Di bawah ini kami siarkan terjemahan sebuah rencana dalam Bahasa Inggeris yang diterbitkan oleh Malaysiakini pada 29 Ogos, 2006 mengenai sumbangan PKM dalam perjuangan kemerdekaan tanahair. PAS: Parti Komunis Bantu Capai Kemerdekaan Sejarah tidak boleh menafikan hakikat bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) berperanan dalam perjuangan kemerdekaan negeri ini, demikian kata seorang think-tank PAS. Dalam sebuah artikel terbitan Harakahdaily.net pada hari Ahad, pusat penyelidikan PAS itu berkata, semenjak tertubuhnya PKM pada bulan Mei 1930, parti itu sangat aktif dalam kempen untuk kemerdekaan tanahair. “Dalam zaman pemerintahan Jepun, Chin Peng (Setiausaha Agung PKM) dan komrad-komradnya adalah antara golongan paling gagah-berani yang melawan Jepun. “Mereka bergerak dalam hutan, (tidur) berlantaikan tanah dan beratapkan langit demi melawan Jepun dan mencapai kemerdekaan yang sejati. Adilkah sumbangan mereka itu dinafikan sekarang?” Pusat tersebut berkata, p