MEMPERINGATI ULANGTAHUN KE-30 PENANDATANGANAN PERSETUJUAN DAMAI HADYAI
(Ucapan Kawan Indrajaya Abdullah, di depan rapat
memperingati ulangtahun ke-30 penandatanganan persetujuan damai Hadyai
yang diadakan di Lee Gardens Plaza pada 2 Disember 2019)
Para tetamu yang dihormati,
Rakan2 Karib dan sahabat2 yang dihormati,
Salammulaikum warahmatulahi wabarahkaktuh dan salam
sejarahtera!
30 tahun yang lalu, Kerajaan Diraja Thailand, Kerajaan
Malaysia dan Parti Komunis Malaya telah menandatangani Persetujuan Damai di
sebuah kota penting di Thailand Selatan di atas dasar sama rata, saling
menghormati, saling toleransi dan sama2 menang. Dimeterainya Persetujuan Damai
ini telah mewujudkan proses perdamaian di Semenanjung Malaysia da n kawasan
sempadan Malaysia/Thai, dan telah menyediakan syarat2 perlu serta sumbangan
positif kepada kemajuan politik serta kemakmuran ekonomi kedua-dua negara. Untuk
menjayakan perundingan damai yang luarbiasa sulitnya ini, Ketua Rombongan
Pertama pihak Parti Komunis Malaya, Chang Ling Yun, yang sudah lanjut usia dan
amat uzur, meninggal dunia dalam proses perundingan.
Persetujuan Damai Hatyai 30 tahun yang lalu adalah hasil
daripada suasana besar situasi internasional, perkembangan situasi dalam negeri
kedua-dua negara Malaysia dan Thailand, harapan rakayat ke dua-dua negara dan
pandangan jauh daripada sejumlah tokoh berpengaruh daripada kedua-dua negara
Malaysia dan Thailand. Parti Komunis Malaya jauh pada tahun 1955 lagi pernah
mengadakan Perundingan Damai Baling dengan pihak berkuasa Malaya, selain itu
juga berkali-kali menyatakan bahawa kami setuju melakukan perundingan damai di
atas dasar sama rata, adil dan munasabah, untuk menamatkan konflik bersenjata
yang dipaksakan penjajah British kepada kita.
Selama 30 tahun ini, atas semangat tak takut susah tak
takut payah, bekas2 anggota Tentera Rakyat Malaya yang memilih untuk
bermastautin di Thailand berusaha membangun kampung halaman, menyumbangkan
tanaganya demi pembangunan negara dan mengintegrasikan diri 100% ke dalam
masyarakat Thailand. Belasan tahun dulu
lagi, anggota2 yang tadinya berasal dari luar negeri, telahpun diberikan hak
kewarganegaraan dan menjadi anggota sebenar masyarakat Thailand. Kami memuji
sikap dan tindakan bersungguh-sungguh Kerajaan dan pihak tentera Thailand dalam
melaksanakan isi2 yang termaktub dalam Persetujuan Damai Hatyai. Kami berterima
kasih atas segala prihatin, bantuan dan layanan yang diberikan kerajaan dan
pihak tentera Thailand.
Di saat yang penuh erti sejarah ini, marilah kita
mengenang sejarah, menghormati sejarah, selain itu juga memandang ke hadapan,
memandang ke hari depan, dengan cita2 leluhur dan niat asli kita, memberikan
sumbangan kepada kemajuan masyarakat.
Sekian, terimakasih.
Mualaikum salam warahmatullahi wabarahkatuh.
Ulasan