MENGAPA PKM MASIH MENERUSKAN PENENTANGAN BERSENJATA TERHADAP KERAJAAN MALAYSIA SELEPAS MERDEKA?
Soalan yang paling banyak ditanyakan para pelacong Malaysia
yang melawat Kampung Perdamaian Sukhirin ialah MENGAPA PKM MASIH MENERUSKAN
PENENTANGAN BERSENJATA TERHADAP KERAJAAN MALAYSIA SELEPAS MERDEKA?
Ini adalah soalah
jujur dari mereka yang tidak mendapat maklumat sebenar. Dalam Blog Kini Dan
Silam telah memuat naik beberapa posting menjelaskan perkara ini.
Dalam Memoirnya MENITI LALUTAN GELORA, muka 298 Said Zahari menulis:
Untuk mendapat satu berita ekslusisf daripada Tunku
tentang sidaang damai itu, aku telah memujuk Syed Jaafat Albar, pegawai
penerangan UMNO yang selama di Baling sentiasa berada di samping Tuntu, supaya
membenarkanku menemui Tunku ‘sekejap saja’
sebelum sidang akhbar dimulakan. Syed Jaafar Albar mengejar Tunku dan aku lihat dia berbisik dengan Tunku.
Kemudian Tunku berhenti, berpaling ke arahku dan berkata: “Said, one question
only.” Satu soalah pun cukuplah, fikirku. Lalu aku tembak soalan tunggal, “Apakah
Tunku tidak berasa kecewa dengan kegagalan sidang damai ini?”
Dengan cepat Tunku Abdul Rahman menjawab “No, I am not, I
never wanted it to be success.” Jawapan Tunku itu adalah di luar jangkaanku. Tunku
melemparkan senyum lebarnya, lantas mempercepat langkahnya ke arah bilik siding
akhbar di mana berpuluh orang wartawan
dalam dan luar negeri sedang
menunggunya.
Daripada cerita Pak Said tersebut jelaslah bahawa Tunku
tidak mahu perang ini dihentikan,
sedangkan bagi pihak PKM pula Chen Ping
sendiri yang menulis surat kepadaTunku dan mempertaruhkan nyawa keluar dari
hutan untuk berunding bagi memberhentikan perang.
Nah, sedikit fakta di atas sudahpun terjawab mengapa perang
antara PKM dengan Kerajaan Malaysia berterusan selepas kemerdekaan.
Hanya pada tahun 1988, barulah ada usaha kedua2 pihak untuk
duduk di meja perundingan. Itupun Ketika itu Tun Ghafar Baba menjadi
Timbalah Perdana Menteri. Tun Ghafar dan Abdullah C.D. adalah rakan
seperjuangan lama ketika dalam PKMM dahulu. Melalui penghubungnya Abdullah C.D.
dan Tun Ghabar saling berutus surat dan bersetuju untuk memulakan perundingan.
Dengan itu terbukalah tirai perundingan
antara PKM dan Kerajaan Malaysia dari peringkat rendah sehingga ke peringkat
tinggi sehingga akhirnya menandatangai sebuah persetujuan damai pada 2 Disember
1989. Dengan itu berakhirlah perang antara PKM dan Kerajaan Malaysia.
Ulasan