Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2018

SEJENAK BERSAMA SITI MARIAM IDRIS

Imej

KESENIAN DAN KEBUDAYAAN DI REJIMEN KE-10

Imej
Di dalam kehidupan gerila yang berpindah randah dan sentiasa dalam buruan pihak lawan, kawan-kawan anggota pasukan Rejimen Ke-10 tak pernah mengeluh atau patah semangat. Bagi mereka ini adalah ujian dan lumrah perjuangan. Tanpa ini semua tiadalah pahit manis perjuangan.   Walau di bawah keadaan kusut masai macam manapun mereka tetap mempertahankan kehidupan ketentera revolusioner yang segar bogar.  Oleh sebab itulah kehidupan ketenteraan di Rejimen Ke-10 beranika ragam.   Cuba bayangkan di pasukan Rejimen Ke-10 ada tem nyanyi, tari, sukan, kebudayaan dan lain2. Ini menambah keceriaan kehidupan rohaniah pasukan. Di masa2 lapang, khasnya ketika kempen kepung basmi berkurangan, pasukan akan mengadakan bermacam2 aktiviti dan pembelajaran seperti   militeri, politik, ideology, kesenian, kebudayaan, kesihatan dan bermacam2 altiviti menambah pengetahuan lainnya.  Yang ingin saya tegaskan di sini ialah masalah kesenian di Rejimen Ke-10. Sebagai sebuah pasukan Melayu, Bap