BERSEMADI UNTUK KAWAN MAUN
![]() |
Kawan Maun @ Yunus Binza |
Innalilllahiwainna Illaihirajiun
Kawan Maun seorang bekas anggota perajurit Rejimen Ke-10
telah pergi menghadap Illahi pada 5 Februari 2020 pada pukul 3.30 di rumahnya
di Kampung Perdamaian Sukhirin atau Ban Chulabhorn Patana 12, Sukhirin,
Narathiwat dalam usia 72 tahun kerana mengidap kanser.
Nama sebenar beliau ialah Yunus Binza, berasal dari Tamboon Segor (Sako) Daerah Sungai Padi,
wilayah Narathiwat. Pada tahun 1969
beliau menyertai pasukan setelah beberapa tahun menjadi lasykar rakyat dan
membantu pasukan.Selain beliau abang dan adiknya juga menyertai pasukan.
Abangnya Kawan Ripin (nama asalnya Mat Diah) gugur kerana terkena periuk api
pihak lawan dalam tahun 1970-an ketika melakukan operasi di kawasan Tomok, Weng.
Di dalam pasukan, Kawan Maun merupakan seorang perajurit
yang cergas dan tangkas. Oleh itu beliau banyak menyertai kegiatan ketenteraan
termasuk memasang periuk api dan melakukan serangan2 ke atas pihak lawan ketika
kempen2 kepung basmi besar2an pihak lawan.
Selepas tandatangan perjanjian damai 3 pihak antara Kerajaan
Thailand, Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989, Kawan Maun menjadi
salah seorang anggota membersihkan periuk api di kawasan sempadan bersama
Tentera Diraja Malaysia dan Tentera Diraja Thailand.
Setelah perdamaian, Kawan Maun menetap di kampung perdamaian
dan bersama2 rakan yang lain membangunkan kampung dan kehidupan baru. Perkahwinannya
dengan Koson Binza, seorang bekas gerilawati Rejimen Ke-10, telah dikurniakan 2
cahaya mata perempuan dan 3 orang cucu.
Ulasan