Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

PERJANJIAN DAMAI HATYAI: PENGAKHIRAN TRAGEDI SEJARAH YANG DIPAKSAKAN IMPERIALIS ZAMAN PERANG DINGIN

Imej
2 Disember 2019 ialah ulangtahun ke-30 pemeteraian Perjanjian Damai Hatyai 1989 yang menandakan pengakhiran satu konflik bersenjata yang berlarutan untuk lebih 40 tahun di negara kita. Perjanjian Damai Hatyai ditandatangani pada 2 Disember 1989, antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Upacara penandatanganan perjanjian yang penuh bersejarah ini diadakan di Hotel Le Garden, Hatyai. Perjanjian Damai Hatyai tercapai hasil daripada siri rundingan antara tiga pihak secara samarata dan saling hormat-menghormati dengan hati terbuka dan hasrat ikhlas untuk mewujudkan perdamaian yang berkekalan untuk semua. Wakil Kerajaan Malaysia yang hadir dalam penandatanganan Perjanjian Damai Hatyai ialah Wan Sidek Wan Abdul Rahman selaku Setiausaha Kementerian Dalam Negeri pada masa itu, Mohd. Hanif Omar selaku Ketua Polis Negara pada masa itu, dan Jeneral Hashim Mohd Ali selaku Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia pada masa itu. PKM pula diwakili ol

LATAR BELAKANG PERSETUJUAN DAMAI HATYAI DAN ERTI SEJARAHNYA

Imej
Pada 2 Disember 30 tahun yang lalu, Kerajaan Diraja Thailand, Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya telah menandatangani PERSETUJUAN DAMAI HATYAI di bandar Hatyai yang terletak di Thai Selatan atas dasar saling bertoleransi dan saling memahami . Dengan demikian tamatlah konflik bersenjata antara ketiga-tiga pihak yang berlarutan selama 40 tahun lebih lamanya. Peristiwa tersebut, di masa itu, adalah satu peristiwa yang menggemparkan dunia, ratusan wartawan dari berbagai negeri berduyun-duyun berkumpul di Dewan Damai Lee Garden Hotel, tempat penandatanganan persetujuan damai tersebut. Hari ini, Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand (GPPT) mengadakan seminar bertajuk LATAR BELAKANG PERSETUJUAN DAMAI HATYAI DAN ERTI SEJARAHNYA di Dewan Damai Lee Garden Plaza Hotel (Lee Garden Hotel baru) untuk peringati ulta ke-30 Persetujuan Damai Hatyai. Seminar dihadiri oleh 300 orang lebih rakan2 seperjuangan dan rakan2 lama yang berasal dari Malaysia, Singapura, Thailand dan China i

MEMPERINGATI ULANGTAHUN KE-30 PENANDATANGANAN PERSETUJUAN DAMAI HADYAI

Imej
(Ucapan Kawan Indrajaya Abdullah, di depan rapat memperingati ulangtahun ke-30  penandatanganan persetujuan damai Hadyai yang diadakan di Lee Gardens Plaza pada 2 Disember 2019) Para tetamu yang dihormati, Rakan2 Karib dan sahabat2 yang dihormati, Salammulaikum warahmatulahi wabarahkaktuh dan salam sejarahtera! 30 tahun yang lalu, Kerajaan Diraja Thailand, Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya telah menandatangani Persetujuan Damai di sebuah kota penting di Thailand Selatan di atas dasar sama rata, saling menghormati, saling toleransi dan sama2 menang. Dimeterainya Persetujuan Damai ini telah mewujudkan proses perdamaian di Semenanjung Malaysia da n kawasan sempadan Malaysia/Thai, dan telah menyediakan syarat2 perlu serta sumbangan positif kepada kemajuan politik serta kemakmuran ekonomi kedua-dua negara. Untuk menjayakan perundingan damai yang luarbiasa sulitnya ini, Ketua Rombongan Pertama pihak Parti Komunis Malaya, Chang Ling Yun, yang sudah lanjut usia dan am

KAWAN ZIKIN BEKAS GERILAWATI REJIMEN KE-10 MENINGGAL DUNIA

Imej
Pada 1 November 2019, jam 10 malam , seorang bekas gerilawati Rejimen Ke-10 telah pergi menemui Illahi. Beliau ialah Kawan Zikin atau nama sebenarnya Rimah Said, lahir di Kampung Bendang Botong, Tanjung Mas, Narathiwat pada tahun 1949 (2495 tahun Buddha). Beliau meninggal dunia menjelang 40 hari pemergian suaminya Kawan Asmat, seorang kader veteran dari Pahang.  Kawan Zikin menyertai pasukan Rejimen Ke-10 pada tahun 1975 dalam UNIT MENANG, sebuah unit penyusun massa yang bergerak di kawasan BUKIT SERATUS iaitu kawasan Tok Deng dan Sungai Padi. Tak berapa lama beliau ditranfer ke dalam pasukan organ Rejimen Ke-10. Di sinilah beliau bertemu jodoh dengan Kawan Asmat. Di dalam pasukan Kawan Zikin aktif bekerja dan belajar seperti kawan2 lain. Dari seorang anak tani kawasan sempadan yang tak kenal tulisan melayu, beliau menjadi seorang yang boleh menulis dan membaca bahasa Melayu dengan lancar. Selain tugas2 umum ketenteraan, beliau   juga berkhidmat dalam bidang memasa