BERSEMADI UNTUK BEKAS PERAJURIT BANGSA THAI REJIMEN KE-10 KAWAN PASTI
![]() |
Kawan Pasti atau nama sebenarnya
Ked Kamya telah meninggal dunia pada 8 April 2019, 9.15 am waktu Thailand di Hospital Sungai
Golok, Narathiwat dalam usia 79 tahun. Pihak Doktor mengesahkan beliau terkena
sengatan serangga beracun. Jenazahnya kini berada di Wat Isan Samaki Thai,
Sukhirin. Kawan Pasti adalah satu2nya ibu kepada satu keluarga Thai Buddha
Rejimen Ke-10 dan menetap di BanChulabhorn Patana 12 bersama bekas perajurit yang
lain. Kerana eratnya hubungan beliau
dengan kawan2, maka beliau disapa dengan gelaran “Mek” yang bermakna ibu dalam
loghat Kelatan Pattani.
Kawan Pasti dilahirkan pada
15/8/1940 (2483 tahun Buddha) di kawasan Isan, Willayah Kon Ken, Timur Laut
Thailand, kemudian bersama suaminya berpindah ke kawasan Sukhirin. Selatan
Thai.
Di Sukhirin, beliau dan suaminya
yang bernama Nipon Pomsukwan (dalam pasukan bernama Iman) tergolong dalam
anasir cergas yang aktif membantu Rejimen Ke-10. Bahkan mereka telah menghantar seorang puteri kesayangannya
menyertai pasukan. Kerana kegiatannya itu, suaminya ditahan oleh pihak tentera
Thai. Dalam penjara suaminya menderita bermacam2 siksaan sehingga patah tulang
rusuk.
Begitu keluar penjara Kawan Iman
membawa isterinya Kawan Pasti dan 2 orang anak lelakinya menyertai pasukan
Rejimen Ke-10 pada 20 Jun 1979. Ketika
itu pasukan sedang berada di Kem Dewan 30.
Walaupun Kawan Pasti dan Kawan
Iman berlainan bangsa dan agama dengan kawan2 lain yang majoritinya Melayu
Islam, tetapi berkat keikhlasan dan kasih mesra kawan2, mereka dengan mudah dapat
menyesuaikan diri dengan keadaan baru tersebut.
Di dalam pasukan Kawan Pasti
melaksanakan bermacam2 tugas tentera seperti mana kawan2 lain tetapi tugas
utama beliau ialah di bidang percetakan dan penerbitan manakala Kawan Iman pula
menumpukan kerja dalam bidang penterjemahan.
2 Disember 1989 perjanjian
perdamaian ditandatangi. Kawan Pasti dan kawan Iman serta anak2nya memilih
untuk menetap di Ban Chulabhorn Patana 12 (Kampung Perdamaian Sukhirin).
Malangnya tak lama setelah penandatanganan perdamaian, Kawan Iman meninggal dunia pada tahun 1990 akibat
serangan sakit malaria. Sejak itu Kawan Pasti hidup sebagai ibu tunggal
berjuang keras membangun kampung bersama
kawan2 Melayu yang lain. Pada 8 April beliau meninggal dunia dengan
meninggalkan 3 orang anak dan beberapa orang cucu.
Semoga Kawan Pasti tenang di alam
sana!
Ulasan