KAWAN ASMAT PUTERA PAHANG TERAKHIR MENEMUI ILLAHI

Hari ini, 24 September 2019, segenap warga Kampung Perdamaian Sukhirin @ Ban Chulabhorn Patana 12 dengan amat berat hati menerima hakikat terpaksa berpisah dengan seorang rakan kerana panggilan Illahi. Beliau ialah Sulaiman bin Awang Chik (86 tahun) kerana sakit tua. Beliau merupakan anak Pahang terakhir meninggal dunia. Kawan Asmat nama sebenarnya ialah Sulaiman bin Awang Chik. Dalam perjuangan bersenjata beliau dikenali dengan beberapa nama lain antaranya Karim, Pak Tengah dan Asmat. Di kalangan rakan seperjuangan beliau lebih mesra disapa sebagai Pak Tengah. Kawan Asmat dilahirkan di Kampung Tualang, Daerah Temerloh, Pahang pada tahun 1933. Beliau menerima pengaruh kebangsaan dan membenci penjajah British sejak kecil lagi kesan didikan dan penerangan dari aktiviti PETA, Awas dan lain2. Tahun 1948 setelah penjajah British mengistiharkan darurat banyak anggota kampungnya masuk hutan melancarkan perjuangan bersenjata menentang penjajah British. Beliau yang baru