari cengkaman penjajah. Andai kata perjuangan ini berjaya... katakanlah pada rundingan baling dahulu.. agaknya apakah atau bagaimanakah keadaan Malaysia sekarang pada 2009. Sekadar ingin mendapatkan pandangan/pendapat/cita -cita Pak Amin sahaja... Terima Kasih 2009 Julai 2 12:23 M.A. berkata... Saudara Aman, Ciri-ciri revolusi Malaya tak sama dengan revolusi China. Yang berjuang untuk kemerdekaan Malaya bukan PKM sahaja, masih banyak lagi seperti PKMM, API, AWAS, Hizbul Muslimin, Barisan Tani, Kesatuan buruh dll. Jika PKM menang, bererti menanglah parti2 kiri yang saya sebut di atas. Negara Malaya merdeka yang akan terbentuk seperti yang telah dipaparkan dalam 10 fasal perlembagaan rakyat. (Dalam hal ini, seorang anak muda progresif, Fahmi Rezal telah membuat kajian terperinci. Lihat Revolusi'48 karya Fahmi Rezal) 2009 Julai 2 21:34 fredo berkata... md z... berkata... Terharu juga membaca kisah Dato Hussien ayahanda Tun Razak diselamatkan oleh Wan Esah (bonda Manap)daripada siksaan Jepun seperti yang tercatit dalam catatan sejarah bangsa itu. Tak ada ke sesiapa boleh menyampaikan kisah ini kepada PM Najib. Manalah tau, kalau2 kisah ini dapat mengingsafkan dan membuka pintu hati dia.... 2009 Julai 1 21:25---> hati dah gelap dek kerana terlalu byk suapan british..sampai sudah x terbukak pintu hatinya.. juujur tu x beri makna pape pada dia...asalkn bini dia boleh bershoping dan beli apa saja, itulah jalan nya,... 2009 Julai 3 16:17 mat bunga2 berkata... Peh! mantap betol idealisme komunis kat hati hang suma yer! Boleh bawak sampai ke mati turrrr. Insyaallah kubur hang suma terang benderang. 2009 Julai 12 19:55
Ahad, 2009 Jun 28

Memaparkan Sejarah Yang Dilupakan

Ingin mengetahui sejarah tulin perjuangan kemerdekaan Malaya/Malaysia? Sila dapatkan buku-buku berikut:
Memoir Abdullah C.D. ( Bahagian Pertama)- Zaman Pergerakan Sehingga 1948 ISBN: 983-2535-71-9 Author: Abdullah C.D. Publisher: SIRD Year: 2005 Number of page: 283 Delivery: 1 day Terlalu banyak peristiwa dan kenangan yang melintas dibenak saya apabila mengenang kembali sejarah perjuangan silam sejak 1920-an sehinggalah sekarang. Perjuangan memang amat berliku-liku dan saya jatuh sakit disebabkan keracunan pengkhianat pada tahun 1976. Kesan daripada sakit itu amat hebat dan mengganggu keupayaan saya untuk menulis dengan lancar. Akan tetapi berkat izin Allah dan berkat sokongan kawan-kawan pimpinan Jawatankuasa Pusat Kawan Chen Ping; berkat bantuan Suriani dan pimpinan Rejimen Ke-10 lainnya serta berkat bantuan kawan-kawan dan rawatan para doktor, saya teguh berjuang melawan penyakit. Alhamdulillah, saya sihat semula sehingga ke hari ini sungguhpun agak uzur kerana sudah lanjut usia. Memoir Abdullah C.D.: Zaman Pergerakan Sehingga 1948 ini saya harap akan dapat menyumbang sedikit sebanyak kepada usaha penulisan kembali sejarah tanah air kita. Saya harap ia dapat melengkapkan ruang-ruang sejarah yang belum lengkap. Sekurang-kurangnya ia akan membantu para pelajar dan pengkaji sejarah untuk berfikir daripada perspektif yang berlainan. Dengan itu saya harap mereka dapat membuat tafsiran yang lebih saksama terhadap para pejuang antipenjajah yang berada dalam wadah kiri dalam Parti Komunis Malaya.
Memoir Abdullah C.D ( Bahagian Kedua)- Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10 ISBN: 9833782239 Author: Abdullah C.D. Publisher: SIRD Year: 2007 Number of page: 354 Delivery: 1 day Price: RM35.00 Penaja dan pemimpin Rejimen Ke-10, memoir Abdullah C.D. bahagian kedua ini secara khusus menfokuskan kepada perjuangan bersenjata menentang penjajah British untuk kemerdekaan Malaya kini Malaysia yang bermula pada bulan Jun 1948. Secara umum bolehlah disimpulakn perjuanganbersenjata Anti-British adalah akibat wajar dari kesedaran nasional dan pariotisme Malaya yang mulai berkembang pada tahun 30-an. Perang Dunia Kedua telah memperingatkan kesedaran tersebut ke tahap yang lebih tinggi. Selepas tamat perang tersebut, gerakan kemerdekaan yang terajui oelh PKM, PKMM,API, AWAS, BTM, Kesatuan2 Buruh dan lain-lain berkembang menggelora. Sesuai dengan tajuk Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10, Abdullah C.D. tidak hanya menubuhkan rejimen Ke-10, tetapi juga telah memimpin pasukan itu melancarkan perjuangan tak kenal ampun menentang kekuasaan penjajah British. Tahun 1953, atas perintah Markas Agung TPNM, beliau memimpin sebahagian pasukan Rejimen Ke-10 menempuh berbagai rintangan dan tiba di kawasan sempadan dengan jayanya. Sejak itu beliau pula bertungkus lumus memimpin pasukan membangun basis sempadan demi meneruskan perjuangan sehinggalah wujudnya penandatanganan perjanjian damai Haadyai pada tahun 1989. http://www.kinibooks.com/product_info.php?cPath=25&products_id=723
The Memoirs of Abdullah C.D. (Part One) The Movement until 1948 ISBN: 9789833782642 Author: Abdullah C.D. Publisher: SIRD Year: 2009 No of Pages: 207 Product ID: 274 "Our nation's Independence on 31 August 1957 cannot be alienated from the contributions of various forces and groups who had been involved in the anti-colonial struggle since World War II. But there are historians who have argued that the spirit of Malay anti-colonialism before World War II was weak, akin to setting fire to damp wood. They maintain that this spirit only came alive after the Japanese Occupation during World War II. By my own observations and involvement, this view needs to be reconsidered. Although the rise of nationalism only became evident after the war, its seed had been sown long before. I hope my memoir will contribute a little to the efforts of rewriting the history of our land. I hope it will complement the historical gaps yet to be filled. At the very least, it will help students and researchers to think from a different perspective. With this, i hope they will be able to make a more balanced assessment about the anti-colonial fighters who were leftists...." Price: MYR 35.00 http://www.gerakbudaya.com/products-page/biography/the-memoirs-of-abdullah-cd-part-one-the-movement-until-1948/
Memoir Rashid Maidin – Daripada Perjuangan Bersenjata Kepada Perdamaian ISBN: 983-2535-70-0 Author: Rashid Maidin Publisher: SIRD Year: 2005 Number of page: Not Specified Delivery: 1 day Price: RM18.00
Saya telah melalui pahit maung di bawah penjajah Inggeris dan Jepun. Pada masa pendudukan tersebut setakat yang saya mampu. Begitulah juga apabila Inggeris kembali menjajah semula Malaya pada 1945. Di antara 1945-48, tempoh perjuangan secara aman melawan Inggeris, saya menjadi salah seorang wakil terbuka PKM bergerak menyusun massa rakyat untuk kemerdekaan. Setelah Darurat pada Jun 1948, saya tertangkap dan meringkuk dalam tahanan penjajah Inggeris sehingga 1952. Mujurlah saya berjaya melepaskan diri dan bergabung dengan pasukan gerila Rejimen Ke-10 pimpinan rakan karib saya, Abdullah CD. Pada Disember 1955, saya terlibat bersama Chen Ping dan Chen Tien dalam Rundingan Baling. Pada 1989, saya menjadi salah seorang perwakilan PKM dalam Rundingan Phuket yang menghasilkan Perjanjian Damai Haadyai pada 2 Disember tahun itu. Saya berharap memoir ini dapat memberikan sedikit sebanyak gambaran dari sudut perjuangan yang saya ceburi selama berpuluh-puluh tahun ini. Saya percaya ia berguna melengkapkan sejarah tanah air. Akhir kata, saya amat berterima kasih kepada pihak penerbit dan semua pihak yang bersusah payah membantu saya dalam menerbitkan memoir ini. Jasa anda semua tetap saya sanjung tinggi.
Rashid Maidin http://www.kinibooks.com/product_info.php?cPath=38&products_id=273 The Memoirs of Rashid Maidin: From Armed Struggle to Peace ISBN: 9789834372727 Author: Rashid Maidin Publisher: SIRD Year: 2009 Number of page: 121 Delivery: 1 day Price: RM25.00
“Since the 1930s, I was involved in the Communist Party of Malaya (CPM) in the struggle against the British colonizers to free our homeland. Many have asked me why I chose to take this path and not another, they have also asked me about my experiences, my joys and pain and my memories. I’ve had all kinds of questions thrown at me. It is also true that I myself have wished to write down some episodes from my struggle within the CPM…. I endured the extreme bitterness of living under both the British and Japanese. I fought against the Japanese during their occupation (1941-45) with all my might, just as I did when the British returned to rule Malaya in 1945. Between 1945-48, when I agitated peacefully against the British, I was one of the CPM’s public representatives, openly organizing the masses for independence. Soon after the declaration of the Emergency. I was caught and imprisoned in British detention camps until 1952. It was a good thing that I managed to escape and join the 10th Regiment [of the Malayan National Liberation Army] with my close friend, Abdullah C.D. In December 1955, I participated in the Baling Talks with Chin Peng and Chen Tien. In 1989, I was one of the CPM’s representatives in the Phuket negotiations which resulted in the Haadyai Peace Accord of 2 December that same year. I hope this memoir will give some idea of the struggle which I plunged myself into for decades.”
http://www.kinibooks.com/product_info.php?products_id=1043&osCsid=26c1338074688c256036352ac200ceaa Memoir Suriani Abdullah - Setengah Abad Dalam Perjuangan ISBN: 983-2535-87-5 Author: Suriani Abdullah Publisher: SIRD Year: 2006 Number of page: 243 Delivery: 1 day Price: RM30.00
Setengah Abad Dalam Perjuangan – Memoir Suriani Abdullah - sebuah memoir tulisan Suriani Abdullah yang mencatatkan perjuangan dan kehidupan beliau yang mengagumkan, bagaikan helang merempuh badai gelora menuju ke puncak cita-cita pantai bahagia. Sejarah berputar mengikut edarannya, kesedaran dan kemajuan manusia juga berkembang mengikut zamannya. Beliau dilahirkan dalam zaman kesedaran nasional rakyat tanah jajahan dan setengah jajahan di dunia, Asia khasnya sedang menggelora. Kebangitan ini telah menempa beliau dari seorang pejuang wanita yang unggul dan bercita-cita tinggi untuk keadilan masyarakat, kemerdekaan negara dan bangsanya.
http://www.kinibooks.com/product_info.php?cPath=25&products_id=437 Abu Samah Mohd Kassim: Pejuang Kiri Kemerdekaan Zuriat Datuk Bahaman Author: Mohamed Salleh Lamry Publisher: SIRD Year: 2007 Number of pages: 244 Price: MYR 30.00 Perjuangan Datuk Bahaman menentang penjajahan Inggeris di Pahang (1891–95) banyak memberi ilham dan dorongan kepada generasi anak Pahang yang berikutnya dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, selepas Perang Dunia Kedua. Malah, penglibatan mereka dalam perjuangan bersenjata, meskipun bersama PKM, boleh juga dilihat sebagai penyambung perjuangan Datuk Bahaman. Salah seorang zuriat Datuk Bahaman yang terlibat secara aktif dalam perjuangan kemerdekaan ialah Abu Samah Mohd. Kassim, anak Pahang kelahiran mukim Semantan, Temerloh. Bermula sebagai pemimpin kecil dalam gerakan politik kiri (PKMM/API). Abu Samah kemudiannya menjadi salah seorang pemimpin utama dalam Rejimen Ke-10, Tentera Rakyat Malaya dan PKM. Perjuangannya berpanjangan lebih setengah abad, dari Pahang hingga ke Selatan Thailand. Meskipun dia mungkin kurang dikenali berbanding rakan seperjuangannya Rashid Maidin dan Abdullah C.D., tetapi dia telah menyertai perang gerila menentang Inggeris sejak tahun 1948 dan telah menjadi Ahli Jawatankuasa Pusat PKM sejak tahun 1975. Oleh itu, buku biografinya ini akan menunjukkan bahawa dia adalah salah seorang pejuang kiri kemerdekaan yang penting dan patut diberi pengiktirafan. http://www.gerakbudaya.com/products-page/sird-titles/abu-samah-mohd-kassim-pejuang-kiri-kemerdekaan-zuriat-datuk-bahaman/ Memoir Shamsiah Fakeh, Dari AWAS ke Rejimen ke-10 (Edisi Baru) ISBN: 9789833782321 Author: Shamsiah Fakeh Publisher: SIRD Year: 2007 Number of page: 192 Delivery: 1 day Price: RM30.00
Shamsiah Fakeh adalah pemimpin pergerakan Kemerdekaan dari kalangan wanita Melayu yang berjuang dengan gigih hingga ke belantara Malaya. Beliau adalah Ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berganding bahu dengan Angkatan Pemuda Insaf (API) bagi mengibarkan panji-panji perjuangan menuntut Kemerdekaan dari tangan penjajah British. Gandingannya dengan Ahmad Boestamam, Ketua API telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah. Shamsiah menyertai Rejimen Ke-10 iaitu sayap Melayu Parti Komunis Malaya (PKM). Kehidupannya penuh ranjau berduri. Beberapa kali beliau sesat di hutan ketika melanjutkan perjuangan bersenjata ke arah menuntut Kemerdekaan. Perjuangannya tidak mengira tempat, sama ada di hutan mahupun di pentas antarabangsa. Beliau bersama suaminya Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan. Shamsiah mengorbankan jiwa dan raga untuk memerdekakan Malaya mengikut caranya yang tersendiri. Selepas terpisah dari PKM, beliau terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi. Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termetrainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand yang ditandatangani di Haadyai, Thailand pada 1989. Sekembali ke tanah air, beliau bersama anak cucunya menjalani kehidupan hari tuanya secara sederhana. Beliau tidak pernah menyesal menentang penjajah British, tidak pernah menyesal masuk ke hutan dan menyertai Parti Komunis. Beliau bersyukur perjuangannya telah menggegarkan penjajah. Beliau percaya dan yakin generasi muda yang dapat menghayati sejarah yang benar pasti akan menemui arah tuju mereka. http://www.kinibooks.com/product_info.php?cPath=25&products_id=763
Memoir Ibrahim Chik: Dari API ke Rejimen ke-10. 2004. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 967-942-666-1 (Paperback). 220hlm. RM35.00. Ibrahim Chik.
Ibrahim Chik adalah salah seorang daripada sekian banyak pemuda Lubuk Kawah di Temerloh yang masuk ke hutan mengangkat senjata melawan penjajah dalam gerakan kebangsaan berhaluan kiri. Kebanyakan pemuda Melayu pada ketika itu begitu tebal dengan semangat patriotiknya. Ibrahim dan rakan-rakan seperjuangannya yang rata-rata kuat dengan latar belakang pendidikan agama dari sekolah pondok telah berkorban jiwa dan raga demi cinta mereka kepada tanah air. Dalam tubuh mereka mengalir darah pejuang Pahang yang terkenal gagah berani seperti Tok Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau. Pada masa negara masih huru hara dan darurat, mereka tidak mempunyai banyak pilihan. Kebanyakan gerakan antipenjajah termasuk Kesatuan Melayu Malaya (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) telah ditekan pergerakannya, United Malays National Organisation (UMNO) yang baru ditubuhkan pula dipenuhi golongan elit dan bangsawan. Parti Komunis Malaya (PKM) yang pada mulanya dibenarkan juga telah diharamkan. Sebagai rakyat bawahan yang muda dan bersemangat, tak mungkin Ibrahim dapat memberikan sumbangan besar kepada gerakan kemerdekaan Tanah Melayu dalam UMNO yang berjuang dengan slogan ‘Hidup Melayu.’ Dalam API, Ibrahim sudah sebati dengan ‘Merdeka dengan darah!’ Pilihan yang ada hanyalah bergabung dengan rakan-rakan dalam Rejimen ke-10 yang menjadi sayap PKM seperti Abdullah C. D., Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh dan lain-lain yang sudah bersedia menerima kedatangan beliau. Ibrahim yang begitu petah berpidato kemudiannya diangkat mengetuai bahagian perang saraf dan propaganda PKM. Dengan tanggungjawab itu, Ibrahim berusaha memenangi hati rakyat untuk turut sama dalam perjuangan bersenjata dan berdarah menuntut kemerdekaan. Beliau ingin melihat Malaya merdeka dan bebas dari cengkaman penjajah British. Dalam memoir ini, Ibrahim mengimbau kembali pahit getir pengorbanan beliau dan rakan-rakan seangkatannya selama empat dekad dalam PKM. Nota: Buku ini telah dibatalkan/tarik balik –Penerbit UKM. Tetapi dalam laman situs Penerbit UKM masih siarkan iklan buku Samsiah Fakeh dan Ibrahim Chik. Tapi sebenarnya mereka sudah tarik balik jualan buku ini. Pihak SIRD akan terbit semula buku ini awal bulan ogos 2009.
Gerakan Dan Tokoh Kiri - Kamarulzaman Teh Dalam Kancah Perjuangan Kemerdekaan (SIRD, Petaling Jaya, 2006). Gerakan dan Tokoh Kiri : Kamarulzaman Teh dalam Kancah Perjuangan Kemerdekaan ISBN: 9833782043 Author: Mohamed Salleh Lamry Publisher: SIRD Year: 2006 No of Pages: 185 Product ID: 424 Buku ini terutamanya memaparkan kisah hidup dan perjuangan Kamarulzaman Teh, bekas Ketua API Pahang, 1946-1947. Namun, kehebatan Kamarulzaman bukanlah terletak pads peranannya sebagai Ketua API Pahang sahaja, kerana dia jugs pernah bergerak di bawah tanah sebagai aktivis MPAJA dan sebagai kader PKM. Di samping itu, dia mungkin merupakan tahanan politik yang paling lama, kerana dia pernah dipenjara selama 14 tahun, kemudian ditahan pula di bawah ISA selama 8 tahun. Walau bagaimanapun, untuk melihat konteks perjuangan Kamarulzaman, buku ini turut memaparkan gerakan politik yang pernah muncul di Pahang sebelum Perang Dunia Kedua, dan gerakan politik kiri yang muncul di Temerloh sebelum dan selepas Darurat. Sebenarnya, peranan dan perjuangan Kamurulzaman terkait erat dengan peranan Temerloh sebagai pusat gerakan politik kiri yang terpenting, malah merupakan lambang gerakan politik kiri di negara ini. Price: MYR 25.00 http://www.gerakbudaya.com/products-page/sird-titles/gerakan-dan-tokoh-kiri--kamarulzaman-teh-dalam-kancah-perjuangan-kemerdekaan/ Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan ISBN: 967-942-717-X Author: Mohamed Salleh Lamry Publisher: Year: 2006 Number of page: Not Specified Delivery: 1 day Price: RM35.00
Dalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan, gerakan nasionalisme Melayu terbahagi kepada aliran kiri dan aliran kanan. Aliran kiri dipelopori oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM), diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Muda (PKMM) dan badan gabungannya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Tanah Air (BATAS). Aliran kanan pula dipelopori oleh persatuan Melayu negeri-negeri dan diteruskan oleh United Malays National Organisation (UMNO) dan berjaya mencapai kemerdekaan. Perjuangan nasionalisme aliran kiri memang tidak berjaya mencapai matlamatnya. Gerakan nasionalis kiri terpinggir dan terkeluar dari arus perdana kerana tekanan penjajah dan hanya mendapat sokongan daripada golongan minoriti Melayu. Namun, satu kelompok kecil dari kalangan pemimpin gerakan nasionalis kiri Melayu ini telah memilih jalan lain untuk meneruskan perjuangan mereka. Mereka menyertai perjuangan bersenjata mulai 1948 bersama Parti Komunis Malaya (PKM) setelah mendapati perjuangan secara damai tidak dapat diteruskan lagi. Perjuangan mereka ini hanya berakhir dengan termeterainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989 di Haadyai. Buku ini mengandungi 11 bab yang antara lain kandungannya melingkari topik berkenaan gerakan politik, perjuangan kemerdekaan tanggapan umum terhadap perjuangan melingkari topik berkenaan gerakan antikolonial, gerakan politik, perjuangan kemerdekaan dan tanggapan umum terhadap perjuangan bersenjata nasionalis kiri pada zaman penjajah. Untuk buku ini, penulis melakukan penyelidikan dengan menggunakan tiga sumber termasuk sejarah lisan. Penulis juga menemubual secara langsung tokoh-tokoh Melayu berkenaan http://www.kinibooks.com/product_info.php?products_id=264
Islam Melayu Komunis Wawancara dengan Abdullah CD, Rashid Madin dan Abu Samah Mohd. Kassim ISBN: 983-2535-74-3 Author: SIRD Publisher: Year: 2005 Number of page: Not Specified Delivery: 1 day Price: RM12.00
“……sesiapa yang bersikap adil dan objektif dalam menilai sejarah, saya rasa sudah pasti akan mengakui peranan penting perang garila ini. Bahkan Tunku Abdul Rahman sendiri dalam Rundingan Baling pada tahun 1955 dulu pernah mengakui sumbangan penting perang gerila ini untuk mencapai kemerdekaan……” – Abdullah C.D. “…… PKM mahu menamatkan perang, tapi biarlah dengan syarat adil dan munasabah. PKM menegaskan soal menyerah diri tidak timbul kerana kami bukan pengganas, tapi pejuang kemerdekaan. Yang kami lawan bukan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, tapi pemerintah penjajah British. PKM juga menyokong rombongan Tunku pergi ke London berunding dengan British untuk kemerdekaa. Tunku mengakui peranan penting perang gerila yang kami lancarkan dalam mencapai kemerdekaan Malaya……” – Rashid Maidin “…… Nak berjuang sacara damai atau sebaliknya pada masa itu bukan ditentukan oleh kita semata-mata, tetapi pada pokoknya oleh British. Kalau British sudah mengisytiharkan Undang-undang Darurat, mengharamkan semua parti dan pertubuhan patriotik, melakukan penangkapan besar-besaran di seluruh negara. Dalam situasi begini, saya rasa, kita tidak dapat tidak mesti mengangkat senjata. Ia dipakskan ke atas kita. Dalam agama Islam pun diizinkan berperang untuk menegakkan keadilan melawan mereka yang zalim……” – Abu Samah
http://www.kinibooks.com/product_info.php?cPath=38&products_id=270

Serikandi Suriani Abdullah ISBN: 983-2535-73-5 Author: SIRD Publisher: Year: 2005 Number of page: Not Specified Delivery: 1 day Price: RM6.00

Ibu Suriani binti Abdullah adalah salah satu seorang pejuang wanita yang unggul dalm perjuangan kemerdekaan tanah air kita. Selama setengah abad lebih, beliau melibatkan diri dalam kancah perjuangan untuk membebaskan tanah air daripada belenggu fasis Jepun dan penjajah British serta untuk pembebasan dan kesejahteraan rakyat. Sejak tahun 1955, beliau ikut sama memimpin pasukan Rejimen ke-10 Tentera Rakyat Malaya (dulunya Tentera Pembebasan Nasional Malaya). Beliau telah membuat sumbangan yang besar, melakukan banyak aktiviti dan pekerjaan, namun sejarah peribadi beliau bertautan erat dan berpadu dengan sejarah Rejimen ke-10. Beliau dihormati dan disayangi oleh segenap komander dan perajurit Rejimen ke-10 yang menganggap beliau sekali gus sebagai pimpinan, sahabat dan juga ibu tempat mereka mencurahkan segala kesulitan dan suka duka mereka.

This product was added to our catalog on Thursday 08 December, 2005. http://www.gerakbudaya.com/products-page/sird-titles/serikandi-suriani-abdullah/

Dicatat oleh M.A. di Ahad, Jun 28, 2009

Label: buku

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya sangat tidak setuju dengan gelaran 'kiri' itu...patut dicari istilah yang lebih sesuai...pejuang tulin umpamanya...!!! paperil

2009 Jun 28 22:38

Tanpa Nama berkata...

Sejarah alternatif bukan dilupakan, tetapi belum diketahui langsung oleh anggota-anggota generasi baru akibat daripada isikandungan buku-buku sejarah di sistem pendidikan yang neo-kolonial.

2009 Jun 29 11:38

POKTEHZUL berkata...

Salam PAK AMIN letak la sekali buku REJIMEN KE 10 DAN KEMERDEKAAN karangan suriani abdullah.. Saya dah baca buku tu.. PAK AMIN tak tulis buku ke?? Kala bleh buat la buku memoir PAK AMIN pulak..

2009 Jun 29 12:49

M.A. berkata...

Salam Pokteh Zul, Terima kasih tolong ingatkan saya. Sebenarnya ada beberapa buku tidak dimasukkan di sini iaitu 1. Abdullah C.D.: PERANG ANTI-BRITISH DAN PERDAMAIAN 2. Suriani Abdullah: REJIMEN KE-10 DAN KEMERDEKAAN 3. Abu samah Mohd. Kassim: SEJARAH DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN Saya tak pasti apakah buku2 ini masih ada dipasaran kerana ia diterbitkan di Hongkong.

2009 Jun 29 13:05

budak kampung online berkata...

Versi digital tak dak ka... boleh gak baca thru hp..

2009 Jun 29 16:31

Tanpa Nama berkata...

harap buku tersebut ada kat perpustakaan universiti ...!!!

2009 Jun 30 00:07

aman berkata...

Salam Pak Amin, Kebanyakkan buku yang dinyatakan di atas boleh diperolehi di kedai buku yang besar di K.L. Saya telah membaca memoir Rashid Maidin. cuma saya tak faham kenapa pihak Malaysia terlalu angkuh semasa pesidangan Haadyai? seperti kata Rashid Maidin ... Tun Hanif IGP seperti tak mahu bersalam dengannya walaupun tangan dihulur. Berbeza ngan sikap pihak Thai. Apakah syarat yang dikenakan oleh Pihak Thai dengan membenarkan Rej 10 membuka perkampungan?? Bagaimana pula ngan anggota PKM yang lain (bangsa Cina??) Terima kasih..

2009 Jun 30 00:18

Tanpa Nama berkata...

Kpd saudara aman setahu saya anggota PKM lain juga dilayan sama & adil saje di Thailand.kerakyatan juga diberi kpd mereka yg memohon menetap di sana. mereka di beri tanah dan mendirikan perkampongan pendamaian di sana (spt di Betong).banyak juga tempat pengujungan menarik diteroka oleh rejimen PKM lain di perkamongan mereka masing2. Baba Siam

2009 Jun 30 09:30

cheguBard berkata...

SALAM saya telah linkkan blog ini dengan blog saya ... salam teruskan kerja baik ini !

2009 Jun 30 10:15

M.A. berkata...

Kepada cheguBard , Salam cheguBard, Terima kasih kerana telah membuat link ke blog saudara dan pemberangsangan. Dan terima kasih kepada lain-lain blog yang telah membuat pautan ke blog mereka. .................................. Kepada Saudara Aman, Bekas anggota pasukan bersenjata TRM/TPNM telah mendirikan 4 buah perkampungan di bawah bantuan Kerajaan Diraja Thailand. 2 buah kampung untuk bekas perajurit Rejimen Ke-10 (Melayu) dan 2 buah kampung lagi untuk bekas perajurit Cina). Semua kampung2 ini pada mulanya dinamakan kampung perdamaian 1,2,3,dan 4. Kemudian ditukar kepada Kampung Chulabhorn Patana 9.10,11 dan 12. Kampung Chulabhorn 9 - bekas perajurit Cina di Banang Star, Yala Kampung Chulabhorn 10 - bekas perajutit Cina di Betong, Yala Kampung Chulabhorn 11 - bekas perajurit Melayu di Kabang, Yala Kampung Chulabhorn 12 - bekas perajurit Melayu di Sukhirin, Narathiwat. Mereka mendapat layanan yang sama dari Kerajaan Diraja Thailand seperti yang termaktub dalam perjanjian damai Haadyai 1989.

2009 Jun 30 11:13

Sosialis Hijau berkata...

Surat terbuka kepada Tuan Guru Musrsyidul Am Pas isu UMNO = SOSIALIS & KOMUNIS lawati : http://greensocialis.blogspot.com

2009 Jun 30 11:26

Tanpa Nama berkata...

llbnotes.blogspot.com laman yang memberikan nota kepada pelajar jurusan undang-undang secara PERCUMA JANGAN KLIK DI IKLAN GOOGLE

2009 Jun 30 16:40



-->
Khamis, 2009 Jun 25



Pernahkah anda melihat gambar sezalim ini?

Hukuman “setimpal” ini adalah bagi sesiapa saja yang berani melawan penjajah…..

Dalam gambar ini, "si bedebah", "si pengkhianat bangsa", "si penjahat", "si penderhaka" digantung kaki ke atas kepala ke bawah dan dibiarkan hingga mati kering !!

Sila nyatakan perasaan atau pandangan anda.

Terima kasih.
Dicatat oleh M.A. di Khamis, Jun 25, 2009
37 ulasan:
gelong gajah berkata...
Mayat tergantung kepala ke bawah ialah mayat pejuang melayu TOK JANGGUT..mati di bunuh oleh penjajah orang putih..soldadu yang berdiri di sebelah tu adalah melayu yang seangkatan dengan umno..
Alfian Tahir berkata...
aik?marah kenapa en melayu jati?
Tanpa Nama berkata...
Izinkan aku memetik sajak Usman Awang sebagai menyatakan perasaan hatiku,

Pahlawan

Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika pusaramu tanpa bunga
Mereka mengatakan kau penderhaka
Engkau tetap pahlawan
Sungai Pahang berubah merah
Rumput tebingnya segala musnah
Satu-satu pahlawan rebah
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat.

Sajak oleh: Usman Awang

Dol
HOT ZOOM berkata...
Salam,
Adakah gambar itu Tok Janggut?
Jika benar,begitu kejam sekali penjajah ye.
Tapi penjajah adalah idola pemimpin kita sekarang.

Adakah Henry Gurney dipelaku begini hingga mati?

Adakah J.W.W.Birch dipelaku begini hingga mati?

Tentu tidak.

Kematian mereka dikenang sebagai pahlawan pembela Tanah Melayu.

Tapi mungkinkah Dato' Maharaja Lela juga diperlakukan begini hingga mati?

Renung dan fikirkan.

Jangan taksub membabi buta hingga maruah bangsa tergadai.

Baik PAS atau UMNO fikirlah.

Anda orang Melayu dan Islam.

Penjajah bangsa apa aku pun tak tahu.

HOT ZOOM KOMUNITI ver.2
Tanpa Nama berkata...
Tok Janggut yang mati digantung dgn kejam tetapi tuan farrer yg dapat nama di roundabout PAsir Puteh
Faizal Rahman berkata...
Ini gambar yang tak masuk dalam buku sejarah, hanya ada di Muzium di Britain, dan title yg Tok Janggut dapat ialah pengganas Melayu.
Hashim Zabidi berkata...
Wan Ali (Wanali) setelah ditembak mati, mayatnya disepak terajang dekat Balai Polis Lama Kuala Lipis. Kuburnya diasingkan ke seberang Sungai Jelai...
md z... berkata...
Dari bahasa kurang ajarnya, 'Melayujati' dan 'Melayucengal' adalah HAIWAN yang sama; bukan "Melayu". Tujuan haiwan ini semata-mata untuk mengalih isu yang dibentangkan oleh Mat Amin melalui gambar yang tidak berperikemanusiaan itu.saya mintak supaya MA keluarkan haiwan tersebut dari blog ini. Sungguh jijik dan mengaibkan bangsa Melayu. terima kasih MA
M.A. berkata...
Saya memohon maaf kerana terlepas pandag 2 ulasan yang menggunakan perkataan lucah. Oleh itu saya terpaksa memadamnya semula selepas diterbitkan.
Tanpa Nama berkata...
Tahniah MA kerana padam dua ulasan terdahulu yang menggunakan perkataan lucah. Saya sungguh terperanjat pada mulanya. Mujurlah MA telah mengeluarkannya dari blog ini.
KEJAM WEH... TAPI LAGI KEJAM KERAJAAN PEMERINTAH SEKARANG... SIAP BOLEH TUTUP BUKTI...
m. jali berkata...
Dari maklumat Hashim Zabidi itu, siapa ada gambar Wan Ali untuk kita kongsi bersama? Kalau disertakan catitan mengenai perjuangannya lebih baik lagi.

jali
Tanpa Nama berkata...
Kem-kem tahanan politik di Kamunting, Batu Gajah, Muar dsb sebenarnya adalah Guantanamo versi Malaya/Malaysia.
baba siam berkata...
kes baru dilapor dipukul mati dlm tahanan balai polis di Bkt Lanjan.

adakah bezanya polis dulu dgn sekarang?

http://www.malaysiakini.tv/video/17296.html
Tanpa Nama berkata...
Penjajah British dah lama keluar dan tentera Jepun dah lama tiada.apa lah nak di ungkit2 lagi?

British dan Jepun dah jadi rakan perniagaan kita yang kuat.

TETAPI BANGSA CINA MASIH INGIN MEMERINTAH MALAYSIA INI!

Mula2 melalui Parti Komunis tapi gagal,kemudian melalui Parti PAP dan itu pun gagal.
Anak PAP bernama DAP juga mencuba tapi gagal juga.
Sekarang DAP menggunakan PKR dan PAS untuk mencapai matlamat yang sama.

InsyaAllah dengan berkat doa Nik Aziz dan tipu helah Brader Anwar Bin Ibrahim, mereka akan berjaya. TAKBIR!
Tanpa Nama berkata...
Penjajah memang haruslah di usir dari negara kita. Gambar mayat mati tergantung adalah perjuang bangsa sebenarnya.

MDC(Malaysian Dayak Communist)
Abang Butak berkata...
Inilah permainan racun minda oleh penjajah; pejuang agama dan bangsa dilabel pengganas....
mohamed berkata...
salam
sesungguhnya mempertahankan kedaulatan agama bangsa dan tanah air amat memerlukan pengorbanan. dlm banyak keadaan, ianya adalah merupakan sesuatu yg sangat pahit utk ditelan.atas dasar mempertahankan maruah bangsa, maka itulah buktinya...akan berlaku seumpama gambar pejuang agung bangsa, almarhum tok janggut@panglima mat hasaan di pasir putih, kelantan. atas niat dan kejujuran mempertahankan kepentingan dan hak rakyat, maka almarhum telah dibunuh dan mayatnya digantung..sepertyi dlm catatan gambar tersebut. justru, dlm apa keadaan sekali pun, kita, selaku pejuang bangsa yg komited perlu mengambil ikhtibar dari peristwa tersebut. maknanya kekadang, kita tidak perlu memikirkan apa yang akan berlaku pada diri sendiri, tapi dek kerana kepentingan perjuangan maka nyawa jadi taruhan. mendoakan arwah almarhum ditempatkan bersama para shahid dan mendapat kemenangan di sisi alah jua. amin.
Tanpa Nama berkata...
salam,
tok janggut mangsa dan pengganas zaman dahulu...
ibrahim libya mangsa dan pengganas zaman sekarang..
sama sahaja keduanya adalah pengganas dari kaca mata penjajah dan pewarisnya..
betapa melayu bangga membunuh bangsanya sendiri demi harta,takhta dan wanita mereka...

taban
dct berkata...
di mana ada kezaliman
di situ ada perlawanan.
Pak Odin Bota berkata...
ONE TWO THREE

SATU DUA TIGA

BRITSH DAH LARI

ANJINGNYA MASIH BERJAGA.

ingat tu jangan mudah lupa.neokolonial masih belum tidur lagi.
Tanpa Nama berkata...
Elit-elit politik Malaysia asasnya berjiwa Anjing Penjajah.
Tanpa Nama berkata...
Aku pernah lihat gambar itu, tapi dah lupa di mana. Itulah gambar Tok Janggut, Kelantan. Pemimpin perang rakyat Kelantan melawan penjajah British.

Sejak dahulu kala, tok nenek moyang kita telah menumpahkan darah segar mereka menentang penjajah untuk kemerdekaan.

Perjuangan itu telah disambung oleh Rejimen Ke-10. Ramai pahlawan Rejimen Ke-10 juga menerima nasib yang sama seperti Tok Janggut.

Kesimpulan aku mudah saja:

Mereka yang berjuang menentang penjajah itulah pahlawan bangsa.

Mereka yang bersekongkol dengan penjajah itulah pengkhianat bangsa.

Tidak syak lagi Rejimen Ke-10 adalah pahlawan bangsa Melayu yang gagah berani dan tegas melawan penjajah British.

Abdullah C.D., pemimpin Rejimen Ke-10 dll adalah jelmaan semangat Datok Maharajalela, Datok Sagor, Datok Bahaman, Tok Janggut, Hj. Abdul Rahman Limbong dan dll.

Dol
Lee Copper berkata...
Komen-komen negatif kebanyakannya datang dari "Tanpa Nama". Mereka inilah bandit sebenar yang buat kerja 'hit and run'. Takut tunjuk diri dan takut nak mengaku. Kumpulan pejuang yang menghantar pengebom berani mati pun akan mengaku perbuatan mereka apabila selesai misi mereka.

Ini nak komenpun pakai identiti "Tanpa Nama".
Aman berkata...
Assalamualaikum... pak amin....

Saya ingin tahu apa pendirian pak amin sekarang?? Adakah pak amin masih meneruskan perjuangan kominis atau mungkin sebagainya??

Terima kasih.
M.A. berkata...
Alaikum mussalam Saudara Aman,

Terima kasih atas pertanyaan saudara.

Kini saya dah pencen. Generasi baru yang harus menentukan hala tuju masyarakat kita. Saya hanya bercerita masalah yang lampau. Sila lihat perkenalan blog ini.

Salam
Putera Gunung Tebu berkata...
PENJAJAH MENULIS SEJARAH

Penjajah datang
menjajah bangsa merdeka
menguatkuasa hukum imperialis
merogol, memenjara, membunuh
bersultan di mata beraja di hati.

Pejuang bangsa bangkit melawan
ditembak, dikelar, dicincang
lawan tetap lawan
dari hidup bercermin bangkai
baik mati bergalang tanah.

Pengkhianat bangsa
bersubahat dengan penjarah
menghapus pejuang bangsa
dengan upah murah
menjilat ludah penjajah.

Penjajah dan pengkhianat
bersepakat menulis sejarah
konon merekalah pejuang untuk negara berdaulat.

Pejuang bangsa dicop pengganas
pejuang bangsa dicop penjahat
sepanjang usia harus dilaknat.

(2.20 pm, 22 June 2009)
Putera Gunong Tahan berkata...
Aku perturunkan di sini sajak Said Zahari* bertajuk "Anti-Nasional":

"Anti-Nasional", kata mereka
Nah, ini buktinya.
Benarkah begitu?
Jika
Menghancurkan kolonialis
Menentang habisan imperialis
Menghapuskan penindasan
Meleburkan kezaliman
.... inilah "Anti-Nasional"
Ya, aku Anti-Nasional!
Jika
Menguburkan sistem diskriminasi
Segala ketidakadilan segala perhambaan
Dan kebumikan feudalisma
.... inilah "Anti-Nasional"
Ya, sekali lagi pengakuanku "ya" dan benarlah
Aku Anti-Nasional!

- 1967

* Said Zahari, bekas Pengarang Utusan Melayu,juga pernah dituduh "komunis". Atas tuduhan itu, beliau dipenjara selama 17 tahun tanpa bicara (ISA) di pulau Singapura.
Kekacang berkata...
Inilah erti perjuangana. Bukan sekadar duduk berceramah atau mentadbir sahaja. Nilai perjuangan taruhannya nyawa.
Gambar menceritakan seribu patah perkataan. Di zaman tersebut juga sudah ada Melayu yang berkhianat semata - mata kerana gaji. Jika diusik mereka melatah, kononnya mereka pejuang dan pembela bangsa. Sebenarnya hanya kerana ada gaji bulanan untuk menyara hidup. Jika diberi kuasa mereka menyeleweng tanpa belas kasihan kepada yang lain. Itulah penipu dan pengkhianat bangsa terbesar. Tidak tahu menilai di mana benar di mana salah.
Tongkat walan berkata...
Aaah........
betapa hebatnya
si dia
berdiri tegak
memegang senjata
bersongkok hitam
di atas kepala!

Dalam kesetiaan begini
tahukah si dia
siapa tuannya?
hajikedekut berkata...
asal jahat komunis katanya,
tpi skrg ni yang merosakkan Akidah anak2 melayu bukan ke Melayu sendiri...klu bukan UMNO/BN
sandusdawood berkata...
saudara2 kamu rakyat melayu islam petani masih menerima nasib yg sama dengan tok janggup malah lebeh dari itu pembunuhan beramai2 dlm masjid ,peritiwa takbai, pembunuhan kerisik apa beza di antara penjajah siam dgn penjajah British,sila rujuk kepada petaninews.com dan pautan nya.
Iman berkata...
Salam..Masa dulu kita mungkin boleh tersilap..kekadang terperangkap...terpaksa..hanya Allah swt Yang Maha Adil. Kini kita sedar..sedikit berilmu..dan berdikari. Musuh dalam selimut banyak. Kena hati-hati dan bersih hati menjalankan tanggungjawab sebagai satu individu dalam masyarakat Malaysia yang serba aman sentosa. Ramai pihak 'berminat' kpd Malaysia tercinta ini.. Di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung. Allah swt menentukan kedudukan para Syuhada'. Baik siapa saja, survival masyarakat perlu dipertimbangkan seluruhnya..Kita minoriti dan lemah jika dibanding dgn rakan kita yg lain..cepat majukan diri dan bangsa..untuk Agama Bangsa dan Negara. Pengorbanan pejuang usah dipersia. Buktikan dalam perpaduan dan pencapaian kita. Wasalam.
Baginda Reformasi berkata...
ia sama seperti kes memali... kerana tidak sehaluan dengan kerajaan maka dihukum tembak sampai mati oleh penjenayah berlesen!
Katon Tin Ton berkata...
Assalamualaikum pak MA
Saya cuma nak minta pendapat pak MA ttg org Islam yg join parti komunis Malaya. Setahu saya ideologi komunis ni melarang ahlinya beragama. Boleh explain sikit.
TQ
Tanpa Nama berkata...
Kita perlu saman kerajaan british yang bertindak sedemikian!...
Tanpa Nama berkata...
ni komen kita.. rakyat biasa ja.. komen berapi-api.. tapi kena bagi duit undi gak umno.. kalau betul2 marah bersuara lah di pentas terbuka.. tak dapat micropon jadi penyokong jadi lah.. hidupkan kerajaan rakyat.. Apa kata kita minta orang-orang kuat(yang mengaku pejuang bangsa/pejuang melayu/umno/BN)komen gambar Allahyarham Tok Janggut.. adakah dorang akan kata Tok Janggut Pejuang agama dan bangsa atau si Pengkhianat Bangsa. kalau Tok janggut Pejuang Agama dan Bangsa, kita minta dorang pergi ke London tuk ubah status gambar gambar tersebut.

Selasa, 2009 Jun 23
Papan tanda bagi ingati pembunuhan Henry Gurney?
keratan akhbarThe Sunday Times
Seorang pembaca telah mengirim nota kepada saya, katanya: “Pak Amin boleh tengoklah hebat tak hebatnya racun penjajah dalam kepala hotak sesetengah pegawai tinggi kerajaan hari ini”. Beliau merujuk kepada sebuah laporan Bernama yang bertajuk ‘Papan tanda bagi ingati pembunuhan Henry Gurney’ yang terbit dalam Utusan Online beberapa hari lalu. Beliau menarik perhatian saya kepada Pegawai Daerah yang berkata: “…..seorang pegawai British ditembak mati oleh pengganas komunis”. Tidak pelik kalau pengirim bahan ini merasa marah. Sehari selepas Gurney dibunuh pada 6 Oktober 1951, muka depan The Sunday Times yang dikuasai British juga telah membuat berita besar begini: “SIR HENRY GURNEY KILLED BY COMMUNIST BANDITS”. Sama ada Pegawai Daerah itu sedar ataupun tidak, dia senada saja dengan suara penjajah Inggeris 58 tahun yang lalu!
Kandungan berita Bernama: DALAM NEGERI Papan tanda bagi ingati pembunuhan Henry Gurney
KUALA KUBU BHARU 21 Jun – Dalam beratus-ratus kenderaan yang melalui Jalan Kuala Kubu Bharu untuk ke pusat peranginan Bukit Fraser setiap hari, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa salah satu selekoh di jalan itu pernah menjadi saksi kepada satu peristiwa berdarah yang menggegarkan negara. Bagi mengajak orang ramai dan pelancong luar mengimbau semula peristiwa pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor mengambil inisiatif meletakkan sebuah papan tanda di lokasi berlaku tragedi berdarah di selekoh itu. Pegawai Daerahnya, Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, perletakan papan tanda itu dibuat supaya orang ramai yang melalui jalan itu dapat memperingati dan mengimbau semula peristiwa hitam itu. “Ramai yang melalui jalan ini untuk ke Bukit Fraser tidak tahu di sini terpahat satu peristiwa bersejarah di mana seorang pegawai British ditembak mati oleh pengganas komunis,” katanya ketika ditemui selepas majlis perletakan papan tanda itu di sini, semalam. Beliau berkata, papan tanda berkenaan diletakkan sebagai sebagai satu ‘monumen’ untuk mengingatkan orang ramai dan pelancong luar mengenai peristiwa bersejarah itu. Katanya, dengan adanya usaha itu, diharapkan masyarakat terutamanya golongan muda lebih maklum mengenai sejarah negara dan lebih menghargai keamanan yang dicapai negara hari ini. “Jika sebelum ini mereka hanya membaca kisah pembunuhan itu di dalam buku-buku sejarah, kami juga mahu pelawat-pelawat yang datang ke sini melihat dengan mata kepala mereka sendiri lokasi sebenar pembunuhan Henry Gurney,” katanya. Henry Gurney yang berumur 53 tahun ketika itu, merupakan Ketua Setiausaha Pentadbiran Inggeris di Palestin sebelum dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Tanah Melayu pada 13 September 1948. Henry Gurney mati ditembak dalam satu serangan hendap oleh pengganas komunis di Batu 56 1/2, Jalan Kuala Kubu Bharu-Bukit Fraser pada 7 Okt 1951, semasa beliau dikatakan bersama isteri dan setiausaha peribadinya D.J. Staples sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Fraser. Kira-kira 12 kilometer sebelum sampai di Bukit Fraser, kereta Rolls Royce yang dinaiki mereka dan dipandu oleh seorang Konstabel Mohd. Din dengan kibaran bendera Union Jack, menjadi sasaran peluru komunis. – Bernama
Dicatat oleh M.A. di Selasa, Jun 23, 2009 Label: penjajah British 38 ulasan: jamrussia berkata... Sesiapa yg simpati dgn Henry Gurney boleh buat kunjungan ke Cheras Christian Cemetery... 2009 Jun 23 18:14 Bunga Popi berkata... Nak tanya Pegawai Daerah Mr. Nor Hisham Ahmad Dahlan: Cukup ke peruntukan untuk buat papan tanda tu? Mengapa tak terus buat patung besar atau tugu memperingati Uncle Henry Gurney di situ? Ini satu projek baik; boleh tarik lebih ramai pelancong ke Bukit "F", kemudian beli bungan di sana dan letak di tugu!Memang geliga kepala hotak Mr Nor Hisham! 2009 Jun 23 18:29 Kekacang berkata... Masih ada lagi Pegawai daerah sebodoh dan sedungu ini. Lepas ini kita buat semua papan tanda atau tugu di mana tempat orang putih pernah terbunuh dalam Perang Perak, Perak Pahang, Perang Melaka, Perang Naning, Perang Kelantan dan mana - mana perang yang ada orang putih mati patut dibuat tugu. Pegawai Daerah macam ini tak layak manjadi ofis boy dalam Kerajaan yang merdekeka. Pemikiran tahap bangang (bahasa paling halus dan terbaik mampu difikirkan. Maamana pula dengan Portugis dan Belanda, tak nak agungkan juga ke? 2009 Jun 23 21:44 Amir Muhammad berkata... Untuk JWW Birch ada? 2009 Jun 23 21:54 Aku pening berkata... Sejarah tetap sejarah.Tiada siapa yang boleh mengubah sejarah. Sejarah terhasil kerana berlaku sesuatu peristiwa. Kenapa Sir Henry Gurney dibunuh? Siapa Sir Henry Gurney? Adakah sama Sir Henry Gurney dan J.W.W Birch dengan Dato' Maharajalela atau Rentap atau Mat Kilau atau Dato' Bahaman? Siapa pengganas(komunis),siapa pengkhianat,siapa penjajah? Jika penjajah disanjung kenapa kita menuntut kemerdekaan daripada penjajah? Kenapa,kenapa,kenapa dan mengapa,mengapa,mengapa? HOT ZOOM KOMUNITI ver.2 2009 Jun 23 21:58 Pak Odin Bota berkata... contoh pemimpin negara yang menghargai jasa pejuang revolusi. LION OF THE DESERT -HISTORY OF MUSLIM AND GERMAN WAR. Libyan leader Gadaffi financed this desert epic about a Libyan hero who helped his nation fend off an Italian invasioan in 1929.OMAR MOKHTAR who organinizes Libyan forces to hold off the encroaching Italian troops under General troops under General Rodolfo.Omar managed to hold off the Italian for 20 years.cerita yang tidak di putar belit.Tapi Movie Melayu peristiwa Bukit Kepong telah di putar belit 360 darjah.Semua sejarah telah di putar oleh konco AMENO. 2009 Jun 23 22:42 Tanpa Nama berkata... Tugu Pahlawan untuk Kempetai ? Bodoh pengawai-orang Melayu yang jiwa masih dijajah oleh musuh rakyat & negara yang merdeka. 2009 Jun 23 23:30 Tanpa Nama berkata... Sayang betul DO tu kat tuan Mat Saleh dia. Patutla tugu negara sekarang patung askar Komawlth. Kalu gitu Malaysia merdeka dari komunis, bukan merdeka dari British. Dol 2009 Jun 23 23:49 gitartong berkata... haha! anak2 didik UMNO memang macam tu.. 2009 Jun 24 07:55 Pakwar berkata... patutlah... 2009 Jun 24 10:55 Bunga Popi berkata... Saya ingin mencadangkan kepada MR. Nor Hisham: gantung potret terbaik UNCLE Henry Gurney di pejabat TUAN. Di kiri kanannya, kibarkan bendera Union Jack dan Jalur Gemilang yang menyerupai bendera Amerika itu. Inilah sebaik-baik cara untuk mengingati seorang 'pahlawan' yang telah banyak berjasa di Palestin dan Malaya! 2009 Jun 24 12:55 Putera Gunung Tebu berkata... Apa nak dihairankan, pegawai British yang bersusah payah memburu dan menangkap Tok Janggut di Pasir Puteh ialah En Latef dan Sarjan Wan Sulaiman. En Latef ialah Pegawai Daerah Pasir Puteh yang menguatkuasa semua undang2 penjajah British termasuk memungut cukai sirih, cukai kerecut dan lain-lain cukai yang tak munasabah. Sarjan Wan Sulaiman ialah Ketua Balai Polis Pasir Puteh. Dialah yang mengetua pasukan polis memburu dan memerangi Tok Janggut dan pejuang-pejuang melayu yang lain. Akhirnya Tok Janggut terbunuh, mayat Allahyarham digantung terbalik di bandar Kota Bharu, dikelar dan dicucuk dengan benet... Dalam pertempuran di Padang Kacung Kuala Berang pun sama. Polis British yang menembak pejuang melayu yang merupakan pengikut Tok Guru Hj Abdul Rahman Limbong juga polis melayu. Ketua polis yang mengetuai serangan tersebut bermula dengan gelaran Wan juga. Cucu dia sekarang salah seorang pemimpin politik sebuah parti melayu. Apa nak dihairankan.. 2009 Jun 24 14:07 member pencen keramat berkata... Dari sini dapatlah kita lihat siapa kianat siapa? Nilailah sendiri dengan fikiran yang waras 2009 Jun 24 16:22 Tanpa Nama berkata... Aku mau cincang komunis kalau aku jumpa. 2009 Jun 24 17:33 Tanpa Nama berkata... Kepada Tanpa Nama yang hendak cincang komunis: Dari kata-kata tanpa nama, nampaknya tanpa namalah yang jahat sebenarnya. Belum apa-apa dah nak cincang orang. Apakah kamu juga nak dirikan tugu peringatan utnuk Tuan Henry kamu? Berfikirlah secara rasional, bebaskanlah fikiran kita dari kongkongan penjajah. Kita dah merdeka. Minda kita juga patut dimerdekakan. Dol 2009 Jun 24 18:07 Tanpa Nama berkata... lagi sedikit tambahan untuk tanpa nama: Apakah tanpa nama tahu siapa Tuan Henry Gurnye itu? Dialah yang menyebabkan negara Palestin direbut oleh kaum Zionis Israel. Sehingga hari ini, rakyat Palestin meneruskan hidup di dalam genangan darah dan air mata. Dol 2009 Jun 24 18:12 Tanpa Nama berkata... Inggeris bukan sahaja menyokong Zionisme dan penubuhan Israel di bumi Palestine pada 1948 tetapi juga menolong Umno menindas PKM, nasionalisme Melayu dan Islam yang progresif supaya ia boleh terus penjajahan bentuk baru di bumi Malaya melalui topeng Umno/Perikatan/BN. Ini pun sekarang jelas. 2009 Jun 24 20:32 Pengundi PRU13 berkata... Nor Hisham ialah pegawai daerah di Selangor. Kami ingin tau apa komen kerajaan negeri Selangor dalam hal begini. Takkan main senyap je, TS??! 2009 Jun 24 21:09 megat zul berkata... saya masih tak faham kenapa masih ada rakyat merdeka negara ini yang masih sayangkan penjajah. ingat lah wahai rakyat merdeka penjajah itu adalah musuh kita termasuklah mereka yang bekerja dengan penjajah dan mereka yang mati kerana mempertahankan kedaulatan penjajah. kenapa kita mesti mereka yang telah belot....merekalah musuh kita yang sebenarnya dan tak harus mereka ini diingati kecualulah kita sendiri masih rindu dengan mereka (penjajah) ini....nampaknya masih ada rakyat kita yang tak merdeka walaupun dah lebih 50 tahun kita menyamnbutnya. 2009 Jun 24 22:01 Tanpa Nama berkata... Sokong pndapat "Pengundi pRU13" tu. Pendirian Umno dah jelas tak payah bersuluh lagi. Nak tau betul2 apa pemimpin2 Pkr dalam hal ni. Kita ada baca sikit2 apa anwar i brahim cakap, itupun setelah orang lain semua bersuara.... macam nak play sfve je. Plese lah Pkr, nyatakan sikap..... pengundi pru 14 2009 Jun 24 22:39 Tanpa Nama berkata... Sokong pandangan Sdr Megat Zul, mengapa kita masih harus mengagung-agungkan penjajah. Mereka adalah musuh sebenar kita. Mengapa penjajah beria-ia benar menentang komunis (baca golongan kiri)? Kerana golongan inilah yang benar-benar berjuang untuk menghalau penjajah dari bumi tercinta ini, dan golongan inilah yang akan menghancurkan sistem ekonomi penjajah di tanah air kita. Kita sudah mencapai kemerdekaan 50 tahun lebih, tapi otak kita, ekonomi kita,budaya kita, bahasa kita dll masih dikongkong oleh penjajah. Sekarang sudah tiba masanya kita bebaskan fikiran kita, bebaskan ekonomi kita, bebaskan budaya kita, bebaskan bahasa kita, bebaskan pendidikan kita - untuk kemakmuran masyarakat kita. Dol 2009 Jun 24 23:08 amerul berkata... aku nak menari tarian pahlawan kat depan papan tanda tu nanti bagi memperingati pahlawan yang melawan penjajah. 2009 Jun 25 00:25 Tanpa Nama berkata... nampaknya memang ada diantara segelintir kita semua yang sudah sedia mengaku yang mereka memang alat penjajah dan mereka cukup berbangga dengan apa yang mereka lakukan PD nor hisham sebagai contoh daripada salah satunya hairan hairan betui dengan perangai melayu ni abu mizan 2009 Jun 25 08:50 md z... berkata... Tak hairan, Abu Mizan..... Bukankah dalam sejarah perjuangan kemerdekaan tanah ari terdapat 2 tradisi? Yang satu berjuang mati-matian menentang pejajah; yang satu lagi bersubahat mati-matian dengan penjajah.... 2009 Jun 25 11:46 Tanpa Nama berkata... Tak ada kah orang2 KEadilAn yang membaca blog ini? Sampaikanlah kepada orang yang diatas. Jangan buat tak peduli..... Nanti orang kata betullah KEadilAn tempat orang Umno yang kecewa.... sekarang pun dah banyak orang rqsa begitu.... jangan lupa PRU 13 dah tak lama lagi........ 2009 Jun 25 11:53 Tanpa Nama berkata... di sebalik papan tanda ni ada hikmahnya,dulu zaman 80an semasa belajar sejarah di sekolah cuma kita belajar henry gurney dibunuh tetapi tidak ditulis latar belakangnya yg terlibat dengan penubuhan negara israel 1948. ternyatalah komunis di malaya ni memang berbaik dengan orang islam juga dan bukan tunduk kepada pemimpin cina semata-mata,betul tak?yang megatakan kiyai salleh itu menentang komunis di johor kerana komunis tidak suka islam adalah tidak benar,kiyai salleh tentra selempang merah itu dibiayai oleh pemimpin melayu yg bertuankan british,betul tak?papan tanda yg diletakkan sekarang memberitahu latar belakang henry gurney yg bekerja di tanah palestin mandat british sebelum bertukar ke malaya. 2009 Jun 25 11:59 Tanpa Nama berkata... Baru aku tahu, di sini masalahnya. Patutlah kerajaan boneka Inggeris mempertahankan mati-matian dasar PPSMI. Polis digunakan untuk mempertahankan bahasa Mat Saleh, sehinggakan Seniman Negara pun kena gas pemedih mata. Mereka nak memertabatkan bahasa Tuan mereka! Mereka nak hapuskan bahasa nenek moyang kita! Aku sekadar mencintai bahasa nenek moyangku! Cinta Bahasa Ibunda 2009 Jun 25 12:08 Tanpa Nama berkata... aku tak kira pasal umno. umno akan bungkus tak lama lagi. tapi akau nak tau pakatan rakayt/keadilan mewarisi tradisiyang mana satu? sebab mereka akan ganti umno. aku tak mau ganti pada kulit saja.... aku setuju dengan tanpa nama yang kata pkr ialah tempat orang umno yang dah kecewa......... ikan todak temasik 2009 Jun 25 12:28 aman berkata... Assalamualaikum PAK AMIN, Saya cuma ingin tahu apa pendirian Pak Amin sekarang ?.? Jika Pak Amin masih berusia 30-an pada 2009 adakah Pak Amin masih mengangkat senjata atau berjuang di pentas politik aliran utama?? Terima kasih. Aman 2009 Jun 25 18:26 md z... berkata... Sebelum PAK AMIN jawab, saya nak tanya "aman": Jika 'aman' berusia 20-an pada zaman darurat, adakah 'aman'akan mengangkat senjata atau berjuang di pentas politik aliran utama (iaitu Umno)??Terima kasih. md z 2009 Jun 25 20:41 Tanpa Nama berkata... aku sokong sangat tuan DO yang bijak bistari tu buat tugu untuk 'jww bitch'(hahaha)...sokoooooooong sangat-sangat...(jangan lupa kontrek bagi aku...kalu tak aku tak sokong...hahahaha... hebat punya do..misti lulusan sintok (pinjam istilah isham..kahkahkah) anti jww bitch 2009 Jun 27 16:08 Tanpa Nama berkata... md z, bagi pihak aman,saya jawab ...YA YA YA...satu lagi md z, tidak wujud istilah 'aliran politik utama'...tiada istilah itu...!!! yang ada ialah sama ada pro atau anti british...itu saja... md y 2009 Jun 27 16:13 Tanpa Nama berkata... aman...soalan tu tak releven dah...!!! baca dalam profail Pak Mat Amin... md y 2009 Jun 27 16:15 sandusdawood berkata... mana pak menteri rais yatim tulung perbetulkan kepala otak DO gila tu ,kepala otak dia .pejuang di namakan penganas ,penjajah di sanjong sebagai wira,,, 2009 Jun 28 08:44 Tanpa Nama berkata... Ni lah yang dikatakan "KERA DI HUTAN DISUSUKAN ANAK DI RUMAH MATI KELAPARAN" wahai DO (bkn PD) yg hang dok sanjung sangat PENJAJAH tu kenapa? tok sah nak buang duit untuk tu le lebih baik hang kawin 4, lagi baik. Apa yang saya nak kongsikan disini adalah: Saya berharap pihak-pihak yang ingin sangat mengagong-agongkan penjajah tu, supaya cuba alihkan sedikit pandangan kepada pejuang=pejuang yang menentang pengganas komunis dikalangan rakyat malaysia, apakah mereka ini tak perlu dikenang atau dibuat peringatan. Untuk maklumat Mercu tanda pejuang-pejuang negara, seperti TUGU NEGARA tidak semegah dulu dan WISMA PAHLAWAN sudah nak dilelong kerana tidak mampu nak disenggara, kerana telah usang, dan tiada ada sesiapa yg nak sewa. Saya cadangkan supaya pihak-pihak yang merasakan betapa penting pejuang-pejuang, khususnya bekas tentera dan pasukan keselamatan yang berjuang bermati-matian untuk mengamankan negara ini, supaya memikirkan bagaimana cara untuk memulihkan kembali mercu tanda itu demi mengenang jasa pahlawan-pahlawan ini, saya rasa inilah satu cara yang lebih memberi makna kepada semangat petriotik kepada semua rakyat malaysia, kerana mempunyai mercu tanda yang bolih dibanggakan, janganlah asyik memuja-muja penjajah tu, sehingga sanggup meletakkan mereka-mereka ini sebagai pejuang, pahlawan dan sebagainya, kita sudah merdeka bukan lagi kita bergantung dengan mereka. Kerana kita asyik mengagongkan penjajahlah, sekarang ini mereka sedang menjajah kita semula dengan cara yang kita tidak sedari. Fikirlah, Renunglah apa yang saya katakan ini ujud atau tidak. BBHKCP 2009 Jun 28 21:04 PAPERIL berkata... tanpa nama BBHKCP...pejuang2 yang menentang pengganas komunis..? kahkahkah...pejuang apa kalau jadi anjing dan tali barut penjajah...??? tentera yang makan gaji dengan penjajah adalah tali barut penjajah...anjing suruhan penjajah...janganlah salahkan rejimen ke-10 pula...rejimen ke-10 bukan pengganas...MEREKA PEJUANG TULIN YANG TIDAK DIBAYAR GAJI... 2009 Jun 28 22:59 Tanpa Nama berkata... mkn gaji... jilat la ape2 pon, janji org atas senang.. 2009 Jun 29 12:00 cheguBard berkata... http://chegubard.blogspot.com/2009/06/antara-chin-peng-dan-henry-gurney.html Antara Chin Peng dan Henry Gurney ? 'Chin Peng anak kelahiran Tanah Melayu, ketika membesar telah terserap dengan mood anti penjajah yang amat kuat. Mood anti penjajah yang ada pada beliau bukan setakat membebaskan negara tetapi lebih tinggi menjadi mood fahaman pengurusan ekonomi menentang fasis kapitalisme dan menghanyutkan beliau ke fahaman komunisme dengan dalam. Chin Peng percaya dengan fahaman Komunisme negara ini mampu di urus dengan lebih baik kerana pada kepercayaannya Komunisme lebih humanis dan menjamin hak sama rata bukan seperti kapitalis yang hanya menjamin hak pemodal besar Lantas atas kenyakinan kuatnya beliau menentang penjajahan British dengan sepenuh daya dan pemikiran beliau.' Pada 21 Jun yang lepas telah di adakan satu majlis yang kononya 'amat bermakna' di tepi jalan, Jalan Kuala Kubu – Bukit Fraser. ramai polis dan tentera yang turut diarahkan hadir meraikan perletakan papan tanda tersebut yang mewirakan Henry Gurney. Mana tidaknya jalan yang sehari – hari sunyi dan lengang tiba – tiba kelihatan ramai anggota beruniform bukan kerana kemalangan tetapi kerana meraikan sebuah pana tanda. Sudah tentu bersungguh – sungguh lagi majlis ini apabila ia dibuat ketika semangat menolak Chin Peng pulang ke Malaysia. Pertama sekali, siapa dia Henry Gurney yang nak diagungkan kematiannya ini? Henry Gurny ialah warga kelahiran British. Dia dibesarkan dalam keluarga bangsawan yang percaya bahawa bangsa mereka gagah dan kuat serta berdaulat. Maka semua bangsa lain perlu tunduk kepada kekuasaan bangsawan British. Di besarkan dengan persekitaran Eropah masih dipenuhi hamba abdi dari Asia dan Afrika. sila layari http://chegubard.blogspot.com untuk membaca lanjut 2009 Jun 30 10:23

Jumaat, 2009 Jun 19

Prisytiharan Darurat dan Perjuangan Bersenjata Melawan British

(Memperingati 61 tahun Perisytiharan Undang-Undang Darurat dan Perjuangan Bersenjata Melawan British)

Ahmad Boestamam digiring ke penjara oleh polis upahan penjajah British

Pada 20 Jun 1948, penjajah British telah melakukan penindasan yang menyeluruh ke atas gerakan kemerdekaan Malaya dengan mengisytiharkan Undang-Undang Darurat di seluruh negara. Parti-parti kiri yang berjuang untuk kemerdekaan telah diharamkan. Ramai pemimpin dan para aktivis telah ditangkap – ada yang dipenjarakan, ada yang dibuang negeri dan bahkan dihukum gantung sampai mati. Di bawah keadaan teror putih, pemuda-pemuda revolusioner telah berundur ke kawasan-kawasan pendalaman dan memulakan perang gerila melawan British. Pejuang-pejuang kemerdekaan itulah yang dilabel oleh British dan talibarut mereka sebagai “pengganas” hingga hari ini.

tentera dan polis penjajah British sedang melakukan penggeledahan ke atas massa rakyat

1. Abu Samah Mohd Kassim, pahlawan Rj 10, menulis: “Arus perjuangan untuk kemerdekaan semakin berkobar-kobar selepas Perang Dunia Kedua, khususnya dari golongan kiri. Menghadapi keadaan ini, penjajah British telah mengambil langklah-langkah penindasan terhadap perjuangan tersebut. Tanda-tanda penindasan kekerasan yang menyeluruh dari kerajaan penjajah British semakin nyata.” (Dipetik dari buku Sejarah dan Perjuangan Kemerdekaan) 2. Suriani Abdullah pula menulis: “Pada 18 Jun 1948, penjajah British telah mengisytiharkan Undang-Undang Darurat bagi seluruh Tanah Melayu. Parti-parti dan pertubuhan-pertubuhan progresif-demokratik semuanya diharamkan. Pada 20 Jun1948, ia telah melakukan penyerkapan dan penggeledahan secara besar-besaran di seluruh negeri. Kader-kader dan anggota-anggota PKM dan tokoh-tokoh patriotik-demokratik serta massa revolusioner ditangkap dan disumbatkan ke dalam penjara dan kem kurungan.” (Dari Rejimen Ke-10 dan Kemerdekaan) 3. Tambahnya lagi: “Terdorong oleh situasi revolusioner yang sedang berkembang, berbagai organisasi massa di merata kampung di lembah Sungai Pahang telah mendirikan laskar rakyat atau dinamakan tentera tani untuk menjaga keamanan kampung. Mereka bersenjatakan parang, lembing, kapak dan kadang-kadang senapang patah. Mereka menjalankan tugas menyusun massa, menjalankan kerja propaganda di kalangan massa, mengawasi gerak-geri musuh bahkan menjalankan tindakan-tindakan yang berkoordinasi dengan pasukan gerila seperti membasmi hantu-hantu dan ejen-ejen musuh.” 4. Wanita dan kanak-kanak juga tidak ketinggalan. Suriani mencatatkan: “Massa wanita yang revolusioner… dengan semangat yang berkobar-kobar, ada yang memasuki tepi hutan bersama tentera tani untuk menjalankan tugas; ada yang menjalankan kerja massa di kalangan rakyat. Mereka sentiasa mengutip derma dalam segala bentuk untuk tentera dan menyelesaikan makan-minum untuk kawan-kawan kita. 5. “Barisan pelopor kanak-kanak atau dinamakan tentera semut juga didirikan untuk bahagian kanak-kanak. Kanak-kanak juga sangat tangkas dan cergas menjalankan sesetengah tugas seperti menyampaikan maklumat, menghantar surat-surat dan mengawasi gerak-geri hantu, berkawal untuk kawan-kawan kita. Mereka juga membantu…membeli barang-barang, menjemput orang dan lain sebagainya.” 6. Setalah Undang-Undang Darurat diisytiharkan, tokoh-tokoh patriotik-demokratik Melayu dan anggota-anggota PKM, PKMM, API, AWAS, BTM, Hizbul Muslimin dan lain-lain telah menjadi sasaran pokok dalam tangkapan besar-besaran itu. Kira-kira seribu orang telah ditangkap dan disumbatkan ke dalam penjara dan kem kurungan; ramai yang dibuang negeri dan tidak sedikit yang dihukum gantung sampai mati.

penjajah British memaksa massa rakyat berpindah ke kampung berkurung

7. Abdullah C.D menulis: “Dalam beberapa tahun saja setelah diisytiharkannya Darurat terdapat hampir seratus batalion pasukan infantri, pasukan meriam dan pasukan kereta perisai British yang terlibat dalam perang di Malaya. Mengikut perangkaan yang diperolehi, jentera perang penjajah terdiri dari 400,000 tentera, 77,000 polis dan 320,000 tentera simpanan termasuk AP. Pasukan tenteranya yang diketahui terdiri dari 3 batalion askar Australia, 3 batalion askar New Zealand, 8 batalion askar Gurkha, 1 batalion askar Kenya, 1 batalion askar Rhodesia Utara (Zambia), 1 batalion askar Nyassaland (Malawi), 1 batalion askar Fiji dan lebih 50 batalion lagi askar British.” (Dipetik dari buku Darurat Dan Kemerdekaan) 8. Akhbar The Times (London) melaporkan pada 2 Oktober 1953 bahawa Templer telah mengerahkan 3 divisi tentera darat untuk menghadapi peperangan di Malaya (jumlah ini tak termasuk tentera laut, udara dan kawalan kampung). Di sesetengah tempat hitung panjang setiap 2 orang penduduk dijaga oleh seorang tentera British manakala setiap gerilawan di hutan dijaga oleh 65 orang tentera. Bandingan ini menjadi lebih besar jika dimasukkan tentera laut, udara, polis dan kawalan kampung. 9. Pada tahun 1953, Templer berjaya mendirikan 400 lebih kampung berkurung di seluruh negara. Hampir satu juta massa telah dihalau ke dalam kampung-kampung tersebut. 10. “Justeru dalam keadaan demikianlah kisah pahit Kampung Jenderam berlaku. Seluruh penduduknya yang berjiwa patriotik-demokratik dan menyokong perjuangan untuk kemerdekaan telah dihalau dengan kejamnya oleh penjajah British ke Kluang, Johor. Kampung tersebut telah dibom dan dibumihanguskan menjadi padang jarak padang tekukur.

askar-askar dari negara-negara Komanwelth dikerahkan untuk melancarkan perang ke atas rakyat Malaya

11. “Nasib yang sama juga dialami oleh penduduk-penduduk Kampung Belum pada tahun 1952. Kampung Belum yang dibangunkan beberapa ratus tahun dahulu dengan titisan peluh, keringat dan air mata rakyat pekerja telah dimusnahkan secara total oleh penjajah British. Penghuninya dihalau ke Kelantan dan Gerik, Perak manakala semua rumah dibakar, pokok buah-buahan ditebang dan binatang ternakan ditembak mati. Inilah kejayaan yang dilaung-laungkan oleh Templer.” 12. Abdullah C.D mencatatkan lagi: “Mengikut perangkaan yang tidak lengkap, dari bulan Jun 1948 hingga Januari 1954, pasukan Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) telah melancarkan 19,000 kali lebih pertempuran dalam berbagai sekil. 13. “Dalam masa 8 tahun sejak bermulanya Darurat pada Jun 1948 hingga Jun 1956, penjajah British terus menerus menukar benggolan politik dan militernya. Di antaranya Pesuruhjaya Tinggi 3 kali tukar ganti – dari Edward Gent, Henry Gurney, Gerald Templer hingga ke Donald MacGalivery; Panglima tenteranya pula 6 kali ditukar – dari Charles Bucher, Harold Briggs, Ralph Lockhart, Gerald Templer, W.P. Oliver, Jeffry Boon hingga ke Rodger Bauer. Demikian juga dengan benggolan polis dan lain-lain.” 14. Dalam keadaan beginilah British terpaksa menganugerahkan “kemerdekaan” Tanah Melayu melalui Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957.

Dicatat oleh M.A. di Jumaat, Jun 19, 2009

Label: penjajah British, sejarah

64 ulasan:

gila-gila berkata...

Pada hemat saya, memang adalah penting untuk menegaskan sekali lagi bahawa: 1. PKM terus melawan bersenjata selepas 31/8/1957 adalah disebabkan oleh pakatan Pemjajah-Umno-Bangsawan Melayu untuk terus menjajah Malaya secara neo-kolinialisme melalui Perjanjian Anglo-Malaya Defence Agreement (AMDA) yang membenarkan beribu-ribu askar-askar Kommenwel bertapak dan beroperasi di Malaya; 2. Askar-askar dan anggota-anggota polis yang tercedera dari 1957 ke 1984 sepatutnya menyalahkan Britain, Umno & bangsawan-bangsawan Melayu dan bukan PKM ataupun Chin Peng; 3. Malaysia yang berdaulat mesti mengambil pengajaran sejarah dan tidak didalangi lagi oleh kuasa-kuasa Barat, khususnya Anglo-Amerika yang kini juga cuba menjajah Iraq, Afghanistan dan bumi-bumi Islam lain melalui talibalut-talibalut mereka seperti Hamid Karzai.

2009 Jun 19 21:14

Tanpa Nama berkata...

Dlm gambar no 1: Kesian, Boestama digiring oleh "polis upahan" yang sebangsa dngannya, tapi jadi alat orang putih!Apa nak kata? Dlm gambar no 2: Orang yang paling depan (berbaju dan bertopi hitam) menendang pintu itu memang sudah pasti adalah hantu atau ejen musuh. Macam mana orang-orang serupa ini tidak dibasmi oleh pasukan gerila tentera pembebasan? Dan dia pula dilindungi oleh askar Gurkha upahan British.... putera gunong tahan

2009 Jun 19 22:19

Hashim Zabidi berkata...

Pak Amin, salam, Apakah peranan PUTERA/AMCJA sebagai alternatif menyambung usaha kemerdekaan selepas PKM diharamkan. Sejauh mana keberkesanan Perlembagaan Rakyat diterima oleh rakyat...

2009 Jun 19 22:29

Tanpa Nama berkata...

Propaganda penjajah & Umno memang hebat dulu. Ramai anak-anak muda tidak tahu sejarah yang sebenar. Tetapi, dengan adanya Blog Mat Amin, sejarah tanahair kena ditulis semula dati kacamaca rakyat, bukan penjajah & talibalut-talibalut.

2009 Jun 20 13:21

jamrussia berkata...

sejarah tak perlu ditulis semula kerana ianya membebankan generasi muda...yang perlu dibuat adalah memerdekakan fikiran yang selama ini dimomokkan oleh penjajah dan talibarutnya yang yang senantiasa memainkan sentimen dalam memecahbelahkan masyarakat...tapi dalam pada itu cuba untuk bercakap soal perpaduan...

2009 Jun 20 16:28

Tanpa Nama berkata...

Kpd Hashim Zabidi: Maafkan saya mencelah. Bukankah selepas "darurat" diisytiharkan pada 20 Jun 1948 semau parti/pertubuhan politik telah diharamkan (termasuklah PKM dan PUTERA-AMCJA) kecuali United Malays National Organisation (UMNO)yang pro-British? Sebab itulah mereka yang cekal meneruskan perjuangan untuk kemerdekaan tiada pilihan lain kecuali mengangkat senjata! putera gunong tahan

2009 Jun 20 18:44

Tanpa Nama berkata...

Selepas PKM dan parti-parti patriotik-demokrastik di haramkan baru penjajah menaja pilihanraya 1955 dimana talibalut-talibalut mereka dalam Umno, MCA & MIC "menang". Inilah "demokrasi liberal" mereka.

2009 Jun 20 20:16

Tanpa Nama berkata...

Sebab itu saya pernah berhujah: macam mana kita tahu PKM dan komunisme "ditolak oleh rakyat" jika PKM tidak didaftarkan sebagai sebuah parti yang sah dan diberi peluang bertanding dalam pilihanraya ?

2009 Jun 20 20:25

Tanpa Nama berkata...

Jika perjuangan bersenjata PKM yang melawan askar-askar kuasa Barat di bumi kita sendiri boleh dilabelkan sebagai "pengganas", adakah Utusan Malaysia sedia mencapkan perjuang-perjuang di Iraq kini sebagai "terrorists" juga ?

2009 Jun 20 20:47

Tanpa Nama berkata...

Satu sejarah yang selama ini kabur sudah jelas, Cuma kita mahu menerima hakikat atau tidak, itu saja. Yang mencetuskan perang di negara kita ialah penjajah British (1948 -1957). Kemudian perang itu disambung pula oleh kerajaan boneka penjajah British sehingga tahun 1989. Adalah tidak adil kita menyalahkan PKM yang bertanggungjawab ke atas segala penderitaan akibat perang tersebut. Dol

2009 Jun 20 21:39

Tanpa Nama berkata...

Selepas talibalut-talibalut penjajah "menang" dalam pilihanraya 1955, mereka buat undang-undang ISA pada 1960 untuk mengekalkan kuasa mereka. Inilah "demokrasi liberal" ala-Barat !

2009 Jun 20 21:49

Tanpa Nama berkata...

Sekarang saya sudah sedar mengapa Umno asyik tuduh musuh-musuh politiknya "pengkhianat": sebab Umno sendiri tablibalut & boneka yang sebenar dan terbesar kuasa Barat ! Umno ingin sembunyikan hakikat ini dengan menuduh orang-orang lain dulu !

2009 Jun 20 21:59

Tanpa Nama berkata...

1. Setiap kali terdapat perdebatan tentang PKM, propaganda Umno pasti mempamerkan "mangsa-mangsa pengganas". Tetapi, jelasnya sekarang mangsa-mangsa penjajah dan talibalutnya lebih ramai. Tetapi, manusia biasa yang bermaruah tidak mengexplotasikan "mangsa-mangsa" untuk pameran propaganda macam pengemis minta simpati murah; 2. Saya setuju dengan gila-gila yang mengatakan bahawa "askar-askar dan anggota-anggota polis yang tercedera dari 1957 ke 1984 sepatutnya menyalahkan Britain, Umno & bangsawan-bangsawan Melayu dan bukan PKM ataupun Chin Peng"

2009 Jun 21 00:28

Tanpa Nama berkata...

Jika diteliti secara mendalam, Umno tidak lain tidak bukan "neo-conservative" (anti-komunisme dan mempolitikan agama) versi Melayu.

2009 Jun 21 00:43

JAMILKUCING berkata...

Saya tak mahu bercerita banyak,s ebab buang masa sahaja bercerita banyak dgn orang melayu yg banyaknya bodoh. antara jepun dan komunis apa perbezaanya. kalau orang umno marah sangat dekat komunis kenapa mereka menerima jepun yg banyak membunuh orang,berapa banyak orang melayu di potong kepala, berapa banyak orang di nrogol, berapa banyak harta benda orang di ambil tetapi kenapa jepun di sambut ke malaysia. kenapa mereka di maafkan.tetapi tidak pada komunis. fikirkan itu sahaja.

2009 Jun 21 01:24

Tanpa Nama berkata...

huh...bincang seolah-olah PKM hero Malaya plak....xdpt aku terima...PKM telah lama berlalu..kenapa ingin digembar gemburkan semula???Rakyat Malaysia terang terangan menolak PKM...

2009 Jun 21 08:36

Tanpa Nama berkata...

askar yg tercedera pada 1957-84 patut salahkan British, UMNO....CISS!!!! celaka ko,,,sanak saudara aku kena tembak yg kudung kaki jd askar waktu tu patut salahkn kerajaan,,bkn Chin Peng???dah lebih ko,,ini kenyataan menghasut..PKM brtanggngjwb...

2009 Jun 21 08:41

siti hajar berkata...

Dah lama tak nampak ulasan yang yang memaki atau menggunakan perkataan kesat dlm blog ni. Sekrang macam dah timbul semula; sungguh menjijikkan. Belajar2lah hormati orang lain. Setuju atau tidak dengan pandangan orang lain bukan masalah, tapi cakap biarlah berfakta/beralasan. Jangan bodoh sombong!

2009 Jun 21 11:15

Jumhuri berkata...

Salam Pak Amin, Boleh terangkan bagaimana Pak Amin boleh terpengaruh dengan komunis!kan komunis tu tak percayakan Allah. Sekian terimakasih Jumhuri.

2009 Jun 21 11:45

Tanpa Nama berkata...

sanak saudara ku digantung mati oleh penjajah. macam mana ?

2009 Jun 21 12:00

Tanpa Nama berkata...

Ingatkan baju hitam yang menendang pintu tu GESTAPO.....tapi memang macam GESTAPO.......

2009 Jun 21 12:05

Tanpa Nama berkata...

ya, betul. saya pun berpendapat bahawa "askar-askar dan anggota-anggota polis yang tercedera dari 1957 ke 1984 sepatutnya menyalahkan Britain, Umno & bangsawan-bangsawan Melayu dan bukan PKM ataupun Chin Peng". PKM tidak mahu perang. Yang mahu perang itu Penjajah & talibalut-talibalutnya.

2009 Jun 21 12:12

Tanpa Nama berkata...

PKM memang hero lawan penjajah dan bonekanya. Umno memang talibalut penjajah. inilah hakikat sejarah yang tidak boleh dinafikan lagi dengam selalu mempamirkan "mangka-mangsa keganasan komunis". askar-askar dan anggota-anggota polis yang tercedera dari 1957 ke 1984 sepatutnya menyalahkan Britain & Umno. Britain & Umnolah yang mengheret mereka berperang untuk kepentingan London.

2009 Jun 21 12:26

Tanpa Nama berkata...

1. Penjajah London & Umno tak henti-henti mempamerkan "mangsa-mangsa pengganas" sebenarnya adalah satu cara propaganda jijik dan tidak bermaruah yang bertujuan minta simpati murah seperti pengemis-pengemis pariah minta sedekah; 2. Hakikatnya adalah lebih ramai komunis dan ahli-ahli parti-parti patriotik-demokratik ditembak, dipenjara tanpa bicara, digantung mati, dibuang negeri, dirogol atapun kepala mereka dipotong (bacalah @Alias Chin Peng: My Side of History, ms. 303) 3. Mengapa sanak saudara manga-mangsa penjajah dan talibalut-talibalutnya tidak mempamerkan mangsa-mangsa dalam keluarga mereka macam pengemis-pengemis pariah ? Sebab yang pokok adalah mereka berderita untuk tanahair dan rakyat yang berjiwa merdeka dan bukan cari makan: manusia yang tidak cari makan jiwanya biasa lebih murni dan bermaruah; 4. Memandangkan perang di antara 1957 sampai 1984 adalah buatan Britain dan Umno, maka saya tidak ada pilihan yang lain kecuali menyokong hujah bahawa askar-askar dan anggota-anggota polis yang tercedera dari 1957 ke 1984 sepatutnya menyalahkan Britain & Umno sebab Britain & Umnolah yang mengheret dan mengupah mereka berperang untuk kepentingan London & kuasa-kuasa neo-kolonialisme Barat. 5. Lagipun, orang yang makan gaji untuk berperang tidak patut minta simpati kerana dicederakan sebab gaji mereka sepatutnya sudah meliputi risiko kematian dan kecenderaan. OK ? 6. Sekian. Terima kasih.

2009 Jun 21 13:45

Tanpa Nama berkata...

1. Islam dan semua agama-agama lain boleh dibahagikan kepada dua aliran asas (a) yang mendewa-dewikan sesiapa sahaja yang berkuasa dan kaya-raya dan (b) yang pro-rakyat dan memperjuangkan untuk nilai-nilai murni seperti kemerdekaan dan keadilan untuk manusia sejagat. 2. "Islam" Umno boleh dimasukkan dalam kategori (a), iaitu, aliran yang medewa-dewikan sesiapa yang berkuasa dan kaya-raya seperti fasis Jepun ataupun penjajah Inggeris; 3. Islam yang dipegang oleh komunis Melayu dan ramai Melayu bukan Umno berasakan aliran (b), iaitu Islam yang pro-rakyat jelata dan yang memperjuangkan untuk nilai-nilai murni seperti kemerdekaan negara dan keadilan untuk semua rakyat dan manusia sejagat.

2009 Jun 21 14:17

M.A. berkata...

Salam Saudara Jumhuri. Saya beragama Islam, membesar di bawah asuhah Islam. Mengapa saya menerima perjuangan komunis? Komunisme bukan agama, Komunisme adalah sistem politik ekonomi yang mengutamakan jumlah terbanyak manusia iaitu kaum yang tertindas lapisan bawah. Atau selalu disebut membahagikan kekayaan negara secara adil dan sama rata untuk dinikmati oleh seluruh anggota masyarakat. Ringkas kata di bawah sistem komunis, rakyat yang menjadi tuan atas negara. Siapakah orang komunis itu? Orang komunis itu terdiri dari kaum buruh, kaum tani dan kaum tertindas lapisan bawah lainnya. Hari ini orang Islam umumnya menerima kapitalisme, Kapitalisme juga adalah satu sistem politik ekonomi yang menguntamakan modal / keuntungan. Di bawah sistem politik ekonomi kapitalis, sejemput orang kaya / pemodal menguasai alat negara (tentera, polis, mahkamah dll) mengeruk kekayaan negara untuk kepentingan masing-masing, menimbun kekayaan sebanyak-banyaknya untuk diri sendiri dengan mengabaikan kepentingan rakyat golongan bawahan. Pendek kata di bawah sistem kapitalis, sejemput kaum pemodal iaitu kaum kapitalis birokrat yang menjadi tuan sebenar atas negara. Sistem kapitalis bukan saja melahirkan sejemput kaum pemodal / hartawan juga telah melahirkan generasi borjuis yamg hidup berfoya-foya, membazir, judi, dadah, zina dll. Kesimpulan saya, komunisme lebih dekat dengan Islam berbanding dengan kapitalis yang mengutamakan hukum riba. Salam

2009 Jun 21 15:04

Tanpa Nama berkata...

Jika ikut logik propaganda Umno yang anti-PKM, maka perang Anglo-Amerika terhadap Iraq adalah betul, perjuang-perjuang bersenjata di Iraq yang menentang penaklukan tentara Anglo-Amerika adalah "pengganas" dan penjara Guantanomo (macam Kem Kamunting) pun satu langkah "anti-pengganas" yang OK.

2009 Jun 21 15:38

M.A. berkata...

Salam, Para pembaca yang saya hormati, Dengan tujuan berkongsi maklumat dengan semua, saya paparkan soal jawab dengan seorang hamba Allah (tidak disebut nama demi keselamatannya) melalui emel: Sabtu, 2009 Jun 20 …….. tanya: sy ingin perjelasan yang agak kabur mengenai perjuangan komunis di tanah Melayu....sy adalah bekas mahasiswa politik anak kepada seorang askar mementang komunis dan cucu kepada SC (special costable 48-49) dan telah mempelajari mengenai propaganda sesuatu parti politik di setiap negara di dunia ini. tetapi kekaburan sy ini amat jelas bila baca blog saudara krn sy tidak nampak penyelesaian terhadap perjuangan saudara krn seolah2 saudara mcm tertipu dgn dakyah politik komunis..Karx Marx pernah berkata "agama adalah candu dlm masyarakat" dan ini merasakan seolah2 komunis adalah tiada agama dan seperti kita ke tahui Karx Marx adalah Yahudi walaupun saudara menafikan tetapi penulis berpegang teguh mengatakan Karx Marx adalah Yahudi melalui pembacaan sy dan pengalam saya. Kenapa saudara ikut Karx Marx tanpa ikut sunnah Junjungan kita dalam berpolitik?Kita jgn kaitkan Umno or Pas tetapi dasar perjuangan...Mao Zedong pernah berkata "kekuatan politik adalah di muncung2 senjata". Jd seolah2 komunis ini kuat krana senjata dan kezaliman seperti yang dil akukan oleh Pol Pot? Adakah ini yang di suruh oleh Junjungan kita? sy bukan di pengaruhi oleh mana2 elemen plitik tetapi melalui akedemik. Matamin jawab: salam, Saudara ………… Terima kasih kerana mengemukakan masalah secara terus terang dan terbuka. Perjuangan kemerdekaan Malaya dipelopori oleh golongan kiri. Dalam golongan ini termasuklah aliran dari nasionalis, sosialis, agama dan komunis. Mereka berganding bahu di atas dasar untuk kemerdekaan negara dan pembebasan bangsa. Hal ini juga berlaku di Indonesia yang disebut NASAKOM.Golongan agama diwakili oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dll. Golongan nasionalis / sosialis diwakili oleh Ahmad Boestamam, Ishak Hj. Mahood dll, golongan komunis pula diwakili oleh Abdullah C.D., Kamarulzaman Teh, Rashid Maidin dll.Kemuncak perjuangan mereka ialah pembentukan PUTERA-AMCJA. Ketika ini penjajah British benar2 terancam. Lalu untuk menyelamatkan kekuasaan penjajahannya, penjajah British mengisytiharkan undang2 darurat dan mengharamkan semua parti yang berjuang untuk kemerdekaan.Inilah masa yang menentukan. Di saat genting ini hanya PKM saja yang tampil ke depan memanggul senjata. Ketika itu hanya itulah satu-satu jalan untuk mencapai kemerdekaan. Sebab itulah ramai anak muda Melayu (ditaksirkan ribuan orang) masuk hutan. Sebahagian mereka dapat berhubung denga organisasi PKM manakala ramai lagi yang gagal berhubung akhirnya tertangkap, bersembunyi dll.Mereka yang dapat berhubung dengan PKM inilah yang membentuk Rejimen Ke-10.Berkenaan "agama adalah candu" adalah dimaksudkan keapda pihak yang berkuasa yang menggunakan ugama sebagai tipeng, seperti juga melalikan sehingga tak nampak apa yang pihak perkuasa lakukan. Ini berdasarkan kajian Marx di Eropah di mana pihak berkuasa menggunakan ugama Kritian untuk melindungi kejahatannya dan supaya orang ramai tidak menentangnya.Komunisme berlawanan dengan kapitalisme/imperialisme, bukan dengan mana2 agama. Sebab itulah kaum imperialis sengaja memomokkan komunis. Hanya ideologi inilah yang akan meruntuhkan sistem kapitalisme.Berkenaan Polpot yang saudara sebutkan, saya setuju yang dia sangat kejam. Ajaran komunis tidak mengajar kita berbuat seperti polpot.Berkenaan "kekuasaan lahir dari laras senapang" bukanlah sesuatu yang mutlak. Tapi dalam kontek malaya di mana perjuangan rakyat ditindas dengan senapang, maka teori tersebut adalah satu-satunya cara.Itu saja penjelasan saya. Semoga saudara berpuas hati. Salam Mat Amin

2009 Jun 21 15:44

Tanpa Nama berkata...

1. berkas askar-askar dan anggota-anggota yang kini diperalatan sebagai "mangsa-mangsa komunis" kena tanya: bukankah mereka dewasa yang makan gaji penjajah & boneka-bonekanya semasa melawan komunis yang melawan kuasa penjajah & boneka-bonekanya ? Jika sudah dewasa dan makan gaji, mati-hidup tidak boleh lagi dipersalahkan kepada PKM. 2. Jika majikan-majikan awak (Kerajaan Britain & Umno) tidak beli insuran nyawa untuk awak pada 1957-1984, mintalah keadilan dan pampasan dari Kerajan London & Umno.

2009 Jun 21 15:53

Tanpa Nama berkata...

Regime Pol Pot itu memang kejam. Tetapi kekejaman mereka bukan berpunca dari ajaran komunisme tetapi berasal psikologi tertindas yang terlampau dan terlalu lama oleh penjajah Perancis dan imperialis Amerika yang gunakan bom-bom kimia di bumi Kemboja seperti Agent Orange.

2009 Jun 21 16:09

Tanpa Nama berkata...

Askar-askar & anggota-anggota polis Melayu dulu diperalatkan olen penjajah & boneka-bonekanya lawan perjuang-perjuang kemerdekaan. Sekarang, mereka masih diperalatan sebagai bahan propaganda "minta simpati" dan anti-PKM. Betapa bodoh dan kurang kesadaran mereka walaupun sudah tua !!!!!!!!!

2009 Jun 21 16:18

Kekacang berkata...

Apakah Kerajaan British menganggap askar dan polis itu sebagai wira mereka? Jawapan saya tidak, mereka hanya dianggap sebagai kuli, dibayar gaji dan diperas hingga menggadaikan nyawa. Malangnya di zaman tersebut keadaan dan suasana yang menjadikan tiada pilihan. Seperti sedia maklum ramai manusia hidup untuk mengisi perut. Itu yang terjadi. Lihat di Iraq dan Afghanistan, itulah contoh terbaik.

2009 Jun 21 22:23

Tanpa Nama berkata...

Lihatlah contoh dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dihukum mati dalam kes Altantuya: mere ka diperalatkan dan dibiarkan mati sahaja walaupun mereka yang memberi arahan masih hidup kaya-raya dan memegang kuasa. Ini cuma contoh muktamt yang membuktikan betapa bodoh sesetengah orang Melayu yang ikut perintah buta.

2009 Jun 21 23:00

Tanpa Nama berkata...

Saya berkecuali tetapi saya memang bersimpati dengan askar-askar dan anggota polis Melayu yang tercedera dalm perang 1957-1984. Saya hairan mengapa majikan-majikan mereka, iaitu Kerajaan Britain dan Kerajaan Perikatan/BN tidak membeli insuran untuk mereka. Jika ingin minta pampasan, mintalah dari Kerajaan UK & Malaysia.

2009 Jun 21 23:05

Tanpa Nama berkata...

Askar-askar & anggota polis yang tercendera tidaklah patut diperalatan oleh Umno macam pengemis tidak bermaruah yang minta sedekah di kaki lima setiap kali terdapat isu-isu sejarah tanahair dibincangkan. Di apa-apa perang pun, memang terdapat kecenderaan dan kematian di semua pihak yang berperang. PKM pun ada parajurit-parajurit yang tercendera dan mati tetapi PKM bermaruah dan tidak sekali pun menjadikan orang-orangnya yang tercedera bahan propaganda murah dan bermaruah. Inilah satu perbezaan di antara watak boneka kuasa penjajah dan watak perjuang rakyat.

2009 Jun 22 00:52

Putera Gunung Tebu berkata...

Bijak Pandai pernah berkata... "Pemenang Yang Menulis Sejarah!" Dalam kes Tanah Melayu, UMNO adalah pemenang. Merekalah yang menulis sejarah negara ini. Tanpa malu mereka mendakwa UMNOlah pejuang kemerdekaan negara. Sedangkan semasa penjajahan, pemimpin UMNO adalah pegawai tadbir, DO, ADO, kerani yang bekerja dgn kerajaan penjajah. Merekalah yang berada pada barisan hadapan menentang pejuang yang menentang penjajah. Tiba-tiba distiharkan UMNO sebagai pejuang kemerdekaan! http://puteragunungtebu.blogspot.com

2009 Jun 22 11:23

Tanpa Nama berkata...

Putera Gunung Tebu: Saya dah lawati blog saudara, memang baik. Tahniah! putera gunong tahan

2009 Jun 22 13:24

Tanpa Nama berkata...

Pak Amin, Saya terjumpa blog berikut: http:/banchula12.blogspot.com Pak Amin tau tak keujudan blog ini? Kot, kot nak menandingi blog PA tak? antu

2009 Jun 22 13:46

Tanpa Nama berkata...

Pak Amin, Harap papar banyak lagi fakta2 Biar kami tahu sejarah perjuangan Pak Amin Dol

2009 Jun 22 14:33

Tanpa Nama berkata...

Stalin, Mao, bapa-anak Kim, Ceauşescu, Pol Pot semua pemimpin terulung. Dengan polis sulit seperti Stasi Jerman Timur memang Malaya sebaiknya patut diperintah oleh Komunis.

2009 Jun 22 14:40

Tanpa Nama berkata...

Chiang Kai Sek, Shah Palawi, Suharto, Pinochet, Ngo Dinh Thiem, Lol Nol, Marcos, Bastita ... memang democrat liberal yang tidak korup & tidak mempunyai polis sulit. semua mereka ini pemimpin-pemimpin baik-baik yang cintai rakyat.

2009 Jun 22 16:08

md z... berkata...

Aku tak kira siapa perintayh Malaya/sia asalkan bukan penjajah (asing) atau penjajah bentuk baru. Siapapun yang memerintah, aku mau sejarah yang diajar di sekolah2 bukan sejarah yang songsang yang menghina bangsanya sendiri!

2009 Jun 22 16:53

pak mian berkata...

sedara saya ddah dua kali pergi disana.dia kata pun ada misjid dan musium sejarah.dia kata kit bulih derma. betul kah?macam manaa klau saya nak antar sikit derma kalau boleh utuk sedkah buat kenduri arwah disnana kalau bulih belum bulan upasa?

2009 Jun 22 17:03

Tanpa Nama berkata...

Sbb tu Tunku keluar Umno, sbb tu Hussein Onn keluar Umno, sbb tu Mahatir keluar-masuk Umno, sbb tu, sbb tu.......

2009 Jun 22 17:08

Puteri Uitm berkata...

Saya sokong md z.... cool md z, cool....

2009 Jun 22 17:18

Tanpa Nama berkata...

korang kutuk umno. korang boleh pecaya ke anwar ibrahim tuh? jangan lupa sejarah dia bro... xxxxx jb

2009 Jun 22 17:23

wan faridah berkata...

salm ziarah...sy kadang konpius jge dgan fakta yang dipelajari...ader banyak versi cerita yang sy dengar...mne 1 yg btulnya ni???/aiseh...

2009 Jun 22 19:16

Tanpa Nama berkata...

Media & buku-buku Barat biasanya tidak suka menyiarkan sejarah kekejaman Chiang Kai Sek, Shah Palawi, Suharto, Pinochet, Ngo Dinh Thiem, Lol Nol, Marcos, Bastita ... sebab diktator-diktator semuanya pro-Barat dan disokong oleh kuasa-kuasa Barat sebagai boneka-boneka menentang komunisme.

2009 Jun 22 20:33

Puteri Uitm berkata...

kpd wan faridah: 'konpius'? itu pertanda baik wan; sekurang2nya wan sudah mula mencari2. Teruskan, insyaallah wan akan menemui yang BENAR!

2009 Jun 22 21:45

yang tak bernama berkata...

Pak Amin, Tadi pak mian ada tanya ttg nak hantar derma/sedekah. Tolong jwb. sbb kami pun ingin tau nak hantar ke mana? Ada akaun Bank tak? tk

2009 Jun 22 21:50

AbuMirza berkata...

3 perkara: 1. Komunis menidakkan pemilikan harta persendirian(kecuali dalam jumlah yang sedikit untuk usaha sendiri, yang lain semua dimiliknegarakan). MAcam mana sistem zakat dan faraid nak dilaksanakan dalam sistem komunis? Saya rasa Islam membenarkan pemilikan harta peribadi walau sebanyak mana pun. 2. Apakah pada pandangan Pak Mat Amin, PAS itu juga tidak betul perjalanan perjuangannya, bila turut sama dalam kancah politik Malaya merdeka? 3. Diharap Pak Mat Amin dapat senaraikan pertempuran diantara PKM dengan penjajah sebenar. Senaraikan juga pertempuran yang signifikan oleh MPAJA. Saya tidak dapat mencari dalam sumber2 lain. Apakah MPAJA dan komunis hanya banyak aktiviti membasmi hantu sahaja dan kurang engage pihak tentera (Inggeris dan Jepun)? Suka saya sebutkan bahawa hantu2 itu semuanya merupakan rakyat tempatan.

2009 Jun 22 21:54

M.A. berkata...

pak mian berkata... sedara saya ddah dua kali pergi disana.dia kata pun ada misjid dan musium sejarah.dia kata kit bulih derma. betul kah?macam manaa klau saya nak antar sikit derma kalau boleh utuk sedkah buat kenduri arwah disnana kalau bulih belum bulan upasa? Terima Kasih Pak Mian, Berkenaan soalan Pak Mian di atas, saya telah menghubungi pihak Jawatankuasa Agama Masjid Darul Aman dan Jawatankuasa Muzium Sejarah. Kedua-dua bahagian ini memang kekurangan dana. Mereka menyambut baik mana2 pihak yang ingin menghulurkan bantuan. Bila mereka menyerahkan nombor akaun masing-masing, saya akan paparkan di sini. Siapa yang ingin menghulurkan derma bolehlah melalui akaun tersebut. Sekali lagi terima kasih di atas keikhlasan hati Pak Mian

2009 Jun 22 23:02

Tanpa Nama berkata...

Wooi Abu Mirza! Tak pernah dengar mengenai serang hendap ke atas Henry Gurny di Bukit Fraser dalam tahun 1951 ke? Nak minta Pak Amin senaraikan 19,000 kali pertempuran? Pelawok....! Abu tausi

2009 Jun 22 23:21

Tanpa Nama berkata...

Saya ketawa kuat apabila saya dengar hujah Melayu yang menerima ajaran Karl Marx tidak Islam kerena Mark orang Yahudi. Bukankah semua nabi-nabi dan rasul-rasul, kecuali Nabi Muhammad (S.A.W.) Yahudi ? Ibrahim, Daud, Sulaiman ... Isa. Propaganda anti-komunisme bodoh dan tidak masuk akal, bukan ?

2009 Jun 23 00:41

Tanpa Nama berkata...

1. Cara Umno berpropaganda memghitamkan PKM & komunis sama dengan cara kuasa-kuasa Barat memfitnah Islam; 2. Cara Penjajah/Umno menentang PKM & komunis juga sama dengan regime Zionis menindas perjuang-perjuang Palestine;

2009 Jun 23 01:25

Pejuang Berjurus berkata...

Demi Allah kami akan turut serta berjuang menentang keganasan Komunis dan Golongan Anti Islam

2009 Jun 23 09:25

md z... berkata...

Sbenarnya, propaganda antikomunis yang berterusan sekarag adalah untuk membodoh2kan orang Melayu. Pihak berkenaan sengaja mengungkit2 sentimen anti yahudi BUKAN anti zionis Israel. Mengapa? Kerana zionis Israel adalah ciptaan penjajah British pujaan mereka. Satu lagi, inilah cara untuk mengalih perhatian orang ramai dari isu2 pokok seperti masalah ekoknomi, korupsi, penyalahgunaan kuasa, kehilangan kepercayaan rakyat terhadap umno/bn dll. Dengan begini saja mereka harap orang Melayu akan berbalik kepada Umno. Sorrylah.....

2009 Jun 23 09:43

Tanpa Nama berkata...

abu mirza kata pas dah tak betul landasan perjuangannya bila turut sama terlibat dalam kancah politik malaya tapi itu cerita dulu, pas kini adalah harapan yang mampu menakluk malaysia porah la abu mirza apa ke halnya sistem zakat dan faraid dilaksanakan dalam sistem komunis ko ingat ni blog nak naikkan sistem komunis ke memanglah tak salah dalam islam boleh memiliki banyak harta dan sebab tulah adanya zakat supaya manusia diwajib berasa bersyukur dan selalu ingat pada Allah dalam hal komunis pula kenapa ia wajib harta itu dimilik negarakan supaya mereka kena ingat dan sentiasa berjuang utk negara, itu sajalah apa yang bezanya islam itu yang jelasnya utk kehidupan yang sebenar di akhirat sementara komunis hanya diatas dunia sahajalah... abu mizan

2009 Jun 23 12:21

Tanpa Nama berkata...

kalo ko mmg seorg yg betul2 islam (itupun kalo ko betul2 islam)ko mungkin tak cakap macam tue.. dalam al-quran dah mengatakan bahawa islam adalan ajaran untuk kedua2 dunia dan akhirat. Sebab apa yg ko lakukan didunia itulah yg menentukan nasib ko di akhirat kelak.. Kita tahu yg komunis didalam ajarannya menolak agama..dan soalan aku..Jika ko seorang beragama islam(kepada yg beragama islam) kenapa mesti menyertai/mengguna pakai ajaran atau platform (komunis) ini untuk menentang penjajah sedangkan kita tahu ia bertentangan dengan agama islam.. walaupun ia hanya untuk menentang penjajah.. bagi pendapat aku kerana itu lah ia tidak dapat diterima pakai oleh orang yg betul2 beragama islam pada masa itu dan hanya segilintir yg menyertai ajaran atau ideologi komunis..

2009 Jun 27 00:47

pak mat tempe berkata...

saya rasa ramai orang bodoh yg gelap hati telah menulis komen yang bangang dalam blog ini. mereka mengatas namakan islam kononnya. mereka berkeras mengatakan komunis tiada agama dan akan memusnahkan agama. so stupid... sebab; 1. sebab dalam keadaan semasa negara ini tidak diperintah oleh komunis dan islam telah begitu dihinakan oleh para politikus yg memerintah. blog ini wujud lebih kepada menceritakan sejarah lampau. jadi ancaman sebenar ialah para politikus yang memerintah pada ketika ini! bukan blog ini. 2. jika kita amati sejarah dunia di mana2 negara, pasukan keselamatan seperti tentera dan polis memang menjadi "anjing pemerintah". maksud "anjing" di sini bukanlah bermaksud mereka anjing. "anjing" membawa maksud orang suruhan. pada saya mereka bukan pahlawan sebenar. mereka adalah orang yang bekerja dan mendapatkan imbuhan gaji dari apa yg dikerjakan mengikut perintah tuannya. jika tuannya malaikat, maka baiklah pekerjaannya. jika tuannya setan, maka jahatlah perbuatannya. dan kita harus ingat, dalam kondisi negara kita para ahli politiklah tuan2 mereka. baikkah ahli politik tersebut? 3. memang saya setuju dengan pendapat yg mengatakan bahawa propaganda terhadap chin peng pada ketika ini sangat berlebihan. saya bukannya mengidolakan chin peng. juga bukan setuju dalam tindakannya. cuma saya berpendapat tindakan menghalang chin peng dari pulang ke malaysia adalah untuk menghalang sejarah lama terkuak kembali dan untuk menghalang rakyat dari mengetahui perkara yg sebenarnya berlaku ketika itu. pada saya mereka yg cuba dilindungi dosanya itu jauh lebih berdosa dan jahat lagi. sekian dulu. penat menaip.

2009 Jun 27 09:28

shahrul berkata...

Habis kau ingat British Inggeris tu percaya kt Allah ker? Jangan la hanya tau serang ideologi komunis sj. Ideologi demokrasi pon xbertuhan jugak. ada paham? Islam tidak mencegah sesiapa pun untuk menganut segala macam ideologi..hukumnya adalah harus. Sama seperti islam xmenghalang kita guna duit kertas. walhal zaman nabi dlu xder duit kertas. TTapi yg islam halang ialah membelakangkan islam. mengenepikan asas & perinsip islam. tidak salah nk melaksanakn sistem komunis,. ttap mesti dissuaikan dengan hukum islam.. tidak slah menggunakan fahaman demokrasi ttapi mesti dissuaikn dgn islam. Yang pasti islam itu bukan ideologi.. ttapi islam itu lebih luas dari ideologi.. islam itu cara hidup. Dari bngun tidur smpai tidur semula. semuanya kena berlandaskan islam. Jangan hanya kenal islam waktu nk nikah kawin sj ye. nk kawin ikut islam. nk memerintah xikut islam.. nk berak (buang hajat) xikut cara islam .. mana boleh

2009 Jun 27 11:12

Tanpa Nama berkata...

Salam, sekiranya saya hidup di zaman Pak Mat Amin, saya akan mengambil langkah yang sama...masuk hutan, memikul senjata dan menentang British Laknat itu!!! Dalam situasi semua saluran aman untuk menentang British sudah tertutup, tiada pilihan lain lagi...Menjadi tali barut dan pengkhianat kepada bangsa sendiri seperti yang dibuat oleh beberapa pertubuhan, bukanlah suatu langkah yang bermaruah..Apa nak buat, itu sahaja pilihan yang ada...Saya tidak akan rela untuk menjadi tali barut penjajah..! BIAR MATI MELAWAN, JANGAN MATI DIBULI PENJAJAH...!!!

2009 Jun 27 15:04

anaz.akira berkata...

Salam, Minta maaf Pak Amin..jika perjuangan PKM itu berjaya adakah mereka akan menguasai kerajaan..? Dan apakah kedudukan bangsa Melayu jika ideologi komunis berjaya bertapak di Tanah Melayu ketika itu..? Terjaminkah..? Sekuranng2nya bila kerajaan sekarang memerintah..nasib orang Melayu itu masih terbela lagi walaupun tidak sempurna.Walaupun kerajaan sekarang dilihat benar2 korupsi. Maafkan saya jika ada silap..saya ini anak masih anak muda berumur 21 tahun.Banyak yang perlu dipelajari..yang paling penting kami generasi muda tidak diperbodohkan oleh mana2 ideologi karut. Sebab Islam dah beri petunjuk yang lengkap dunia akhirat.Ideologi2 yang ada hari ini hanya ciptaan manusia.Untuk makluman saya ini tidak berminat dengan politik yang penuh lakonan. Jika hidup aman..rezeki ada..dapat belajar dengan baik..cukuplah. THX.

2009 Julai 14 16:26

Yakuza berkata...

Dimana-mana sahaja dalam dunia sepanjang sejarah manusia, kumpulan berhaluan kiri tetap dikira penentang kerajaan. tidak perlu dipertikaikan disitu. komunis di Malaya kebanyakkannya disokong oleh orang cina peringkat bawahan kerana pada masa tersebut, cina kebanyakkannya tertekan dan semangat patriotik akibat serangan Jepun keatas tanah besar China. secara langsung mereka terus melancarkan perang selepas perang dunia ke-2 terhadap british kerana berpendapat ideologi komunis akan diterima orang Malaya. Cuba kita tanya dengan orang-orang cina yang kaya, adakah mereka menyokong ideologi komunis? sudah tentu tidak kerana komunis mengamalkan dasar samarata. sudah tentu mereka yang kaya tidak akan berkongsi harta dengan yang miskin, betul bukan.. kepada orang melayu pula, majoriti mereka tidak menyokong komunis kerana ideologi ini tidak percayakan konsep ketuhanan. memang puluhan ribu tentera komanwel tiba ditanah melayu untuk memerangi komunis...kerana ia dilakukan untuk menyelamatkan negara dari terjebak kedalam perang saudara yang sudah tentu tidak akan selesai hingga hari ini. Tentera Putih dihantar untuk membantu tentera melayu agar tidak menggambarkan sangat peperangan antara Melayu Vs Cina. Jujur saya ingin bertanya kepada pembaca, jika komunis cina berjaya merampas negara ini, apa yang akan terjadi kepada kaum melayu di Malaya? memang sekarang minda kita terbuka dan kita menerima perkongsian kuasa kerana jasa orang-orang dahulu berjuang untuk sesuatu yang kompleks, tetapi apa yang difikirkan oleh orang cina dan melayu pada ketika itu? dapat point saya bukan... jadi kesimpulannya, perjuangan komunis ditentang bukan kerana majoritinya cina...ia ditentang kerana perkara yang akan terjadi sekarang. kerana kebijaksanaan pemimpin kita dahulu, malaysia sekarang menjadi seperti sekarang...

2009 Julai 27 18:49


Rabu, 2009 Jun 17
Penghargaan Kepada Pembaca
dokumen-dokumen lama menjadi sebahagian dari khazanah berharga di Muzium Sejarah Kampung Perdamaian Sukhirin
Seorang anak muda yang masih di universiti menghargai blog ini kerana terus menyiarkan bahan-bahan sejarah untuk faedah bersama. Mengikutnya, “dokumen-dokumen seperti ini tidak pernah ada dalam mana-mana perpustakaan pun, hatta di universiti-universiti tanah air”. Beliau menggesa supaya saya cepat-cepat berikhtiar untuk menyenarai dan mendokumentasikan semua bahan-bahan itu supaya tidak hilang. Saya boleh faham kebimbangan yang dirasai oleh beliau yang sedar bahawa “setiap fakta sejarah ini adalah penting bagi generasi kami untuk mengenal dan menilai sejarah perjuangan bangsanya sendiri”. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada mereka yang sentiasa peka dan prihatin untuk mencari kebenaran! Dicatat oleh M.A. di Rabu, Jun 17, 2009 17 ulasan: penyengat berkata... Kalau pendapat di atas tu mewakili majoriti generasi muda sekarang, saya berani mengatakan Malaysia ada masa depan yang sangat cerah. Tapi, malang sekali kalau pemikiran mereka sudah disongsangkan.... 2009 Jun 17 21:36 Pak Teh berkata... Salam, Gambar dokumen kat atas tu tidak sesuai untuk dijadikan bahan arkib kerana gambarnya tidak jelas dan berlapis.Kalau boleh Pak Amin tolong scan satu persatu dan publish ke blog ini. HOT ZOOM KOMUNITI ver.2 2009 Jun 17 22:22 pak odin bota berkata... berjuang untuk kebenaran bukannya untuk kemenangan.jika hanya untuk menang masuk saja prti yang mendokong penjajah, feudal dan kapitalis.mereka menghalalkan semua yang menguntungkan.walaupun golongan kiri telah kalah di masa silam dimalaya tapi anak dan cucu mereka kebanyakkannya telah berjaya didalam bidang akademik.sekarang inilah masanya untuk menghimpunkan fikiran perjuangan mereka didalam blog ini. 2009 Jun 17 22:23 penakiri berkata... Tolong jawab berkenaan dengan pembunuhan orang awam oleh komunis. Komunis sering dikaitkan dengan pembunuhan orang awam secara membabi buta. Tuduhan tersebut adalah isu yang sering dimainkan. 2009 Jun 17 22:42 Mat Amin berkata... Saudara Pena kiri, Mudah sahaja menuduh orang, apa lagi kalau ada kuasa. Semua yang buruk dilemparkan ke atas komunis. 13 Mei hitam dilempar ke atas komunis. Yang buruk milik komunis manakala yang baik untuk Tuan Mat Saleh. Hakikatnya TPNM itu terdiri dari rakyat biasa yang berjuang untuk menghalau penjajah British. Massa rakyat adalah sandaran utama mereka manakala penjajah British adalah musuh utama mereka. Jika ada orang menjadi hantu yang mengancam perjuangan mereka, sudah pasti akan dibalas setimpal. 2009 Jun 17 23:02 Mat Amin berkata... Salam Pak Teh, Masih banyak dokumen yang akan dipaparkan untuk dikongsi bersama. 2009 Jun 17 23:05 Amin Ahmad berkata... Tuan, meskipun saya bukan penggemar idea komunisme, tetapi insyaAllah saya gemarkan Sejarah. Mungkin elok tuan berikan maklumat bagaimana boleh lawatan sambil belajar boleh dibuat ke sana dan kami boleh berdialog dan mencatat dokumen2 yang ada untuk rekod generasi akan datang. 2009 Jun 18 01:27 jamrussia berkata... rejimen lain tak buat blog ke? 2009 Jun 18 02:01 Siti Hajar berkata... Salam kpd pena kiri, Kalau nak tau 'kejahatan' seseorang, tanya musuh dia. Kalau nak tau 'kebaikan' seseorang, tanya pula sahabat dia. Begitu juga dengan komunis. Kalau nak tau 'kejahatan/kekejaman' PKM/TPNM/Rj 10, tanya kuasa penjajah British atau talibarut mereka; jangan tanya Pak Amin. Begitu juga kalau nak tau 'kejahatan' Islam, tanyalah imperialis Amerika dan konco2 mereka.Jangan tanya Ayatollah atau Bin Laden. Sebab itulah Amerika kata: Islam dan pejuang2nya terroris/pengganas! (Kalau di Malaysia sekarang, mesti diISAkan tanpa bicara!) Amacam, boleh terima? 2009 Jun 18 06:31 Baba Siam berkata... syukur kerana zaman internet dan comuniti blogger.kita boleh dptkan matlumat dunia luar tanpa batas... 2009 Jun 18 08:00 Tanpa Nama berkata... Pendapat Siti Hajar itu memang tepat dan padat.fikir-fikirkanlah! Puteri UITM 2009 Jun 18 10:04 selimut putih berkata... Harap tulisan Pak Abdullah C.D dan bahan-bahan dari Suluh Rakyat disiarkan di sini dari masa ke masa. 2009 Jun 18 16:24 Lee Copper berkata... Terima kasih kerana blog ini banyak menyalurkan maklumat dari pihak tuan. Mana boleh terima maklumat dari satu pihak saja. Semua orang berpelajaran dan cerdik, mereka tau membezakan yang baik dan buruk. Teruskan... tuan berhak menyampaikan apa yang tuan ingin sampaikan. 2009 Jun 18 16:43 Hashim Zabidi berkata... Pak Mat Amin, salam... Sejauh manakah pengelibatan PKM / Rej.10 dengan PKMM / Dr.Burhanuddin AlHelmy, Ibrahim Yaakob, Mokhtaruddin Lasoh, Boestamam, Ishak Hj.Muhammad dll, sebelum Partai Rakyat Malaya ditubuhkan... 2009 Jun 19 00:40 M.A. berkata... Saudara Hashim Zabidi, PKMM didirikan pada bulan Oktober 1945. Rejimen Ke-10 didirikan pada 21 Mei 1949. Jadi semasa PKMM didirikan Rejimen Ke-10 belum ada lagi. Begitu juga ketika Rejimen Ke-10 didirikan 1949, PKMM sudahpun dikuburkan oleh penjajah British. Kesinambungan yang kita boleh lihat ialah tulang bekang Rejimen Ke-10 itu terdiri dari organisasi-organisasi patriotik-demokratik yang berjuang untuk kemerdekaan seperti PKMM, API, AWAS, Barisan Tani dan lain-lain. Anggota pertubuhan-pertubuhan itulah yang memimpin Rejimen Ke-10. PKMM sebenarnya parti berbilang ideologi, iaitu nasionalis, agama, sosialis dan komunis. Ini pernah juga terjadi di Indonesia seperti NASAKOM. Pada bulan Mei 1948, 3 peimpin penting PKMM iaitu Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ahamd Boestamam dan Abdullah C.D. merumuskan bahawa kemerdekaan Malaya haruslah direbut dengan darah setelah penjajah British menolak Perlembagaan Rakyat yang diajukan oleh PUTERA-AMCJA. 2009 Jun 19 07:26 member pencen keramat berkata... Saya pernah bertemu dengan Rashid Maidin di rmah adeknya selepas beliau balek daripada mengerja haji, beliau cerita beliau pergi ke Mekah diatas qata menteri dan PM yang memberikan kepadanya waktu itu jika dilihat beliau dengan adek nya belaiu kelihatan lebeh muda dari adeknya bekas YB Sg Manek Perak. 2009 Jun 19 12:10 gila-gila berkata... Pada hemat saya, memang adalah penting untuk menegaskan sekali lagi bahawa: 1. PKM terus melawan bersenjata selepas 31/8/1957 adalah disebabkan oleh pakatan Pemjajah-Umno-Bangsawan Melayu untuk terus menjajah Malaya secara neo-kolinialisme melalaui Perjanjian Anglo-Malaya Defence Agreement (AMDA) yang membenarkan beribu-ribu askar-askar Kommenwel bertapak dan beroperasi di Malaya; 2. Askar-askar dan anggota-anggota polis yang tercedera dari 1957 ke 1984 sepatutunya menyalahkan Britain, Umno & bangsawan-bangsawan Melayu dab BUKAN PKM ataupun Chin Peng; 3. Malaysia yang berdaulat mesti menambil pengajaran sejarah dan tidak didalangi oleh kuasa-kuasa Barat, khususnya Anglo-Amerika yang kini juga cuba menjajah Iraq, Afhanistan dan bumi-bumi Islam melalui talibalut-talibalut mereka seperi Hamid Karzai. 2009 Jun 19 13:40

Selasa, 2009 Jun 16

Muzium Sejarah

Muzium Sejarah - terletak di Kampung Perdamaian Sukhirin, Narathiwat, Selatan Thai

Selepas penandatanganan persetujuan damai tiga pihak antara Kerajaan Malaysia – Kerajaan Diraja Thailand dan Parti Komunis Malaya, Abdullah C.D. mewakili pimpinan Rejimen Ke-10 telah memohon untuk membangunkan sebuah muzium khas untuk memaparkan sejarah perjuangan Rejimen Ke-10. Dengan keizinan pihak tentera Thai, sebuah muzium yang dinamakan MUZIUM SEJARAH telah didirikan pada tahun 1990. Muzium sederhana ini mempamerkan berbagai barang yang pernah digunakan oleh pasukan gerila tersebut. Selain itu terdapat banyak gambar, buku-buku, dokumendokumen,catatan-catatan dan lain-lain. Muzum Sejarah ini menjadi salah satu tarikan istimewa Daerah Sukhirin. Ribuan pelawat, ahli sejarah, penulis, pelancong dan lain-lain dari dalam dan luar negeri pernah berkunjung ke sini.

Dicatat oleh M.A. di Selasa, Jun 16, 2009

Label: Rejimen Ke-10 TRM, sejarah

8 ulasan:

pak mian berkata...

Sayang seribu kali sayang muzium ini terpaksa terletak di bumi luar Malaysia..... walaupun saya sudah tua tapi saya ingin juga hendakpergi melawat kesana dengan anak cucu saya.....mudah2an tuhan sampaikan hajat saya ini....doakanlah saya m.Amin.semug kita berjumpa...

2009 Jun 16 17:47

Tanpa Nama berkata...

Kagum..... betul-betul kagum! Saya terpaksa mengakui & menerima kenyataan tentang kehebatan tentera antiBritish ini, Rejimen ke-10 khasnya. Bukan saja mereka boleh bertahan selama 41 tahun,tetapi mereka juga sangat mengambil berat tentang pendidikan & ilmu pengetahuan para perajuritnya. Sebagai bukti, lihat saja berapa banyak penerbitan mereka. Alangkah baiknya kalau bahan2 tersebut dapat dijadikan bahan2 kajian para sejarawan kita! putera gunung tahan

2009 Jun 16 21:02

HOT ZOOM berkata...

Salam, Kenapa gambar sikit sangat.Boleh tak masukkan lagi banyak gambar berkaitan yang terdapat dalam muzium tu.Ramai rakyat Malaysia nak lihat dengan jelas apa yang terdapat dalam muzium tu http://www.zoompanas2.com

2009 Jun 16 22:40

Tanpa Nama berkata...

Takniah kepada PKM yang bertungus-lumus mempertahankan sejarah benar perjuangan rakyat walaupun lembu punyu susu & sapi punya nama.

2009 Jun 16 22:52

Tanpa Nama berkata...

salam.. saya adalah antara para remaja, anak bangsa yg telah didedahkan dengan sejarah2 yg telah diubah, dibuang dan ditutup. mungkin masih ada yan tidak tahu tetang kebenaran ini. mungkin juga ada yang tahu tapi tidak mampu bersuara. seperti saya. hasil kajian dan pembacaan, saya dapati ada sesuatu yg saya tidak tahu tentang kebenaran ini. namun saya atau sesiapa sahaja rakyat malaysia ini tidak mampu berkata apa, tidak mampu bersuara.. walaupun kami mempunyai kebebasan bersuara, tapi tersilap cakap sahaja ke ISA.. bukan saya pengecut tidak menggunakan nama sebenar disini, ini kerana kami tidak bebas bersuara. tersalah bicara, ke dalam jawabnya.. kami terkurung di negara sendiri. ini bukan kemerdekaan yang kami inginkan. undang2 yang kami patuhi undang2 british.. sesungguhnya kami masih dijajah. tidak mustahil malaysia kini yang aman damai dijajah semula.. itulah yang saya gerunkan. hanya kepada Allah kami berserah. saya akui sehingga kini saya masih kabur, mana yg benar, mana yg palsu.. kerana jiwa remaja kami kini telah dikotori dengan kepalsuan.. dijajahi dengan anasir2 pendusta. Pak Amin mungkin terselamat di negara seberang. namun kami di bumi malaysia bila2 masa shj mungkin di dakwa atau ditahan tanpa bicara dengan ulasan seperti ini.. harap Pak Amin faham situasi kami.. salam remaja wanita dari malaysia

2009 Jun 17 00:16

Tanpa Nama berkata...

alangkah seronok jika dapat ke sana dan menatap setiap helaian yang kelihatan sangat tersusun dan berstruktur.

2009 Jun 17 11:34

Putera Gunung Tebu berkata...

Utk Putera Gunung Tahan, Oleh kerana nama kita hampir serupa, sudi-sudilah melawat saya di http://puteragunungtebu.blogspot.com Saya banyak mengkaji sejarah perjuangan kemerdekaan oleh golongan kiri, termasuk Rejimen Ke-10 PKM. Sedikit sebanyak ada saya nukilkan kat sana. Putera Gunung Tebu

2009 Jun 17 11:45

Tanpa Nama berkata...

Tahniah diatas maklumat baru ini, baru kami faham kedudukan sebenar sekarang ni...

2009 Jun 17 21:32


Sabtu, 2009 Jun 13
PERKEMBANGAN MASYARAKAT TANAH MELAYU DAN PATRIOTISME
Perkenalan
Usaha mengkaji semula sejarah perkembangan masyarakat Tanah Melayu dan patriotisme secara objektif sangat perlu dilakukan dengan sungguh-sungguh. Kebenaran sejarah yang telah diputar belitkan oleh sejarawan-sejarawan penjajah dan kaum reaksioner harus dicari dan ditegakkan, pengalaman dan pengajarannya harus disimpulkan. Dengan demikian barulah kita dapat menguasai hukum-hukum perkembangan sejarah, memperkukuh tali penyambung di antara perjuangan dahulu dengan perjuangan hari ini dan menarik kekuatan rohani yang perkasa daripadanya. Buku kecil PERKEMBANGAN MASYARAKAT TANAH MELAYU DAN PATRIOTISME merupakan satu usaha yang sangat sederhana ke arah ini. Buku ini cuba menunjukkan kita bagaimana orang Melayu, sebagai pengasas masyarakat bertamadun di Alam Melayu termasuk tanah air kita sejak ribuan tahun dahulu telah membangun masyarakat, membentuk negara dan bangsa serta mencetuskan kebangkitan nasional dan patriotisme. Secara khusus ia menunjukkan kita bagaimana orang Melayu dalam masa yang panjang selama lebih seribu tahun telah mendirikan kerajaan-kerajaan kesatuan feudal yang kuat dan masyhur dengan tamadun yang kaya raya dan gilang-gemilang, kemudian telah melancarkan perang-perang patriotik dan perang tani melawan pencerobohan asing demi membela kemerdekaan tanah air dan maruah bangsa. Lagi pula ia menunjukkan, sungguhpun dalam batas-batas tertentu kemerdekaan pada tahun 1957 dapat dilaksanakan dengan cita-cita para pejuang yang terdahulu, namun, kerana hasilnya dirampas kaum reaksioner, maka perang revolusioner dalam negeri serta perjuangan patriotik-demokratik rakyat hari ini harus diteruskan sampai akhir demi mencapai kemerdekaan penuh dan pembebasan sejati tanah air dan rakyat. Kami harap buku kecil ini akan berfaedah kepada peminat-peminat sejarah amnya dan para pejuang tanah air kita khasnya dalam perjuangan kita yang suci hingga mencapai kemenangan. Kandungan buku ini jauh daripada memuaskan dan terdapat banyak kekurangan. Sudi kiranya para pembaca menyampaikan pendapat-pendapat yang bernas untuk memperbaikinya.
Disember 1985 an Masyarakat Tanah Melayu Dan Patriot isme Dicatat oleh M.A. di Sabtu, Jun 13, 2009 Label: Dokumen 13 ulasan: Si Pekik A.K.A Si Pekak berkata... WoW... Banyak rupenya material2 yg tersembunyi... 2009 Jun 14 03:03 Tanpa Nama berkata... wow! baru aku tau kehebatan blog ni........padan pun merka kutuk....... si buta sejarah (kerana dibutakan) 2009 Jun 14 06:52 Tanpa Nama berkata... Ingin sekali melihat Bendera jalur merah putih 12 bintang yang ditulis dalam buku ini...bagaimana rupa bentuknya...adakah pihak muzium PKM masih menyimpammya...harap pak amin dapat jelaskan...tq rakyat jati medini 2009 Jun 14 15:16 Atom berkata... Salam Bapak. Apakah perjuangan bersenjata rejimen ke-10 sudah tidak relevan hingga perdamaian 2 Disember 1989 di tandatangani ? Musuh yang sama kita hadapi Malah kerjasama dari segi ketenteraan di buat oleh Umno hingga saat ini. Lee Kuan Yew yang belot pada A.Samad Ismail masih hidup hingga hari ini dan dengan langkah sombong melawat tanah air melawat tali barut Brtish yang kekal hari ini. Apakah dengan jalan pilihanraya dapat ditendang tali barut British ini yang mana dalam masa yang sama Akta ISA,Akta Polis,Perlembagan Persekutuan,Ketuanan Melayu didendangkan oleh Umno/BN untuk menindas rakyat. Saya mohon penjelasan dari bapak-bapak yang lebih arif. Akta Darurat yang tidak pernah di review..... Judicial review ditarik di zaman Mahathir.... Memang benar apa yang ditulis oleh Bapak Abdullah C.D. Berat,teramat berat sejarah yang terpaksa kami tanggung untuk berdepan dengan tali barut British dari lapangan ekonomi dan infrastuktur seperti hasil galian minyak atau galian bumi bertuah ini dengan modal kepunyaan Anglo-American.Yang mana melayu Umno/BN hanya menjadi barua tuan Inggeris. Apalah ertinya semua ini ? Kekuatan apa yang harus kami sandarkan ? 2009 Jun 14 16:47 Azmi Mustafa berkata... Assalamualaikum Pak Amin.. Macam mana nak download.. apa password? 2009 Jun 14 17:59 mujahid berkata... salam,pada pejuang mat amin,blh bagi tunjuk ajar mcm mna sya nk download dua2 buku ni,saya minat mengkaji sejarah kerana sejarah yang belajar pd hri ini seolah2 lari dri pndg sejarah yg sebenar 2009 Jun 14 21:14 F.Aswan berkata... Sejarah sebegini tidak pernah di masukkan ke dalam buku teks sekolah. Kita seringkali fobia apabila di sebutkan perkataan komunisme. Apabila di sebut sahaja Komunis kita samakan dengan teroris. walhal ia tidak walaupun mempunyai mempunyai perkaitan. Fahaman mengenai komunis dan kapitalis haruslah kita dalami. Bagi saya Malaysia adalah sebuah negara Half komunisme dan half kapitalisme. Ini dapat dilihat elemen -elemen posotif daripada kedua -dua ideologi ini di ekstrak dan di jadikan satu iaitu malaysianisme. 2009 Jun 14 22:08 tabuan berkata... akm...sepatut nya Pkm Khas nya rejimen ke-10 membantu saudara seagama dan sebangsa dengan kita dengan berjuang memerdeka kan selatan Thai. Kesian tengok depa dok tengah sembahyang pon kena tembak. 2009 Jun 15 09:25 Tanpa Nama berkata... sekarang anak2 kita telah dididik dengan sejarah2 palsu ciptaan british. banyak lagi yang perlu dibongkarkan kepada masyarakat. 2009 Jun 15 11:31 slash berkata... Saudara Tabuan, Kenapa saudara pula nak harapkan ahli Rej ke-10 yg sudah uzur dan lanjut usia tu berjuang membantu saudara Islam kita di sana.. kenapa saudara saja yg menawarkan diri. 2009 Jun 15 15:52 penyengat berkata... Eh,eh.... pandai pandai pulak tabuan nak arah PKM khasnya Rj 10 pergi ke selatan Thai.Mengapa dia sendiri tak bantu "saudara seagama dan sebangsa" disana?Cubasemak semula komen2 yang kao buat sebelum ni.... 2009 Jun 15 16:36 Mat Amin berkata... Salam, Memohon maaf kerana dokumen yang dipaparkan tidak dapat dimuat turun untuk memudahkan ia digunakan. Kepada pembaca yang mempunyai kepakaran/pengalaman, sila berikan idea2 untuk mengatasi masalah ini. Kepada pembaca yang telah memberikan idea diucapkan ribuan terima kasih. terima kasih 2009 Jun 16 08:15 Alfian Tahir berkata... Pak Min, Adakah benar PKM pernah bersekongkol dengan tentera thai untuk menentang Barisan Pembebasan Melayu Patani BPMP? Saya ada terbaca mengenainya tapi tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Saya juga terbaca mengenai PKM yang cuba mengambil alih selatan thai dan berperang dengan BPMP. Boleh Pak Min jelaskan? Terima Kasih dan Salute! 2009 Jun 16 15:31
Rabu, 2009 Jun 10
ABDULLAH C.D.: STRATEGI PENJAJAH BRITISH UNTUK MENGUASAI MALAYA
STRATEGI PENJAJAH BRITISH UNTUK MENGUASAI MALAYA adalah sebuah kajian Bapa Abdullah C.D. yang pernah diterbitkan 3 kali iaitu edisi pertama, Mei 1984 dan edisi kedua pada Ogos 1988, dicetak dalam bentuk stensel. Pada 1998, edisi kedua dimuat dalam buku DARURAT DAN KEMERDEKAAN, tulisan Bapa Abdullah C.D. untuk memperingati 50 tahun Darurat di Tanah Melayu yang diterbitkan oleh Nan Dao Publisher, Hongkong pada tahun 1998. (Gambar: Abdullah C.D., penaja dan pemimpin Rejimen Ke-10 TRM) Perkenalan Untuk menguasai negara kita dan menjadikan tanah jajahannya, penjajah British telah menggunakan berbagai strategi khasnya strategi “pecah dan perintah”. Umumnya mereka menggunakan penentangan-penentangan di kalangan kelas berkuasa Melayu, mengadu domba kaum-kaum dan lain-lain. Selain untuk merampas tanah negara kita, penjajah British telah menguatkuasakan berbagai undang-undang tanah serta melakukan penindasan berdarah terhadap perlawanan bersenjata kaum tani. Sejak merdeka pada tahun 1957, Kerajaan Kuala Lumpur telah mewarisi strategi penjajah tersebut. Ini justeru untuk memelihara kekuasaannya dalam mengembangkan secepat mungkin modal birokrat dan modal komprador yang bersubahat dengan modal monopoli asing. Buku kecil “ Strategi Penjajah British Untuk Menguasai Malaya” secara ringkas cuba menganalisa strategi-strategi penjajah British tersebut. Di harapkan buku kecil ini akan berguna sebagai bahan rujukan bagi segenap patriot dan demokrat dalam perjuangan untuk menegakkan demokrasi, keadilan dan kemajuan social di negara kita dewasa ini. Strategi Penjajah British Untuk Menguasai Malaya

Untuk muat turun sila klik di sini

Dicatat oleh M.A. di Rabu, Jun 10, 2009

Label: Dokumen, penjajah British

43 ulasan:

Kekacang berkata...

Tahniah Pak Amin, keluarkan banyak lagi.

2009 Jun 10 09:02

Tanpa Nama berkata...

ini dia buku teks sejarah di sekolah2 Malaysia hari ni boleh kita buang dlm tong sampah....

2009 Jun 10 09:32

Baba siam berkata...

maaf ya! comment tadi terlupa paparkan nama. saya Baba Siam

2009 Jun 10 09:36

Md Jali berkata...

Tolak tepi masalah ideologi, saya boleh nampak jelas keikhlasan dan ketabahan pejuang2 Rj 10 melawan penjajah. Tak hairanlah mereka boleh bertahan samapi 40 tahun mengharungi lautan api! Apakah pihak yang berkuasa masih mau menipu diri sendiri dan menafikan mereka hak yang sewajarnya dalam sejarah kemerdekaan tanahair?

2009 Jun 10 11:48

jamrussia berkata...

isu menarik sekali. mereka masih berkuasa dan terus menjalin kerjasama hingga ke hari ini. syabas atas pendedahan demi pendedahan. mungkin akan ada perubahan selepas pru 13 nanti apabila pakatan mengambilalih tampuk pemerintahan negara.

2009 Jun 10 13:03

Tanpa Nama berkata...

Sekadar membantu Pak Amin compose kan dokumen dlm bentuk PDF bagi memudahkan pembacaan kita semua. Sila download disini: http://rapidshare.com/files/242876213/Abdullah_CD_Strategi_Penjajah_British_Untuk_Menguasai_Malaya.rar Terima kasih

2009 Jun 10 14:44

gila-gila berkata...

Strategi-strategi imperialis Anglo-Amerika akan terus digunakan di Iraq, Afghanistan & tempat-tempat lain jika kita tidak belajar dari sejarah yang benar.

2009 Jun 10 15:54

Mat Amin berkata...

Terima kasih Sdr Tanpa Nama. Sila download http://rapidshare.com/files/242897986/Strategi_Penjajah_British_Untuk_Menguasai_Malaya.pdf Harap berilah nama (walaupun samaran) dibawah catatan sdr.

2009 Jun 10 16:38

tabuan berkata...

akm... saya ucap tq pada rejimen ke-10, mungkin ini menjadi batu loncatan bagi perikatan menuntut kemerdekaan. Tapi bagaimana sejarah mahu menulis yang PKM memperjuangkan kemerdekaan kerana setelah 32 tahun malaya merdeka baru PKM meletak jawatan. Adakah kemerdekaan dengan pertumpahan darah dan menghalau terus inggeris dari malaya itu lahir dari akal yang bijak, sementara mendapat kemerdekaan dengan tak tumpah darah itu lahir dari akal yang dangkal. Memang kita nak mengurus sendiri negara kita, tapi berapa kah bijak pandai dari melayu yang boleh menerajui pemerintahan pada masa tsb. Bila bandar baru dibuka melayu lari masuk hutan..sebab tu mejority melayu dari kampung..(baca keris emas.) Memang kita nak membahagi kan estet dan lombong inggeris bila kita berjaya halau mereka.Tapi kemana kita nak jual hasil estet dan lombong ini. Sekarang ramai org inggeris datang kesini, datang melihat kejayaan kita. Bagi saya Rejimen ke-10 mencari cara tersendiri utk menuntut kemerdekaan. Mungkin penglibatan rejimen ke-10 adalah kerana tidak mendapat maklumat yang lengkap pada ketika itu berkenaan Komunisme. Tapi matlamat tidak menghalal kan cara. Bagi kebanyakan generasi muda hari ini cerita pasal bukit kepong, cerita pasal penyembelihan orang melayu oleh bintang tiga, cerita pasal selempang merah, cerita pasal darurat dan cerita pasal 12000 nyawa yang terkorban adalah cerita hantu lama.orang muda dah tak takut. Walaupon masyarakat hari ini mengemari cerita saka dan waris jari hantu. Tapi kita perlu tahu pihak komunis tidak mengambil kira faktor keteguhan etnik dan agama.Fahaman marxisme dan leninsime tidak percaya pada kewujudan tuhan ia menentang semua agama. Dalam kegairahan kita menulis semula sejarah dan cuba meletakan komunisme pada landas perjuangan sebuah negara kita lupa bahawa karl marx adalah yahudi das kapital adalah yahudi

2009 Jun 10 18:29

Tanpa Nama berkata...

Saudara Tanpa Nama & Pak Mat Amin/Moderator, Terdapat error utk mendownload. Sila check semula. Terima kasih. jagungmentah

2009 Jun 10 19:04

Kekacang berkata...

Tabuan, rasanya bab itu saudara perlu mngkaji dengan lebih detail lagi. Saudara cuba nak menyalahkan perjuangan terdahulu. Kata - kata saudara adalah melambangkan kata - kata seorang Kapitalis atau bangsa yang tiada keyakinan diri. Lihat Vietnam, selepas perang tidak sampai 10 tahun mereka mampu setanding dengan kita. Saya akui Karl Marx seorang Yahudi, tetapi apakah semua ciptaan Yahudi berdosa kita guna. Jika begitu haram kita gunakan komputer, TV, Radio, dan banyak ciptaan moden, kerana perekanya semuanya berbangsa Yahudi. Adakah semua pandangan Karl Marx salah, rasanya tidak hilang aqidah kita mengambil apa yang baik dan mampu dipraktikkan. Bercakap pasal ideologi, bagaimana pula dengan feudalisme Melayu. Mana dia ulama' Islam yang berani mengatakan mengganggu aqidah. Sedangkan kita tahu banyak amalan dan praktik berkaitan dengan kesyirikkan kerana mengambil adat - adat Hindu dan Kafir. Bagaimana pula dengan nasionalisme, yang mengakibatkan manusia bersuku - suku dan berasobiyyah. Sedangkan jelas ditentang oleh agama kita sendiri. "Tidak cium bau syurga orang yang berasobiyyah'. Pandangan saya jelas, perjuangan tetap perjuangan, mungkin ada kelemahan. Tetapi tidak perlulah kita menafikan sumbangan mereka. Rakyat berhak dibentangkan dengan sejarah sebenar, dan nilailah sendiri mana yang baik dan buruk. Kesilapan terdahulu boleh dijadikan iktibar untuk kita.

2009 Jun 10 22:06

Tanpa Nama berkata...

Saudara tabuan, mengapa kita tidak yakin kita boleh berdiri sendiri tanpa bantuan penjajah.. kenapa kita tidak yakin.. oleh sebab kita harapkan British la satu persatu negeri ditakluk oleh British. Jatuh bangun tanpa bantuan kan lagi elok. Dlm menuntut kemerdekaan, golongan yg pengecut dan pengampu disebut wira. Azhar, Shah Alam

2009 Jun 10 23:47

zam berkata...

kalo susah guna http://www.scribd.com senang sikit. ada kemudahan upload direct..free..http://kehidupandilebanon.blogspot.com

2009 Jun 11 01:11

non-partisan berkata...

Saudara semua, Kebenaran hanya akan hadir jika kesemua pihak sanggup berkumpul bersama sambil membawa fakta untuk dibuktikan atau disanggah. Ini untuk mengelakkan kekeliruan rakyat yang tidak berada dizaman itu. Adalah wajar untuk kerajaan bersama-sama pihak pak mat menggunakan satu saluran yang boleh dinilai sendiri oleh kami. Biarlah kita menilai dan jangan terburu-buru menegakkan apa yang tidak dilalui sendri. Oleh itu... peace, no war!

2009 Jun 11 01:18

Capt Arlizam G4 berkata...

gunakan scribd untuk upload pdf file..senang dan cepat.nak baca pun senang.bole tgk contoh kat blog saya. tumpang bagi idea sahaja..mana la tau berhasil.

2009 Jun 11 01:30

Mat Amin berkata...

terima kasih kepada saudara Zam dan Capt Artizam G4

2009 Jun 11 07:01

tabuan berkata...

akm.. kepada kekacang dan azhar shah alam... tabuan ingat kita semua anti yahudi..sebab tu kita boleh berdemotrasi bila yahudi membunuh rakyat palestein. Kita juga berdemo bila pasukan kriket israel datang kesini.sedangkan sukan itu baik utk kesihatan. Tabuan boleh menerima penjelasan Mat Amin.Tapi tabuan tak boleh lupa Mat indera sewaktu peristiwa bukit kepong. Tabuan tak boleh maaf kan Chin peng kerana chin peng tak pernah mohon maaf. Kesalahan chin peng sama dengan kesalahan Azazil penghulu segala malaikat. Melihat kesalahan Azazil, lebih besar lagi kesalahan Adam A.s yang engkar akan arahan Allah semasa di dalam syurga. Murka nya Allah swt kepada Adam sehingga mencampak kan Adam ke dunia ini. Tetapi Allah swt yang maha penyayang itu mengampun dosa Adam A.s. Tetapi mengapa Allah swt tidak mengampun dosa Azazil, sedangkan Azazil adalah ketua segala malaikat. Mahkluk yang sentiasa patuh dan sujud kehadrat Allah swt. Dosa Azazil dengan dosa Chin Peng adalah sama. Azazil rela dan reda menerima dosa yang dilakukan, malah dengan ego nya tidak sama sekali memohon keampunan kehadrat Allah swt. Begitu juga Chin Peng, beliau rela dan reda terhadap apa yang beliau lakukan, malah amat berbangga

2009 Jun 11 08:40

John Winchester berkata...

Seronok membaca isu berkaitan sejarah, banyak pendapatnya.... Teruskan atuk Mat Amin... teruskan menyokong perjuangan PR.....

2009 Jun 11 09:04

Tanpa Nama berkata...

Saudara tabuan, Boleh tau apa yg saudara tidak boleh lupa Mat Indera sewaktu peristiwa Bkt Kepong? Adakah saudara ada di sana ataupun hanya dari menonton filem? Bg saya yg mentah ni sy hanya menonton filem... tp kita tak boleh ambil bulat2 dr situ.. Azhar, Shah Alam

2009 Jun 11 10:03

Md Jali berkata...

Syabas Mat amin.....Dengan sedikit saja bantuan, anda telah cepat bertindak untuk memudahkan kami membaca dan save bahan diatas.sikap terbuka dan prihatin pak amin akan membuat lebih ramai lagi menyokong dan mengemari blog ini....Pak amin telah menujukan sifat seorang pejuang yang baik.teruskan blog ini pak amin.

2009 Jun 11 10:55

penyengat berkata...

Kepada tabuan: Jelas anda tak faham beza antara yahudi dengan zionis israel. Sebab itu 'komen' anda dalam blog ini kuat bau perkaumannya. Seperti kain balut luka, semakin panjang semakin busuk.....

2009 Jun 11 11:09

Mat Amin berkata...

sila lihat pandangan ini sebagai tatapan: http://www.malaysiakini.com/columns/105923

2009 Jun 11 13:03

Tanpa Nama berkata...

Theori kospirasi orang putih gila yang saya maksudkan: http://edition.cnn.com/2009/CRIME/06/11/museum.shooting.suspect.two/

2009 Jun 12 07:47

Kekacang berkata...

Pak Amin, boleh ceritakan kisah pejuang WanAli, Manaf Jepun dan lain - lain lagi. Sejarah mereka banyak yang diputerbelitkan.

2009 Jun 12 10:10

Mat Amin berkata...

Saudara Kekacang, terima kasih kerana mengikuti blog ini. permintaan saudara itu akan menyusul di blog ini, insya-Allah.

2009 Jun 12 10:56

Tanpa Nama berkata...

Pak Amin yang dihormati: boleh beri pandangan tentang Dato' Onn Jaafar dari kacamata seorang penjuang anti-penjajah ? Terima kasih.

2009 Jun 12 15:26

Mat Amin berkata...

berkenaan Datok Onn ada sejarahnya tersendiri. Bahagian itu akan terbit secara bersiri nanti. Saya sedang berhubung dengan pihak muzium untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut.

2009 Jun 12 15:35

curator berkata...

"Saya sedang berhubung dengan pihak muzium...." Apa maksud Pak Amin? Muzium mana?Muzium negara yang pro-British di KL tu ke?

2009 Jun 12 17:15

Md Jali berkata...

Kepada 'tanpa nama' yang tak nak letak nama: Nak tau Datok Onn? Dialah pemimpin Umno pertama yang dipupuk British. Dia terkenal kerana sikap sinisnya terhadap golongan yang maukan kemerdekaan: Nak merdeka konon! Buat jarum pun tak pandai.... Dari situ kita dah boleh menilai, kan?

2009 Jun 12 17:26

Mat Amin berkata...

Saudara Curator, Yang saya maksudkan ialah Muzium Sejarah Kampung Perdamaian. Menyimpan banyak bahan yang mungkin tak ada di Muzium Negara. Untuk masa ini pihak pengurus kekurangan dana, jadi penyimpanannya tidak rapi. Mereka sedang berusaha ke arah yang terbaik.

2009 Jun 12 17:59

curator berkata...

Pak Amin, Ini satu berita baik ttg wujudnya Muzium Sejarah di Kampung Perdamaian. Macam mana kalau kami ingin berkunjung ke sana? Apakah ia terbuka kepada orang ramai? Saya cadangkan supaya Pak Amin buat sedikit pengenalannya di blog ini dan kalau boleh dengan gambar2 sekali. Selain saya, tentu ramai yang berminat. tk

2009 Jun 12 18:15

Mat Amin berkata...

Saudara curator, Saya akan perkenalkan lebih terperinci mengenai Muzium Sejarah Kampung Perdamaian Sukhirin nanti. Gambar muzium itu telahpun saya letakkan di laman utama blog ini.

2009 Jun 12 19:16

Tanpa Nama berkata...

Saya duduk di Johor, tetapi ade beberapa fakta tentang Mat indera ynag perlu diperbetul. Beliau memang legenda tersendiri (setanding dengan kiyai Salleh Selempang Merah). British sendiri pernah menawarkan harga untuk penangkapannya, tapi versi menyatakan beliau ada kekebalan. Dalam bukit kepong, Mat Indera memang terbabit tetapi pembunuhan berlaku setelah polis melayu kangkangan british berdegil untuk tidak meletak senjata. Dalam analisa perang, pejuang komunis tidak pernah mengancam rakyat kebanyakan dan tindakan hanya diambil sekiranya berlaku pakatan/kerjasama dengan angkatan british (itupun setelah amaran terlebih dahulu - 'guerilla warfare') scratcher

2009 Jun 13 04:03

gila-gila berkata...

Pak Amin yang di sayangi: sebagai seorang anggota generasi muda, saya juga berminat tentang Dato' Onn Jaafar (1895-1962) bukan sahaja dari kacamata Pakcik sendiri tetapi juga pakcik-pakcik & makcik-makcik di Regimen Ke-10 yang lain yang mengambi bahagian dalam perjuangan bersenjata menentang penjajah dan penjajah bentuk baru dari 1948 (tahun mulanya perjuangan kemerdekaan bersenjata) ke 1962 (tahun Onn Jaafar meninggal dunia). Sekian. Terima kasih.

2009 Jun 13 10:11

zainalabidinahmad berkata...

Reg ke 10 adalah angkatan bersenjata yang didalangi PKM, jadi tak perlu bertungkus lumus hendak mengasingkannya sebagai angkatan pejuang melayu menentang Brittish. Hakikatnya ia adalah alat PKM dan ia adalah anggota PKM dari kalangan Melayu. Hakikatnya juga ia berjuang untuk menewaskan Brittish selepas PKM kempunan tempoh singkatnya menjajah Malaya selepas kekalahan Jepun telah digagalkan oleh pulangnya Brittish dan menghalau PKM dari berkuasa. Hakikatnya selama PKM tertubuh di Malaya pada 1930, PKM tidak menentang atau berjuang untuk kemerdekaan kerana ia lebih tertumpu kepada perjuangan melanjutkan fahaman PKM dikalangan penduduk Malaya dari keturunan Cina. Hanya ketika pendudukan Jepun, PKM turut dibantu oleh Brittish bagi menentang Jepun dan PKM menubuhkan MPAJA bagi mendalangi orang Melayu tentang Jepun.Sebaik Jepun kalah oleh Bom Atom, PKM ambil kesempatan memerintah Malaya tetapi kempunan apaibila Brittish kembali. Hanya bermula 1948 baru PKM menubuhkan Reg 10 bagi membalas dendam dan merebut kembali Malaya dari Brittish. Hakikatnya cara PKM tidak direstui ramai orang Melayu dan juga orang Cina, akhirnya cara UMNO telah berjaya. PKM terus serang Malaya Merdeka dan kerajaan UMNO. Untuk apa??? Bebaskan Malaya dari kuasa pemerintahan orang Melayu Malaya sendiri?? Ya! untuk takluk Malaya bagi pihak Gerakan Komunis dan menjajah Malaya dengan fahaman Komunis. Apa bezanya penjajahan oleh fahaman Komunis dengan Penjajahan Brittish?? Bukankah orang Malaya hendak Merdeka dari Brittish dan ianya telah berjaya melalui cara danm hemah UMNO?? Persekutuan Tanah Melayu Merdeka dan kemudian Malaysia Merdeka dibawah kuasa Kerajaan Rakyat Malaysia TETAP diperangi oleh PKM hingga serah senjata kepada kerajaan Dr.Mahathir pada 1989. Untuk apa? Kerana apa?? Tak payah lah hendak menegakkan benang basah dan masih mahu menuntut diterima sebagai pejuang sedangkan pada hakikatnya PKM adalah pengkhianat Tanahair yang GAGAL! Pejuang fahaman Komunis yang menjadi talibarut gerakan Komunis untuk mengembangkan fahaman itu di Bumi Malaysia, Gagal dan akhirnya setelah menganiayaai rakyat Malaysia, mahu mengaku pula diri sebagai bekas pejuang Tanahair? Tidak dibicara sebagai penjenayah perang dan penderhaka tetapi diampun dan diberikan tanah untuk membuka kampung sudah sepatutnya bersyukur dan terima kasih. Kerajaan Malaysia tidak membalas dendam diatas segala pembunuhan dan penderhakaan dah cukup baik. Cuba bawa bersyukur dan sebaliknya mengaku kalah dengan sebenar-benarnya dan mengaku bahawa cubaan PKM telah gagal dan sebenarnya Malaysia berterima kasih kepada pejuang UMNO diatas rahmat yang bada hari ini dan juga berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan UMNO serta BN diatas segala timbang rasa terhadap puak PKM yang diberi nafas baru. Tak payahlah hendak jadi seperti anjing tersepit dilepaskan ingin pula gigit orang yang melepaskannya. Atau apakah berhajat mahu menyambung kjembali cita-cita PKM yang telah jelas gagal bukan sahaja di rantau sini malahan diseluruh pelusuk dunia? Untuk usia dihujung tempoh ini, jadilah manusia berguna dan jangan terus-terusan menjadi pejuang boneka yang hilang akal!

2009 Jun 13 12:39

jamrussia berkata...

british telah mendapatkan bantuan dari tentera-tentera negara komanwel spt afrika, fiji, gurkha, new zealand, australia untuk menghancurkan PKM di tanah melayu...lihat bagaimana liciknya british memerangi PKM suatu masa dulu...mereka menggunakan seluruh kekuatan untuk membinasakan PKM...

2009 Jun 13 17:05

John Winchester berkata...

Humn...mengenai Mat Indera...ada cerita dia melarang anggota PKM dari terus membunuh anggota polis yang melarikan diri...ada cerita juga yang dia mengaturkan anak2 dan isteri polis lari dari kawasan barek..... Kalau diikutkan cerita, anak2 dan isteri2 polis yang terbunuh pun bukan direct fire dari pihak komunis....tapi peluru sesat je..... Banyak cerita, banyak perkhabaran, gunakan akal fikiran yang waras untuk menilai......

2009 Jun 13 18:09

Tanpa Nama berkata...

Letih laa tengok orang tua mcm zainalabidinhassan(ahmad). Langsung takda nilai hujah. mcm pak pandir. budak form3 skrang pun lagi advanced pemikirannya dari orang tua ni. sekarang bukan lagi zaman ko, dah pegi tengok anak2 tue..ntah2 tengah sibuk baca Mein Kampf the grill

2009 Jun 14 04:28

Tanpa Nama berkata...

zainalabidinahmad kata "sebenarnya Malaysia berterima kasih kepada pejuang Umno di atas rahmat yang bada hari ini dan juga berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Umno serta BN..." Hentam zainal hentam!Lagi byk lagi cepat Umno lingkup!!! zabah

2009 Jun 14 07:22

Tanpa Nama berkata...

salam tuan; harap tukat warna "link color" dari warna biru ke warna yang lebih jelas di baca,, Terima kasih.

2009 Jun 15 14:50

saddamalaya berkata...

Bagus la blog ni...ada fakta yg mmg sepatutnya difikirkn oleh semua rakyat malaysia yg merdeka pemikirannya... Pada zainalabidinahmad...kesian dgn pakcik yg membela umno semata dgn menafikn pejuang2 lain..Yg sepatutnya,kita merasa sangsi dgn umno,sbb hanya umno yg tidak diharamkn oleh british dlm keadaan gerakn2 lain diharamkn..Adakah kerana hanya umno yg british yakin akan meneruskn agenda mereka?Apakah agenda british demi Malaya dan Islam? sesungguhnya......

2009 Jun 16 09:58

SUARA berkata...

British "Pecah dan Perintah". PKM "Mengganas dan Bunuh" Kita tida lupakan kisah Bintang 3 dimana ramai orang Melayu dibunuh dengan kejam oleh PKM. Come on la. The End justifies the mean. Kemerdekaan yang di bawa oleh PKM adalh kekejaman terhadap bangsa sendiri.

2009 Jun 19 01:35

Saifullah berkata...

Saya sungguh gembira membaca blok yang sangat memberi manfaat kepada mereka yang berfikir. Ini semua kehendak yang Maha Esa. Jika Dia berkehendakan orang itu kafir, maka kafirlah dia. Inilah cobaan bagi orang yang beriman. Semoga Pak Amin hidup bahagia dan dirahmati Allah kerana kejujuran dan keikhlasan Pak Amin menegakan hukum Allah. Allah akan menghimpunkan orang-orang munafik bersama orang-orang kafir dan dimasukan mereka ke dalam Jahanam.Dunia ini hanya sementara. Yang hidup pasti akan mati. Yang paling kita takuti adalah penyakit di dalam hati. Adakah hati manusia yang lain sama seperti kita, kerana Allah? Kita doakan semoga saudara kita yang kafir dibukakan hatinya menerima islam dan yang islam pula dimasukan kedalam Firdaus.


Khamis, 2009 Jun 04
Apa Kata Tun Mahathir
MEMPERLEKEH PERJUANGAN UMNO ByDr. Mahathir Mohamad on June 4, 2009 12:25 PM | http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/06/ memperlekeh-perjuangan-umno.html
1. Terdapat usaha berterusan untuk memperlekeh perjuangan UMNO dan orang Melayu untuk kemerdekaan. 2. Kononnya orang yang pertama memperjuangkan kemerdekaan ialah Chin Peng, pemimpin Parti Komunis Malaya. Chin Peng lah yang cuba membebaskan Malaya daripada penjajah British sebelum mana-mana orang Melayu mencuba melakukannya. 3. Perjuangan UMNO adalah kemudian dari itu. 4. Chin Peng bukanlah orang yang pertama yang memberontak melawan British. Sebelum Parti Komunis Malaya (PKM atau MCP - Malayan Communist Party), sudah ada Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bergerak sebelum Perang Dunia II. Mereka tidak mendapat sokongan penuh daripada orang Melayu Semenanjung kerana mereka cenderung ke kiri. Dengan itu perjuangan mereka tidak begitu berhasil. Namun terdapat beberapa pertubuhan yang secara tidak langsung mewarisi perjuangan mereka. Malay Nationalist Party atau Party Kebangsaan Melayu, Angkatan Belia Insaf dan Putera adalah di antara pertubuhan yang meneruskan perjuangan KMM. Mereka juga tidak mendapat sokongan daripada majoriti orang Melayu kerana disyaki dipengaruhi oleh Komunis. 5. Selepas KMM barulah datang Chin Peng dan PKM. Chin Peng berjuang untuk mendirikan sebuah Communist Dictatorship di mana dia akan menjadi diktator. Bagi orang yang bukan Komunis, terutama bagi orang Malayu kejayaan Chin Peng bukan akan membawa kemerdekaan tetapi mengganti penjajahan British dengan penjajahan Komunis pimpinan Chin Peng dengan majoriti daripada pemerintahan terdiri daripada kaum Cina. Melayu yang akan ada dalam pemerintahan Komunis ini hanyalah hiasan, seperti juga kita lihat keadaan di Singapura sekarang. 6. Bangsa Melayu dan Bahasa Melayu lambat laun akan terhapus. 7. Sebab itu Melayu yang sedikit yang mirip ke kiri pun tidak ingin menyertai MCP. Keadaan dalam MCP sepanjang ia mencuba rebut kuasa, mulanya daripada British dan kemudian daripada Kerajaan Campuran Perikatan dan Barisan Nasional, memberi gambaran akan pemerintahan Chin Peng jika ia berjaya. Orang Cina Komunis akan menjadi pemerintah tetapi Komunis Melayu dengan orang Melayu dan India akan diberi peranan yang kecil dan tidak bermakna sama sekali. 8. Inilah sebabnya yang orang Melayu tidak menyertai pemberontakan MCP melawan British, dan tidak anggapnya sebagai perjuangan untuk kemerdekaan Malaya. 9. Dengan kesedaran dan kepercayaan ini maka orang Melayu telah tubuh badan yang tersendiri untuk betul-betul memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajahan British. Badan yang ditubuh ialah UMNO. 10. Orang Melayu tidak percaya yang pemberontakan bersenjata akan berkesan. Ini adalah kerana negara yang akan di warisi jika menang sekalipun sudah tentu akan rosak teruk kerana peperangan. 11. Pendekatan orang Melayu dan UMNO mengambilkira kemampuan mereka. Mungkin perjuangan UMNO tidak gah seperti perjuangan kemerdekaan bersenjata di negara-negara lain, tetapi kemerdekaan yang dicapai oleh UMNO lebih bermakna kerana Malaysia dapat menegak pendirian sendiri dan mengecam kuasa besar di dunia apabila mereka membuat kesalahan. 12. Sesungguhnya UMNO lah yang perjuangkan kemerdekaan sehingga berjaya mencapai kemerdekaan yang bermakna. Chin Peng berjuang untuk mendirikan pemerintahan diktator Komunis yang akan menjajah orang Melayu dan kaum-kaum lain juga. Dicatat oleh M.A. di Khamis, Jun 04, 2009

85 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Takniah kepada blog Mat Amin yang bersikap cukup matang dan bersemangat demokratik kerana menyiarkan rencana Tun Dr. Mahathir yang kritikal terhadap PKM. Ini menujunkkan media komunis lebih toleran daripada alat-alat propaganda Umno seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan sebagainya. Ini menyakinkan saya bahawa kaum komunis lebih berkeyakinan sendiri dan boleh dipercayai berbandingkan dengan media arus perdana. Sekali lagi, saya ucapkan SYABAS kepada blog Mat Amin.

2009 Jun 4 21:28

Mat Amin berkata...

Sila lihat http://bm.cpiasia.net/index.php?option=com_content&view=article&id=52:menjunjung-semangat-perdamaian-perjanjian-haadyai&catid=4:featured-blogs&Itemid=3

2009 Jun 4 21:45

Tanpa Nama berkata...

UMNO yg memperlekeh perjuangan komunis.Kenapa perjanjian damai hanya dicapai pada tahun 1989?kan pada tahun 1955 rundingan baling ,PKM sudah ingin meletakkan senjata ,cuma ingin menyertai pilihanraya sebagai sebuah parti politik yang sah seperti di britain,australia dan india,kenapa UMNO tidak bagi?inilah yang dikatakna UMNo tu boneka british,kalau perjanjian damai boleh dicapai pada tahun 1955 ,ramai anggota askar dan pasukan polis kita tak akn hilang nyawa atau cacat anggota kerana agenda politik.

2009 Jun 4 21:49

HOT ZOOM berkata...

Politik itu kotor.Siapa yang berpolitik maka kotorlah ia. Boleh berpolitik tapi 95% mengamalkan secara kotor, hanya 5% saja bersih.Siapa yang 5% itu?

2009 Jun 4 22:15

Awang berkata...

kurang faham. PKM ditubuhkan tahun 1930, KMM ditubuhkan tahun 1933 kan? kalau betul tahun tu maknanya PKM lah pejuang kemerdekaan paling awal?

2009 Jun 4 22:31

Tanpa Nama berkata...

Sedih melihat perjuangan kemerdekaan nasional seolah-olah dipisahkan oleh soal kaum para pejuang--kami menyokong sebuah pendekatan yang tidak berpautan pada bangsa atau keturunan si pejuang dalam semangat egalitarianisme yang tidak terhingga. Ulasan: siapa peduli kalau Chin Peng tu berbangsa Cina? Beliau merupakan seseorang yang menyintai Negaranya dan ingin melihatkannya bebas dari belenggu penjajahan dan bebas dari cengkaman para kapitalis dan penindas para pekerja, buruh dan petani di Tanah Malaya itu.

2009 Jun 4 22:44

IV Gotti berkata...

Isu besar di sini hanya kerana Chin Peng berbangsa cina. Dr M sendiri boleh memperlekehkan perjuangan PKM tapi perlu diingat, gelombang terbesar seluruh asia pada masa itu (1949) ialah Mao a.k.a the Great March dan gerakan komunis di Malaya banyak berinspirasikan kepada perjuangan di situ (China) yang menentang nasionalis kuomintang. Namun, di malaya pada masa itu, cabaran PKM lebih berat kerana berdepan British tetapi ia sangat cukup mengancam kepentingan imperialis lalu terjadi pengharaman agensi-agensi pejuang seperti API, Insaf dll. Hanya Umno sahaja yang dihalalkan british. Beberapa aspek sejarah yang digelapkan perlu dikedepankan supaya pemahaman sejajar dengan arus masa itu. Tahniah Uncle Mat Amin kerana paparan yang hebat dan ia sumber terbaik bagi cetusan Revisionism... seperti ini. Sila hayati sejenak entri blog *click untuk revisionism - 'patriotism dan penentangan anti-imperialis boleh dijelajah dari perspekttif lain; bukan buku teks atau media perdana sahaja.'

2009 Jun 5 00:28

Tanpa Nama berkata...

bagaimana agaknya jika PKM menang, chin peng menjadi diktator, malaysia menjadi seperti singapura..

2009 Jun 5 02:07

johan berkata...

Saya merujuk kepada rencana Dr. Mahathir (sepertimana yang tersiar dalam blognya dan kini juga disiarkan lag di blog Mat Amin) yang penuh dengan 'fakta-fakta' yang kurang tepat dan tafsiran-tafsiran yang songsang lagi haprak, : 1. Kini memang terhadap semakin ramai orang menghargai sumbangan PKM dan Chin Peng yang tidak ternilai terhadap kemerdekaan Malaysia pada 1984 (tahun semua askar-askar penjajah dan sekutnya mengundur ke pengalan mereka di Australia). Ini tanda yag baik kerana minda and hati rakyat sudah terbuka akibat daripada revolusi teknologi maklumat yang menghancurkan sistem propaganda Umno yang didalangi oleh puak-puak anti-komunis berbentuk neo-kolonialisme sedunia; 2. Akan tetapi, saya ingat tiada orang yang berfikiran waras pernah berpendapat bahawa Chin Peng sahaja yang memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada perjuangan kemerdekaan Malaysia; itu hujah Dr. Mahathir dan puak-puak perkauman sendiri yang cuba memecah-pelahkan rakyat Malaysia dan meracuni minda mereka dengan hujah-hujah yang songsang & haprak; 3. Fakta sejarah yang tidak boleh dinafikan lagi ialah PKM sendiri adalah satu parti moden yang berbilang kaum, termasuk Melayu dan India Perjuangan aman dan bersenjata PKM melibatkan semua kaum. Inilah salah satunya perbezaan ideologi di antara Umno dan PKM; 4. Perjuangan anti-penjajah PKM bermula dari 30/4/1930 sebelum Chin Peng mennyertainya pada tahun 1939; sebelum Chin Peng menyertai PKM, sudah terdap ramai ahli-ahli PKM bawah tanah terkorban di penjara kuasa penjajah, seperti Penjarah Pudu di Kuala Lumpur ataupun Penjarah Changi di Singapura; 5. Satu fakta sejarah yang kini jelas ialah PKM-lah yang merupakan parti anti-penjajah zaman moden yang pertama kerana ianya ditubuhkan pada 30/4/1930 dan perjuangan anti-penjajah di zaman 1930-1941 berbentuk bawah tanah; KMM hanya ditubuhkan pada 1937 dan PKMM pada 1945; 6. Walau apa pun peranan yang dimainkan oleh Umno asal yang ditubuhkan pada 1946, Dr. Mahathir tidak ada hak menjadi jurucakapnya kini kerana (a) Umno asal tela pun mati pada 1988 dan (b) pengasas-pengasas utama Umno asal seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn tidak menjadi Umno (Baru) yang ditubuhkan oleh Dr. Mahathir. Dengan kata lain, keseinbungan Umno sudah terpecah. Dengan kata lain, Umno kini bukanlah Umno asal (1946-1988); 7. Baik Umno asal (1946-1988) ataupun Umno kini (1988-?) pun tidak mewakili semua rakyat yang berketurunan Melayu; Bangsa Melayu berhak tidak diwakili oleh Umno, baik yang asal ataupun yang kini; 8. Adalah salah dari segi fakta sejarah untuk menyatakan bahawa tiada orang Melayu menyertai perjuangan bersenjata PKM: siapakah Mat Amin jika beliau bukan Melayu ? siapakah Abdullah CD, Rashid Maidin, Abu Samah, Siti Norkiah, Kamarulzaman Teh, Shamsiah Fakeh, Mat Indera, Abdullah Sudin, Ibrahim Chik dll jika mereka bukan anak bangsa Melayu ? (Bahagian Pertama/Akan Diteruskan)

2009 Jun 5 02:23

johan berkata...

(Bahagian Kedia - Sambungan) Saya merujuk kepada rencana Dr. Mahathir (sepertimana yang tersiar dalam blognya dan kini juga disiarkan lag di blog Mat Amin) yang penuh dengan 'fakta-fakta' yang kurang tepat dan tafsiran-tafsiran yang songsang lagi haprak: 8. Adalah salah dari segi fakta sejarah untuk menyatakan bahawa tiada orang Melayu menyertai perjuangan bersenjata PKM: siapakah Mat Amin jika beliau bukan Melayu ? siapakah Abdullah CD, Rashid Maidin, Abu Samah, Siti Norkiah, Kamarulzaman Teh, Shamsiah Fakeh, Mat Indera, Abdullah Sudin, Ibrahim Chik dll jika mereka bukan anak bangsa Melayu ? 9. Zaman sudah berubah dan rakyat sudah jadi lebih gelita: janganlah lagi Dr. Mahathir menganggap diri sendiri "lebih Melayu" daripada Abdullah CD, Rashid Maidin, Abu Samah, Siti Norkiah, Kamarulzaman Teh, Shamsiah Fakeh, Mat Indera, Abdullah Sudin, Ibrahim Chik dsb; 10. Umno asal (1946-1988) tidak melawan penjajah bukan sebab ia cintai keamanan tetapi ia sebenarnya adalah ALAT penjaja untuk "menjinakan" Melayu dan mematamkan semangat anti-penjajah rakyat Melayu; engan lain kata Umno asal adalah "Lai Tek" dalam bentuk sebuah parti politik; 11. Umno asal membenarkan beribu-ribu askar-askar penjajah bermaharajalela di tanahair dari 1958-1984 dan IGP pertama bukan warga Malaya tetapi warga England Claude Fenner; 12. Umno kini (1988-?) juga mewarisi sesetengah sikap dan pendirian Umno asal (1946-1988) yang bertujuan "mengAnglo-Saxonkan" bangsa Melayu dengan pelaksanan polisi mengajar sains & matematik dalam bahasa inggeris di perinngkat sekolah rendah; 13. Umno kini (1988-?) masih menghantar askar-askar Melayu berkhidmat sebagai pemain musik dan penjaga pintu untuk Ratu England di London; ini dengan jelasnya menunjukkan minda dan hati Umno kini (1988-?) terus dijajah oleh penjajah lama yang askar-askarnya telah terpaksa mengundurkan diri dari tanahair kita akibat daripada perjuangan bersenjata PKM yang benar-benar patriotik (rujukan: http://www.timesonline.co.uk/tol/life_and_style/court_and_social/article3856995.ece)

2009 Jun 5 02:24

Tanpa Nama berkata...

datuk nenek kena bunuh dengan orang putih pun masih nak main muzik dan kawal istana Queen... patriotik apa ni... rakyat jati medini

2009 Jun 5 02:56

Tanpa Nama berkata...

masalah pokok manusia jenis Mahathir bukan sukar nak difahami: dia tahu sendiri bukan melayu sejati. maka, dia sengaja mencanang-canang "nasionalisme melayu" & mengapi-apikan hubungan melayu-cina untuk memperbodohkan orang-orang melayu yang sebenar supaya dapat cari makan dalam politik. dulu melayu bodoh. sekarang, zaman dah ubah & minda melayu dah buka. gulung tikarlah, mamak.

2009 Jun 5 06:39

Tanpa Nama berkata...

Sehingga ini, tiada orang tahu apa Mahathir buat di zaman penaklukan jepn kecuali ceritanya sendiri bahawa dia jual pisang goreng. Siapa tahu dia bukan talibalut kempetai ?

2009 Jun 5 07:57

Tanpa Nama berkata...

si kutty ni boleh bertukar-tukar topeng dari satu zaman ke zaman yang lain. cari makan-lah ! opportunis-lah !

2009 Jun 5 08:58

Tanpa Nama berkata...

Mahatir "lebih Melayu" daripada Abdullah CD, Rashid Maidin, Siti Norkiah, Ibrahim Chik, Mat Amin, Abu Samah, Kamarulzaman Teh, Shamsiah Fakeh, Mat Indera, Abdullah Sudin,dll ? Hahahahahahahaha ... Si Kutty memang pandai bersandiwara tak malu pun.

2009 Jun 5 09:25

Tanpa Nama berkata...

sebab dia sendiri rasa tak cukup melayu baru dia bertopengkan "nasionalis melayu". "nasionalisme melayu" cap si kutty ni buatan jepun 1930s.

2009 Jun 5 09:33

Tanpa Nama berkata...

umno cakap saja patriotik. tengok macam mana ia menghantar askar-askar melayu ke london sebagai pemain musik & penjaga pintu ratu england ! umno ni macam pemborong hamba-abdi negro di zaman empayar rom.

2009 Jun 5 09:43

Tanpa Nama berkata...

"Sesungguhnya UMNO lah yang perjuangkan kemerdekaan sehingga berjaya mencapai kemerdekaan yang bermakna." 2. Untuk menegakkan benang basah itu, Dr Mahathir telah menggunakan dua pendekatan terkenalnya: Pertama, memutarbelit fakta sejarah; kedua, menjulingkan cara melihat isu ke arah perkauman. 3. Beliau dengan sengaja telah cuba hendak membodoh2kan pembaca dengan berbuat bohong kononnya "sebelum Parti Komunis Malaya (PKM atau MCP - Malayan Communist Party), sudah ada Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bergerak sebelum Perang Dunia Dua". 4. Sejarah tetap sejarah. Suka ataupun tidak, PKM didirikan pada 30 April, 1930 manakala KMM pada Mei 1937. Menipu fakta sejarah bererti tidak jujur; tentu ada sesuatu muslihat tak baik. 5. Mengapa mesti gerakan melawan penjajah diputarbelitkan menjadi isu perkauman yang melibatkan Melayu atau Cina? Mengapa kita tidak melihatnya sebagai gerakan patriotik rakyat semua kaum/agama untuk membela tanah tumpah darah mereka dari pencerobohan asing? Tidak cukupkah kita dipecahbelahkan oleh penjajah? 6. Sebagaimana PKM/TPNM tidak boleh mendakwa 100% kredit atas kemerdekaan Malaya, pihak2 lain juga harus begitu -- termasuklah Umno. Malangnya, Dr Mahathir tidak bersikap demikian!

2009 Jun 5 09:54

Tanpa Nama berkata...

Sejarah kemerdekaan negara memang banyak ditutup dari diceritakan kebenarannya. Kita di sini rasanya elok berbincang secara rasional dan ilmiah dalam mencari kebenaran. Kata - kata yang menyakitkan hati, tidak membawa ke mana - mana. Sejarah dimonopoli oleh pihak yang menang. Itulah realitinya. Tetapi di zaman yang lain, perkara yang sensitif di suatu masa mungkin tidak menjadi sensitif di masa lain. Secara umumnya, negara kita juga tidak terkecuali dari pengaruh luaran. Begitu juga di zaman 1930an, pengaruh komunis dan semangat anti-penjajah (Kolonialisme) dari asia Barat kurang diberi perhatian. Sedangkan itu adalah pengaruh yang sangat besar dalam pembentukkan Negara. Kita banyak dicanangkan oleh fakta Malayan Union sahaja sebagai tarikh keramat. Dan saya tidak pernah menafikan peranan UMNO di dalam kemerdekaan. Cuma jika mendakwa hanya UMNO sahaja, itu yang salah. Di sini kita berbincang agar, pejuang diberi tempatnya. Negara ini hak milik bersama, jadi setiap penyumbang kemerdekaan mesti diberi tempatnya. Kalau tak silap saya, yang berbicara tentang kemerdekaan di peringkat awal sekali ialah Ibrahim Yaakob dan Dr. Burhanuddin al-Helmy.

2009 Jun 5 10:09

Tanpa Nama berkata...

ramai sungguh komunis dalam ni.....

2009 Jun 5 10:50

Tanpa Nama berkata...

Jangan Biarkan sejarah Si Kitul berulang lagi! Dulu, dok mamak ni la yang membangangkan sultan2 melayu...skang dibodohkan semua kaum melayu.

2009 Jun 5 11:11

Tanpa Nama berkata...

“Sesungguhnya UMNO lah yang perjuangkan kemerdekaan sehingga berjaya mencapai kemerdekaan yang bermakna.” 2. Dr Mahathir telah mengambil dua pendekatan terkenalnya. Pertama, memutarbelitkan fakta sejarah; kedua, memesongkan fakta sejarah ke arah perkauman. 3. Apakah muslihatnya berbohong dengan mengatakan bahawa “sebelum Parti Komunis Malaya (PKM atau MCP - Malayan Communist Party), sudah ada Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bergerak sebelum Perang Dunia II” ? 4. Sejarah tetap sejarah. PKM didirikan pada 30 April 1930, manakalah KMM pada Mei 1937. Ini fakta yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun. Ini bukan masalah suka ataupun tidak. Ini soal mau jujur ataupun tidak dengan fakta sejarah! 5. Sebagai mantan PM, mengapa dalam keadaan sekarang dia lebih cenderung melihat hal ehwal sejarah dari kacamata perkauman? 6. Mengapakah soal sejarah melawan Inggeris itu digelecek sebegitu rupa hingga boleh menimbulkan perasaan perkauman di kalangan sesama sendiri? Tidakkah lebih baik kita meneropongnya secara lebih objektif setelah lama dipecahbelahkan? 7. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa sejarah kemerdekaan Malaya adalah milik bersama rakyat patriotik negeri ini melawan penjajah. 8. Tidak ada satu pihak yang berhak mendakwa 100% atas perjuangan kemerdekaan negeri ini. Sebagaimana PKM/TPNM tidak boleh, begitu jugalah pihak2 yang lain. 9. Tetapi, Dr Mahathir tidak mengambil sikap begitu!

2009 Jun 5 11:41

Tanpa Nama berkata...

korek...korek...korek.... Melayu mudah lupa... korek... korek...korek sepe rampas tanah simpanan Melayu...korek...korek sepe meminda perlembagaan yang merampas kuasa raja2... korek...korek...korek

2009 Jun 5 11:49

Tanpa Nama berkata...

Ni bukan komunis la jakun... ni perbincangan sejarah.. IV Gotti ckp tu, revisionist! Mempersoalkan balik apsal segelintir pejuang tak diberikan tempat dalam sejarah merdeka.

2009 Jun 5 11:50

Tanpa Nama berkata...

Tun kata Singapura dipelopori oleh kaum Cina ... Tun tak tahukah sebab apa???? bodoh Tun nih ... Tuh sebabnya Tunku Abdul Rahman jual Singapura kepada Lee Kuan Yeaw. Tunku kena tipu maknanya Perikatan/BN ditipu oleh Lee Kuan Yeaw..

2009 Jun 5 12:00

Tanpa Nama berkata...

Sikap angkuh Dr. Mahathir mengingatkan saya kepada Tunku Abdul Rahman ketika berunding dengan Chin Peng di Baling pada tahun 1955. Tunku kata: "Salah satu di antara kita mesti mengaku kalah, saya tidak akan mengaku kalah". Apa punya sikap? Chin Peng: "Kalau kami dipaksa menyerah diri, kami akan terus berperang hingga ke pejuang kami yang terakhir." Bila buku bertemu dengan ruas, baru padan muka! Mahathir pun begitu.

2009 Jun 5 12:38

Tanpa Nama berkata...

Tun bukan tak tau, dia sengaja buat2 tak tau. Tujuan dia nak putar jadikan masalah ni perkauman. Dia ingat semua orang bodoh....

2009 Jun 5 12:43

Tanpa Nama berkata...

Mahadir nak tipu melayu!

2009 Jun 5 12:54

Tanpa Nama berkata...

Kalau ditakdirkan PKM menjadi sebuah parti politik yang sah di negara ini. Insyaallah bersusun-susun pemuda-pemudi akan menyertai perjuangan Parti Komunis Malaya. Kita akan mempelopori politik baru dan memberi sebaik2 perkhidmatan kepada rakyat.

2009 Jun 5 15:35

Tanpa Nama berkata...

Tugu "Negara" yang berbentuk kini adalah tanda bahawa hati & minda elit memerintah Malaysia masih di kuat jajah oleh penjajah yang lama dikalahkan rakyat. Tugu "Negara" ini saya anggap satu "monument of folly" memperingati betapa bodoh orang malaya/malaysia pada satu masa ketiga.

2009 Jun 5 16:24

Tanpa Nama berkata...

Mahathir asyik menjadikan semua isu-isu penting perkauman sebab dia tahu dia bukan Melayu sejati/tulin/organik. dia mahu "Malay cover" cari makan dalam politik sebagai seorang "wira Melayu". Itu sebab Mahathir juga suka menakutkan Melayu dengan macam-macam momok. Di zaman yang baru ini, Melayu sejati/tulin/organik mesti berwaspada terhadap "con man" macam si kutty yang mencanang-canangkan "nasionalisme melayu" buatan jepun pada 1930s ataupun buatan england di zaman penjajahan bentuk baru (1957-1984).

2009 Jun 5 16:42

Tanpa Nama berkata...

Bangsa Melayu telah lama diperbodohkan oleh "Nasionalisme Melayu" buatan Jepun 1930 dan dipasarkan oleh puak-puak Si Kutty. Masa sudah sampai Melayu Organik menolak "Nasionalisme Melayu" yang menjadikan Bangsa Melayu ketinggalan zaman.

2009 Jun 5 16:45

Tanpa Nama berkata...

Umno tidak berjuang untuk kemerdekaan. Umno minta sedekah dari penjajah sahaja sewaktu orang-orang lain macam Chin Peng lawan.

2009 Jun 5 16:50

Tanpa Nama berkata...

Melayu mudah lupa!pernah kata Mahathir tu.Saya rasa Mahathirlah satu2 tokoh negara yg mudah lupa atau segaja lupa! kalau benar katanya Chin peng nak jadi dictektor.malangnya chin peng tak jaya hingga dihalau dari negara asalnya hingga kini.bahkan Umnoo & Mahathir sendirilah yg bermotif &berjaya melaksanakan Dictaktorship di Malaysia ini! Negara & bangsa di pecahbela ikut rancangan Britain....

2009 Jun 5 16:56

Tanpa Nama berkata...

salam,saya tak nak sentuh pasal politit,nanti panjang pulak cerita dia...yang saya nak sentuh,bukan ke komunis ni di asaskan oleh karl marx iaitu seorang yahudi dan berpangkat 33rd degree dalam freemason,anda tahu apa itu freemason?illuminati?yahudi kabballah?semuanya berkaitan untuk menghancurkan agama,sebagai contoh kristian yang telah diputarbelitkan...dalam islam pun dah banyak kalau nak diikutkan..apa yang saya boleh jelaskan kat sini komunis itu adalah perancangan besar freemason dan illuminati untuk menghancurkan agama seperti islam,buddha,kristian dan sebagainya...apa hukum seorang islam berpegang kepada komunis?jawapannya satu.....KAFIRRRR...

2009 Jun 5 17:26

Tanpa Nama berkata...

yahudi, freemason .... ni semua theori-theori konspirasi yahudi sendiri untuk "screw up" minda orang-orang Islam....macam cerita-cerita hantu "perempuan menghamil yang tiada kepala terjumpa di ulu kinta ... "

2009 Jun 5 17:46

roth berkata...

Ni mana punya dakyah lak ni freemason laa..bodoh! Ni skop tanah melayu laa..kalau mcm tu, Chi Peng pun kafiRRR? Mao diputarbelit freemason? En Mat Amin, u pulak degree pangkat brapaa? Siapa lak ejen freemason kat malaysia skang? org umno ke?

2009 Jun 5 18:03

Tanpa Nama berkata...

knapa smua bercerita tentang bangsa dan kaum kamu smua??mna letak agama kamu?!!yg melayu,namanya ISLAM,knapa kamu bpegang pada fahaman KOMUNIS??mana pegang kamu pada al-Quran da as-Sunnah??adakah kamu mati nti malaikat akan bertanya apa bangsa kamu?apa ideologi kamu??knapa fahaman yg dibawa oleh karl marx disanjung tinggi??dimana kamu letak Rasulullah S.A.W. dimana bagindalah yg akan menolong kamu diakhirat kelak??siapakah musuh kamu yg sebenarnya wahai saudara ku?bagi kami yg beragama Islam,musuh kami ialah mereka yg menentang syariat dan syi'ar Islam..karl marx itu yahudi...dari zaman para rasul lagi,kaum yahudi sentiasa mnindas mereka2 yg beragama Islam dari sgala bntuk...sudahkah kamu lupa apa yg terjadi pada Nabi Isa A.S. dan bondanya??umat2 Rasulullah pula selepas itu hingga sekarang,ditindas oleh siapa? firma Allah dalam ayat al-Mumtahanah,ayat 1: "Wahai orang-orang yang beriman, jangalah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu menjadi wali (pembantu), kamu hubungkan kepada mereka kasih sayang, padahal mereka telah kafir (menyangkal) kebenaran yang datang kepadamu." siapakah "musuh" dalam ayat di atas??mereka yg sesaudara dgn kamu??mereka yg sekaum dgn kamu??TIDAK!musuh adalah mereka yg menidakkan Islam dan mngetepikan Islam hnya krn ideologi yg membara2 dibawa oleh si yahudi manakala sunnah Rasulullah yg mngamalkan tolak ansur dan lemah lembut diketepikan...Allah menurunkan para rasul untuk membawa umatnya ke jalan yg benar...!bukannya KARL MARX,tapi RASULULLAH SAW wahai saudaraku!sedarlah sebelum terlambat...

2009 Jun 5 18:12

Tanpa Nama berkata...

Propaganda Biri TData Negara sudah masuk blog Mat Amin: Yahudi, Freemason, Illuminati ... semua ni theori-theori kospiasi penyakit-penyakit jiwa di negara-negara barat & arab. songsang. haprak.

2009 Jun 5 18:12

Tanpa Nama berkata...

wahai saudara2 yg beragama Islam,terutama bngsa Melayu... Allah pernah berfirman didalam ayat al-Mumtahanah,ayat 1.maksud ayat: "Wahai orang-orang yang beriman, jangalah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu menjadi wali (pembantu), kamu hubungkan kepada mereka kasih sayang, padahal mereka telah kafir (menyangkal) kebenaran yang datang kepadamu." siapakah musuh2 bagi Allah,Rasulullah dan umat2 Islam seluruh dunia? adakah org yg sesaudara dgn kamu?? atau mereka yg sebangsa dgn kamu?? Jawapan bg kami yg beragama Islam ialah YAHUDI.. karl marx berbngsa apa??beragama apa??saudara skalian tahu kn dia adalah YAHUDI!siapa YAHUDI di mata kalian?? siapakah YAHUDI yg sebenarnya?? ideologi yg kalian pupuk adalah ideologi si YAHUDI yg menidakkan tuhan! RASULULLAH pula mana kamu letakan sbagai fahaman,ideologi,ikutan?!! al-Quran mana kamu letakkan sbagai bacaan,petunjuk?!! mana smua itu wahai saudara2 ku? adakah ketika kamu mati,disoalnya malaikat apa ideologi kamu?? pulanglah kepangkal jalan Allah saudara2 ku sebelum terlambat... wasalam...

2009 Jun 5 18:26

Tanpa Nama berkata...

wahai saudara2 yg beragama Islam,terutama bngsa Melayu... Allah pernah berfirman didalam ayat al-Mumtahanah,ayat 1.maksud ayat: "Wahai orang-orang yang beriman, jangalah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu menjadi wali (pembantu), kamu hubungkan kepada mereka kasih sayang, padahal mereka telah kafir (menyangkal) kebenaran yang datang kepadamu." siapakah musuh2 bagi Allah,Rasulullah dan umat2 Islam seluruh dunia? adakah org yg sesaudara dgn kamu?? atau mereka yg sebangsa dgn kamu?? Jawapan bg kami yg beragama Islam ialah YAHUDI.. karl marx berbngsa apa??beragama apa??saudara skalian tahu kn dia adalah YAHUDI!siapa YAHUDI di mata kalian?? siapakah YAHUDI yg sebenarnya?? ideologi yg kalian pupuk adalah ideologi si YAHUDI yg menidakkan tuhan! RASULULLAH pula mana kamu letakan sbagai fahaman,ideologi,ikutan?!! al-Quran mana kamu letakkan sbagai bacaan,petunjuk?!! mana smua itu wahai saudara2 ku? adakah ketika kamu mati,disoalnya malaikat apa ideologi kamu?? pulanglah kepangkal jalan Allah saudara2 ku sebelum terlambat... wasalam...

2009 Jun 5 18:32

Tanpa Nama berkata...

Wahai saudara sin nak tanya yahudi tu ciptaan siapa? apa itu bermusuhan sesama manusia suruhan Allah atau nabi? bagi saya agama yg mengamal benci sesama manusia adalah sesat!

2009 Jun 5 19:23

Tanpa Nama berkata...

Cerita-cerita hantu Orang Putih tentang "Yahudi", "Freemason" & "Illuminati" sekarang dipasarkan oleh Umno juga. Tiada idea lagi yang bernas, waras dan lebih intellectual? Umno bankrup idea-idea.

2009 Jun 5 19:56

Tanpa Nama berkata...

Kaki Umno/BTN ni bukan sahaja pandai tukar-tukar topeng. Mereka juga tak malu "recycle" cerita-cerita hantu orang putih dan "mempakejkan" cerita-cerita hantu orang putih ini dengan cap "islam" atau "melayu".

2009 Jun 5 20:25

Tanpa Nama berkata...

Umno/BTN sudah bankrap idea. Cerita-cerita hantu orang putih dari barat pun dipasarkan di kalangan Melayu/Islam di Malaysia yang kurang pendidikan sebagai "theori-theori" dengan cap "Islam" atau "Melayu". Minda masyarakat Islam & Melayu di Malaysia sudah dijadikan tong sampah oleh Umno.

2009 Jun 5 20:39

Tanpa Nama berkata...

UMNO ini Bahasa Inggeris United Malays National Organisation. Jika Umno benar-benar nasionalis, kenapa tak tukar nama daftar dan rasminya kepada PKMB (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) ? Mengapa minda Umno masih dijajah Inggeris jika ia bukan boneka atau talibalut Inggeris ?

2009 Jun 5 21:00

Tanpa Nama berkata...

"Nasionalisme Melayu" Mahathir & Umno yang dicapkan "Melayu" dan "Islam" pun buatan Jepun pada 1930 & diubahsuai sedikit oleh penjajah British dalam Zaman Perang Dingin untuk menjinakkan Bangsa Melayu yang beragama Islam.

2009 Jun 5 21:13

Tanpa Nama berkata...

Umno menang Pak Tiru. Tengok Negaraku yang berasal lagu cinta Perancis. Tengok Bendera yang mirip Amerika. Nama Umno pun Bahasa Inggeris. "Nasionalis Melayu" ala-Umno ini "Nasionalisme Rojak Mamak"

2009 Jun 5 21:57

Tanpa Nama berkata...

Nasionalisme yang penjajah takut ialah nasinalisme rakyat Indonesia si bawah Bung Karno. "Nasionalisme Melayu" Mahathir/Umno yang tidak bermaruah adalah "nasionalisme" yang berkhidmat sebagai "counterweight" kuasa-kuasa Barat terhadap nasionalisme bermaruah rakyat Indonesia.

2009 Jun 5 22:04

Tanpa Nama berkata...

Umno selalu memastikan orang Melayu takut ini & itu kerana jika ia ingin jadi "Perlindung" Melayu yang serba takut untuk selama-lamanya. Itulah tujuan pokok propaganda Umno yang anti-komnuisme, anti-Chin Peng dan anti-ini serta anti-itu. akibat daripada termakan banyak propaganda negatif Umno, ramai orang Melayu pun jadi paranioac & kurang keyakinan diri.

2009 Jun 5 22:18

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 5 jun 18:32 kenapa yang bercakap mengenai agama begitu bacul sekali untuk meletakkan nama?Selambe-selambe je meletakkan ayat quran mengikut pemahaman sendiri tanpa melatakkan syarahnya sekali.tafsir mana kau kutip?kitab mana kau ambil? aku bukan pemuja komunis tapi aku rasa kau dah salah premis.sini orang berbincang bukan mengenai ideologi komunis tapi sumbangan orang-orang yang mahu merdekakan malaya yang digelapkan sejarahnya. sepertimana sejarah menggelapkan kerajaan melayu siam islam dan yang menghancurkannya pun raja-raja melayu. nak kata bahalol tapi reti pulak amik ayat quran macmtu jek. Bodoh! pemerhatirockbebas@gmail.com

2009 Jun 6 00:07

Tanpa Nama berkata... bila kuah lebih dari sudu inilah jadinya... prebet dan korperal nak lebih berkuasa dari Jeneral dan Ketua polis. perjanjian haadyai dah ditandatangani...malah ada pihak yang cuba mengingkarinya....tak masuk akal langsung perangai sesetengah manusia kat malaysia ni... rakyat jati medini 2009 Jun 6 01:38 Tanpa Nama berkata... Ahli sains yang teragung abab ke-2 Albert Einstein juga Yahudi. Adakalah orang-orang Islam yang belajar and setujuh dengan theori-theori Einstein juga pro-Yahudi ? Bodoh. Gila. Tidak siuman. Haprak. 2009 Jun 6 02:33 Tanpa Nama berkata... Di antara 1980-1988, dua negara Islam iaitu Iran & Iraq berperang. Siapakah alat Yahudi ? 2009 Jun 6 02:41 Tanpa Nama berkata... debat tak berguna bila agama dicampur-adukkan. Zaman dulu, muslim hanya mengambil komunis sebagai garapan (sama mcm dr M ambik acuan globalisasi diaplikasi konon dengan budaya melayu??) dan mereka berjaya mengasingkan antara pegangan agama & landas perjuangan. Tapi, orang2 seperti di atas inilah (tanpa rasa hormat, memetik ayat2 suci sesuka hati) yang mengenepikan Dr Burhanudin, Ahmad Bosetamam dll dan melabel mereka sebagai sesat & kufur. Semua atas sentimen kuasa dan kepentingan sendiri. 2009 Jun 6 03:25 Tanpa Nama berkata... "Nasionalisme Melayu" & "Islam" cap Umno & raja-raja Melayu feudal tidak lain tidak bukan alat kawalan minda untuk mejinakkan and memperbodohkan Melayu supaya mereka terus jadi manusia yang tidak berfikiran kritikal atau bersemangat bebas. 2009 Jun 6 04:57 Tanpa Nama berkata... wow ! propaganda anti-yahudi dulu diguna hentam george bush & amerika syarikat oleh si kutty. sekarang digunakan hentam pkm & chin peng pula. hulubalang-hulubalang si kutty dah semua gila ! Teh tarik satu ! 2009 Jun 6 05:13 Tanpa Nama berkata... gambar sudah jelas sekali sekarang: umno & geng-geng mahathir ni talibalut/boneka kuasa-kuasa barat yang cuma pakai topeng "melayu" & "islam' saja. 2009 Jun 6 05:17 Tanpa Nama berkata... Saya stuju dengan pemrhatirokbebas. Ada orag mmang cam tu, tak kira masa tak pilih tempat. Asal dapat ber kotbah atau dakwah sudah........ Agama konon! tapi tak pandai hormat orang lain tapi nak orang lain hormat kita!! Sudahlah boleh piiiiiiii. Pak Amin tolong jangan layan orag2 macam ni. 2009 Jun 6 06:50 Tanpa Nama berkata... Saya bukan anti melayu,anti UMno atau anti komunis.saya hanya nasionalist jati idamkan Malaysia utk semua. Sampai bila Melayu jati rela dijajah & dipebodohkan oleh setengah2 pemimpin politik dan Umno mamak yg konon pelindung & perjuang Melayu & agama.... Lihatlah sejarah kelaurga PM mana satu dari Melayu jati? Bila BN benar2 mengamalkan sistem pentadbiran adil & saksama utk semua agama,kaum & bangsa? 2009 Jun 6 07:20 johan berkata... "yahudi", "freemanson" ... ini semua memang momok-momok mahathir yang dipinjam dari orang putih gila (dan kawan-kawannya yang bukan-bukan seperti LaRouche di Amerika) di london atau washington. 2009 Jun 6 08:32 Tanpa Nama berkata... Pak Mat Amin/Moderator, Bolehkah dibuat satu artikel baru berkenaan perjanjian diantara PKM dan british semasa kerjasama menentang jepun? Saya ada permintaan, membaca artikel Pak Mat Amin/Moderator saya rasa Pak Mat Amin/Moderator adlh barisan kepimpinan PKM/PTNM maka bolehkah dibuat satu siri artikel mengikut urutan iaitu dr sblm penubuhan PKM, penubuhannya sehingga ke penghujungnya satu persatu supaya nampak lebih jelas dan kemas akan perjuangan PKM? Cadangan saya adlh spt berikut, sekiranya Pak Mat Amin/Moderator boleh mempertimbangkannya: 1.Keadaan semasa penjajahan british sblm kedatangan jepun . 2.Keadaan seblm penubuhan PKM. 3.Keadaan selepas kedatangan jepun. 4.Tragedi/matlamat yg membuatkan PKM ditubuhkan 5.Pergerakan PKM(sblm pergerakan bersenjata)-yg ini boleh dibuat banyak siri. 6.Perjanjian PKM-british. 7.Perjuangan PKM menentang jepun. 8.Perjuangan PKM menentang british. 9.Perjuangan PKM sblm mencapai kemerdekaan Malaysia. 10.Perjuangan PKM selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. 11.Perjanjian Perdamaian-mungkin boleh ditambah lg walaupun telah dibuat. *setiap bhg boleh dibuat banyak siri. **membuat artikel mengikut urutan peristiwa dpt membantu Pak Mat Amin/Moderator menceritakan perjuangan PKM dlm sejarah tanah melayu. Kemudian, bolehkah Pak Mat Amin/Moderator memboat artikel tentang perjalanan hidup peribadai Pak Mat Amin/Moderator pula dr sblm sehingga selepas menyertai PKM/PTNM? Makanya, utk jangka masa panjang blog Pak Mat Amin akan sentiasa mempunyai artikel2. Cadangan saya artikel2 dibhgkan kpd 2 bhg: 1.Perjalanan hidup peribadai Pak Mat Amin/Moderator. 2.Perjalanan perjuang PKM. *Pak Mat Amin/moderator bolehlah mula samaada dr bhgt no1 atau no2 dahulu. Susunan mengikut urutan adlh lebih jelas dan kemas berbanding susunan yg tidak mengikut urutan peristiwa. Harap dpt dipertimbangankan cadangan ini. Terima kasih. Secebis pendapat, jagungmentah 2009 Jun 6 11:57 Tanpa Nama berkata... cabaran kepada umno: tukarlah nama daftar rasmi kepada PKMB (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) supaya lebih nasionalis. 2009 Jun 6 16:25 Djnascimanto berkata... Iktitafkan pejuang-pejuang kemerdekaan yang sebenar!!! Hanya masa akan menentukan. Sejarah yang dicacatkan oleh jentera propaganda british dan UMNO mula ditulis semula. Terima kasih kepada zaman internet. Che Det.... Awat yang dok mengarut tak pasai-pasai? Dula bolehlah hangpa nak perbodohkan rakyat. Hangpa punya sentimen perkauman pi simpanlah... Tengoklah sendiri tahap minda melalui ulasan-ulasan yang berasas. Yang bodoh sombong pula dok mengutuk pejuang2 sebenarnya. Sampai bila???? 2009 Jun 6 16:38 Tanpa Nama berkata... Nama pena Mahathir "Che Det" pun tiruan. Yang benar-benar Che Det itu Abdullah CD, Pengerusi PKM yang menandatangani Perjanjian Damai bersama-sama Setiausaha Agong Chin Peng dan Ahli Jawatankuasa Rashid Maidin. 2009 Jun 6 17:39 Tanpa Nama berkata... Anak separuh India pun boleh mencanang-canangkan "nasionalisme melayu" dan dipercayai oleh orang-orang bodoh begitu lama. Ini "con job" yang lebih besar daripada Lai Tek punya. Lai Tek cuma tipu satu parti selama 10 tahun manakala Mahathir tipu satu bangsa selama lebih daripada 50 tahun. Kejayan Mahathir itu juga kegagalan Melayu Umno. 2009 Jun 6 17:48 Tanpa Nama berkata... Theori Si Kutty itu talibalut upahan Kempetai di 1940s tidak boleh ditolakkan begitu sahaja. Jika tidak, mengapa Si Kutty menlaksanankan Polisi Pandan Timur pada 1980s-1990s ? Balas budi Kempeitai. 2009 Jun 6 18:34 Tanpa Nama berkata... Si Kutty itu kawan karib nasionalisme kanan Jepun Shintaro Ishihara. Si Kutty pernah menerbitan satu buku bersamaan Shintaro Ishihara. Si Kutty hentam kuasa-kuasa Barat dari sudut nasionalisme kanan Jepun. 2009 Jun 6 18:49 new kids on the blog berkata... Aku dah makin meloya pulak baca komen-komen kat sini. makin lama dah makin keliru. Semuanya komentar berbuntutkan kepentingan politik semasa. 'parti pembangkang yang kata umno racist' ni dah mula panggil mahathir sebagai si kutty dan mengaitkan asul usul keturunan beliau ??? apa pulak kaitannya sejarah malaysia dengan tuduhan2 yang tak jelas macam freemanson dan yahudi tu? penyokong UMNO pulak tak lebih dari penghafal buku teks aliran sekolah rendah dan masih tak reti bezakan ideologi politik dengan agama. propaganda lapuk yg digunapakai sejak zaman feudal lagi. Senang cerita dah makin bercampur2 pulak teori orang2 yang tak ada di tempat kejadian, tapi mereka sentiasa terlebih tahu hal sebenar dengan hanya klik laman web wikipedia. tak intelek langsung. AKU MEMANG DI PIHAK BERKECUALI DAN HANYA SUKAKAN KEBENARAN DAN PENGETAHUAN. Kepada Pakcik MatAmin, Memang saya suka baca tulisan2 sejarah ni, sebab pakcik ada di tempat kejadian. Dan saya tak pernah berpandangan negatif pada perjuangan pihak haluan kiri. Dan saya juga terbuka, mengatakan tulisan blog mahathir tu masuk akal juga. Kalau tak silap, 2 Disember 1989, Perjanjian Damai PKM dgn kerajaan Malaysia tu berlaku di zaman pemerintahan Mahathir.Dia agak terbuka tak macam zaman pemerintahan Tunku Abdul rahman. MACAM AKU KATA TADI, AKU TAK SOKONG MANA2 PIHAK, TAPI SAYA SUKA AMBIL TAHU PASAL SEJARAH. 2009 Jun 6 21:57 Tanpa Nama berkata... new kids on the blog: sejarah ataupun sesetengah unsur-unsur sejarah kadang-kala berulang atau berterusan di situasi semasa. sebab itulah, kadangkala kita tidak boleh pisahkan sejarah dengan situasi semasa. kita baca dan belajar sejarah bukan untuk syiok-syiok sahaja tetapi untuk memahami situati kini dan membuat ramalan tentang masa depan. 2009 Jun 7 00:30 Backlane Boys berkata... Nah ambik kau: new kids on the blog Berdiri atas pagar sama mcm pak turut.. Pro-kutty yang bersikap opportunis. Tolong tunjuk sikit intelek (walaupun bodoh) 2009 Jun 7 01:45 Sandus berkata... pak amin bolehkah tuan memberi penjelasan terhadap persoalan di bawah ini/ 1- apakah hubungan antara kerajaan siam dgn pkm. 2- adakah pernah pkm menjalinkan hubungan dgn gerakan pembibasan rakyat melayu petani? 3-adakah adakader pkm dari kalangan penduduk tempatan? sekian. 2009 Jun 7 03:25 yoblehsastra berkata... salam semua, kita berbincang diblog ini untuk membentangkan faktor sejarah dari kacamata seorang pejuang pkm. sejarah adalah sesuatu yang telah berlaku dan benar terjadi. mengapa faktor itu terjadi boleh kita bahaskan disini. apakah tanggapan kita terhadap perkara itu mungkin mempengaruhi emosi setiap pembaca. kita haruslah berfikiran matang tentang hal ini. saya berterima kasih terhadap penulis blog ini kerana membentang sejarah penentangan kepada penjajah inggeris dari kacamata mereka. 2009 Jun 7 09:11 si pekak dan si bisu berkata... aku sokong new kids on the blog... aku da naik nyampah ngan suma orang yg blagak pandai & tunjuk pandai & memandai2... pendapat korang ntah btul ke tidak... da la korang sume xde di tempat kejadian... tapi korang punye hujah mcm korang la yang sama2 g bperang dulu... aku lagi suka baca tulisan Pak Mat Amin... at least beliau benar2 berada di tempat dan masa kejadian... aku harap korang stop la btelagah sesama sendiri...sorang cakap A, sorang cakap B... Sume nak betul, sume nak menang...xde ujung xde pangkal, bergaduh & berdebat kat blog ni. bangsa lain yang baca blog ni tgelak2 je tengok melayu berkelahi sesama sendiri... diorang rileks je... lantak korang lah...salam/// http://syafeque.blogspot.com 2009 Jun 8 00:16 Tanpa Nama berkata... TENTUNYA SELEPAS INI PROFESOR SEJARAH KAT UNIVERSITI PULAK YANG PENING KEPALA. APAKAH SUMBER SEJARAH YANG TULIN DARIPADA REGMEN KE10 BOLEH DITERIMA..? (ISA SEDANG MENUNGGU, PROF) 2009 Jun 8 03:57 Tanpa Nama berkata... DIKATAKAN KOMINIS TAPERCAYAKAN TUHAN. ISLAM PUN BEGITU JUGA. LAILA HAILLALLAH JELAS TIDAK MAHUKAN TUHAN ! 2009 Jun 8 04:03 Tanpa Nama berkata... Allah adapun Iraq & Iran perang selama 8 tahun dan satu million Muslim dibunuh bukan oleh komunis tetapi oleh Muslim sendiri. 2009 Jun 8 11:32 Tanpa Nama berkata... aku stuju...dah naik menyampah...bila melayu nak maju macam ni,kalau kerana ideologi2 yang masing2 perjuangkan,kita berpecah??tak malu ka???cukup2 lah kalau nak taksub sgt pun.... 2009 Jun 9 03:24 pakcikdisini berkata... "jika Parti Komunis Malaya itu pejuang kemerdekaan Tanah Melayu, kenapa disiksanya penduduk Tanah Melayu...?" kata seorang pakcik tua yang hidup pada zaman itu kepada aku... dan aku sampaikan kepada korang, hadamlah ia dengan pemikiran dan ideologi sendiri 2009 Jun 13 10:01 Tanpa Nama berkata... Orang melayu dah melawan penjajah dari berakhirnya zaman Sultan Melaka lagi....... Dan orang melayu dah menuntut kemerdekaan serta usaha menghalau penjajah dari zaman Dol Said, Mat Kilau..... Datuk Maharaja Lela dan lain lain lagi...... 2009 Jun 17 17:32 Tanpa Nama berkata... org komunis ni duk nk org iktiraf perjuangan die.. m'sia nk pegi lg jauh.xpyhla komunis nk sbuk2. klu murni la sgt perjuangan 2,migrate ke korea utara je china pun xle naik spt kita lihat ari ni jika xdbuang imej komunisnye nk di cerita dia initiate sumelah,UMNO hapraklah dan mcm2 lg kebaikan TG HJ Chin Peng ni,ape sumbangan komunis selepas 1957? bunuh sana sini,sbb tali barot british xde cara lain nk membebaskan tanah melayu mlainkn dgn senjata xde komunis yg well educated,minda nk membantu bangse sendr xabes2 dgn retorik m'sia belum bebas sepenuhnya lalu tanggungjwb komunis dgn memikul senjata myelesaikannye lps tu ape? jgn kate Chin Peng jdk PM sbb komunis pd dasarnya xkenal demokrasi yg ade adlh dictator abes org melayu ni siapa pd ketika itu tiada semngt patriotik pd bangsa cina dan india pd tnh melayu mereka hanya kisahkn tnh air mereka tp kite bersyukur yg amat2,sbb chin peng ni rs terpanggil nk memmbela nasib bangse kite begitu juga negara china amat2 prihatin ke atas nasib bangsa melayu sbb itu dosa besar klu kita tolak pahaman komunis. islam juga mengajar kite menjd lbh komunis 2009 Jun 24 16:55 Mohd Izaddiq berkata... semua bacul tulis komen tak letak nama.. cmon la.. berani kerana benar!! 2009 Jun 26 11:46 STEVEN KAMISAN berkata... SAYA BENCI KOMUNIS DAN PENJAJAH CHING PENG BERSALAH SEBAB DAH RAMAI DIA DAN KOMUNIS2 NI BUNUH ORANG, ASKAR, POLIS DAN SAPE2.. KALAU NAK CAKAP PERJUANGAN UNTUK KEMERDEKAAN, RASANYA SEMUA RAKYAT TANAH MELAYU KETIKA ITU NAK MERDEKA.. JADINYA, CHING PENG TU PATUT DIADILI DI MALAYSIA. KENANG KEMBALI KEPADA ATOK NENEK KITA SEMASA DISERANG KONUNIS, NAMUN, ADILI CHENG PENG TU DENGAN SEBENARNYA.. JAUH SEKALI UNTUK SAYA MEMIHAK KEPADA CHING PENG.. TAPI, YANG MENJADI MUSKIL KEPADA SAYA SEKARANG IALAH, KALU KITA PANDANG KOMUNIS NI CELAKA, KITA PUN PATUT PANDANG PENJAJAH SEPERTI JAPAN, BRITISH, HOLLAND & PUTUGAL CELAKA JUGAK.. 2009 Jun 27 01:03 Tanpa Nama berkata... Kata -kata ibu saya tentang komunis "seingat maklah tidak lah sezalim yang digambarkan oleh suratkhabar.Masa mak kecil ada nampak diorang tumpang teduh masa hujan di depan rumah atok kau sambil makan minum dan borak2 sebab mereka pun orang sekampung sama belajar dengan atok kau disekolah pondok cuma masa mereka nak sign perjanjiaan damai di baling tu mereka tak setuju dengan syarat yang diberikan oleh kerajaan dan orang putih itu yang mereka masuk hutan balik.Pada mak lah mereka tu pejuang tanahair tapi tak dapat apa-apa sebab tak nak dengar kata orang putih. Itu adalah ulasan dan kata-kata emak saya yang saya pegang dan bagi saya dalam perjuangan memang ada percanggahan pendapat.Buat kedua-dua pihak yang menentang dan ditentang colateral damage akan berlaku jadi janganlah kita dendam mendendam.Tentera terkorban kerana dibayar oleh sang penguasa untuk menegakkan idealogi politiknya sang gerilyaa pulak terkorban kerana menegak daulah politiknya.Benarlah kata-kata orang tua menang jadi arang kalah jadi abu. 2009 Jun 30 12:41 Mike berkata... kalau komunis menang . pengerusi mao le pegang mesia sume kene bawak buku merah puja2 dia.ko ni pon satu tanpa nama komunis tu ideologi yang tak demokrasi lansung. kalau udah komunis menang malaysia akan jadi macam china,korea utara le gamaknye sume naik basikal , sume org takleh ada agama dan harta. harta sume gomen punye 2009 Julai 4 09:23
Selasa, 2009 Jun 02
Penandatanganan Yang Bersejarah
Peristiwa bersejarah upacara penandatanganan perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia dan PKM serta antara Kerajaan Diraja Thailand dan PKM itu berlangsung di Lee Gardens Hotel, Haadyai pada 2 Disember 1989. Abdullah C.D., Rashid Maidin, saya dan Indra Jaya dari Rejimen Ke-10 bertolak ke Haadyai dengan helikopter tentera Thai untuk ikut serta dalam upacara tersebut. Semua urusan di pasukan diserahkan kepada Abu Samah buat sementara. Ketua-ketua perwakilan tiga pihak yang menurunkan tandatangan di atas draf persetujuan damai itu ialah Panglima Tentera Darat merangkap Pemangku Panglima Angkatan Tentera Kerajaan Diraja Thailand, Tan Sri Jeneral Chaovalit Yongchaiyuth, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Kerajaan Malaysia, Datuk Wan Sidik Wan Abdul Rahman dan Setiausaha Agung PKM Chen Ping. Selain itu, pihak PKM yang turut hadir dalam upacara penandatanganan ialah Pengerusi Jawatankuasa Pusat PKM Abdullah C.D. dan anggota Jawatankuasa Pusat, Rashid Maidin. Beberapa orang pimpinan dan kawan-kawan yang menghadiri upacara itu sebagai tetamu kehormat ialah Wu Yi Shi, Zainun, saya, Huang Seng (Darus), Indra Jaya dan Ng Hui Ngo. Pukul 11.45 pagi (waktu Malaysia), ketua-ketua perwakilan dari ketiga-tiga pihak menurunkan tanda tangan di atas dua naskah draf Perjanjian Bersama. Kemudian Jen. Chaovalit Yongchaiyuth menyampaikan ucapan dan membacakan draf perjanjian bersama dalam bahasa Thai. Antaranya beliau berkata: "Hari ini adalah hari yang amat penting bagi Thailand, Malaysia dan PKM. Sejarah akan selama-lamanya mencatat hari ini sebagai hari perdamaian yang amat penting di dunia". Ketua Perwakilan Kerajaan Malaysia yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri menyampaikan ucapannya dalam bahasa Inggeris. Akhirnya, Setiausaha Agung PKM, Chen Ping berucap dalam bahasa Malaysia. Ucapan Chen Ping telah menimbulkan kesan yang amat besar dan menarik perhatian. Setelah selesai ucapan tersebut, perwakilan PKM mengadakan sidang akhbar. Chen Ping menjawab satu demi satu soalan dari para pemberita dalam bahasa Malaysia yang kemudian diterjemahkan oleh setiausahanya Ng Hui Ngo. Dalam perundingan tersebut, Perdana Menteri Datok Seri Dr. Mahathir Mohd dengan pandangan yang jauh telah membersihkan halangan-halangan yang timbul di sepanjang jalan perundingan. Akhirnya perundingan telah mencapai kejayaan yang besar lagi penting. Manakala Mr. Yau Kong Yew, Timbalan Pegawai Polis Cawangan Khas dan juga penasihat bagi rombongan Kerajaan Malaysia dalam perundingan pula menganggap sikap ikhlas Chen Ping telah memberikan bantuan besar kepada kedua-dua pihak yang berunding itu untuk memperoleh kemajuan bahkan mencapai kejayaan. Sikap Chen Ping sedemikian nampak lebih nyata lagi di hari terakhir perundingan, katanya. – Dipetik dari Memoir Suriani Abdullah, Setengah Abad Dalam perjuangan, m.s 200-201, SIRD, 2006. Berikut adalah sedutan dari filem video MEWUJUDKAN PERDAMAIAN yang diterbitkan oleh Studio TV Rejimen Ke-10 TRM pada bulan Disember 1989.
Dicatat oleh M.A. di Selasa, Jun 02, 2009 Label: sejarah, video 52 ulasan: Mat Kalau berkata... Pemimpin PKM berjiwa merdeka. Jeneral Thai memang merdeka. Tapi wakil Malaysia masih terjajah jiwa dan pemikiran. Itu sebab berbahasa Inggeris. Dalam hal ini Syabas PKM. Terima kasih kerana mengadakan perdamaian. 2009 Jun 2 18:31 Tanpa Nama berkata... Tetapi, dengan menghentam PKM dan menolak kepulangan Pak Chin Peng, Perjanjian Perdamaian 1989 telah dipecah oleh kerajaan Umno munafiq yang mewarisi budaya fasis, penjajah dan penjajah bentuk baru. 2009 Jun 2 19:25 Tanpa Nama berkata... Kisah kekejaman pengganas komunis dan perjuangan kerajaan yang memerintah menghapuskan aktiviti pengganas ideologi songsang sejak zaman darurat (1948-1960) hingga ke tahun 1980-an masih mampu diingati oleh generasi era itu dengan terperinci dan masih sesegar darah pejuang yang disembelih hidup-hidup oleh pengganas yang buta hati. Bagi kami generasi yang lahir pada era 1970-an, kisah keganasan komunis di Sungai Siput Perak yang membunuh pengurus ladang berbangsa Inggeris yang membawa kepada pengisytiharan darurat selalu diceritakan oleh ibu yang tinggal di Estet Peng Soon, Sungai Siput semasa zaman sebelum merdeka. Kisah keganasan komunis ini bukanlah perkara dongeng. Mereka tidak boleh diizin menjejakkan kaki walaupun seinci pun di bumi Malaysia dan diharamkan nama mereka disebut langsung. Walaupun ada ahli Parti Komunis Malaya (PKM) mendabik dada mengatakan mereka adalah pejuang kemerdekaan, tidak perlu kita bertegang leher atau bertekak mengatakan sebaliknya. Sejarah membuktikan siapa pejuang siapa petualang. Jangan ingat generasi baru buta sejarah, komunis dan keganasan pejuang buku kecil berwarna merah ini akan diingati selagi kita hidup. Rakyat yang cintakan agama dan negara mesti menghalang sebarang usaha membawa pulang bekas pemimpin PKM kembali ke bumi yang pernah disimbah dengan darah anak watan. Di blog ideologi sesat yang dipelopori Karl Marx ini dikhabarkan wujud dengan perjuangan mengjustifikasikan perjuangan komunis sebagai sebahagian perjuangan kemerdekaan. Kalau benar mengapa majoriti rakyat tidak senada dengan perjuangan sejak zaman Jepun di Malaya lagi. Lebih menakutkan ada bekas anggota PKM ini mengatakan walaupun mereka adalah anggota komunis, mereka tetap kekal beragama Islam dan dibuktikan dengan pembinaan surau di kawasan penempatan semula mereka di sempadan Malaysia-Thailand. Kita sebagai rakyat yang cintakan keamanan tidak pernah menidakkan ideologi yang menjurus kepada kebaikan tetapi jika agama dan ideologi dicampuradukkan, adakah ia perjuangan yang sebenar-benar perjuangan. Justeru, langkah mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mungkin perlu difikirkan semula. Sesungguhnya komunis bukan saja mengancam nyawa kita, malah ia mengancam umat Islam yang menjadi majoriti rakyat Malaysia. Bagi kami generasi muda, jasa pejuang yang terkorban di dalam peristiwa Bukit Kepong dan pengorbanan askar Melayu melawan komunis menjadi tonik perjuangan menegakkan agama, bangsa dan negara berdaulat pada masa depan. Pejuang yang menghapuskan komunis tidak memerlukan sangat gelaran Datuk, pingat atau wang ringgit untuk jasa mereka dibalas. ABDULRAZAKIDRIS, Banting, Selangor. 2009 Jun 2 19:27 Tanpa Nama berkata... Thanks for sharing these videos, it's so valuable. 2009 Jun 2 20:01 Tanpa Nama berkata... ABDULRAZAKIDRIS, bukankah komunis bersikap lebih demokratik sebab saudara bolen bersuara anti-komunis di blog komunis. Adakah Utusan Malaysia dan sebagainya membenarkan komunis bersuara di ruang atau laman mereka ? 2009 Jun 2 20:01 Sang Saka berkata... Kehadapan Pak Mat Amin yang dihormati, Ada baik Pak mat Amin juga paparkan salinan perjanjian damai tersebut untuk tatapan semua seperti di link berikut :- http://2.bp.blogspot.com/___COHz8Ba5E/SO81KvUqqdI/AAAAAAAAAjE/Mk7fLtf9P-A/s1600-h/Boss.jpg http://7rangers.blogspot.com/2008/10/reneging-of-agreement-between.html Untuk maklumat kita bersama menjejaki sejarah sebenar. 2009 Jun 2 22:27 Urban Riot berkata... ABDULRAZAKIDRIS - Generasi Muda???? Buat cerita dongeng..Ketinggalan zaman Ini bukan blog komunis la jakun..tapi tatapan sejarah. Ni contoh masalah belia-belia kolot yang tak 'urban'...memukul gendang patriotik pada zaman imperialis pasca moden. Oh, padan pun orang banting saje 2009 Jun 2 22:46 Tanpa Nama berkata... selepas melihat perjanjian.... sepatutnya unit bersenjata telah dibubarkan dan menghapuskan semua senjata ... jadi rasanya tak perlulah ditayangkan gamabar tentera PKM serta kisahnya, kerana ini seolah olah satu propaganda untuk menunjukkak kekuatan PKM serta tudak menghormati perjanjian. Cuma tunjukkanlah apa yang sedang berlaku sekarang sudah memadai. 2009 Jun 2 23:34 johan berkata... Gambar-gambar unit-unit bersenjata PKM yang dipaparkan adalah bahan sejarah. Jika bahan sejarah pun boleh menakutkan puak-puak anti-koumnis, maka boleh dikata puak-puak anti-komunis kurang keyakinan sendiri. Mungkin puak-puak anti-komunis di Malaysia kini mengalami perasaan "guilt feeling" kerana sekarang baru tahu apa yang mereka buat dulu pada hakikatnya adalah perbuatan boneka ataupun talibalut penjajah dan neo-kolonialisme. 2009 Jun 3 00:09 Tanpa Nama berkata... Jika ada "guilt feeling", tukarlah dan tidak menggadai maruah negara dan rakyat lagi. Jangan sekali lagi manjadikan diri boneka atapun talibalut kuasa-kuasa barat kerana naik cari makan, dapat "scholarship" atu "free trips" ke Britain, Australia atau Amerika. Carilah rezeki secara jujur mengikut ajaran Islam yang mutaqun. 2009 Jun 3 00:32 si pekak dan si bisu berkata... salam pak tuah... saya student dan sangat bminat untuk tahu lebih mendalam mngenai komunis. banyak persoalan bmain di fikiran saya mngenai orang melayu yang mnyertai komunis. terutama adakah komunis melayu ini sebenarnya pejuang malaya @ pembelot. jika difikirkan secara logik akal tak mungkin komunis melayu ingin belot dengon agama dan bangsa sendiri. tapi jika difikir secara positif, mungkin komunis melayu tiada cara lain 'terpaksa' mnyertai komunis cina untuk bersama2 menumpaskan penjajah british. pada hemat saya, sbenarnya yang berlaku kejam adalah komunis cina. pada zaman penjajahan jepun, bangsa cina telah ditindas dengan teruk. dengan itu lah tertubuh nya komunis cina untuk menjaga bangsa mereka sendiri. sebab itu lah orang melayu dan Islam ditindas oleh komunis cina. saya tak berani komen lanjut mngenai permasalahan ini kerana saya sbagai golongan muda tidak berada pada masa itu dan secara langsung tidak faham situasi sbenar. wallahualam... jadi di harap pak tuah dapat memberi penjelasan sbenar mngenai orang melayu yang mnyertai komunis. terima kasih. http://syafeque.blogspot.com 2009 Jun 3 00:40 LSD berkata... AbdulRazakIdris... ni anak penghulu kampung mane ni.Poyo je cakap, tapi hampeh.. Siapa lagi nak dengar cerita pasal kekejaman ni, mesti atuk nenek kau pun talibarut. Bosan la tengok org mcm kau..patriotik muda konon. kurang pendidikan sekular ni 2009 Jun 3 00:40 si pekak dan si bisu berkata... satu lagi perkara yang ingin saya tanyakan. adakah pak tuah mngenali Allahyarham Pak Long Burung @ Zainal Abidin. Arwah bukan seorang komunis. tapi berdasarkan sejarah yang saya pelajari dari sahabat handai, arwah dahulunya pernah menyamar dan menyertai komunis semata2 untuk mengambil ilmu2 komunis. bukan untuk di praktikkan, tapi mengambil ilmu dari komunis untuk melawan mereka semula. apabila kita tahu ilmu mereka, jadi kita ada modal dan kuasa untuk melawan mereka semula. kita juga digalakkan untuk mempelajari mengenai bangsa asing. itu apa yang dilakukan oleh Arwah Pak Long Burung. mnyamar dan mengambil ilmu dari komunis. bagaimana pula komunis melayu yang lain? Wallahualam... http://syafeque.blogspot.com 2009 Jun 3 00:47 crewradix berkata... BLOG NI BEST..PENUH ILMIAH..TERUSKAN TANPA HENTI.. 2009 Jun 3 01:06 Tanpa Nama berkata... Salah satu sebab-sebab Indonesia di bawah pimpinan Bung Karno pandang rendah Tunku ialah Tunku rela jadi boneka @ talibalut Anglo-Amerika dan menandatangi AMDA yang membenarkan beribu-ribu askar Komanwel bertapak & beroperasi di Malaya. Rakat Indonesia berasa bangga kerana mereka berani lawan penjajah mereka dengan revolusi bersenjata. Melayu di Malaya pada masa itu masih tidak sedar diri dan ramai diperbodohkan oleh propaganda penjajah yang disebar olen tabibalut-talibalutnya, iaitu Umno & Raja-raja Melayu serta imam-imam yang tamak haloba & gila kuasa. 2009 Jun 3 01:10 Si Pekik A.K.A Si Pekak berkata... Si Pekak dan Si Bisu (wtf??) Komunisme hanyalah sistem politikal ekonomi, tak ada kena mengena dengan perkauman. Komunis melayu tak wujud, yang ada cuma pejuang kemerdekaan yang mungkin telah dinafikan.... Maybe tak perlu hurai panjang lebar, baca sahaja riwayat Che Guevara, satu contoh revolusioner agung yang sehingga kini disanjung generasi radikal (The New Left) dan ikon budaya seantero dunia. 2009 Jun 3 01:20 Tanpa Nama berkata... emm sebab tu one malaysia sokong bahser ingeris, depa takut tgk chin peng cakap melayu sedangkan wakil kerajaan cakap ingeris,,,ehheheh mmg dasar sentiasa terjajah, hidup TRM rejimen ke 10. mamat banting wei, kalau ko nak tau saper yang kejor tok janguut, tok bahaman, haji limbung dll pejuang melayu dari dulu lagi adalah org melayu..tali barut org putih, balachi dan mamat bodoh, so apsal korang la ni guna istilah pejuang pada depa, saper jd mata2, saper jd tukang tangkap pejuang2 tersebut, dan dengan itu dlm perang hantu mesti dibunuh dok kira melayu ker apa ker,,,, 2009 Jun 3 01:38 Tanpa Nama berkata... ehhehehe Pak Long Burung tu Penipu Besar la weiiii.... 2009 Jun 3 01:46 Mat Amin berkata... sila lihat ini sebagai tatapan: http://www.themalaysianinsider.com/index.php/component/poll/24-should-chin-peng-be-allowed-to-return-to-malaysia 2009 Jun 3 07:36 Takbai berkata... Kalau PKM dihidupkan kembali, aku akan sertai PKM ... aku akan hancurkan UMNO 2009 Jun 3 08:10 Poktehzul berkata... Kepada ABDUL RAZAK IDRIS.. suara genarasi muda mana yg ko bawa?? Kalau suara pemuda UMNO PONDAN bleh la lu cakap gitu. Kami generasi muda baru akan pasti kan next election UMNO akan bungkus dan pupus di bumi malaysia. Kami bukan sebangang pemuda umno banting.. agak agak lu ni hanya ketua pemuda cawangan je. sebab tu menyalak tak tentu pasal. Lu nak kecoh kecoh pasal sungai siput.. Batang kali massacre apa citer?? Hanya pemuda PONDAN UMNO saja yang buta sejarah.. 2009 Jun 3 09:35 Tanpa Nama berkata... salam semua.. adalah menjadi hak masing2 untuk memilih dan menyokong mana2.. dan aku memilih untuk sokong pkm berbanding umno... 2009 Jun 3 14:57 Tanpa Nama berkata... Melihat Sejarah dengan ilmu bukan emosi. Sejarah adalah masa lampau yang perlu diperhatikan. Kita tidak terikat untuk mangatakan benar @ salah apabila membaca Sejarah. Kepada bekas polis dan tentera, sepatutnya dapat berfikir sejenak, apakah benar pihak pemerintah menilai dan meletakkan kamu di tempat yang sebenar. Ramai anggota tentera yang cedera, kehilangan anggota badan masih hidup susah di dunia nyata. Terpaksa mengemis memohon sedekah. Ini bermakna anda hanya diperkudakan sahaja. Nak mintak tanah seekar pun payah, sedangkan perasuah diberikan ribuan ekar tanah untuk hidup senang. Apa yang jadi pada Leftenan Adnan, pahlawan yang terkorban, APA PEMERINTAH BERI KEPADA KELUARGA MEREKA. Nilai anda diguna dan diperaskan keringat. Didoktrinkan dalam pemikiran orang lain semuanya salah, yang betul hanya pemerintah. Didoktrinkan apa yang dibuat untuk agama, bangsa dan tanahair. Yang sebenarnya apa yang dilakukan hanya demi pemerintah, umpama kata - kata Hang Tuah, Biar dicampak ke dalm neraka, derhaka Sultan tidak sekali. Sedangkan Allah memberi akal, panduan dan fikiran, malangnya ramai yang meletakkan gaji bulanan lebih dari suruhan Allah. Jadilah jiwa merdeka, MERDEKA DAN TERUS MERDEKA. HANYA PADA ALLAH KITA TAKUTKAN. 2009 Jun 3 15:20 si pekak dan si bisu berkata... sape yang kutuk Pak Long Burung tu? orang tu dah arwah la... ko yang x tau pape jgn memandai la... aku benci org bodoh yang buat2 pandai... 2009 Jun 3 16:21 si pekak dan si bisu berkata... Ingin tahu mngenai sejarah peristiwa 13 Mei 1969? Sila lawati blog ini: http://syafeque.blogsot.com 2009 Jun 3 16:31 Tanpa Nama berkata... Di Malaysia kini masih byk org tidak dpt menerima hakikat sejarah perjuangan Komunis & faktor sejarah sebenar di tanah melayu ni sehingga sanggup dipermainkan oleh media2 terutm Utusan Malaysia yg jadi pembesar suara UMNO yg sering mainkan senario perkauman & memecahbela perpaduan rakyat. sedangkan PM kita presiden UMNO sedang giat membuat lawatan resmi utk mengeratkan hubungan, semperna 35tahun hubungan deplomatik dgn Cina negara mengamalkan fahaman komunisma terbesar di dunia sejak 1949.... 2009 Jun 3 19:18 Serious Shepherd berkata... "kisah keganasan komunis di Sungai Siput Perak yang membunuh pengurus ladang berbangsa Inggeris yang membawa kepada pengisytiharan darurat selalu diceritakan oleh ibu yang tinggal di Estet Peng Soon, Sungai Siput semasa zaman sebelum merdeka." Kalau tembak mati pengurus ladang berbangsa Inggeris adalah satu keganasan, adakah Siputum seorang pengganas kerana membunuh residen berbangsa Inggeris? Generasi muda konon, silap2 buku teks sejarah masa tu lebih menekankan jasa2 residen dan penasihat British. Generasi muda yang sebenar akan membandingkan 'Zaman Darurat' dengan 'War on Terror', 'Tentera Negara Komanwel' dengan 'Coalition Forces' di Afghanistan dan pasukan tentera yang ditubuhkan semasa darurat dengan Afghan National Army dan New Iraqi Army. 2009 Jun 4 07:36 Serious Shepherd berkata... Tlg padamkan kalau saya terpos dua kali. "kisah keganasan komunis di Sungai Siput Perak yang membunuh pengurus ladang berbangsa Inggeris yang membawa kepada pengisytiharan darurat selalu diceritakan oleh ibu yang tinggal di Estet Peng Soon, Sungai Siput semasa zaman sebelum merdeka." Kalau tembak mati pengurus ladang berbangsa Inggeris adalah satu keganasan, adakah Siputum seorang pengganas kerana membunuh residen berbangsa Inggeris? Generasi muda konon, silap2 buku teks sejarah masa tu lebih menekankan jasa2 residen dan penasihat British. Generasi muda yang sebenar akan membandingkan 'Zaman Darurat' dengan 'War on Terror', 'Tentera Negara Komanwel' dengan 'Coalition Forces' di Afghanistan dan pasukan tentera yang ditubuhkan semasa darurat dengan Afghan National Army dan New Iraqi Army. 2009 Jun 4 07:38 sayaanakmalaysia berkata... pelik dan jelik bila ramai sgt yg kononya terpelajar..kebebasan bersuara la..demokratik la kononya..semua ni hanyalah alasan untuk menyesatkan..sedih melihat fahaman politk menjadi batu penghalang nasionalisme jika benar pkm utk kemerdekaan kenapa selepas merdeka mereka tidak berdamai dan menyertai dunia realiti penubuhan negara? 2009 Jun 4 07:55 johan berkata... sayaanakmalaysia: 1. 31/8/1957 cuma merupakan bendera Union Jack diturunkan; 2. Hakikat yang sebenarnya adalah: a. dari 1958 ke 1968, IGP pertama bukan warga Malaya tetapi warga Britain, iaitu Sir Claude Fenner; b. dari 1858 ke 1984, beribu-ribu askar-askar penjajah dan sekutunya masih bertapak, beroperasi dan bermaharajarela di tanahair kita; 3. Itu sebabnya PKM terpaksan terus berjuang secara bersenjata untuk mengusir askar-askar penjajah demi memastikan kemerdekaan adalah benar dan bukan palsu atau "setengah masak". 2009 Jun 4 11:43 Tanpa Nama berkata... assalamualaikum pak amin, adakah pak amin salah seorang daripada orang kuat sayap kiri sebelom hartal... pak amin ada maklumat tersebut?? mintak ketengahkan sejarah2 tersebut... sebab waktu tu baru kite nmpak rkyat mana yg ingin memerdekakan negara 2009 Jun 4 12:18 johan berkata... MINTA MAAF: Di (b), angka "1858" adalah satu kesalahan taip-menaip. Tahun yang betul ialah 1958. 2009 Jun 4 12:20 Tanpa Nama berkata... jika PKM berjaya mengusir askar2 penjajah dan memerintah negara ini dari dulu hingga skrg ini(2009)... bagaimana dgn kedudukan agama ISLAM? bagaimana dgn kedudukan bangsa MELAYU? bagaimana dgn kedudukan RAJA2 n SULTAN2? bagaimana dgn kedudukan ekonomi MELAYU? bagaimana dgn askar2 n polis2 yg pernah berada bersama2 askar2 penjajah? thnks.. boyesen 2009 Jun 4 12:44 Mat Amin berkata... berkenaan pertanyaan tanpa nama di atas, jawapannya akan menyusun melalui Program Nasional PKM dan program khusus PKM pada masa sekarang (1980) (kalau tak silap tarikh). Berkenaan dengan askar2: askar2 Melayu bukan musuh utama, bertempur dengan mereka kerana terpaksa. Berkenaan dengan askar2 lain, sila rujuk 10 fasal perhatian. terima kasih kerana terus mengikuti blog ini 2009 Jun 4 13:16 Tanpa Nama berkata... maaf, bleh terangkan sedikit mengenai Program Nasional PKM dan Program khusus PKM? atau ada link? mengenai askar2 melayu tuh... jika dilihat, negara merdeka pada 1959. tetapi kenapa selepas merdeka pihak PKM masih menjalankan operasi? dan meletakkan senjata pada 1989.. kenapa? negara telah bebas sepenuhnya... thnks... 2009 Jun 4 13:50 Mat Amin berkata... Saudara tanpa nama, 1. Berekenaan polisi dan program itu harap bersabar kerana saya terpaksa menyemak dokumen berkenaan agar tidak tersalah fakta. 2. Sila saudara rujuk buku Said Zahari Mentí Lautan Gelora bahagian perundingan Baling. 3. Ulasan dari saudara Johan sudah jelas mengapa perang itu harus dipertahankan. Di bawah ini saya copy semula ulasan tersebut: ………………………………………………………………….. johan berkata... sayaanakmalaysia: 1. 31/8/1957 cuma merupakan bendera Union Jack diturunkan; 2. Hakikat yang sebenarnya adalah: a. dari 1958 ke 1968, IGP pertama bukan warga Malaya tetapi warga Britain, iaitu Sir Claude Fenner; b. dari 1958 ke 1984, beribu-ribu askar-askar penjajah dan sekutunya masih bertapak, beroperasi dan bermaharajarela di tanahair kita; 3. Itu sebabnya PKM terpaksan terus berjuang secara bersenjata untuk mengusir askar-askar penjajah demi memastikan kemerdekaan adalah benar dan bukan palsu atau "setengah masak". 2009 Jun 4 14:11 johan berkata... 1. Isu bilakah Malaya/Malaysia jadi benar-benar merdeka adalah penting dan berkaitan dengan sebab-sebab mengapa PKM terus berjuang secara bersenjata selepas 31/8/1957. Izinkan saya memberi pandangan saya yang selanjutnya sedikit: 2. "Merdeka" meliputi (a) bentuk (form) dan (b) intisari (substance) 3. Yang dikatakan "bentuk" itu maknanya bendera Union Jack diturunkan dan satu kerajaan terdiri daripada warga Malaysia ditubuhkan; 4. Yang dikatakan "intisari" itu maksudnya kuasa mengawal tentera dan polis serta hal ehwal luar negeri; 5. Jika dilihat dari segi tersebut, "merdeka" Malaya/Malaysia di antara 1957-1984 cuma mempunyai "bentuk" sahaja dan tiada "intisari" (substance) kerana: a. dari 1958 ke 1968, IGP pertama bukan warga Malaya tetapi warga Britain, iaitu Sir Claude Fenner; b. dari 1958 ke 1984, beribu-ribu askar-askar penjajah dan sekutunya di bawah perintah Ibu Pejabat mereka (iaitu Menteri Pertahanan United Kingdom) di London masih bertapak, beroperasi dan bermaharajarela di tanahair kita; 2009 Jun 4 15:48 Tanpa Nama berkata... soalan tambahan... bagaimana pula dgn para pejuang yg tidak mewakili askar2 penjajah yg telah mati dibunuh? disini tidak perlu sy terangkan sape pejuang tersebut.... ramai pejuang2 tersebut telah mati dibunuh dgn kejam.... kenapa pejuang tersebut dibunuh walhal sesama ISLAM??? 2009 Jun 4 16:49 Tanpa Nama berkata... soalan tambahan... bagaimana pula dgn para pejuang yg tidak mewakili askar2 penjajah yg telah mati dibunuh? disini tidak perlu sy terangkan sape pejuang tersebut.... ramai pejuang2 tersebut telah mati dibunuh dgn kejam.... kenapa pejuang tersebut dibunuh walhal sesama ISLAM??? 2009 Jun 4 16:49 Tanpa Nama berkata... soalan tambahan... bagaimana pula dgn para pejuang yg tidak mewakili askar2 penjajah yg telah mati dibunuh? disini tidak perlu sy terangkan sape pejuang tersebut.... ramai pejuang2 tersebut telah mati dibunuh dgn kejam.... kenapa pejuang tersebut dibunuh walhal sesama ISLAM??? 2009 Jun 4 16:53 Tanpa Nama berkata... soalan tambahan... bagaimana pula dgn para pejuang yg tidak mewakili askar2 penjajah yg telah mati dibunuh? disini tidak perlu sy terangkan sape pejuang tersebut.... ramai pejuang2 tersebut telah mati dibunuh dgn kejam.... kenapa pejuang tersebut dibunuh walhal sesama ISLAM??? 2009 Jun 4 16:54 johan berkata... 1. Adalah Umno yang pertama memperjuangkan merdeka tanahair ? Sila handapi fakta-fakta: 2. PKM mula lawan penjajah sejak penubuhannya pada 30/4/1930 manakala Umno yang asal ditubuhkan di 1946 sahaja. PKM lawan penjajah 16 tahun sebelum lahirnya Umno yang asal; 3. Umno yang asal itu (1946-1988) tiada rekod melawan penjajah; sebaliknya, Umno asal (1946-1988) rela menggadai maruah tanahair dan bangsa dengan melulusan Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya atau AMDA yang membenarkan beribu-ribu askar-askar penjajah bermaharajarela di tanahair kita sehinnga 1984; 4. Umno Asal (1946-1988) juga membenarkan jawatan IGP dari 1958-1968 dipegang oleh warga Britain, iaitu Sir Claude Fenner; 5. Walaubagaimana pun, Umno Asal yang ditubuhkan pada 1946 sudah dikuburkan oleh Dr. Mahathir dan tiada lagi; yang ada sekarang iaitu Umno (Baru) yang ahli-ahlinya TIDAK termasduk Tungku Abdul Raman, Tun Abdul Razak & Hussein Onn. Razak sudah meniggal dunia pada 1976 dan Tunnku & Hussein Onn enggan menyertai Umno (Baru) yang ditubuhkan oleh puak Mahathir pada 1988; 6. Inilah fakta-fakta sejarah yang tidak lagi boleh dipertikaikan. 2009 Jun 4 17:02 Blogger berkata... komen sayaanakmalaysia 'sedih melihat fahaman politik menjadi batu penghalang nasionalisme' Idup lagi kaum-kaum pro umnOh ni Memang banyak generasi muda terpesong...so ape masalah? Yang memesongkan tu pemimpin2 yang sibuk pegang lambang keris tu gak. Hero2 yang ko sanjung. So kalau kita dah lupa perjuangan tali barut semua tu, jangan salah kan kami... Kalau kita tak anggap mahader, najib, tah sapa2 lagi tah sebagai pemimpin, jangan terhegeh-hegeh melenting..jelik la dengan orang macam ko Nasionalisma? Ape tuh? Tempat najis talibarut melayu ke? cam mak bapak ko kot. 2009 Jun 4 17:40 johan berkata... 1. PKM memang menghormati KMM dan PKMM sebagai kawan-kawan seperjuangan dalam proses menghalau penjajah; 2. Tetapi, fakta sejarah adalah bahawa KMM ditubuhkan hanya pada 1939 dan PKMM pada 1946; 3. PKM sendiri ditubuhkan secara rasminya pada 30/4/1930 4. Fakta-fakta sejarah tersebut adalah jelas sekali sekarang dan PKM-lah parti zaman moden yang pertama memperjuangkan kemerdekaan pun tidak lagi dinafikan. 2009 Jun 4 17:50 Mat Amin berkata... Maaf keapda saudara Johan, sedikit pembetulan fakta untuk ulasan saudara: KMM didirikan pada bulan Mei 1937. 2009 Jun 4 18:15 Mat Amin berkata... PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) didirikan pada bulan Oktober 1945 2009 Jun 4 18:21 johan berkata... 1. Terima kasih dirakamkan kerana memperbetulkan kesilapan-kesilapan tersebut. 2. Walaubagaimana pun, dari segi "timeline", PKM (1930) masig merupakan parti zaman moden yang pertama memperjuangkan kemerdekaan tanahair, diikuti oleh KMM (1937), PKMM (1945). 2009 Jun 4 20:26 Tanpa Nama berkata... saudara johan ni pengkaji sejarahkah? saya kagum dengan fakta yang diberikan...tidak emosional dan ulasan yang bernas dan tidak mencampuradukkan ulasan dengan arus politik semasa...syabas 2009 Jun 5 02:32 Tanpa Nama berkata... banyak betol si bodoh yang terhasut dengan fahaman komunis yang tidak ade asas ni. komunisme, konon-kononya memperjuangkan kebebasan gologan marhaen. sila beri pendapat anda wahai mat amin terhadap peristiwa tiananmen sq di negara komunis china 20 thn yg lepas, june 5th. mane katanye pembela golongan pekerja? pembela golongan petani? revolusioner? oi si pekak AKA si pekak, jangan jadi bodohla. balik, daftar universiti blk mengaji betol2. haih~ hingusan betol kau ni. si pekak dan si bisu, tlong la jangan tunjukkan sgt kebodohan kau tu. g blk sambung baca buku la. pak mat amin oi. berhenti la tu. kau rasa kau betol, umno pon x nak mengaku salah. korg pon da kalah klu ikutkan fakta fizikal nye. letak senjata tu tanda ape? tanda PKM desperate masa thn 1989, x bole nak lawan lagi, da x nampak yang mereka akan berjaya sebab tu korang letak senjata. jgn la korg nak mengaku yg korg ni pejuang. aku ludah muka korang plak nnt. 2009 Jun 5 02:55 Serious Shepherd berkata... Saya tertarik untuk menjawab soalan tambahan yang terpos banyak kali. Ustaz Ibrahim Libya TIDAK mewakili komunis tetapi mengapa beliau dibunuh? Bukannya dia pandai buat booby trap atau simpan banyak stok senjata. Polis yang bunuh dia pun sesama Islam dengan Ustaz Ibrahim Libya, macam polis di sebelah mayat Tok Janggut yang digantung secara songsang. Pastinya Nik Adli bin Nik Aziz tidak mewakili askar penjajah apabila beliau menentang komunis Soviet Union di bumi Afghanistan. Apa yang dia dapat? ISA selama 6 tahun! 2009 Jun 5 08:02 Tanpa Nama berkata... Disini Aku copy-paste balik apa yang hendak disampaikan oleh tuan blog ini dibawah tajuk "PERKENALAN BLOG NI" - hangpa yang dok hentam PKM tu tolong baca dan faham balik - akupun bukan penyokong PKM - tapi kita perlu terbuka dalam memahami sejarah - jangan hanya satu sejarah saja yang di terma - ia itu sejarah UMNO-MCA-MIC sahaja. Yg lain tu semua jahat dan ganas. Zaman au sekolah dulu aku diajar sejrah asia tenggara (termasuk Malaysia) -kami diberitahu - sebelum lahirnya parti yang ada sekarang yang mendabik dada sebagai pejuang kemerdekaan sebenar -UMNO-MIC-MCA- ada beberapa parti dan pertubuhan yang kemudiannya dituduh sebagai Haram dan pengganas - ia itu PKMM-AWAS-API-KMM-Hizbul Muslimin - bila pemimpin mereka ditangkap -ada yang dibunuh dan dipenjarakan - maka mulalah pejuang ini memilih jalan lain - itulah yang melahirkan kepelbagaian pertubuhan - termasuk PKM. Kalau hangpa kata PKM kejamdan ganas - saya suka mengatakan UMNO lebeh kejam dan ganas -sebab dia mengganas sehingga kesaat ini. Apeyang UMNO tak buat demi mengekalkan kuasa dan ekonomi tidak terjejas - demi kepuaan perut dan bawah perut. Semuanya dirogol diliwat - tabung mana dia tak pecah - Tabung haji yang tulen islam pun hancur berkecai - Ahli PAS yang islam pun depa tangkap dan bunuh. sejarah, tak us ira le - depa lahhh hero segala -dari merdeka hingga lah membawa kemajuan depa lah heronya - sampai lingkup negara (dari segi ekonomi- aa yang depa tak songlap)- orang lain semua penjenayah,perosak, kejam dan zalim - itu sebab - blog blog sepet ini dcari - demi untuk mendapatkan penjelasan seimbang walaupun tak semuanya, tapi cukup sekadar uttuk mendapatkan setitik sejarah dilautan luas - kalau UMNO tak menipu sejarah - percayalah - orang tidak semarah yang ada. Baca copy-pasterikut: "Ada pihak yang cuba filemkan sejarah mereka tetapi telah diharamkan penerbitannya. Justeru itu, blog KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN – KINI DAN SILAM ini perlu diwujudkan untuk memaparkan berita terkini dan sejarah silam para pejuang kemerdekaan agar disimpan untuk tatapan generasi akan datang. Sejarah bukanlah hanya satu penjelasan. Blog ini tidak ingin mengatakan bahawa sejarah yang dipaparkan di sini adalah satu-satunya versi sejarah yang paling tulen dan benar atau menganggap hanya Rejimen Ke-10 dan TRM di bawah pimpinan PKM saja yang berjuang bertumpah darah demi kemerdekaan tanah air,tapi blog ini ingin semua pihak yang jujur kepada fakta sejarah mengetahui bahawa sumbangan mereka tidak dapat dinafikan" sekian pandangan saya labu labi 2009 Jun 11 15:26 Tanpa Nama berkata... aku sokong labu labi bila kita berbincang dan berhujah disini..kita nak tengok sejarah dari kaca mata lain pulak setelah berpuluh tahun dengar lagu yang sama..tak berminat duk tepi, pak mat amin pun tak suruh sokong fakta dia..cuma memberi perjelasan sahaja..saya berminat untuk terus membacanya.. taban 2009 Jun 26 14:58
Sabtu, 2009 Mei 30
Rahsia TPNM
Sebahagian kader angkatan lama Rejimen Ke-10 TPNM
1. Setiap hari saya terima ratusan emel dari para pengunjung. Di sini, saya hendak ucapkan: Terima kasih yang tulus ikhlas. Dalam banyak2 itu, ada juga yang “nakal”; malahan yang lebih dari itu pun ada. Faham2 sajalah………. Walaupun terdapat macam2 cubaan, insya’Allah, saya tidak akan melatah ataupun terbawa-bawa dengan rentak gendang yang mereka palu. 2. Sekarang saya hendak respons kepada satu pertanyaan yang sering ditanya orang iaitu tentang “rahsia” tentera kami boleh bertahan puluhan tahun lamanya dalam perjuangan. Mengikut pendapat saya, ringkasnya ada beberapa faktor penting: Pertama, Tentera Pembebasan Nasional Malaya (atau kemudian dikenali sebagai Tentera Rakyat Malaya) adalah tentera pembebasan yang didirikan untuk melawan penjajah British yang menceroboh semula Malaya selepas Jepun. Ertinya, TPNM adalah tentera patriotik yang berjuang demi kemerdekaan tanah air dan rakyatnya. Hubbul watan minal iman! Watak inilah yang menentukan keunggulannya -- tidak seperti mereka yang berlawan kerana diupah atau dikuasai oleh tuannya (Inggeris). Kedua, bertentangan dengan apa yang sering difitnahakan, TPNM mempunyai disiplin kuat yang dituntut ke atas setiap anggotanya. Empat asas disiplinnya ialah:
1. Setiap tindakan patuh kepada perintah; 2. Tidak mengambil sebatang jarum atau seutas benangpun dari massa (orang ramai); 3. Sebarang rampasan perang harus dirasmikan; 4. Dengan ketat menyimpan rahsia tentera. Selain itu, terdapat pula 10 perkara yang wajib diperhatikan: 1. Pertuturan hendaklah ramah-tamah; 2. Berjual beli harus adil; 3. Barang2 yang dipinjam harus dikembalikan; 4. Ganti kerugian barang2 yang dirosakkan; 5. Rumah-rumah yang ditumpangi harus dibersihkan; 6. Menghormati adat resam; 7. Jangan memukul atau memaki orang; 8. Jangan merosaki tanam-tanaman; 9. Jangan berlaku tidak senonoh terhadap wanita; 10. Jangan menganiayai tawanan perang. 3. Mungkin ada banyak faktor lain lagi; memadailah yang itu dulu. Dicatat oleh M.A. di Sabtu, Mei 30, 2009 Label: sejarah, TPNM/TRM 85 ulasan: Tanpa Nama berkata... Pak Mat Amin, PTNM/Unit2 Regimen PKM : berjuang utk kemerdekaan negara dan rakyat? Polis/Tentera : berjuang kerana upah atau dikuasai? Dlm erti kata lain PTNM/PKM berjuang dgn ikhlas manakala Pasukan Polis dan Tentera berjuang krn kepentingan sendiri? Katakanlah kpd mana2 bekas,keluarga atau generasi Polis/Tentera jawapannya tentu sebaliknya. Anggota komunislah pengkhianat bangsa sebenar. Dr artikel terbaru Pak Mat ini saya dpt lihat Pak Mat lebih cenderung menonjolkan imej PTNM/rejimen komunis supaya dilihat baik dimata pembaca disamping memburukan imej pasukan polis/tentera. Saya jg membaca banyak komen2 yg diberi (termasuk dr Pak Mat sndr)melibatkan pengaruh politik semasa dan lebih cenderung menghentam parti kepolitikan dr lebih memfokuskan kpd kisah perjuangan komunis-pasukan polis/tentera dan kesannya keatas rakyat malaya/malaysia. Terima kasih. jagungmentah 2009 Mei 30 23:01 orang kampong berkata... tahniah atas usaha mengapungkan kembali sejarah,saya setuju atas sikap terbuka dalam melihat semula sisi sejarah agar ia dapat berkembang subur segar.atas dasar terbuka ini jugalah,saya sering tersenyum apa kala membaca beberapa ulasan yang terdapat dalam blog ini. ternyata, pengguna teknologi ini masih ada yang gemar berprasangka buta. 2009 Mei 31 00:19 Tanpa Nama berkata... Isu "republik" telah lama digunakan oleh puak-puak anti-komunis untk menghasut Melayu membenci PKM. Tetapi, adakah idea republik tidak baik langsung ? Jika republik tidak baik, mengapa ramai Muslim memilih republik sebagai bentuk kerajaan mereka: Indonesia, Pakistan, Iran, Irak, Turki, Mesir, Libya, Algeria, Uzbekistan, Kazakhstan, Turkmenistan, Kyrgyzstan, Tajikistan, dll. Adakah umat Islam di pusat-pusat Islam penting semua ini lebih bodoh daripada Muslim di Malaysia ? Jangan kita lupakan juga bahawa semua kuasa-kuasa besar di dunia yang modern ini adalah republik: America Syarikat, China, Russia, Perancis, Jerman dan India. Masa sudah sampai untuk minda Muslim Melayu tidak lagi disongsangkan dan diracuni oleh fikiran-fikiran yang ketinggalan zaman. 2009 Mei 31 00:30 Tanpa Nama berkata... yang cukup pantang dengan ideologi komunis ini di malaysia adalh golongan kerabat umno.mereka lebih suka berkawan dengan yahudi dan diperbodohkan oleh mereka.yes,they think they are not that stupid but they are!walau komunis ini baik mana pun mereka akan tetap buta hati tidak akn mengiktiraf bahwa PKM itu pernah menolong mereka menentang jepun!chin peng yg ingin pulang pun tidak boleh(konon takut beliau akan dianggap wira)kenapa kerajaan umno malaysia membeli jet pejuang rusia komunis?kenapa tidak saja beli jet amerika pro-israel?baru tahu bahwa amerika tidak akan tolong negara islam seperti malaysia ,umno memang seperti kaldai membabi buta kerana takut mengaku kesilapan mereka mendengar cakap penjajah.PKM ingin membela diri dari difitnah sebagai pengganas pun dituduh cuba menghidupkan ideologi komunis?makin umno ingin memburukkan PKM maka umno akan hilang sokongan kerana orang akan tahu umno itulah yg menipu melayu sendiri,bersekongkol secara belakang mari dengan yahudi yg sedang melanyak palestin. 2009 Mei 31 00:32 semutgatai berkata... Tuan, Di dalam buku Memoir Rashid Maidin ada menceritakan Rashid Maidin mengambil masa satu tahun melarikan dari dari Melaka ke Bentong Rejimen 10. Bagaimana beliau begitu cekal dan bersemangat?Bekalan dan strategi? 2009 Mei 31 01:28 Tanpa Nama berkata... Walaupun Perang Dingin sudah berakhir, tetapi kuasa-kuasa imperialis Barat, terutamanya Anglo-Amerika terus berusaha mencari peluang dan boneka di Dunia Ketiga seperti Malaysia untuk menentang and menghancur kuasa-kuasa alternatif yang enggan menjadi talibalutnya, seperti Iran dan China. 2009 Mei 31 02:16 crewradix berkata... Salam sy tertarik tentang berjual 'beli harus adil'so bermakna Pejuang2 dahulu adalah peniaga dan usahawan2 yg merencanakan ekonomi utk sesuatu pertubuhan...adakah TPNM ditaja oleh organisasi lain...Kpd Pejuang2 generasi baru jgn kita lupa perjuangan utk menegakkan ekonomi islam coz ekonomi islam adalah kekuatan untuk menumbangkan system ekonomi kapitalis yg dibawak oleh penjajah...Tanpa ekonomi yg kukuh bagaimana kiter nak berjuang???Wallahhuallam... 2009 Mei 31 02:39 anakMalaysia berkata... tapi pihak tuan masih juga membunuh orang2 kampung yang tidak bersalah,seperti ketua2 kampung,imam2 masjid.. tipular klu pihak tuan kata yang PKM ikut peraturan2 ini. abis tu,datuk2 saya dan rakan2 yang kene bunuh tu peciter..mereka bukan askar..hanya petani dikampung.sudah lar tu,toksah nk serabutkan lagi kisah2 ini dengan fakta yang meminta simpati.PKM ibarat terang lagi bersuluh,PEMBUNUH orang2 yang tidak berdosa.perjuangan anda telah terpesong setelah jepun kalah.. 2009 Mei 31 02:53 drinkinganddrivingisfun berkata... Hdup PKM! PKM akan terus subur didalam jiwa anak malaya Biar kan mereka dgn kata2 dusta they cant fool the youth of today. 2009 Mei 31 06:14 Tanpa Nama berkata... teruskan menulis bapak mat. Dedahkan sejarah yang belum tertulis. Sejarah harus dilihat dari sisi pihak yang menang dan kalah. Sejarah perjuangan aliran kiri perlu ditonjolkan lagi. Kemerdekaan hasil perjuangan semua. Bukan barua british sahaja walaupun saya anti komunis yang membunuh tentera Malaysia. Masih masih menghargai sejarah yang bapak tulis. Terus menulis dan semoga diampuni Allah wan ziarahsufi 2009 Mei 31 06:45 selimut putih berkata... Salam, Sebagai orang luar, saya melihat memang ada beberapa faktor lain mengapa TPNM boleh bertahan lama,sehingga hampir 40 tahun, antaranya: a) TPNM berlindung dan beroperasi dari Thailand, bukan dari bumi Malaysia. Pihak tentera Thai tidak kelihatan bersungguh-sungguh untuk "menghapuskan" TPNM, malah ada kalanya mengambil sikap "bersahabat" pula, oleh kerana TPNM tidak mencampuri urusan dalam negeri kerajaan Thai. b)Kalau tidak salah, TPNM selalu mengambil pendirian, "bertahan secara aktif". Maknanya mereka hanya menyerang balas jika diserang, tapi tidak menyerang lebih dahulu. Ini menyebabkan pertempuran dengan tentera Thai dapat diminimumkan, dan TPNM tidak mengalami kekalahan dalam pertempuran. c) Dari masa ke masa TPNM dapat merekrut ahli baru dari kalangan penduduk Melayu Thai. Ini memungkinkan keanggotaan TPNM sentiasa bertambah dan TPNM sentiasa mendapat darah baru. 2009 Mei 31 07:02 Kekacang berkata... Ceritakan agar rakyat generasi akan terbuka mata. Biarlah sejarah dikaji dari sudut mata kita. Hatta, Sejarah kita tidak pernah meraikan perjuangan pahlawan Melayu menentang Inggeris. Yang diagungkan hanya askar @ polis Melayu yang bekerja dengan British. Diarak dan dijunjung, merekalah syuhada' tanahair biarpun setiap bulan menerima upah dari British. Dan ramainya berakhlak buruk. Mungkin ada dari kita terpaksa menerima, yang menerima upah itu adalah ayah, bapa saudara, datuk atau saudara kita, itulah realiti kehidupan. Hatta para sahabat Rasul pun terpaksa menerima kenyataan sebahagian dari keluarga mereka yang mati kafir. Kebenaran tetap kebenaran yang perlu diterima. Masa terus berlalu, sejarah perlu diberi peluang kepada semua pihak, bukannya milik pihak British sahaja. Mungkin masih ada yang berkiblat dan bertuhankan British, yang pastinya mereka akan berlalu juga kerana bagi mereka hanya upah yang penting. 2009 Mei 31 07:26 Mat Amin berkata... Saudara selimut putih, Pendapat Saudara Selimut Putih mungkin juga menjadi salah satu penyebabnya. Yang terkesan dalam fikiran saya ialah memang keadaan tak sama dengan Malaysia. Ini mungkin kerana pengaruh penjajah British di kalangan pemerintah Malaysia begitu mendalam. Dalam perundingan damai 1989 juga cemas-cemas gagal, iaitu dalam pusingan ke-4 apabila kerajaan Malaysia tetap mahu mengenakan ISA ke atas PKM. Akan tetapi berkat adanya usaha yang iklas dari pihak Thai menyebabkan perundingan dapat diteruskan dan dalam pusingan kelima, kerajaan Malaysia telah bertolak ansur dalam masalah ISA tersebut. Rombongan perwakilan Thai dipimpin Jen Kitti Rattanachaya, panglima Ketumbukan Ke-4 yang secara langsung bertempur dengan kami. Dalam lawatannya ke kampung perdamaian beliau pernah menyebut “Saya percaya kepada kalian, kalian benar2 pejuang, bukan orang jahat” Selain itu, Kerajaan Thai juga berperang dengan Parti Komunis Thailand. Tetapi kini orang-orang Parti Komunis Thai boleh berada dalam cabinet. Satu perbezaan yang ketara antara kerajaan Thailand dan Kerajaan Malaysia 2009 Mei 31 07:43 Tok Sikai berkata... Masalah di Malaysia ni UMNO/BN/Perikatan semuanya betul.Yang betul dan benar tu hak mereka sahaja hingga kan yang lain mereka anggap semuanya salah dan tak benar. Walaubagaimana pun kebenaran tak dapat mereka tutup selama-lamanya. Saya sendiri tidak percaya kepada idealogi dan fahaman komunis,tetapi saya percaya kepada kebenaran.Saya harap apa yang Pak Amin bentangkan di dalam blog ini dapat menyerlahkan kebenaran tentang regimen ke-10 dalam usaha membantu kemerdekaan negara.Jadi dapatlah kita melihat kemerdekaan dari satu persepsi perjuangan yang lain. Terimakasih Pak Amin 2009 Mei 31 09:30 HOT ZOOM berkata... Salam, Perjuangan PKM menyalahi undang-undang Malaysia. Memang perjuangan untuk menentang penjajah itu betul tapi caranya tidak betul. Saya agak musykil,kenapa PKM mengambil jalan yang salah dari segi undang2 Malaysia andainya ingin menghapuskan penjajah.Pejuang di Malaysia juga bermatlamat sama iaitu menghapuskan penjajah. Jadi kenapa....kenapa....kenapa PKM berbuat begitu. Musykil.....musykil... Mungkin Rejimen 10 tidak sejahat Rejimen pimpinan Chin Peng kerana Rejimen 10 semuanya Melayu,tapi kenapa bersekongkol dengan Chin Peng? Chin Peng adalah pengkhianat negara yang sebenarnya. Rejimen 10 boneka Chin Peng dan orang Cina,seingat saya,PKM ni dikuasai oleh golongan Cina.Melayu jadi pak turut secara membuta tuli saja. 2009 Mei 31 09:39 Tanpa Nama berkata... Askar-askar dan anggota-anggota Melayu yang berkhidmat untuk kepentingan kolonial (1948-1957) ataupun Neo-kolonial (1957-1984) ada yang tidak sedar diri, ada yang cari makan dan pula yang diracuni oleh propaganda anti-komunisme perlbagai bentuk. Walau apa pun motif mereka, mereka adalah di sebelah kem musuh. Di perang, melawan kem musuh merupakan perkara biasa. 2009 Mei 31 10:46 Tanpa Nama berkata... Hi, HOT ZOOM: awak ni masih guna otak perkauman Umno/MC/MIC untuk cuba pecah PKM ? Ini cara zaman purba orang kasar. Zaman moden ni multiracial dan humanist. 2009 Mei 31 12:47 Tanpa Nama berkata... Pak Mat Amin/Moderator/Pembaca, Jika dilihat dr sejarah, penduduk cina dan india hanya mendpt taraf kewarganegaraan(kontrak sosial) semasa mencapai kemerdekaan dgn erti kata lain seblm merdeka mereka adlh pekerja2 yg dibawa masuk ke tanah melayu oleh British dan bkn warga tanah melayu. Sblm kedtgan Jepun tiada penentangan dilakukan oleh golongan pekerja ini ttp pergerakan penentangan oleh mrk bermula akibat penindasan tentera jepun keatas kaum cina majoritinya dan kaum melayu minoritinya. Selain buruh British kaum cina yg berniaga juga mengalami kesan yg teruk akibat penjajahan jepun. Ini menyebabkan mrk bersatu menentang jepun krn ditindas dan kepentingan mrk dicerobohi. Golongan buruh/tani/kelas bawahan adlh golongan terbanyak pd setiap masa di setiap negara. Golongan inilah yg menjadi sasaran utama pengaruh ideologi(komunis mahupun british). Selepas jepun menyerah kalah dan british kembali semula, kesedaran menentang penjajah sudah timbul didlm diri org melayu keseluruhannya berbanding kesedaran kecil sblm itu. Apa yg boleh dilakukan oleh mereka ini tanpa bantuan luar? Oleh itu dgn tiada pilihan sebahagian mereka menjadikan PKM sbg penyelesaian terbaik utk kelemahan itu. Dan ini juga merupakan peluang baik bg PKM dgn penyertaan anak melayu sbg unit mereka. Dgn itu, adakah boleh dikatakan PKM berjuang demi negara? Bukankah mereka berjuang demi kepentingan mereka dan tindakan balas dendam atas penindasan yg mereka alami? Meskipun boleh dikatakan perjuangan unit melayu(PTNM) ini dgn tujuan utk pembebasan tanah melayu dr penjajah british ttp bolehkah dikatan perjuangan mereka bkn sebagai alat PKM?(PTNM mungkin anak tanah melayu pd masa itu ttp PKM adlh dr buruh2 british/peniaga2 cina dan bkn anak tanah melayu-matlamat dan kepentingan perjuangan mereka berbeza). Mengikut kata Pak Mat Amin, didalam perang sememangnya perkara biasa musuh akan dibunuh.Perbezaan ketara adlh cara membunuh musuh yg dilakukan oleh PKM dan pihak polis/tentera. Dlm senario politik Malaysia sekarang pun masih boleh dilihat dimana bekerjasama dgn musuh kpd musuh adlh penyelesaian bg kelemahan menentang secara bersendirian tanpa mengira siapa dan matlamat organisasi tersebut asalkan musuh yg menjadi sasaran dpt ditewaskan. Dan sememangnya dimana2 sekalipun, golongan buruh/pekerja/tani/bawahan kebanyakannya berasa ditindas oleh majikan dan inilah yg menjadi sasaran utama organisasi politik diatas ketidak puasan hati mereka krn mereka adalah golongan terbesar dlm piramid masyarakat di seluruh negara dlm dunia ini. Kesimpulannya, tentera komunis PKM dan unit2nya boleh dikatakan sebagai salah satu faktor/penyebab yg menyumbang kemerdekaan tanah melayu dr british ttp bukan penyumbang kemerdekaan tanah melayu. Terima kasih. Secebis pendapat, jagungmentah 2009 Mei 31 13:04 Mat Amin berkata... berjual beli harus adil hanya ditujukan antara perajurit dengan massa rakyat. Ertinya perajurit tidak boleh memberi bayaran yang tak sepatutnya kepada massa. Ini bukan polisi/program, tapi disiplin untuk perajurit. 10 fasal perhatian terutamanya ditujukan antara perajurit dengan massa, termasuk juga tawanan perang. 2009 Mei 31 13:30 Mat Amin berkata... Saudara tanpa nama, PKM parti didirikan di atas dasar kelas, iaitu kelas proletariat. Jadi sewajarnyalah PKM berakar umbi di kalangan buruh dan orang miskin lapisan bawah. Mengapa pada masa awalnya PKM bukan terdiri dari orang Melayu? Kerana proletariat yang awal datang dari China dan India, tidak terdiri dari orang Melayu. Mengana ke adaan ini berlaku di Malaya? Inilah pengaturan strategi penjajah British. British sengaja asingkan orang Melayu daripada terlibat dengan ekonomi kapitalis monopilinya. Orang India dan China juga diasingkan, walaupun kedua-duanya terlibat dalam perusahaan ekonomi kapitalis British. Dasar ini dilaksanakan untuk 2 tujuan, 1. menyekat perkembangan kelas proletarian dari kalangan orang Melayu, 2. Mudah untuknya menjalankan polisi pecah dan perintah. Sebab itu, dari dulu hingga sekarang masyarakat kita masih tidak dapat keluar dari kepompong perkauman walaupunsudah 50 tahun lhb merdeka. Ini berbeza sama sekali dengan PKM. PKM berdasarkan kelas, tak kira melayu, cina, india dll. Secara ringkasnya parti komunis berjuang untuk kelas bawahan, terutamanya buruh dan tani. BN, secara lahirnya membela kepentingan kaum masing-masing, tetapi pada hakikatnya mereka menindas kaum sendiri dan mereka membela kelas penindas, kapitalis birokrat dan kapitalis modal monopoli asing. Sebenarnya sesama kapitalis2 itu mereka bersatu, tak kira melayu india atau china. Sebab itulah kaum setinggan sungguhpun ramai, tetapi kalah bila berdepan dengan beberapa kerat kaum kapitalis birokrat/comprador. Begitu juga kaum tani, permohonan tanah yang sekangkang kera itu nampaknya Amat sulit diluluskan sedangkan perusahaan modal birokrat/comprador (tak kita kaum) mudah saja mendapat tanah yang amat luas sekali. Apakah parti komunis di Malaya/Malaysia tak wajud tanpa orang China/India? Jika ada sistem kapitalis, parti komonis itu tentu wujud juga. Kalau kita lihat di kalangan orang komunis Melayu, pengaruh yang utama ialah revolusi Indonesia dan Parti Komunis Indonesia. Golongan nasionalis, sosialis Melayu juga pengaruh dari revolusi Indonesia. Sungguhpun begitu, revolusi2 lain di Asia tentu memberikan pengaruh tertentu juga ke atas mereka. 2009 Mei 31 14:07 Tanpa Nama berkata... Pak Mat Amin/Moderator, Bukankah dr komen balas Pak Mat Amin/Moderator diatas menunjukkan perjuangan PKM dan unit2nya termasuk PTNM adlh lebih berteraskan perasaan ditindas dan kepentingan individu melebihi kepentingan rakyat tanah melayu? Sekiranya PKM dan unit2nya benar2 berjuang utk membebaskan tanah melayu dr penjajah sudah tentunya mereka tidak akan bekerjasama dgn british semasa menentang jepun. Dan kemudiannya menentang british pula selepas jepun menyerah kalah. Bukankah ini menunjukan matlamat/tujuan mereka adlh atas dasar sesuatu kepentingan individu? Sekiranya benar2 mereka ingin berjuang atas dasar utk membebaskan tanah melayu dr british mengapa tidak mereka berjuang sblm kedatangan jepun dan terus sanggup menjadi buruh british. Ini jelas menunjukkan mereka berjuang atas dasar ditindas dan kepentingan individu lebih dr kepentingan tanah melayu. Tidakkah Pak Mat Amin/Moderator berpendapat PTNM telah membuat pilihan yg salah bg mendptkan sokongan dan bantuan dr PKM sbg memenuhi tujuan/matlamat asal utk menghalau penjajah british? Adakah PTNM berpendapat bhw amat sukar bg golongan tani/bawahan utk menentang british secara bersendirian melainkan mendpt kerjasama dr PKM? Terima kasih kerana sudi memberi komen. jagungmentah 2009 Mei 31 14:35 johan berkata... Johan mengucapkn tahniah kepada Mat Amin kerana blog ini jelasnya satu kejayaan yang luar dukaan. 2009 Mei 31 14:38 Tanpa Nama berkata... apa pula cerita peristiwa batang kali di mana pendudk sana dibunuh askar british dengan kejam kononnya mereka adalah komunis? janganlah hanya pandai menuduh PKM kejam,bagaimana pula hukuman di zaman nabi muhammad ,kejam juga ke?polis memukul mati suspek secara senyap di dalam lokap sejak zaman darurat lagi apa pula cerita? komunis hanya akn menembak mati musuhnya jika didapti mereka adlah"informer",tali barut british menyampaikan maklumat gerakan PKM,menindas buruh ladang teutama wanita seperti mencabul dll. 2009 Mei 31 14:59 Si Pekik A.K.A Si Pekak berkata... Yg kat atas ni johan jaafar ke.. hahhaa Nice expose from a great comrade. 2009 Mei 31 16:08 Mat Amin berkata... Bekerjasama dengan British adalah satu taktik perjuangan. 200 orang kader2 PKM yang dibebaskan pasa masa itu telah diberikan latihan singkat oleh penjajah British. Pertempuran terakhir mempertahankan Singapura justeru dipimpin oleh kader PKM. Begitu juga dengan KMM yang bekerjasama dengan Jepun. KMM bukanlah benar2 nak bantu Jepun, tapi mahu menggunakan tangan Jepun untuk kemerdekaan tanah Melayu. Dengan menggunakan kedudukannya yang halal KMM telah menubuhkan pasukan bersenjatanya sendiri bernama PETA. 2009 Mei 31 16:50 selimut putih berkata... Salam, Adakah Chin Peng betul-betul mahu kembali ke Malaysia? Saya kira tidak. Saya cuba buat spekulasi dalam blog saya: http://jiwa-yangtenang.blogspot.com 2009 Mei 31 17:33 Tanpa Nama berkata... Pak Mat Amin/Moderator, Bagaimana Pak Mat Amin/moderator mengatakan kerjasama yg diberikan PKM kpd british adlh suatu taktik perjuangan? Adakah sekiranya british memenuhi kehendak PKM setelah berjaya mengusir jepun maka PKM tidak akan menentang british(maka tidak wujudlah TPNM dan tidak wujudlah negara Malaysia spt hari ini). Sekiranya tuntutan tidak dipenuhi spt yg tlh berlaku dlm sejarah Malaysia maka PKM mengambil tindakan ketenteraan yg telah dilakukan dahulu? Dgn kata lain, sekiranya pihak haluan kiri spt PKM bekerjasama dgn british ianya dikatakan strategi perjuangan ttp sekiranya pihak lain melakukannya dikatakan pengkhianat dan anjing british? Utk membebaskan tanah melayu/negara dr penjajah semmgnya pengorbanan diperlukan ttp bukankah perlu utk meminimumkan kesengsaraan yg dialamai rakyat tanah melayu? Cara Pak Mat Amin/Moderator berfikir dan berideologi dgn menyatakan PKM berjuang berdasarkan kelas iaitu kelas buruh/tani/bawahan dan bukan berdasarkan kaum menunjukkan PKM bukan berjuang utk semua ttp menggunakan kelas buruh/tani/bawahan ini dgn bijaknya utk mencapai matlamat kepentingan individu krn golongan inilah yg banyak tertindas dan mudah dipengaruhi akibat penindasan itu. Struktur taraf hidup masyarakat dan taraf pendidikan pd masa itu adlh sama iaitu berbentuk piramid. Maka golongan dasar piramid(taraf hidup:buruh/tani/bawahan; taraf pendidikan:rendah) adlh golongan majoriti dan terbesar. Ttp hari ini walaupun struktur taraf hidup masih berbentuk piramid ttp struktur taraf pendidikan telah berubah dimana golongan majoriti terbanyak adalah golongan yg mendpt pendidikan pertengahan(boleh juga dikatakan berbentuk diamon). Bukankah kumpulan majoriti terbanyak adlh kumpulan sasaran sesuatu ideologi bg mencapai matlamat mereka? Cara begini menunjukkan persamaan dgn sebuah parti politik yg juga menggunakan cara yg sama utk meraih sokongan majoriti kebanyakan. Sekali lagi kesimpulannya, PKM dan unit2nya mmg menjadi salah satu faktor/penyebab kearah kemerdekaan tanah melayu ttp bukan penyumbang kpd pembebasan tersebut. Terima kasih. jagungmentah 2009 Mei 31 18:47 Tanpa Nama berkata... Jika spekulasi Selimut Putih betul dan tepat, maka Umno boleh dikatakan bodoh sangat. 2009 Mei 31 18:55 Mat Amin berkata... komunisme dan imperialisme adalah saling berlawanan. Penjajah British setuju atau tidak, perjuangan untuk mengusir penjajah British akan bermula selepas kekalahan Jepun, mungkin caranya brelainan. 2009 Mei 31 19:19 Tanpa Nama berkata... Pencerobohan fasis Jepun dan imperialis Inggeris mungkin sudah menjadi sejarah tetapi sejarah mungkin berulang dalam zaman neo- imperialisme anglo-amerika bermusuhan dunia islam: lihat apa berlalu di irak & afghanistan. sebab itulah, kita kena berwaspada umno sekali lagi menjualkan maruah rakyat dan tanahair untuk menjadi talibalut atau anjing neo-imperialisme anglo-amerika. 2009 Mei 31 19:57 Tanpa Nama berkata... Pak Mat Amin/Moderator, Adakah komen balas Pak Mat Amin/Moderator menunjukkan ada suatu perjanjian/persetujuan semasa PKM bekerjasama dgn british utk menentang jepun ttp tidak ditepati selepas kekalahan jepun? Sekiranya british bersetuju dgn PKM selepas jepun kalah, apakah cara PKM yg dikatakan berlainan utk tetap mengusir british? Secara bersenjata juga atau diplomatik? Mana mungkin kita dpt mentafsirkan niat sebenar sesuatu pihak yg bekerjasama dgn penjajah british adlh taktik perjuangan atau anjing suruhan. Sudah tentu pihak yg dipilih british akan digelar anjing suruhan oleh pihak yg tidak dipilih british krn masing2 mahukan keputusan dan kekuasaan berpihak kpdnya. Namun dlm perjuangan, walau tidak dpt dielakkan pertumpahan darah ttp kesengsaraan rakyat tanah melayu harus diminimumkan dan tujuan perjuangan adlh utk melindungi rakyat tanah melayu sendiri. Terima kasih. Secebis pendapat, jagungmentah 2009 Mei 31 20:18 Mat Amin berkata... PKM dalam kesimpulan pengalamannya menyatakan bahawa akibat pengkhianatan ejen dalam selimut Lai Te, parti melakukan kesalah garis kanan iaitu melepaskan perjuangan bersenjata dan tidak mengisytiharkan kemerdekaan setelah fasis Jepun menyerah kalah. Ini bererti sepatutnya PKM menentang British semula setelah Jepun kalah. Jadi tidak timbul komunis dan imperialis bersekutu. Jika ada parti komunis yang bersekutu dengan imperiaisme dalam dasar pokoknya, bererti parti itu bukan bersifat komunis lagi. (harap tidak memberi tokok tambah ke atas nama saya) 2009 Mei 31 20:37 Tanpa Nama berkata... Saya amat tertarik dengan pandangan Tuan Guru Nik Aziz dalam memperkatakan ideologi ataupunn prinsip yang dipegang oleh keseluruhan ahli PKM. Pandangan Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) jelas menyatakan diantara yang bertentangan dengan Islam bukan sahaja ideologi komunis, malah ideologi dan prinsip yang dipegang Umno juga jelas menyalahi akidah Islam. Matradin Petikannya seperti berikut: Mursyidul Am PAS itu berkata, fahaman-fahaman yang jelas bertentangan dengan Islam termasuk komunis dan nasionalisme perlu ditolak. Apa pandangan Pak Mat Amin dalam hal ini 2009 Mei 31 20:42 Mat Amin berkata... Saya menghormati pandangan Tuan Guru Nik Aziz. Bagi saya komunis ke apa ke tak kisah asalkan rakyat miskin benar2 dapat dibela, asalkan kekayaan negara dapat dirasai oleh seluruh rakyat secara adil (bukan remah2 roti), asalkan tidak wujud polarisasi yang terlalu jauh seperti sekarang ini. Kalau UMNO sekalipun yang dapat melakukan ini, maka saya akan sokong UMNO. 2009 Mei 31 20:59 Tanpa Nama berkata... teringat kisah memali tahun 85 dimana menteri2 melayu(islam?) menghantar polis hutan utk membunuh ustaz ibrahim libya dgn kejam dan hina dgn alasan kononnyer penempatan komunis. kalau lah PKM terima syarat kerajaan utk diseret ke penjara mungkin menerima nasib yg sama dan sejarah boleh ditulis sewenang2 oleh yg menang. sy x menyokong ideologi komunis tp sy menghargai para pejuang yg mencetuskan perjuangan kemerdekaan. dlm peperangan akan ada yg x bersalah menjadi mangsa. moge satu hari kisah2 yg x mendapat keadilan di mahkamah negara kite akan terbongkar jua dengan izin Allah. 2009 Mei 31 22:12 Tanpa Nama berkata... Saya menghormati pegangan Pak Mat Amin dalam menangani isu rakyat dan kemiskinan. Apatah lagi prinsip Pak Mat Amin membela rakyat marhaen, tapi alangkah elok sekiranya prinsip murni itu dibaja dengan akidah yang luhur sepertimana yang dianjurkan oleh Islam. Tuan Guru Nik Aziz pernah berkata sepertimana Pak Mat nyatakan "Kalau UMNO sekalipun yang dapat melakukan ini, maka saya akan sokong UMNO", tapi bezanya TGNA jadikan perjuangan Islam sebagai sandaran untuk menyokong UMNO. Bagitulah luhurnya pendakwah seperti TGNA, apakah sanggup seluruh anggota PKM menghabiskan sisa-sisa hidup menyahut seruan TGNA menegakkan Islam di bumi Malaysia ini. Matradin 2009 Mei 31 22:27 matradin berkata... Pak Mat Amin, kalau tak keberatan saya berhajat nak online YM dgn Pak Mat, saya banyak perkara yang perlu dijelaskan supaya tidak menyalahi fakta, terutamanya tentang perjuangan Islam yang di bawa oleh Dr. Burhanuddin Helmi. 2009 Mei 31 22:52 matradin berkata... Pak Mat Amin cubalah lihat catatan ini It can be said that Dr. Burhanuddin role in Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) is the most interesting part in his political activism. Many members of PKMM were from KMM and supported the idea of Melayu Raya/Indonesia Raya. Apart from that, many of its leaders are associated to the communist. Even though there are some true facts about the role of communist and socialism in PKMM, but Dr. Burhanuddin was able to neutralize these elements and have strong in his idealism and action. Dr Burhanuddin Al-Helmy adalah pejuang Islam yang tulen 2009 Mei 31 23:13 Kay Stanford Jr Kastum berkata... Bagi saya, semua ini penting bagi kita memahami fakta sebenar sejarah tidak kira apa fahaman politik kita. 2009 Mei 31 23:17 Tanpa Nama berkata... Walaupun saya menghormati hak Tok Guru bersuara, saya tidak setuju pandangannya tentang komunisme. Bagi saya, komunisme adalah lebih sejagat, progresif, rasional, saintif dan moden daripada Islam dan agama-agama lain sebagai prinsip-prinsip membina sebuah masyarakat yang adil dan saksama. 2009 Mei 31 23:32 selimut putih berkata... Salam, Di kalangan ulama di negara kita (termasuk Nik Aziz agaknya) memang ada yang berpendapat semua ideologi "ciptaan manusia" (komunisme, sosialisme, nasionalisme dll) adalah bertentangan dengan Islam. Ada pula di antara mereka yang menyamakan nasiolisme dengan assabiyah. Tapi saya adalah seorang yang tidak bersetuju dengan pendapat ini. Di Indonesia tokoh-tokoh seperti Haji Agus Salim dan juga Hamka tidak menganggap nasionalisme itu bertentangan dengn Islam. Jadi saya kira tidak semua pendapat Nik Aziz boleh dipakai. 2009 Mei 31 23:47 Tanpa Nama berkata... Saya ingin mendapat penjelasan dari Tok Guru Nik Aziz: jika seorang "atheist" hidup dengan tidak membuat apa-apa kesalahan, adakah beliau lebih baik ataupun lebih hina daripada seorang Muslim yang judi, minum, main perempuan, rampas kuasa dsbnya ? Siapa yang turun ke nereka dan siapa yang naik ke syurga ? 2009 Jun 1 00:20 Tanpa Nama berkata... ulang siaran bagi kefahaman asas apa itu komunis & jenis ideologi komunis yang dianut oleh bekas ahli PKM melayu Islam. ------------------------------------------- Saya lihat ramai yg masih confuse dgn istilah "Komunis". Komunis sebenarnya adalah satu sistem ekonomi bermaksud semua harta kekayaan adalah milik negara, negara diwakili oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat, oleh yang demikian harta kekayaan adalah sebenar-benarnya milik rakyat. Lawan kepada sistem ekonomi komunis adalah sistem ekonomi kapitalis yang diamalkan diseluruh dunia hari ini. Sistem kapitalis berteraskan kepada modal dimana siapa ada modal dia akan kaya. Kaum pemodal tidak perlu bekerja keras sbb bulan-bulan makan interest atas modal. Negara China mengamalkan sistem ekonomi campuran (hibrid) komunis + kapitalis. Persamaan komunis dgn pengganas adalah ciptaan & jajaan British bagi menakut-nakutkan rakyat especially org melayu walhal melayu yg masuk komunis adalah melayu islam yang berpegang teguh pada ajaran islam. Maknanya ideologi komunis itu tidak beragama tidak dipakai dikalangan org melayu islam, cuma nama komunis dipakai sebagai lambang ideologi politik dan ekonomi, tidak lebih dari itu. Kalau kita perasan pd hari ini, negara Barat sedang berusaha menanam ideologi Islam itu pengganas (terrorist). Ini samalah dgn dakyah British: Komunis itu pengganas. Kesannya: sampai hari ni org Melayu fobia dgn istilah komunis tanpa memahami apa sebenarnya terjadi & mengapa adanya perjuangan org melayu dengan mengangkat senjata melalui medium komunis. Kalau org Islam tidak hati-hati, mahu satu hari nanti org akan fobia dengan Islam (nauzubillah). Soalan: siapa sebenarnya pengganas?? Bukankah org yg menceroboh tanahair org adalah pengganas? Fikirlah sendiri, bukalah pikiran & befikirlah secara rasional bukannya emosional yang menguntungkan pihak-pihak berkepentingan. Banyakkan membaca, berfikir dan berdiskusi untuk menajamkan pemikiran. Dr. Ekonomi/melayuUK United Kingdom 2009 Jun 1 00:30 Tanpa Nama berkata... Pak Mat Amin/Moderator, Adakah Pak Mat Amin/Moderator benar2 yakin dgn perjuangan senjata yg dilakukan PTNM dgn menjadi sebahagian dr unit rejimen PKM sbg bantuan/sokongan perjuangan menentang british adlh pilihan tindakan yg terbaik pd masa itu utk semua rakyat tanah melayu terutamanya bg golongan buruh/tani/bawahan? Semmgnya penjajah portugal, belanda, british dan jepun menjajah tanah melayu(lebih 400 thn) krn ingin mengaut hasil yg bkn hak mrk dan berlagak sbg tuan dgn menjadikan penduduk tanah melayu dan buruh cina dan india yg dibawa masuk sbg kuli mrk. Dlm sistem kesultanan, penjajahan, kerajaan dan mana2 organisasi sekalipun yg terbentuk atau dibentuk, sistem hierarki pasti berlaku. Dgn itu, golongan yg diperintah(buruh/tani/pekerja/bawahan) pasti ada yg tertindas oleh tindakan golongan pemerintah(bangsawan/pemimpin/pemodal/majikan). Dgn memanipulasikan sentimen begini, sudah tentu golongan yg tertindas mudah dipengaruhi utk melawan. Jgn kata zaman penjajahan malah zaman kesultanan melayu dan zaman moden ini juga berlaku. Jika PKM dipilih oleh british dan memerintah adkh dijamin perkara ini tidak berlaku. Lihat saja dlm organisasi bekerja tanpa mengira fahaman politik majikan, pastinya terdpt golongan pekerja yg berasa tidak puas hati dan tertindas dgn tindakan majikan. Dgn kata lain, pembahagian kekayaan tidak mungkin sama rata dlm mana2 hieraki perjuangan ideologi. Yg bergelar org atasan sdh tentu akan melebihi yg bergelar org bawahan. Dgn itu, bagaimanakah Pak Mat Amin/Moderator boleh menyatakan perjuangan PKM adlh perjuangan yg tulen manakala pihak polis/tentera adlh berjuang krn upah atau arahan british? Dr pengalaman dan sejarah, terbukti komunis yg lebih banyak menambah derita penduduk sebaliknya pihak polis/tentera melindungi penduduk tanah melayu. Komen saya adlh lebih tertumpu kpd kewarasan perjuangan bersenjata diantara komunis dgn pihak polis/tentera selepas merdeka melebihi perjuangan politikal haluan kiri dgn haluan kanan pd masa itu. Terima kasih. jagungmentah 2009 Jun 1 01:01 Mat Amin berkata... Saudara matradin Dr. Burhanuddin seorang pejuang yang besar, berpandangan jauh. Sehingga hari ini tiada tokoh penggantinya. Di hati saya, beliau samalah dengan Ghandi di India, Chou En Lai di China. 2009 Jun 1 01:03 Tanpa Nama berkata... Saudara tanpa nama, Bolehlah harapnya jika saya yg cetek pengetahuan ini menjawab soalan saudara kpd TGNA itu. Sbg muslim yg berpegang kpd ajaran Islam, walau bagaimana baik pun seseorg itu ttp jika dia mati dlm keadaan kafir(dlm bhs lembutnya diluar akidah Islam)tempatnya tetap dineraka. Terima kasih. jagungmentah 2009 Jun 1 01:10 Mat Amin berkata... Saudara Tanpa Nama / jagungmentah, Sebelum saya menjawab soalan saudara, tolong jawab soalan saya terlebih dahulu. Mengikut pandangan saudara apakah penjajah British itu baik atau sebaliknya? Kalau dia baik terangkan secara ringkas dan juga kalau sebaliknya. 2009 Jun 1 01:13 Mat Amin berkata... begitu cepat saudara tanpa nama/jagung mentah menghubungi tok guru... dan harap jawab soalan saya di atas 2009 Jun 1 01:23 Tanpa Nama berkata... Pak Mat Amin/Moderator, Bkn shj penjajah british, malah segala penjajah portugis, belanda dan jepun juga memberikan impak kpd penduduk tanah melayu. Faedahnya ada tetapi terlalu kecil jika dibandingkan dgn keburukan yg dibawa. Bknkah mrk menjajah krn sumber kekayaan bumi dan pengaruh ideologi mereka dan bknnya demi kesejahteraan penduduk tanah melayu yg merupakan nenek moyang kita? Hrp jwpn saya memuaskan Pak Mat Amin/Moderator. Terima kasih. jagungmentah 2009 Jun 1 01:29 Tanpa Nama berkata... Pak Mat Amin/Moderator, Jawapan saya mengenai asas Islam itu merupakan jawapan yg boleh dijawab oleh semua umat islam termasuk Pak Mat Amin/Moderator sendiri krn ianya perkara asas. Terima kasih jagungmentah 2009 Jun 1 01:33 Mat Amin berkata... Saudara tanpanama/jagung mentah, Terima kasih telah menjawab soalan saya dan kini giliran saya pula menunaikan janji. Jawapan yang saudara inginkan ialah: tertumpu kpd kewarasan perjuangan bersenjata diantara komunis dgn pihak polis/tentera selepas merdeka melebihi perjuangan politikal haluan kiri dgn haluan kanan pd masa itu. Sasaran pokok perjuangan bersejata ialah kaum penjajah. Kekuatan militer penjajah, pusat ekonomi penjajah menjadi sasaran serangan. Jika askar dan polis Melayu yang berkhidmat membela penjajah (termasuk mata-mata) sudah pasti menjadi sasaran. Kerana apa? Mereka bekerjasama dengan penjajah untuk memusnah perjuangan bersenjata. Saya rasa jawapan dari saudara tanpanama/Dr. Ekomoni itu sudah cukup jelas untuk soalan ini. Mungkin juga dalam tindakan ini berlaku ekstrim, tapi pada prinsipnya seperti yang saya sebut di atas. Berharap jawapan saya juga memuaskan saudara. tk 2009 Jun 1 01:49 Tanpa Nama berkata... al kisah British Police Chief, Henry Gurney yang ditembak PKM itu bekas Chief Secretary British Empire di Palestin di antara tahun 1946-1948, berkat usaha gigih Henry Gurney maka tertubuhlah negara Zionis Israel. syabas JAGUNG MUDA! 2009 Jun 1 02:59 MenateBroke berkata... Salam perjuangan, Pak Amin dan semua komrad. Terima kasih di atas usaha "pembongkaran sejarah" ini. Semoga semua rakyat dapat mengetahui hakikat sebenar sejarah negara mereka. cuma kenapa baru sekarang memasuki alam siber? sudah lama saya menanti. terima kasih... 2009 Jun 1 03:00 Tanpa Nama berkata... kepada saudara mat amin atau sesiapa saja yang mengendalikan blog ni. sudah-sudah la. barang yang lepas tu jangan dikenang lagi. komunisme suda terbukti gagal sehingga negara besar komunis soviet pon sudah lingkup. yang survive seperti china dan vietnam terpaksa membuka ruang kepada konglomerat/korporat/kapitalis/pemodal seperti nike, mcdonald sekadar menyebut beberapa contoh yang terkenal. jadi bagi saya, komunisme ini sudah terbukti hanya satu idealogi yg seperti gula-gula kepada kaum tani/buruh. ianya tidak lebih kepada satu bentuk khayalan yang diilhamkan oleh yahudi zionis(karl marx) untuk melekakan kelas bawahan supaya mereka terus berada dalam golongan yang ditindas. komunisme bentuk halus (sosialisme) lebih berguna untuk kita bincangkan dan promosikan. bahkan tidak melampau jika saya katakan yang kerajaan malaysia juga mengamalkan sedikit sebanyak prinsip sosialis dimana pendidikan dan perubatan disediakan murah untuk rakyat jikapun tidak percuma. rm1 untuk rawatan pesakit luar? pernah dengar? ape yg saya mahu sampaikan disini ialah, anda dan sebahagian lagi bekas militer2 tpnm dan pkm adalah orang yang terkhayal dengan perjuangan yang sia-sia dan juga bersifat menindas (bukan saja pada massa, bahkan pada diri kamu sendiri). bagi saya, manusia itu dalah sebaik apa yang dilakukan olehnye semasa hidup. jadi saya harap kamu fikirkan kembali usaha kamu menulis blog yang mengangkat perjuangan sia-sia dan bersifat menindas ini. ramai rakyat malaysia yang muda dan dangkal akal mereka yang bakal terjerumus ke dalam khianat jika meraka terpengaruh dengan idealogi komunis ini. idealogi yang merosakkan dan terbukti tidak berjaya. sekian terima kasih. mohd faizal menulis dari klang. 2009 Jun 1 03:01 Tanpa Nama berkata... Saya nak menambak sedikit pandangan saya tentang isu "republik": "republik" bukan monopoli komunis. Amerika Syarikat, Peracis, Russia, Jerman, India, Pakistan, Indonesia, Iran, Mesir dsb republik-republik. Jika kita renung balik, betapa bodoh Melayu kerana termakan propaganda penjajah yang guna isue "republik" untuk menghasut sentiment anti-PKM. Sekarang, kita semua sudah sedarlah. Harap generasi muda tidak lagi sebodoh seperti tok-tok dan nenek-nenek ! 2009 Jun 1 05:55 matradin berkata... Pak Mat Amin, Mungkin saya dan Pak Mat Amin sama-sama mengagumi ketokohan Dr. Burhanuddin Helmy, tetapi kita berbeza pandangan tentang doktrin yang dibawa oleh tokoh besar ini. Daripada pengamatan saya Dr. Burhanuddin Helmy secara jelas menjadikan akidah Islam yang luhur sebagai dasar perjuangan. Beliau meletakkan perjuangan ini mesti diasaskan kepada Doktrin yang luhur dan jelas, tidak lain hanyalah Doktrin yang disandarkan kepada Al-Quran dan Hadis yang menjadi pegangan beliau. Dalam kita memperkatakan secara perbandingan dengan tokoh-tokoh lain di dunia ini nyata sekali asas yang diletakkan oleh beliau dalam perjuangan adalah asas yang kukuh. Sekali lagi saya menyeru marilah kita sama-sama menghayati perjuangan beliau. 2009 Jun 1 08:02 islam itu indah berkata... ramai anak muda disini yg berlagak kononnya bijak..hmmm.. dalam islam repulik ke monarki x penting, yg penting islam itu diamalkan..islam itu indah dan luas 2009 Jun 1 08:20 Kekacang berkata... Apa yang dilakukan oleh orang terdahulu, adalah yang terbaik di zamannya. Telah menjadi lumrah, generasi terkemudian akan mempersoalkan dan berbicara seolah - olah mereka yang pandai, lebih Islam, lebih beriman, lebih patriotik sedangkan sebenarnya tidak membuat apa - apa pun melainkan hanya untuk diri sendiri. Otak pemikiran penjajahan British memang telah memasuki jutaan pemikiran rakyat. British didewakan dan segala kata - katanya dipercayai. Pemikiran penjajah dari pemerintah, ulama' hingga ke rakyat marhain. Dan lebih malang lagi jika mengomen tanpa fakta yang jelas, saya rasa hanya ingin menunjukkan kebodohan diri sendiri. Seperti sedia maklum, PKM dan Rejimen 10 telah tiada. Apa yang perlu rakyat tahu cerita sebenar dari kaca mata mereka? Dan ini sebenarnya tiada ancaman kepada sesiapa pun. Teruskan niat murni Bapak Amin. 2009 Jun 1 09:32 Tanpa Nama berkata... Pak Mat Amin/Moderator, Terima kasih kembali atas jawapan itu. Walau apapun pendpt/hujah yg diberikan, Pak Mat Amin/Moderator akan tetap berpihak kpd perjuangan tentera komunis melayu PKM dan PTNM manakala saya pula meyakini perjuangan tentera/polis melayu spt yg tersejarah melalui pengalaman, lisan dan juga bertulis. Jika Pak Mat Amin/Moderator berasa tidak puas hati dan tertindas dgn pihak kerajaan(parti perikatan/BN) dan ingin menghentam maka hentamlah semahunya. Banyak benda yg boleh digunakan bg tujuan itu. Namun menggunakan sejarah dgn mengangkat tentera komunis dan memburukkan pasukan tentera/polis bknlah satu tindakan yg baik. Jgn krn pertelagahan fahaman politik(haluan kiri dgn kanan/kerajaan dgn pembangkang) menyebabkan Pak Mat Amin/Moderator sanggup menggunakan apa saja termasuk sejarah sbg modal meraih sokongan. Harus difikirkan juga kesan kpd pemikiran generasi muda dan kesejahteraan penduduk malaysia masa kini. Harap ideologi Pak Mat Amin/Moderator semasa menjadi tentera komunis yg menganggap apa shj yg berada pd pihak lawan harus menjadi sasaran dan dimusnahkan diubah supaya peristiwa sejarah dulu yg menderitakan rakyat tidak berulang lg. Sekiranya Pak Mat Amin/Moderator menetap di sempadan dan tiada kesan langsung kpd diri sendiri, harus juga difikirkan keluarga dan saudara mara di tanah Malaysia ini. Pak Mat Amin/Moderator harus bersyukur walaupun berada di sempadan tapi masih dpt menggunakan teknologi internet dan blog ini dgn baiknya sehingga dpt berblog hampir setiap masa. Iaitu sesuatu yg tidak mudah atau hampir tiada kebarangkaliannya bg penduduk kelas bawahan terutamanya yg menetap di hulu2. Ini adlh pendpt peribadi saya sbg individu yg mengambil pendirian atas pagar ttp lebih sedikit cenderung kpd UMNO berbanding PAS dlm pertarungan politik masa kini(saya mengambil 2 parti ini krn tindakan dr kedua2nya shj setakat ini yg masih relevan pd saya. Dahulu tindakan PKR juga masih boleh diterima ttp perkembangan demi perkembangan yg menunjukkan sikap lebih kpd individualistik dlm cara berpolitik PKR menyebabkan saya lebih cenderung mengambil PAS sbg bandingan rujukan). Melalui blog ini, saya dapati terdpt persamaan fahaman ideologi antara Pak Mat Amin/Moderator yg berpaksikan tentera komunis dgn parti politik PKR pimpinan DSAI dimana menjadikan sasaran ideologi adlh kpd kelas bawahan dan yg merasa tertindas dgn kerajaan sekarang. Sikap individualistik PKR yg menyerupai fahaman Pak Mat Amin/Moderator dlm isu musnahkan apa saja yg menjadi kekuatan british termasuk menyerang polis/tentera/penduduk biasa tanah melayu juga sukar diterima oleh saya. Dalam tindakan bersenjata ataupun politik, harus dikorbankan sikap individualistik dlm mencapai matlamat sendiri dan lebih mengutamakan rakyat. Walau tidak dpt menyenangkan rakyat, seharusnya tindakan melindungi dan meminimumkan kesusahan rakyat harus diutamakan. Inilah yg tidak dpt dilakukan oleh tentera komunis krn ingin berkuasa dan membalas dendam atas penderitaan yg mereka sendiri alami sewaktu penjajahan jepun. Terima kasih kerana sudi bertukar pendpt. jagungmentah 2009 Jun 1 10:19 matradin berkata... Sdr. Islam itu indah, Saya rasa saya ni sebaya dengan bapa Sdr, bukan muda lagi.... dah lebih setengah abad umur saya, itupun kalaulah komen sdr tu ditujukan kepada saya..... 2009 Jun 1 10:19 hafiz berkata... apa pun alasan, apa pun penerangan, apa pun penjelasan, pokok pangkalnya UMNO adalah paksi kepada seluruh kejahatan... 2009 Jun 1 11:06 Tanpa Nama berkata... pak mat amin, anda sebenarnya lebih tepat pejuang untuk menjadikan negara Malaysia komunis dan bukan pejuang kemerdekaan. Jika anda benar-benar pejuang kemerdekaan anda sudah bergabung dengan Tunku Abdul Rahman 2009 Jun 1 11:26 Tanpa Nama berkata... saya tak setuju pendapat jagung mentah yang menyatakan walau setakat baik mana yang dibuat oleh oranbg kafir tempatnya tetap di neraka... bagaimana sekiranya jagung mentah ditakdirkan Allah lahir dalam agama hindu pula.. adalah tidak baik berkata demikian, hidup senang dan susah, untung dan rugi semuanya terletak didalam tangan Allah.. manusia adalah semulia-mulia kejadian, tujuan diciptakan manusia utk menjadi khalifah Allah dimuka bumi, tujuan diciptakan manusia utk kita saling kenal-mengenal, hormat-menghormati, dan mempercayai diri sendiri bahawa kelahiran kita dimuka bumi Allah yang cantik ini ada hikmahnya... kita sememangnya dilahirkan utk berbuat perkara demikian, samada syurga dan neraka selepas mati biar Allah yang menentukan... Allah swt tak pernah mengugut cuma Dia berkata setiap manusia kalau buat baik dapatlah balasan yang baik kalau buat jahat dapatlah balasannya jahat, kita manusia dijadikan Allah utk bebas berfikir..... mohd. firdaus, kuala kangsar 2009 Jun 1 13:13 Tanpa Nama berkata... Saudara Mohd Firdaus, Kurang bijak jika saya yg meneruskan memberi komen balas terhdp kenyataan saudara. Sila dptkan org yg lebih arif dlm hal ugama di tempat saudara utk perkara ini. Saudara boleh menanyakan pelbagai soalan berkaitan perkara ini dlm pelbagai bentuk dan dimensi. Samaada dr selepas kedatangan Islam atau sebelum kedatangan Islam. Selain itu pelbagai soalan ugama di luar perkara ini juga boleh ditanya. Akal fikiran manusia ada batasannya dan tak tercapai akan perkara2 diluar hadnya. Semoga ditemukan jawapan kpd persoalan saudara. Terima kasih. jagungmentah 2009 Jun 1 15:13 selimut putih berkata... Salam, Saya suka dengan pertanyaan Mohd.Firdaus, Kuala Kangsar Saya kira di Malaysia tidak ramai orang yang berani mengemukakan pertanyaan seperti itu, kerana para ulama kita tentu akan mengatakan kita rosak iman atau rosak akidah. Tapi di Indonesia sudah banyak orang yang berpendirian liberal dan plural dan berani menjawab pertanyaan seperti itu,walaupun tidak disetujui oleh ulamak tradisional yang berfikiran sempit dan jumud. 2009 Jun 1 16:31 Tanpa Nama berkata... Menapa Perundingan Bali 1955 gagal ? Sebabnya Tunku Abdul Rahman sudi menjadikannya talibalut penjajah Britain and menandatangai Perjanjian AMDA yang menjadi asas beribu-ribu askar-askar penjajah serta sekutunya bermahajarela di tanahair kita sehingga 1984. 2009 Jun 1 17:09 kzahmad berkata... walau apa pun pak amin... perjuangan pak amin hendaklah berteraskan fahaman pak amin... jangan selarikan perjuangan Pak Amin dengan mana-mana pihak di Malaysia.. kalau tidak setuju dengan Kerajaan pun,jangan pula bersetuju dengan pembangkang... Kelak perjuangan Pak Amin menjadi tunggangan sahaja.. 'baik menunggang dari kena tunggang. kena tunggang tak elok'. selamat maju jaya. 2009 Jun 1 17:18 Tanpa Nama berkata... Sebenarnya, askar-askar dan anggota polis yang tercendera di antara 1957-1984 sepatutnya menyalahkan Britain & Umno kerana memperbodohkan mereka sebagai "useful idiots". 2009 Jun 1 17:39 Tanpa Nama berkata... Betul. Kebanyakan askar-askar dan anggota polis berpendidikan rendah. Penjajah Britain dan Umno cuci otak (brainwash) mereka supaya mereka percaya perang itu bertujuan mempertahankan "agama, bangsa dan negara". Pada hakikatnya, Penjajah guna Umno sebagai Talibalut dan Umno guna Britain sebagai Perlindung. Yang jadi mangsa "kerjasama" penjajah dan umno adalah askar-askar and anggota-anggota melayu yang kurang pendidikan. 2009 Jun 1 18:06 Si Pekik A.K.A Si Pekak berkata... Satu teori yang menarik: Askar-askar melayu berpendidikan rendah disogok British atas dasar mempertahan kedaulatan negara. 2009 Jun 1 20:44 Tanpa Nama berkata... 1. Umno & Raja-raja Melayu feudal yang lemah pada masa itu "pinjam" kuasa penjajah untuk hapus pencabar-pencabar Malayu Kiri dan Muslim progresif; 2. Kuasa penjajah "guna" Umno & Raja-raja Melayu feudal sebagai Boneka & Talibalut untuk menghasut Melayu awan komunis di tanah kita dan kem sosialist dan tidak bersekutu di dunia yang lebih luas seperti Russia, China dan Indonesia di bawah pimpinan Bung Karno. 2009 Jun 1 21:59 Tanpa Nama berkata... 1. Askar-askar & anggota polis Melayu sepatutnya marah terhadap UMNO dan bukan PKM kerana UMNO-lah yang menghasut mereka lawan untuk kepentingan strategik penjajah bentuk baru ataupuun neo-kolonialisme di Malaya dan Asia Tenggara; 2. Yang PKM lawan itu bukan rakyat Melayu tetapi tentera penjajah bentuk baru yang termasuk Melayu yang hilang/tak sedar diri ataupun ditipu oleh Talibalut @ Boneka @ Anjing Neo-Kolonisme, iaitu UMNO ataupun Melayu yang cari makan dengan bersubahat dengan Penjajah & Talibalut @ Boneka @ Anjing Neo-Kolonialisme 2009 Jun 1 23:15 Tanpa Nama berkata... Dengan kata lain, askar-askar dan anggota polis Melayu yang luka cendera dalam Perang Pembebasan Nasional (1948-1957) dan Perang Saudara Dalam Negeri (1958-1984) adalah bukan mangsa PKM tetapi mangsa kolonialisme dan neo-kolonialisme dan talibalut @boneka @anjingnya, iaitu Umno & Raja-raja Melayu 2009 Jun 1 23:52 AMMOSHAM berkata... selain tentera malaysia. benarkah musuh utama komunis ialah pejuang kemerdekaan Islam patani? jika benar, mengapa komunis mengambil tindakan memusuhi golongan ISLAM PATANI yang mahu membentuk kerajaan sendiri? benarkan komunis juga membunuh para penduduk kampung yang berada diselatan thai yang tidak menyokong komunis? dan kebanyakan daripada penduduk kampung itu beragama Islam? jika salah tolong betulkan... 2009 Jun 2 02:13 Tanpa Nama berkata... satu soalan utk pak min,adakah pak min bersetuju membenarkan bekas komunis chin peng kembali ke malaysia? 2009 Jun 2 03:57 Tanpa Nama berkata... corak fikiran anti-komunis di malaya/malaysia memang serupa dengan sayap kanan di negara-negara barat, seperti neo-konservatif di america syarikat. 2009 Jun 2 06:01 Tanpa Nama berkata... ya semoga mendapat hidayah dan petunjuk drp Allah utk merungkai segala persoalan yang membelenggu diri... apakah pendapat jagung mentah menegenai sikap sesetengah orang melayu yang mengaku islam tetapi buat perkara haram. apabila ditanya tak rasa takut ke dapat balasan nanti, jawap mereka " ala buat dosa lepas tu kita taubat balik..." apakah beza mereka yang munafik ini dengan orang kafir sesetengah ulama ada juga berpendapat kita orang islam tak perlu bimbang kalau masuk neraka kerana last last lepas habis seksaan nanti dapat juga lah masuk syurga... pendapat apakah jenis ini, sia-sia ajalah solat 5 waktu kita, seolah-olah ulama dah dapat menjangkakan bentuk seksaan di api neraka sedangkan jelas bahawa alam akhirat adalah ghaib yang tidak boleh langsung difikir atau digambarkan oleh manusia... oh ya mengenai selimut putih pula utk pengetahuan islam liberal tu ajaran sesat jadi kita tak payah ikut... islam liberal tu ciptaan yahudi dan barat utk pecah belah islam secara perang saraf... firdaus, k.kangsar 2009 Jun 2 13:02 Tanpa Nama berkata... Pak Mat Amin/Moderator, Saya meminta keizinan drpd Pak Mat Amin/Moderator utk menjawab persoalan Mohd Firdaus tersebut. Rasa kurang sopan dan beradab seorg tetamu spt saya terlalu banyak memberi komen seolah2 tuan rumah. Dan, harap diizinkan juga komen2 saya yg diluar tajuk ini. Saudara Mohd Firdaus, Kiranya benar2 perkara tersebut membelenggu diri, saya cadangkan saudara mencari org yg arif dlm ugama. Saudara boleh memperolehi dr media cetak atau elektronik ttp cara yg terbaik adlh mencari org yg arif dlm hal ugama. Persoalan ugama ini bukannya soalan memberikan pendapat individu ttp persoalannya ialah memberi kenyataan yg telah dinyatakan dlm ajaran ugama Islam. Apa yg boleh saya katakan, setiap perbuatan diatas dunia ini akan dikira/dihitung. Utk meletakkan hukum keatas sesuatu perkara, saya bukanlah org yg layak utk berbuat demikian. Jika sukar, pergi shj ke surau/masjid. Selepas solat dekati imam dan nyatakan niat saudara. Selalunya persoalan ugama sebegini saudara tidak akan diberi jawapan secara terus "YA" atau "TIDAK" cthnya spt kenyataan saya "walau bagaimana baikpun seseorang itu ttp jika dia mati dlm keadaan kafir tempatnya tetap di neraka"-habis. Sebaliknya saudara akan memperolehi penjelasan yg panjang lebar. Jika kurang berpuas hati, sauda boleh pula pergi ke Jabatan Ugama Islam Negeri. Saudara boleh tanyakan soalan spt seseorang yg: 1. lahirnya Islam matinya Islam. 2. lahirnya Islam matinya kafir. 3. lahirnya kafir matinya Islam. 4. lahirnya kafir matinya kafir. 5. bayi yg mati(samaada ibibapanya Islam atau kafir). Setelah itu, saudara berikan pula pendapat saudara dan apa2 perkara yg masih membelenggui diri. Dgn itu, semoga perkara yg membelenggui diri saudara dpt diketemukan jawapan. Terima kasih. jagungmentah 2009 Jun 2 15:17 Kacang Pendek berkata... Salam..Pada pendapat saya: 1. UMNO menggunakan pendekatan secara rundingan. Maka, kedua2 pihak yang berunding akan sentiasa mahu 'win win' situation. Jadi, langkah UMNO menerima pendekatan British untuk adalah bertujuan mendapatkan kemerdekaan. Yg membezakan Umno dan PKM ialah Umno guna kaedah diplomatik manakala PKM kaedah senjata. 2. PKM boleh dianggap sebagai salah satu pejuang kemerdekaan yg memainkan peranan pada zaman kegemilangan pimpinan DR. Burhanuddin..Tetapi, pendekatan senjata bg saya tidak akan dapat memastikan kemerdekaan tercapai. Apatah lg British sebuah kuasa besar pada masa itu dan tindakan ketenteraan ke atas PKM tidak menjadi masalah bg mereka..Byk cth pendekatan bersenjata untuk memperjuangkan sesuatu tidak berjaya. Malah, rakyat semakin terhimpit(cth LTTE: berjuang secara gerila.) 3. Pd pendapat sy, saudara mat Amin berkongsi lipatan sejarah ini agar masyarakat tidak memandang serong akan PKM itu sendiri dan mendapatkan pembuktian bahawa PKM juga salah sebuah organisasi yg memperjuangkan hak kemerdekaan. Oleh itu, isu menyalahkan UMNO sepatutnya kurang tepat dan umum harus sedar akan tujuan Sejarah itu sendiri utk dihayati dan dihargai, bukan utk dijadikan modal politik cetek pengikut2 bawahan. sekian. 2009 Jun 2 17:05 En 'Che Guevarra berkata... .....khas buat Kacang Pendek; ...LTTE tewas di tangan Angkatan Bersenjata Sri Lanka bukan melalui perang gerilya. LTTE tewas setelah organisasi tersebut menukar strategi peperangannya kepada corak 'conventional warfare' apabila menghadapi penentangan dari military Sri Lanka baru-baru ini. Itulah kesilapan LTTE! Peperangan ala gerilya ....atau Protracted Warfare...tidak pernah kalah! Komunisme hanyalah satu pemahaman....sebagaimana kapitalisma. Dalam sesuatu pemahaman sesbuah hala-tuju politikal terdapat pelbagai pendekatan....antaranya kaedah militan. Buruk dan hina kah Islam itu bila puak Taliban atau Al-Qaeda cuba mencapai hasrat pemahannya? Kejam kah Komunisma itu bila ada puak militan yang menganjurkan kebenarannya melalui perjuangan bersenjatapi? Sekiranya dulu penjajah British membenarkan PKM didaftarkan sebagai satu parti politik seperti di India ....saya percaya unsur-unsur PKM akan berjuang melalui proses pilihanraya....tapi memanndangkan ia diharamkan maka kaedah terdekat yang terdapat hanyalah melalui 'armed struggle!' ....dalam mana-mana peperangan...bunuh-membunuh adalah objektif utama.....lebih-lebih lagi dalam penghapusan 'collaborators'.....dan 'informers'.... Sebenarnya Hamas di Palestin itu juga berjuang atas landasan Komunisma....begitu juga dengan dengan puak-puak pemberontak di Iraq yang menentang kehadiran tentera-tentera barat! Jika komunisma itu kejam....ayuh kita sarankan kerajaan Malaysia agar memutuskan semua hubingan diplomatik dengan negara-negara Komunis seperti China, Vietnam, Rusia, Cuba....dsb! Robert Kuok adalah warga Malaysia yang terkaya...bernilai USD 9 billion! Tahukah kalian bahawa abangnya William telah menyertai kebangkitan Komunisma menentang penjajah British sewaktu zaman Darurat Malaya? Tapi malangnya William telah dibunuh dalam satu serang-hendap oleh tentera British pada 8 September 1953.... Tidak mustahil Komunisma dan Kapitalisma boleh saling bercinta! 2009 Jun 2 19:30 Si Pekik A.K.A Si Pekak berkata... En Che Guevara.. WOW! Satu garapan yang mendakap kebenaran Dari kancah Umno Talibarut vs PKM berandah kepada isu sebenar: Kapitalis vs Komunis/Sosialism. 2009 Jun 2 22:40 si pekak dan si bisu berkata... komunisme telah pun berada dalam lipatan sejarah Malaysia...tugas kita skarang sbagai generasi baru, belajar dan ambil iktibar dari sejarah yang telah berlalu. jangan sekadar mengutuk atau mengeji komunis. komunisme itu hanya ideologi. kapitalisme juga satu ideologi. fahami terlebih dahulu apa itu komunisme & kapitalisme, baru buat kesimpulan yang mana baik yang mana buruk. bagi yang beragama Islam, Al-quran dan sunnah adalah sumber ilmu dan ideologi yang terbaik. x perlu susah2 memilih. sudah ada di depan mata. Ambil wuduk, baca dan fahami maksud ayat2 Al-Quran. sedarlah, kita sbagai manusia biasa tiada yang sempurna. semua pernah melakukan kesilapan. begitu juga pejuang komunis yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kita manusia biasa. http://syafeque.blogspot.com 2009 Jun 3 05:20 Serious Shepherd berkata... Sedih jugak tengok negara Malaysia kita ni yang kononnya anti komunis demi mempertahankan Islam, tetapi menggunakan khutbah Jumaat dan program agama untuk menyebarkan fahaman kapitalisme. Tajuk2 kuliah / khutbah seperti 'Membangunkan Ekonomi Ummah', 'Umat Berharta' dan 'Jihad Ekonomi' jelas menunjukkan bahawa UMNO/BN memperalatkan Islam untuk menyebarkan fahaman kebendaan mereka. 2009 Jun 3 21:17 Tanpa Nama berkata... betul apa yg di cakap kan oleh ; tanpanama 2009 jun 1 18:06 / 1 21 :59/ 1 23:15/ 1 23: sipekik aka si pekak / en che gueverra / dr ekonomi.jagung mentah,kacang pendik awak ni proksi umno ke..? cara awak mengluarkan pandangan macam cenderong ke arah umno aje..kalau ya memang patut pun...hidup umno.....hidup pkr,hidup pas,hidup dap,hidup melayu, hidup cina,hidup india....semua org nak hidup kan..!! bukan melayu umno seorang aje yg nak hidup ..!!tak gitu teman-teman umno 2009 Jun 4 00:09 Tanpa Nama berkata... baiklah saudara jagung mentah saya terima penjelasan saudara, walaupun masih tak beberapa puas hati tetapi saya akan cuba mencari jawapannya... saya tak kisah sekiranya saya yang paling akhir tahu.. hingga ke akhir hayat saya akan redah, semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada kita semua.. ampun dan maaf saya hulurkan kepada blogger tuan mat amin, pertikaian kami berdua telah menyemakkan blog tuan.... sekian, A'kum... firdaous,k.k 2009 Jun 4 09:43

Khamis, 2009 Mei 28

Para Pembaca Budiman

Assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera! Sekali lagi saya mengambil kesempatan untuk menjernihkan beberapa perkara: 1. Blog ini diwujudkan dengan tujuan “untuk memaparkan berita terkini dan sejarah silam para pejuang kemerdekaan agar disimpan untuk tatapan generasi akan datang.” Dari awal2 lagi telah disebutkan bahawa “blog ini tidak ingin mengatakan bahawa sejarah yang dipaparkan di sini adalah satu-satunya versi sejarah yang paling tulen dan benar atau menganggap hanya Rejimen Ke-10 dan TRM di bawah pimpinan PKM saja yang berjuang bertumpah darah demi kemerdekaan tanah air.....” Ertinya, terserahlah kepada sikap, pendirian atau pandangan seseorang untuk menilainya. Tidak ada paksaan dalam hal ini. 2. Tetapi, walaupun baru berusia enam minggu, blog ini telah mendapat perhatian dan sambutan luar jangkaan. Pihak saya menyambut baik pandangan dan komen2 membina yang berbeza2 itu. Justeru, atas hasrat kita bersama untuk mencari kebenaran, saya pasti akan meneruskan usaha kecil ini. Walaupun begitu, ada juga percubaan dari sesetengah pihak untuk mengganggu. Macam2 cara yang tidak ‘sporting’ yang mereka gunakan – maki, hamun, tuduh, cela, label dan macam2 lagi. Kepada mereka yang tidak ada daya untuk menggunakan ‘reasoning’, memadailah saya katakan: blog ini bukan untuk anda! 3. Kini, perang untuk kemerdekaan sudahpun tamat. Tidak dinafikan, parut dan kesannya masih ada di kedua2 belah pihak yang pernah terlibat. Namun begitu, masanya sudah sampai bagi seluruh rakyat Malaysia bersatupadu atas asas keadilan dan kesaksamaan. Hanya dengan begitu, barulah ia akan menjadi sebuah negara yang makmur dan kuat. Pejuang kemerdekaan Dr Burhanuddin Al-Helmy pernah bermadah: Di atas robohan Kota Melaka, Kita dirikan Jiwa Merdeka, Bersatupadulah segenap baka, Membela hak keadilan pusaka. (Gambar: Dr. Burhanuddin Al-Helmy - pejuang kemerdekaan tulin, lambang perpaduan berbagai aliran patriotik-demokratik semua kaum) 4. Akhir sekali, sejarah kita telah menunjukkan tentang bagaimana penjajah-penjajah Inggeris dan Jepun dapat menguasai negara ini melalui taktik licik mereka yang terkenal itu: pecah-dan-perintah. Justeru itu, kita harus belajar dan mengutip pengalaman daripada sejarah perjuangan yang sebenar – bukan daripada sejarah songsang yang ditulis melalui kacamata penjajah atau talibarut mereka..

Wassalam, M.A

Dicatat oleh M.A. di Khamis, Mei 28, 2009

68 ulasan:

HOT ZOOM berkata...

Salam, Sejarah tetap akan menjadi sejarah. Jangan jadikan sejarah lama untuk ujudkan sejarah baru. Tanpa sejarah tidak ada yang baru. Apa yang berlaku hari ini akan menjadi sejarah keesokan harinya. Yang penting jadikan sejarah lama untuk membentuk satu sejarah baru yang lebih baik dan bukan pula mencatat pula satu sejarah baru yang mendukacitakan. Sejarah adalah pedoman hidup.Nabi Muhammad adalah sejarah,tapi kerana adanya Baginda kita hidup mengikut sunnah Baginda.

2009 Mei 28 19:13

AbuMirza berkata...

Saya ada membaca buku memoir shamsiah fakeh, abdullah CD dan Rashid maidin. Ada beberapa persoalan (saya telah ajukan kepada blog ini dulu, tetapi telah dipadamkan)Harap Pak Mat Amin dapat memberi jawapan: 1. Gerakan membasmi "hantu" dikampung2 (tentunya orang melayu). Nyata bahawa tiada sebarang perbicaraan yang dijalankan sebelum kerja2 membunuh rakyat ini. Kejadian ini berleluasa di serata pelosok negara (sebelum dan selepas merdeka). Apakah pimpinan PKM termasuk yang Melayu tidak sedar akan perkara ini. Ini tindakan ganas yang melampaui batasan keadilan sejagat dan reasoning orang berakal. 2. Kejadian pembunuhan anak shamsiah fakeh oleh dua anggota komunis cina. Kedua2 mereka tidak dihukum keras atas alasan bahawa bayi tersebut belum berjasa kepada revolusi. Apakah ini adil? Kenapa pimpinan melayu PKM tidak membantah? Wajarkah menggadai nyawa anak kecil dan hukum hakam demi perjuangan bangsa sperti itu? 3. satu rejimen komunis berbangsa cina tidak mahu bekerjasama untuk membantu melengkapkan persenjataan rej ke-10, walaupun mereka ada kelebihan senjata. Chin Peng pun tidak membantah tindakan ketua komunis cina itu. Apakah rej ke-10 itu sangat pariah pada pandangan komunis2 cina? Apakah ini tanda wujudnya cauvinis cina dalam PKM? 4. Semasa dalam hutan, ideologi komunis didoktrinasikan melalui kelas2 ideologi dari semasa ke semasa. Apakah pada pandangan pehlawan2 melayu ini, bahwa ideologi komunis tidak bersalahan dengan Agama? Sekian harap Pak Mat Amin menjawab soalan2 ini. Suka saya ulangi bahawa saya amat menyanjungi perjuangan hero2 melayu ini semasa di dalam API, AWAS, PKMM. Tetapi selepas mereka sedar bahawa perjuanagn itu bertukar menjadi komunis, mereka nyata telah tersilap. Nanti saya akan kemukakan solan2 lain pula.

2009 Mei 28 19:26

Pakwar berkata...

kalau ikut sejarah Sayyidina Umar Alkhattab, sudah tentu beliau bukan salah seorang 4 khalifah Islam utama. Satu Malaysia, rakyat didahulukan. Apa lagi marilah kita semua bersama menyatakan keinginan rakyat Malaysia untuk maju tanpa ada penipuan, rasuah dan berat sebelah

2009 Mei 28 19:35

Tanpa Nama berkata...

Teruskan usaha murni & majukan blog ini. Insya-Allah, kalau niat kita betul Allah akan tunjukkan jalan. Sejarah memang sudah tertulis tetapi tiada siapa yang boleh menghalang kajian akademik untuk Sejarah terus dikaji & digali. Ayuh anak-anak muda! Bangun & kajilah Sejarah perjuangan negara. Kajian tidak semestinya dalam bentuk akademik, kajian boleh dilakukan dalam pelbagai cara: terbit filem, terbit cerita pendek, terbit dalam youtube, terbit novel, terbit bisness dll. Lagi byk dikaji lagi banyak kebenaran akan terserlah. Insya-Allah, kalau diizinkan Allah saya akan melawat kampung pejuang tulen bangsa & buat kajian ekonomi disana. Dr. Ekonomi/melayuUK United Kingdom

2009 Mei 28 20:21

Tanpa Nama berkata...

elok kononnya pejuang ni mohom maaf dengan rakyat Malaysia.

2009 Mei 28 20:34

Mat Amin berkata...

Jawapan kepada AbuMirza (mengapa nama tak sama dengan yang lepas?) 1. Betul PKM membasmi hantu. Ini termasuk dalam dasar perjuangan terhadap musuh. Apabila sebut musuh, ertinya saling bermusuhan, berbunuhan. Jika kita tak bunuh dia, dia akan bunuh kita, pilih yang mana kita mahu. Mengikut kesimpulan yang dibuat oleh Abdullah C.D. hampir 70 peratus para perajuti terkorban kerana hantu musuh. Dengan askar penjajah, kami tak kisah sangat, masing-masing bersandar pada taktik siapa yang cerdik. Tapi dengan hantu tidak begitu. Banyak contoh boleh disebut. Umapamnya, Mat Indera, tertangkap dan akhirnya digantung kerana hantu, Nordin dari Pahang, juga terkena racun, tertangkap dan digantung dan tak terhitungkan. Abdullah C.D. sendiri terkena racun kerana dibuat oleh hantu. Hantu juga sangat mengganggu organisasi massa. Ramai anasir revolusioner yang menyokong perjuangan ditangkap dan ada mereka yang digantung. Pendek kata, berbanding pasukan bersenjata penjajah, hantu lebih berbahaya kepada keseluruhan gerakan revolusi. Oleh itu tak dapat tidak mereka terpaksa dibunuh. Masalah siksa secara kejam sebenarnya tidak timbal. Kalaupun ada adalah tindakan peribadi. Sebab TPNM ada 4 asas disiplin dan 10 Fasal Perhatian. Antaranya tercatat, tidak boleh membunuh atau menganiayai tawanan perang. Siapa yang melakukan kesalah ini, akan dikenakan disiplin. Soal menentukan kesahihan seseorang itu hantu atau tidak ditentukan dalam perbincangan jawatankuasa massa tempatan tersebut. Mereka tidak sembarangan, justeru mendapat maklumat yang jelas dan biasanya atas tuntutan massa rakyat. Sunggupun begitu, saya tidak berani menyatakan bahawa keputusan yang diambil jawatankuasa itu tepat 100 peratus, mungkin ada yang tersilap. 2. Soal membunuh tanpa dosa tentu sekali tidak adil,tidak berperi kemanusiaan. Saya juga akan mengutuk tindakan seumpama itu. Tapi dalam konteks anak Samsiah, saya tidak alami sendri. Walau bagaimanapun, masih ada seorang pengawal Musa Ahmad iaitu Pak Sukur. Mungkin lebih baik saudara boleh mendapatkan maklumat daripadanya. Saya sendiri tak yakin anak itu dibunuh begitu saja memandangkan Rejimen Ke-10 mereka amat hormati. Tapi situasi ketika itu amat kencang, musuh menyerang, pasukan hadapi kebuluran kerana kehabisan perbekalan, samsiah berpecah dalam pertempuran, Rejimen Ke-10 berpecah jadi 3 kumpulan kerana Musa Ahmad dan Wahi Anuar ingkar pada keputusan Markas Besar, tembakan meriam, pemboman dan mesingan dari kapal terbang musuh hampir tak berhenti. Sekiranya dalam begini, anak itu tiba2 sakit, pasukan Cina itu pun tiada cara. 3. Perkara itu hanya seorang saja, iaitu Lan Zui ketua pasukan dari Johor utara. Lan Zui ternyata seorang ambisius, dia akhir dikenakan disiplin dan lari meninggalkan perjuangan bersenjata. Tapi selepas itu pasukan Cina dari Rejimen Ke-6 banyak membantu Rejimen Ke-10. Pasukan itu khas menyerag balai polis Jerantut merampas senjata untuk Rejimen Ke-10. Pasukan ini dipimpin Chen Nan. 4. Ideologi alat perjuangan. Apa lagi marxisma diasaskan oleh manusia biasa, ertinya ajaran itu tidak mutlak, bergantung keadaan masing-masing. Kami tidak memandang marxisme sebagai dogma. Yang terutamanya ialah sosio ekonomi dalam masyarakat. Saya percaya hanya sistem ekonomi seperti ini baru umat manusia dapat sama-sama menikmati keamanan dan kesejahteraan yang sejati. Adalah berdosa besar keapda sesiapa sahaja yang memberi label perajurit (Melayu) Rejimen Ke-10 tidak beragama atau lebih lagi anti-agama. Di Indonesia pernah wujud Serikat Islam Merah. Sekian harap Pak Mat Amin menjawab soalan2 ini. Suka saya ulangi bahawa saya amat menyanjungi perjuangan hero2 melayu ini semasa di dalam API, AWAS, PKMM. Tetapi selepas mereka sedar bahawa perjuanagn itu bertukar menjadi komunis, mereka nyata telah tersilap. Nanti saya akan kemukakan solan2 lain pula.

2009 Mei 28 20:39

AbuMirza berkata...

Pak Mat Amin, Terimakasih kerana menjawab. Ini nama Google saya. Yang lagi satu tu nama betul. Nanti kalau ada soalan lain, saya tanya lagi...

2009 Mei 28 21:29

JAMILKUCING berkata...

Saya tak peduli apa pun tapi pendapat saya..... Sebaik sahaja chin peng minta nak balik ke malaysia jamil tengok rioh rendah orang melalak. tv-tv ,media-media yg sudah kekeringan berita menyalak macam anjing gila. orang-orang tua yg bodoh di temuramah,ya jamil tak nafikan jamil tiada waktu komunis dulu. dan tapi jamil dapat banyak info bagaimana kekejaman komunis. antinya orang melayu dekat chin peng lebih teruk dari anti terhadap yahudi. persoalannya adakah orang melayu mudah lupa atau bodoh. Di antara komunis dan tentera jepun siapa paling kejam, antara komunis dan tentera jepun siapa potong kepala orang, antara komunis dan jepun siapa waktu itu lebih tersiksa , jamil rasa jepun lagi teruk,lagi jahat lagi kejam,sampai salah sikit potong kepala orang. tapi tak dengar lak komunis potong kepala orang. tapi komunis di halau sampai tak boleh balik ke negara mereka sendiri.walaupun mereka komunis. Sebaliknya jepun di sambut bagaikan raja, jepun di jemput buka perniagaan di sini, jepun di beri bermacam-macam ke istimewaan, sedangkan bangsa melayu dan rakyat malaysia banyak menderita , merana kehilangan saudara mara tanpa kepala kerana jepun.mereka pernah membunuh sdr/mara kita,tetapi sekarang bangsa jepun di sanjung,di sambut,di hormati. apa ni? double standard ke. Jamil bukan suka komunis atau menerima mereka tapi benci dengan manusia yang hipokrit, manusia yang double standard, manusia yang pentingkan diri sendiri.penting kan wang.mungkin gak jepun dulu mereka tidak kacau orang-orang berada di malaysia,tak kacau orang bangsawan di malaysia sebab itu mereka tidak di hina di kutuk atau di caci.tapi komunis kacau tak kira kaya atau miskin,biasa atau bangsawan.tu yg di kutuk dan di hina tu. Ko orang pembaca fikirlah sendiri. cukuplah kita 50 tahun tertipu dengan agenda melayu barua dari umno. sekarang apa pun susah nak percaya permainan mereka ini.

2009 Mei 29 01:25

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan Iran memang berlandaskan prinsip Islam....tetapi juga berunsurkan Komunisme. Lihatlah bagaimana Amerika ingin menghentamnya!

2009 Mei 29 01:39

Tanpa Nama berkata...

Boleh Pak Amin ceritakan sedikit ttg Musa Ahmad, saudara yg masih rapat dgn kami, ttp kami tidak mengenali sehingga beliau ziarah slps pulang ke Msia.

2009 Mei 29 02:39

Alfian Tahir berkata...

Tahniah MA kerana berjaya membuka mata anak-anak muda seperti saya untuk mengenal lebih erti perjuangan...peduli kan mereka yang iri hati dengan perjuangan pembebasan Malaya yang dibawa oleh Regimen ke10

2009 Mei 29 04:23

Tanpa Nama berkata...

tahniah kepada blog ini. Sila layari juga blogger http://skuad69.blogspot.com dan http://locengwangsa.blogspot.com yang juga mengupas mengenai isu-isu berkaitan komunisme. terima kasih.

2009 Mei 29 06:03

Jiwa Merdeka berkata...

Salam, Sejarah biasanya melibatkan tafsiran dan tafsiranlah yang memberi makna kepada sejarah. Misalnya, dalam beberapa buku bahasa Inggeris (yang ditulis oleh penulis Inggeris), pejuang kemerdekaan dari Pahang seperti Manap Jepun, Wan Ali dan Budin Choh dicap sebagai "pengganas". Tentu tidak semua orang bersetuju dengan tafsiran yang demikian, kerana bagi mereka semua tokoh itu ialah patriot. Demikian pula dengan Chin Peng dan ahli-ahli PKM yang lain. Pihak penjajah telah mengecap mereka sebagai pengganas.Itulah yang dikatakan sejarah mengikut tafsiran penjajah. Malang sekali sejarah mengikut tafsiran kolonial inilah yang diterima dan dipakai oleh orang-orang yang mendakwa sebagai celik sejarah.

2009 Mei 29 06:24

Tanpa Nama berkata...

Satu National Conference akan diadakan 03 Jun ini. semperna ulangtahun 50 University Kelaniya Sri Lanka. Tajuk : Religion & Developing Countries. di anjur oleh :Department of Buddhist studies University. Ditaja oleh :Pihak Kedutaan Republik of Iran ke Sri Lanka. In Commemoration of 20th anniversery of Imam Khomeini's Demise & 50th Anniversary of the University. Sini saya cuma nak kata negara kita sudah 52tahun merdeka.Pernah kita sama2 usaha utk eratkan hubungan sama umat islam dgn penganut agama ain di negara kita? Kesalnya!Saya cuma rasa Malaysia masih dlm suasana kearah "pecah & perintah" ikut kaum & agama....

2009 Mei 29 08:51

Serious Shepherd berkata...

Sebenarnya Rais Yatim nak orang Melayu tukar topik dari C4 ke Chin Peng. Sebab tulah dia kecoh. Itu aje. Macam mana kalau kita baca sejarah Zaman Darurat dari perspektif 'War on Terror' yakni penjajahan kuasa asing di Afghanistan dan Iraq? Kiranya Bapa Kemerdekaan kita pun akan dikira setaraf Hamid Karzai dan Nuri Al-Maliki. Sekurang-kurangnya penentang kuasa asing di Iraq boleh berbangga menghantar balik tentera Amerika di dalam keranda, tetapi kita mengadakan upacara menghargai jasa-jasa askar British di kubur yang berbatu nesankan lambang salib. Masa zaman darurat dulu adakah buku sejarah menganggap Dato' Maharajalela dan Datuk Bahaman sebagai wira kerana menentang penjajah?

2009 Mei 29 09:10

Tanpa Nama berkata...

salam.. Apa2 pun pandangan saudara, Nasi sudah menjadi bubur..yg paling penting adalah kenapa selepas 1945 setelah Jepun menyerah kalah..puak2 PKM dan ketua2nya tidak mahu meletakkan senjata dan sama2 membangunkan MALAYA ketika itu..walaupun kita tahu yg British telah kembali ke Malaya..kita tahu lah mereka ni penjajah tp sekurang2nya mereka ini dapat memberi idea utk membangunkan MALAYA selepas JEPUN menyerah Kalah.Mcamna nak dikategorikan PKM ini sekiranya mereka waktu itu mmg GANAS mcmana nak panggil dan apa pulak ehh.Yg org Melayu ketika itu pula kenapa boleh terpengaruh dengan ideologi Chin Peng tu.sedangkan mereka2 ini bijak2 belaka (org Melayu PKM).Chin Peng pernah mengatakan yg dia Hanya ingin MEMILIKI MALAYA@MALAYSIA utk dijadikan Republik Komunis dan jga dia tidak sesekali insaf @ lari dari fahaman Marxis Lenning nya itu.kalau tak percaya cuba lah tanya Chin Peng walaupun umurnya dah 87tahun tp tak mungkin fahaman itu hilang begitu sahaja..kira baik juga mereka ini dibuang negara sepatutnya dah lama dorng nih dihadapakan ke muka pengadilan dan dihukum seadil2nyajd tak perlu lah diAgung2kan mereka2 ini..sekadar ingin tahu tidak lah salah... lagi satu sya rasa JAMILKUCING ni mmg ada maslah mental sebab melabelkan orang-orang tua di temuramah di tv sebagai orang bodoh jika begitu anda JAMIL bijak sangat ke?? tak lalui zaman tersebut boleh la kata begitu ini lah salah seorang generasi muda yg perlu diberi nasihat dan tunjuk ajar secukupnya.. salam..

2009 Mei 29 09:34

selimut putih berkata...

Apa yang berlaku di Malaya antara tahun 1948 hingga 1960 ialah peperangan antara PKM dengan kerajaan kolonial British, walaupun peperangan itu biasanya diistilahkan sebagai peperangan gerila sahaja. Sebagaimana lazimnya, peperangan memang melibatkan apa yang dikatakan sebagai "keganasan". Kalau orang Islam pun berperang, tentu akan melibatkan keganasan juga. Jadi saya merasa sedikit aneh apabila dikatakan PKM saja yang melakukan "keganasan" dalam peperangan itu. Apakah bukan keganasan namanya jika tentera British ( dan tentera upahan mereka) juga menembak, membom dan membunuh tentera PKM? Dalam hal ini pihak askar Melayu yang berjuang di sebelah pihak kerajaan kolonial British dan pada hakikatnya mempertahankan rejim kolonial memang beruntung, kerana mereka berjuang di pihak yang menang. Dengan itu berpeluanglah mereka untuk mendakwa sebagai wira!

2009 Mei 29 11:32

Hashim Zabidi berkata...

Yang sebenarnya menurut fakta bahawa Zaman / ideology komunis ( Communisme) belum sampai.Kita baru berada di ambang implasi yang bererti kemelut Imperialisma dan Kapitalisma sedang mengambil tempat sekarang. Dunia sekarang dalam perjalanan ke fahaman sosialisma ia itu diperingkat ke 6 Era atau Zaman, selepas Imperialisma, Kapitalisma, Feudalisma, Slavery Age dan Stone Age. Komunisma adalah peringkat tertinggi sosialisma ia itu Era / Zaman ke 7.

2009 Mei 29 15:20

Tanpa Nama berkata...

Apa salahnya Republik ? Hampir semua negara-negara Islam yang besar dan penting adalah republik: Indonesia, Pakistan, Iran, Turki, Mesir, kelima-lima 'Stan', Libya, Algeria. Negara-negara bertamadun lama seperti China dan India pun republik !

2009 Mei 29 16:43

Tanpa Nama berkata...

Umno tiba-tiba berpropaganda anti-komunisme kini kemungkinan besar didorong dan ditaja oleh sayap kanan Amerika, iaitu neo-konservatisme. http://www.heritage.org/Research/AsiaandthePacific/HL742.cfm

2009 Mei 29 17:27

Tanpa Nama berkata...

Ramai kaki Umno berhubungan erat dan sulit dengan sayap kanan di dunia Anglo-Amerika. Umno cuma 'Lai Tek' yang berbentuk parti untuk meng-Anglo-Amerika-kan tanahair kita.

2009 Mei 29 18:40

Tanpa Nama berkata...

memang menarik perbincangan disini....saya suka membacanya....tetapi janganllah merendahkan orng atau kumpulan lain dgn perkataan yang jelek....RASIONALLAH PARA CERDIK PANDAI.... Saya sekadar hendak membuka minda dgn pelbagai info yang dulunya dinafikan....

2009 Mei 29 19:16

Tanpa Nama berkata...

tahniah lah....lu org semua ni byk berpikirlah.....sakit kepala beb... peace n cheerss!!!

2009 Mei 29 19:48

Tanpa Nama berkata...

Selama 11 tahun di antara 1930 dan 1941, PKM juga tidak didaftarkan tetapi PKM mampu lawan juga Jepun selama 44 bulan. Masa itu belum ada Umno, MCA, MIC, DAP, PAS atapun PKR lagi. Maka, isu PKM sah atauoun tak sah dari segi undang-undang tidak penting sama sekali. Yang pentingnya PKM sudi membela nasib rakyat dengan sesunnguhnya dan tanpa dihadiahkan dengan gelaran Datuk, Tan Sri, YB dan dsb. Inilah semangat yang unik komunis.

2009 Mei 29 20:47

Mat Amin berkata...

sila rujuk: http://nikhassanazmi.blogspot.com/2009/05/peguam-chin-peng-kerajaan-malaysia.html

2009 Mei 29 20:52

Tanpa Nama berkata...

Nationalism is an infantile disease. It is the measles of mankind. - Albert Einstein. Ironinya, Umno adalah nasionalis.

2009 Mei 29 21:24

Tanpa Nama berkata...

PKM tidak pernah didaftarkan sejak penubuhannya pada 30 April 1930, tetapi tetapi ia boleh lawan tiga perang (1941-1945; 1948-1960; 1960-1989) dan menandatangi perjanjian-perjanjian dengan kerajaan Britain (1941 dan 1943), Malaysia (1989) dan Thailand (1989). PKM didaftarkan dengan darah-darah pahlawan-pahlawan rakyat yang benar-benar patriotik !

2009 Mei 29 21:32

Tanpa Nama berkata...

Saya tak faham mengapa kerajaan dulu membenarkan ahli-ahli komunis seperti rashid maidin dan zainon pulang kecuali chin peng sedangkan mereka pernah terlibat dalam aktiviti yg sama?ada unsur perkauman?

2009 Mei 29 22:30

Tanpa Nama berkata...

boleh pak min beritahu pasal lai tek mengikut pandangan peribadi pak min sendiri, apakah beliau ini musuh dalam selimut yang memberi maslah besar pada chin peng, pkm, malah pak min dan rakan2 pak min yang lain menurut maklumat dalam wikipedia beliau dibunuh oleh chin peng beliau dikatakan tali barut jepun dan tali barut british dlam melaga-lagakan rakyat berbilang kaum di tanah melayu kami anak2 muda zaman it yang jahil dan tak pernah hidup susah ini ingin tahu segala bentuk sejarah tanapa sebarang kompromi dan prejudis kami anak muda ingin tahu segal2nya kami anak muda juga ingin sama merasa pahit manis orang2 zaman tu harap pak in tak keberatan......

2009 Mei 29 23:30

Mat Amin berkata...

Saudara TanpaNama, saya hanya memberikan catatan ringkas saja di sini. Insya-Allah, akan sampai masanya blog ini menceritakan masalah tersebut. Pada masa perang anti-Jepun Lai Te telah mengkhianati hampir seluruh JKP PKM.. Pada 1 September (lupa tahunnya) Lai Te telah membawa askar Jepun menyerang persidangan JKP. Ramai pimpinan parti dan tentera terkorban. Selepas Jepun menyerah Lai Te tidah mahu mengisytiharkan kemerdekaan. Sehingga 1947 barulah Chen Ping sedar yang Lai Te ejen musuh. Lai Te lari, tapi diburu. Dia akhirnya dibunuh oleh organisasi PKM di Thailand. (Ini berdasarkan ingatan saya saja, tanpa rujukan) Yang tepatnya tunggu nanti blog ini akan ceritakan.

2009 Mei 30 00:16

Tanpa Nama berkata...

Saya mohon justifikasi serangan PKM ke atas balai polis, contoh yang paling popular Bukit kepong. Adakah alasan polis sebagai boneka imperialis british membolehkan pembunuhan sesama bangsa/senegara.

2009 Mei 30 00:18

selimut putih berkata...

Salam, Saya ada menulis catatan ringkas tentang Chin Peng dalam blog saya. Sila kunjungi: http://jiwa-yangtenang.blogspot.com

2009 Mei 30 00:24

Mat Amin berkata...

Tanpa Nama berkata... Saya mohon justifikasi serangan PKM ke atas balai polis, contoh yang paling popular Bukit kepong. Adakah alasan polis sebagai boneka imperialis british membolehkan pembunuhan sesama bangsa/senegara. ........................................... Perang untuk kemerdekaan itu dinamakan Perang Pembebasan Nasional Anti-British. Sudah pasti semua kekuatan penjajah British menjadi sasaran.

2009 Mei 30 00:37

Anuar berkata...

Terima Kasih atas jawapan di atas, (1)Kerajaan UMNO/BN secara jelas terang dan nyata adalah proksi kepada ideologi Kapitalism barat, bahkan menafikan kerakyataan pejuang PKM, adakah mereka ini juga layak dibunuh oleh PKM. (2)Bagaimana jikalau saya kata, saya lebih rela berada dibawah jajahan british daripada membunuh saudara-saudara saya sendiri, adakah saya (sekiranya hidup di zaman darurat) layak dibunuh oleh PKM?

2009 Mei 30 01:29

Awang berkata...

Pak Mat Amin tak payah layan orang2 yg bertanya soalan entah apa2 tapi berlagak pandai ni! Suruh je depa ni tanya Bukit Aman!

2009 Mei 30 02:08

Tanpa Nama berkata...

Askar-askar dan polis Melayu yang berkhidmat untuk kepentingan fasis dan imperialis yang menidas rakyat adalah musuh rakyat. Jika bilangan mereka tidak dikurangkan, rakyat akan ditindas dengan lebih terus.

2009 Mei 30 02:29

Tanpa Nama berkata...

Tugu 'Negara' di KL adalah tanda jelas Umno masih berfikiran neo-kolonialisme sebab askar-askar imperialis diagung-agungkan atau didewa-dewikan sebagai wira negara yang 'merdeka'. Tugu 'Negara' ini juga adalah bukti bahawa minda Umno masih ditakluki oleh fikiran atau "worldview" penjajah.

2009 Mei 30 02:35

sayu berkata...

syabas pak amin,kalau boleh pak amin buat cerita tentang perjuangan menentang penjajah dari awal sehingga akhir, mmg manusia banyak corak pemikiran pak amin, yang terpedaya dengan dakyah kapitalist, penjajah akan terus menyerang tanpa berfikir panjang, sya bersetuju dengan pak amin talibarut/hantu mesti dibunuh, yang jadi masalahnya pak amin camana depa yang menentang kepulangan chin peng tu menyokong ISA, tahanan tanpa bicara, saper lagi zalim????

2009 Mei 30 03:12

Tanpa Nama berkata...

Ramai rakyat Malaysia tidak sedar ataupun lupa bahawa Malaya yang "merdeka" menandatangani satu perjajian Anglo-Malayan Defence Agreement (AMBA) pada 1957 yang membenarkan beribu-ribu askar-askar penjajah terus bertapak dan beroperasi di tanahair kita. Situasi itu semacam apa yang masih berlaku di Afghanistan dan Irak. AMDA itu tidak dimansuhkan sehingga 1972 (digantikan oleh Five Power Defence Agreements dengan Britain, Australia, New Zealand dan Singapura) dan askar-askar penjajah dan sekutunya tidak mengundurkan diri sehingga 1984. Zaman di antara 1957-1984 boleh dikatakan Zaman Neo-Kolonialisme dan merupakan punca Perang Pembabasan Nasional diteruskan oleh PKM.

2009 Mei 30 04:07

Commie666 berkata...

Terima kasih atas inspirasi.. Harap dapat bekalkan lebih banyak clips / dokumentasi untuk tatapan generasi. Ade cerita pasal Mat Indera tak? Satu pejuang melayu kiri yang juga dilupakan?? Mungkin tuan ada sedikit info? Please share in our blog *click This is HOT site.. keep it!! We love UU

2009 Mei 30 04:52

Tanpa Nama berkata...

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=324953 Walaupun umat Islam di Irak dan Afghanistan masih ditakluki oleh imperialis Anglo-Amerika, Umno punya askar-askar masih sudi memnjadi Jaga Pintu (JP) untul Ratu England. Manankah maruah bangsa dan agama ? Ini juga menunjukkan fikiran Umno dan minda askar-askarnya masih dijajah olen England.

2009 Mei 30 05:09

Anuar berkata...

Saya tidak menyokong sistem kapitalis/nasionalis mahupun Komunis/sosialis. Masih ada pilihan lain selain dua Ideologi ini. Jangan jadi seperti korea terpecah dua, ahli keluarga melata hilang sebab permainan dua Ideologi nih. Saya x nak ada perang saudara sesama Muslim kerana pertahankan dua ideologi buatan manusia berkepentingan ini. Kalau benar mahukan revolution baru di Malaysia, adopt ideologi Tajdid, Lillah i Taala. Saya juga mahukan perubahan di Malaysia. Setuju, bahawa kerajaan kita masih dibawah penjajahan jenis baru, dan penuh dengan korupsi berbagai peringkat. BN memang lap-dog imperialist, mengikut telunjuk acuan mereka dan tidak berlaku adil terhadap PKM. Kita mampu jadi bangsa merdeka tanpa idea nasionalis, tanpa idea komunis/sosialis.

2009 Mei 30 07:52

Tanpa Nama berkata...

Kini kat Malaysia ni askar2 melayu makan gaji rakyat butar je kerana tidak ada medan utk depa berjuang lagi.so Umnoo cuba alih cerita PKM pula nak hebuh2lah semangat nasionalist konon.tujuan sebenarnya utk imperialist UMnoo terus mebodoh2kan Melayu & rakyat utk terus menjajah rakyat Malaysia. Tenguk lagi PDRM sekarang bermaharaja rela pula diarah Umnoo saja,menindas rakyat tanpa ikut Pelembagaan,akta & undang2..... PDRM kini sudah jadi Polis raja di Malaysia!

2009 Mei 30 07:59

Mat Amin berkata...

Anuar berkata... Terima Kasih atas jawapan di atas, (1)Kerajaan UMNO/BN secara jelas terang dan nyata adalah proksi kepada ideologi Kapitalism barat, bahkan menafikan kerakyataan pejuang PKM, adakah mereka ini juga layak dibunuh oleh PKM. (2)Bagaimana jikalau saya kata, saya lebih rela berada dibawah jajahan british daripada membunuh saudara-saudara saya sendiri, adakah saya (sekiranya hidup di zaman darurat) layak dibunuh oleh PKM? Saudara Anuar, 1. Saya menghormati ideology2 lain yang patiotik-demokatik. 2. Pandangan saudara akan dihormati jika saudara tidak menyerang mereka, dan anda masih bebas hidup.

2009 Mei 30 10:03

Kekacang berkata...

Tahniah Pak Amin. Saya harap dapat menceritakan lebih lagi perjuangan Bapak Amin dan teman. Ini dapat memahamkan anak muda yang diwar - warkan kemerdekaan hanya dengan pena sebatang. Sekiranya boleh senaraikan nama - nama pejuang yang terkorban. Jika kita lihat dan analisis, Kerajaan British @ Kerajaan Malaysia tidak pernah mengiktiraf jasa askar Melayu yang berjuang untuk mereka. Kebanyakan dari mereka hidup susah, menderita. Jika dilihat yang diwawancara seperti golongan veteran, SC hidup di rumah yang sempit dan susah. Separuhnya tahap meminta bantuan