PERJANJIAN DAMAI HATYAI: PENGAKHIRAN TRAGEDI SEJARAH YANG DIPAKSAKAN IMPERIALIS ZAMAN PERANG DINGIN

2 Disember 2019 ialah ulangtahun ke-30 pemeteraian Perjanjian Damai Hatyai 1989 yang menandakan pengakhiran satu konflik bersenjata yang berlarutan untuk lebih 40 tahun di negara kita. Perjanjian Damai Hatyai ditandatangani pada 2 Disember 1989, antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Upacara penandatanganan perjanjian yang penuh bersejarah ini diadakan di Hotel Le Garden, Hatyai. Perjanjian Damai Hatyai tercapai hasil daripada siri rundingan antara tiga pihak secara samarata dan saling hormat-menghormati dengan hati terbuka dan hasrat ikhlas untuk mewujudkan perdamaian yang berkekalan untuk semua. Wakil Kerajaan Malaysia yang hadir dalam penandatanganan Perjanjian Damai Hatyai ialah Wan Sidek Wan Abdul Rahman selaku Setiausaha Kementerian Dalam Negeri pada masa itu, Mohd. Hanif Omar selaku Ketua Polis Negara pada masa itu, dan Jeneral Hashim Mohd Ali selaku Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia pada masa itu. PKM pula diwakili ol