Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2019

BERSEMADI UNTUK BEKAS PERAJURIT BANGSA THAI REJIMEN KE-10 KAWAN PASTI

Imej
Kawan Pasti atau nama sebenarnya Ked Kamya telah meninggal dunia pada 8 April 2019,   9.15 am waktu Thailand di Hospital Sungai Golok, Narathiwat dalam usia 79 tahun. Pihak Doktor mengesahkan beliau terkena sengatan serangga beracun. Jenazahnya kini berada di Wat Isan Samaki Thai, Sukhirin. Kawan Pasti adalah satu2nya ibu kepada satu keluarga Thai Buddha Rejimen Ke-10 dan menetap di BanChulabhorn Patana 12 bersama bekas perajurit yang lain.   Kerana eratnya hubungan beliau dengan kawan2, maka beliau disapa dengan gelaran “Mek” yang bermakna ibu dalam loghat Kelatan Pattani. Kawan Pasti dilahirkan pada 15/8/1940 (2483 tahun Buddha) di kawasan Isan, Willayah Kon Ken, Timur Laut Thailand, kemudian bersama suaminya berpindah ke kawasan Sukhirin. Selatan Thai. Di Sukhirin, beliau dan suaminya yang bernama Nipon Pomsukwan (dalam pasukan bernama Iman) tergolong dalam anasir cergas yang aktif membantu Rejimen Ke-10.   Bahkan mereka telah   menghantar seorang puteri kesayangannya