Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2020

BERSEMADI UNTUK KAWAN MAUN

Imej
Kawan Maun @ Yunus Binza Innalilllahiwainna Illaihirajiun Kawan Maun seorang bekas anggota perajurit Rejimen Ke-10 telah pergi menghadap Illahi pada 5 Februari 2020 pada pukul 3.30 di rumahnya di Kampung Perdamaian Sukhirin atau Ban Chulabhorn Patana 12, Sukhirin, Narathiwat dalam usia 72 tahun kerana mengidap kanser. Nama sebenar beliau ialah Yunus Binza, berasal dari   Tamboon Segor (Sako) Daerah Sungai Padi, wilayah Narathiwat.   Pada tahun 1969 beliau menyertai pasukan setelah beberapa tahun menjadi lasykar rakyat dan membantu pasukan.Selain beliau abang dan adiknya juga menyertai pasukan. Abangnya Kawan Ripin (nama asalnya Mat Diah) gugur kerana terkena periuk api pihak lawan dalam tahun 1970-an ketika melakukan operasi di kawasan Tomok,   Weng. Di dalam pasukan, Kawan Maun merupakan seorang perajurit yang cergas dan tangkas. Oleh itu beliau banyak menyertai kegiatan ketenteraan termasuk memasang periuk api dan melakukan serangan2 ke atas pihak lawan ketika k