PERISYTIHARAN PENUBUHAN REJIMEN KE-10 TPNM
Hari ini pada 71 tahun yang lalu, tepatnya pada 21 Mei 1949 sebuah pasukan gerila Melayu Rejimen
Ke-10 telah dirasmikan oleh Abdullah C.D. di hutan Kerdau, Temerloh, Pahang.
Dalam Manifesto penubuhannya, Abdullah C.D. menyatakan
bahawa:
“Hari ini lembah Sungai Pahang, medan perjuangan Datok
Bahaman sekali lagi menyaksikan peristiwa bersejarah, di mana patriot2 kesuma bangsa berkumpul dan dengan
satu tekad berikrar untuk meneruskan tradisi mulia perang patriotik dan
perang tani dahulu kala di peringkat sejarah yang baru dan lebih tinggi bagi
menyingkirkan penjajah British demi kemerdekaan penuh tanah air dan pembebasan
bangsa.”
“Rakyat segala bangsa khasnya kaum tani Melayu sudah pasti
gembira tak terhingga menyambut saat yang dinanti2kan ini manakala penjajah
British dan boneka2nya takut dan benci
bukan kepalang terhadapnya .”
“Para komander dan perajurit Rejimen Ke-10 harus mematuhi parti,
hangat mencintai tanah air, sepenuh hati berkhidmat kepada rakyat, keras
menaati disiplin, bertempur dengan
berani lagi bijak, pantang tunduk di depan musuh, bersedia berkorban serta
berjuang terus sampai akhir."
"Dengan ini saya dengan rasminya mengisytiharkan berdirinya Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya".
Ulasan