SELAMAT 90 TAHUN PKM
90 tahun yang lalu, iaitu pada 30 April 1930 Parti Komunis Malaya (PKM) telah dirasmikan di Kuala Pilah Negeri Sembilan. Kongres yang bersejarah itu telah dirasmikan oleh Ho Chi Minh. Ia adalah parti politik yang julung kali ditububuhkan di Malaya. Titik sejarah penubuhan ini telah menandakan bahawa kesedaran masyarakat Malaya telah mencapai suatu kesedaran yang baru.
Suara Revolusi Malaya (SRM) dalam rencana pengarangnya bertajuk 50 TAHUN PKM pada bulan Jun 1981 menyebut:
"PKM lahir dalam syarat sejarah berikut:
Pada tahun 1917, revolusi sosialis Oktober proletar telah mencapai kemenangan
yang gilang gemilang di Russia dan telah membuka zaman baru sejarah umat
manusia. Di bawah bimbingan Marxisme-Leninisme, revolusi proletar di negara
kapitalis dan revolusi nasional demokratik di tanah jajahan atau setengah
jajahan berkembang menggelora, kekuatan imperialis telah sangat diperlemah dan
dunia kapitalis mengalami krisis politik dan ekonomi yang sangat teruk. Untuk
melepaskan dirinya daripada krisis itu, imperialis British melakukan penindasan
dan penghisapan yang lebih kejam ke atas rakyat negara kita, sehingga kehidupan
rakyat pekerja memburuk dengan dahsyatnya. Kontradiksi antara rakyat negara
kita dengan imperialis British telah bertambah meruncing lagi. Dalam keadaan
demikian, proletariat negara kita aktif mencari kebenaran bagi membimbing
perjuangan pembebasan dirinya dan akhirnya telah menemui Marxisme-Leninisme dan
mendirikan parti komunis – barisan pelopornya sendiri.
PKM
adalah hasil pemaduan teori Marxisme-Leninisme dengan gerakan buruh negara
kita. Pada pertengahan tahun 20-an, di bawah pengaruh Revolusi Sosialis Oktober
Russia yang besar dan Revolusi Demokrasi Baru Tiongkok yang besar, proletariat
Malaya secara sedar mulai melancarkan berbagai kegiatan revolusioner. Dengan
demikian tersedialah syarat yang diperlukan bagi menubuhkan parti komunis.
Pada
30 April 1930, PKM telah dirasmikan dalam kongres yang diadakan oleh kaum
komunis Malaya di sebuah kampung di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sejak itu
proletariat dan massa rakyat Malaya telah mempunyai barisan pelopor dan
pemimpinnya sendiri, dan mulai saat itu perjuangan revolusioner rakyat Malaya
telah memasuki suatu peringkat yang serba baru – peringkat revolusi demokrasi
baru."
Ulasan