Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2019

KISAH HEROIK PERANG BAHAMAN DI PAHANG 1891-1895

Perang Bahaman di Pahang adalah perang yang paling besar dan luas sekilnya dalam sejarah perjuangan datok nenek kita menentang penjajah British demi membela tanahair, bangsa dan agama. Secara lahirnya perang ini telah gagal, Datok Bahaman yang memimpin perang itu dan orang2nya telah dihalau ke Chiangmai, utara Thailand, namun semangat perang itu tak pernah gagal, perjuangan2 untuk kemerdekaan diteruskan oleh generasi selanjutnya, benih patriotism yang ditaburkan dari perang itu sentiasa subur menjiwai semangat patariotik rakyat yang cintakan tanah air. Selepas Perang Dunia Kedua, semangat itu bercambah lagi dengan berdirinya pasukan gerila Melayu Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya untuk melawan kuasa penjajah British demi kemerdekaan tanan air. Semangat perang Bahaman telah menjiwai pasukan ini menjadi sebuah pasukan yang rela berputih tulang dari berputih mata. Kawasan basis Rejimen Ke-10 di sebelah menyebelah Sungai Pahang telah dinamakan sebagai Bahaman 1 d

LAKARAN SEBUAH PERJALANAN

Imej
LAKARAN SEBUAH PERJALANAN -dari Pasir Putih ke Basis Gerila- 1972 Empat puluh tujuh tahun lalu Tercipta satu detik Yang mencatat sejarah megah Menceburi perjuangan bersenjata Juga satu sejarah kelam Yang   tak terlupakan Dan takkan dilupakan Sampai ke hujung usia Perjuangan melawan seribu kejutan --- Kejutan budaya kejutan kehidupan kejutaan persekitaran dan…..dan….. tak dapat nak digambarkan tiada lukisan yang dapat dibayangkan Dari seorang gadis desa nan ayu seorang yang kosong ilmunya apa lagi idea dan teori demokrasi, sosialis marhaenis dan komunis Tapi berkat kesungguhan dan ketabahan, dari tanaga pengasuh dan pendidik satu cahaya indah terbit menyuburkan kemesraan lahirlah rasa cintakan negara bangsa tumbuh dengan subur   di jiwa ini Terima kasih kawan2 Terima kasih… Akhirnya aku menjadi seorang Perajurit Tentera Pembebasan Nasional   Malaya Di bawah Rejimen Ke-10 Dengan bangga menjadi seorang a