LAKARAN SEBUAH PERJALANAN
LAKARAN SEBUAH PERJALANAN
-dari Pasir Putih ke
Basis Gerila-
1972
Empat puluh
tujuh tahun lalu
Tercipta
satu detik
Yang
mencatat sejarah megah
Menceburi
perjuangan bersenjata
Juga satu
sejarah kelam
Yang tak terlupakan
Dan takkan
dilupakan
Sampai ke hujung
usia
Perjuangan
melawan seribu kejutan ---
Kejutan
budaya
kejutan
kehidupan
kejutaan
persekitaran
dan…..dan…..
tak dapat
nak digambarkan
tiada
lukisan yang dapat dibayangkan
Dari seorang
gadis desa nan ayu
seorang yang
kosong ilmunya
apa lagi idea
dan teori
demokrasi,
sosialis
marhaenis
dan komunis
Tapi berkat
kesungguhan
dan
ketabahan, dari tanaga pengasuh dan pendidik
satu cahaya
indah terbit
menyuburkan
kemesraan
lahirlah
rasa cintakan negara bangsa
tumbuh
dengan subur di jiwa ini
Terima kasih
kawan2
Terima
kasih…
Akhirnya aku
menjadi seorang
Perajurit
Tentera Pembebasan Nasional Malaya
Di bawah
Rejimen Ke-10
Dengan
bangga menjadi seorang anggota
Parti
Komunis Malaya yang mulia
Berikrar
menyumbangkan segenap jiwa raga
Demi
perjuangan kemerdekaan tanahair tercinta
2 Disember
1989
Termaterilah
perjanjian Damai Hadyai
Perjuangan
bersenjata diberhentikan
Tentera
dibubarkan
Dan satu
lagi catatan sejarah yang aku lalui.
1992
Melalui
berbagai usaha dan perjuangan lagi
Aku dan
keluarga
Dengan rasa
gembira dan megah
Meninggalkan
kawan2 seperjuangan
Meninggalkan
“sekolah basis” gerila
Yang
mengajarkan aku
Seribu erti
kehidupan
Sejuta erti
perjuangan
Dan tak
terbilang erti
Kemanusiaan
Menuju tanah
tumpah darahku Malaysia
Setelah
hampir setengah abad
Aku
meninggalkan “sekolah basis” ini
Hari ini
dengan rasa teruja dan bangga
Aku berada
di sini
Di depan
mata Ayahanda Abdullah CD
Di hadapan
kawan2 seperjuangan
Sambil
mengenang kisah2 lampau
Yang penuh
erti
Kawan2
Marilah
eratkan lagi jalinan ukhwah kita
Dalam meniti
sisa2 kehidupan yang tak seberapa lagi ini.
Susila
20 Jun 2019
Ulasan