KAWAN ASMAT PUTERA PAHANG TERAKHIR MENEMUI ILLAHI
Hari ini, 24 September 2019, segenap warga Kampung
Perdamaian Sukhirin @ Ban Chulabhorn Patana 12 dengan amat berat hati menerima
hakikat terpaksa berpisah dengan seorang rakan kerana panggilan Illahi. Beliau
ialah Sulaiman bin Awang Chik (86 tahun) kerana sakit tua. Beliau merupakan
anak Pahang terakhir meninggal dunia.
Kawan Asmat nama sebenarnya ialah Sulaiman bin Awang Chik.
Dalam perjuangan bersenjata beliau dikenali dengan beberapa nama lain antaranya Karim, Pak Tengah dan Asmat.
Di kalangan rakan seperjuangan beliau lebih mesra disapa sebagai Pak Tengah.
Kawan Asmat dilahirkan di Kampung Tualang, Daerah Temerloh,
Pahang pada tahun 1933. Beliau menerima pengaruh kebangsaan dan membenci
penjajah British sejak kecil lagi kesan didikan dan penerangan dari aktiviti
PETA, Awas dan lain2.
Tahun 1948 setelah penjajah British mengistiharkan darurat
banyak anggota kampungnya masuk hutan melancarkan perjuangan bersenjata
menentang penjajah British. Beliau yang baru melangkah ke alam pemuda membantu
pasukan gerila membeli barang2 dan lain2. Akhirnya aktiviti beliau telah dihidu
oleh talibarut penjajah British. Dengan itu pada tahun 1949, ketika usianya
mencecah 16 tahun beliau menyertai perjuangan bersenjata bersama Rejimen Ke-10.
Kerana kekurangan senjata, beliau hanya bersenjatakan pisau sahaja. Setelah sampai di sempadan barulah dapat
menyandang senapang.
Tahun 1953 beliau menyertai Pasukan Hang Jebat melaksnakan
tugas perjalanan jauh atau lebih dikenali dengan sebutan longmarch ke
kawasan sempadan. Perjalanan jauh itu memakan masa selama 1 tahun lebih.
Sepanjang perjalanan pasukan ini tidak saja diuji dengan mengharungi bukit
bukau gunung ganang, tetapi juga dengan pengejaran dan kepung basmi oleh
tentera penjajah British dan juga terputus bekalan makanan. Ada masa mereka hanya
melapik perut dengan buah terung dan labu saja dan ada kalanya pula hanya bersandar pada buah2an
hutan, berburu binatang dan menangkap ikan.
![]() |
Kawan Asmat bersama kader2 Rejimen Ke-10 |
Oktober 1954, pasukan ini berjaya tiba di kawasan sempadan
Malaya – Thai. Kawan Asmat menjalankan tugas yang diberikan kepadanya dengan
baik. Selain dari tugas pokok sebagai seorang anggota pasukan gerila, beliau
juga pernah bertugas sebagai menyusun massa, utusan, memunggah barang2, membuat
stor strategic, utusan dan sebagainya.
Beliau banyak kali menyertai pertempuran tapi tak pernah
mendapat luka atau cedera.
Beliau berkahwin dengan seorang gerilawati dari kawasan
sempadan bernama Kawan Zikin.
Setelah Rejimen Ke-10 membubarkan pasukan sebagai
pelaksanaan perjanjian perdamaian 3 pihak Kerajaan Malaysia, Kerajaan Diraja
Thailand dan PKM, Kawan Asmat telah memilih untuk menetap di Thailand bersama
rakan2 seperjuangan yang lain.
Beliau meninggal pada kira2 pukul 4.30 pm (waktu Thailand) setelah
menikmati perdamaian dan membangun kampung halaman selama 30 tahun.
Ulasan