Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2018

Dikir Revolusioner: MENGHAYUN LANGKAH DI TAHUN BARU

Ini adalah sebuah dikir revolusioner gubahan perajurit Rejimen Ke-10 untuk menyambut ketibaan tahun baru. Senikata dikir ini jelas melukiskan  tekad juang mereka yang teguh tidak berganjak dalam mempertahankan perjuangan. Senikata dikir ini sebagai berikut: MENGHAYUN LANGKAH DI TAHUN BARU Merekah fajar terangi buana Tahun lalu   meninggal kita Tahun baru sudah menjelma Ucap selamat parti nan mulia Di saat kita menoleh kembali Tahun baru sinar berseri Berbagai kesukaran kita atasi Hasil cemerlang kita perolehi Di tahun baru menghayun langkah Semangat   kita bertambah gagah Panji   merah berkibar megah Pasti rebut hasil lebih indah Di bawah pimpinan tepat parti Tahun baru penuh erti Perang rakyat kobarkan lagi Basis   sempadan kembang tak henti Situasi kini menguntungkan kita Reaksi lumpuh meronta ronta Tentera dan rakyat benteng waja Malaya baru pasti tercipta   https://www.youtube.com/watch?v=wU6itRUta2Q

PENGATURAN PENTADBIRAN DI ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN PARTI KOMUNIS MALAYA SELARAS DENGAN PERSETUJUAN MENAMATKAN PERMUSUHAN

Imej
Dalam pusingan kelima atau yang terakhir, dihadiri sendiri oleh Chen Ping.   Persidangan telah   mengeluarkan 2 buah persetujuan bersama secara berasingan iaitu persetujuan antara PKM dengan Kerajaan Malaysia dan persetujuan antara PKM dengan Kerajaan Diraja Thailand.   Sebuah keputusan bersama 3 pihak juga telah dikeluarkan dan sebuah jawatankuasa kerja 3 pihak telah dibentuk untuk menguruskan masalah berkenaan pelaksanaan konkrit perjanjian bersama. Persetujuan antara PKM dengan Kerajaan Malaysia sebagai berikut: PENGATURAN PENTADBIRAN DI ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN PARTI KOMUNIS MALAYA SELARAS DENGAN PERSETUJUAN MENAMATKAN PERMUSUHAN             Kerajaan Malaysia, selepas ini disebut sebagai Kerajaan dan Parti Komunis Malaya, selepas ini disebut sebagai PKM, dengan ini bersetuju dengan Pengaturan Pentadbiran di bawah ini untuk melaksanakan persetujuan bersama yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 di Hadyai, Thailand bagi menamatkan semua permusuhan. PER