KESENIAN DAN KEBUDAYAAN DI REJIMEN KE-10
Oleh sebab itulah kehidupan ketenteraan di Rejimen Ke-10
beranika ragam. Cuba bayangkan di pasukan
Rejimen Ke-10 ada tem nyanyi, tari, sukan, kebudayaan dan lain2. Ini menambah
keceriaan kehidupan rohaniah pasukan. Di masa2 lapang, khasnya ketika kempen
kepung basmi berkurangan, pasukan akan mengadakan bermacam2 aktiviti dan
pembelajaran seperti militeri, politik,
ideology, kesenian, kebudayaan, kesihatan dan bermacam2 altiviti menambah
pengetahuan lainnya.
Yang ingin saya tegaskan di sini ialah masalah kesenian di
Rejimen Ke-10. Sebagai sebuah pasukan Melayu, Bapa Abdullah C.D. istimewa
menekankan masalah kesenian dan kebudayaan Melayu bagi para kader dan perajurit. Lagu2
Melayu tradisional diambil berat dan diajarkan kepada para perajurit. Tarian2
Melayu Asli dicipta dan dipersembahkan di majlis2 keramaian. Setiap kali ada
kemenangan, baik dalam pertempuran, pekerjaan, pembelajaran dan lain2 diadakan
majlis ulangkaji kekurangan dan kelemah
serta majlis meraikan kemenangan dengan sajian acara kesenian dan menulis
puisi.
Begitu juga dalam hal sasatea dan seni. Seluruh perajurit
dijiwai dengan puisi2 Melayu yang indah. Walaupun berasal dari anak kaum tani
miskin yang buta huruf, lebih2 lagi anak kaum tani kawasan sempadan jumlah
besar tak kenal pun huruf A B C, tetapi berkat asukan Bapa Abdullah C.D. setiap
perajurit dalam pasukan boleh membaca tulisan rumi dengan baik, yang lebih maju lagi
dapat menulis karangan, sajak, puisi pantun dan sebagainya.
Pada tahun 80an seiring denga munculnya, ciptaan baru video
VHS, Bapa Abdullah C.D. telah menubuhkan Studio TV Rejimen Ke-10. Unit video
ini telah banyak merakam peristiwa2 penting di Rejimen Ke-10. Seiring dengan
itu kesenian dan bermacam2 aktivi lebih diaktifkan dan semua ini dirakam untul
simpanan sejarah.
Dengan ini walaupun berada jauh di tengah2 hutan belantaran
ibarat kata orang tempat jin bertendang, tetapi pemandangan para perajurit jauh
di sudut dunia.
Berikut adalah 2 buah tarian yang dicipta dan digayakan oleh
bekas perajurit wanita Rejimen Ke-10
dari Ban Chulabhorn Patana 12 (Kampung Perdamaian Sukhirin ) Tarian ini
dipersembahkan sempena majlis Ulangtahun Ke-4 Gabungan Persatuan Perdamaian
Thailand yang diadakan di Lee Gardens Plaza pada malam 19 September 2018,
Ulasan