KAWAN ZIKIN BEKAS GERILAWATI REJIMEN KE-10 MENINGGAL DUNIA
Pada 1 November 2019, jam 10 malam , seorang bekas
gerilawati Rejimen Ke-10 telah pergi menemui Illahi. Beliau ialah Kawan Zikin
atau nama sebenarnya Rimah Said, lahir di Kampung Bendang Botong, Tanjung Mas,
Narathiwat pada tahun 1949 (2495 tahun Buddha). Beliau meninggal dunia
menjelang 40 hari pemergian suaminya Kawan Asmat, seorang kader veteran dari
Pahang.
Kawan Zikin menyertai pasukan Rejimen Ke-10 pada tahun 1975
dalam UNIT MENANG, sebuah unit penyusun massa yang bergerak di kawasan BUKIT
SERATUS iaitu kawasan Tok Deng dan Sungai Padi. Tak berapa lama beliau
ditranfer ke dalam pasukan organ Rejimen Ke-10. Di sinilah beliau bertemu jodoh
dengan Kawan Asmat.

Selain tugas2 umum ketenteraan, beliau juga berkhidmat dalam bidang memasak,
menjahit uniform, membuat stor strategi, regu pemunggahan dan lain2.
Bersemadilah Kawan Zikin , semoga rohmu ditempatkan di
kalangan orang2 yang dikasihi Allah.
Ulasan