TEKS UCAPAN SEMPENA ULANGTAHUN KE-70 PERANG PEMBEBASAN NASIONAL ANTI-BRITISH
Berikut adalah teks ucapan Kawan Indrajaya dalam majlis MEMPERINGATI ULANGTAHUN KE-70 PERANG PEMBEBASAN NASIONAL ANTI-BRITISH yang diadakan di Golden Crown Grand Hotel, Hadyai, Selatan Thailand pada 19 Jun 2018.
Para jenerasi
lama, kawan2 dan sahabat2 yang dihormati,
Esok, 20 Jun
tahun 2018, adalah Ulang Tahun Ke-70
Perang Pembebasan Nasional Anti British Rakyat Malaya, yang kemudiannya
disambung pula oleh Perang Revolusioner Dalam Negeri. Pada
saat yang amat khidmat dan bersejarah ini, benarkan saya menyatakan takziah
yang mendalam kepada para pahlawan dan kesatria kita yang tak terjumlah
ramainya yang terkorban dalam peperangan yang luar biasa susah payah serta luar
biasa kejamnya. Bersamaan dengan
itu, saya juga ingin menyatakan hormat setinggi-tingginya
kepada semua peserta peperangan tersebut!
Pada 15 Ogos
tahun 1945, Jepun telah menyerah kalah. Perang
Dunia Ke-2 tamat secara rasmi. Manakala
penjajah British pula kembali ke menjajah Malaya.
Akan tetapi, Perang
Dunia Ke-2 telah mengubah struktur politik dunia. Di
Malaya, kekuatan progresif dan revolusioner berbagai kaum telah amat berkembang
membesar. Selain Parti Komunis Malaya, berbagai
bidang perusahaaan telah mendirikan kesatuan2 sekerjanya masing2, kaum tani di
berbagai tempat telah mendirikan persatuan2 tani, kaum nelayan mendirikan
persatuan nelayan, pedagang kecil dan penjaja mendirikan persatuan pedagang
kecil dan penjaja, MDU telah dirikan, kaum wanita mendirikan kesatuan wanita,
pemuda mendirikan liga pemuda, PKMM serta API dan AWAS telah dirasmikan penubuhannnya,dan lain-lain
lagi, dan lain-lain lagi.
Persatuan2
tersebut bukan sahaja aktif memperjuangkan hak dan kepentingan mereka, juga
melakukan kegiatan2 seperti anti pengangguran, anti kenaikan harga, anti
kelaparan, anti pemerasan dan anti penindasan. Seterusnya,
mereka bersatu ke dalam satu front persatuan PUTERA/AMCJA
dan mulai mengemukakan tuntutan MERDEKA secara sedar.
Dan akhirnya,
penjajah British telah mencampakkan jubah “demokrasi”dan kemanusiaan yang diwar-warkannya
selama ini. Pada 18 Jun tahun 1948, penjajah British
mengisytiharkan Undang2 Darurat, secara besar-besaran menangkap orang komunis
serta semua tokoh yang patriotik/demokratik, mengharamkan
semua parti politik dan organisasi yang patriotik dan progresif, termasuk Parti
Komunis Malaya, mengusir kira2
500,000 penduduk kampung ke dalam kem konsentrasi yang dinamakan kononnya
kampung baru. Semenjak itu, penjajah British menunjukkan
taringnya, melakukan penindasan bersenjata yang kejam dan mengisytiharkan
perang kontra-revolusioner ke
atas Malaya.
Parti Komunis
Malaya secara tegas membalas penindasan kaum penjajah dengan memimpin rakyat
semua kaum melancarakan Perang Pembebasan Nasional Anti British.
Perang
Pembebasan Nasional di Malaya ini adalah bahagian yang tak terpisahkan daripada
gerakan anti penjajah, anti imperialis dan menuntut kemerdekaan negara yang
sedang bergelora di seluruh dunia pada syarat sejarah di zaman tersebut. Oleh
kerana itu, sumbangan Parti Komunis Malaya kepada usaha kemerdekaan Malaya
tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun.
Zaman di ketika
itu adalah zaman yang berkobar-kobar,
zaman yang betul2 bergelora. Ia adalah satu
zaman yang besar, zaman yang membanggakan dan patut dikenangi selama-lamanya.
尊敬的前辈们、同志们、朋友们,
明天,2018年6月20日,是马来亚人民抗英民族解放战争及后来的国内革命战争70周年。在这个具有历史意义的庄严时刻,请允许我向在这场无比艰难无比惨烈的战争中我们无数的英烈们表示沉痛的哀悼,向所有这场战争的参加者们表示崇高的敬礼!
1945年8月15日,日本正式投降,第二次世界大战正式结束。英国殖民者又回来了统治马来亚。
然而,第二次世界大战改变了世界的政治格局。在马来亚,马来亚各民族的进步、革命力量空前的发展壮大了。除了马来亚共产党,各行各业的工会组织成立了,各地的农民组织起来成立自己的农会组织,渔民们成立了自己的组织,小商小贩们成立了自己的组织,马来亚民主联盟成立了,妇女们成立了自己的妇女会,青年们成立了自己的青年组织,马来亚马来民族党及它属下的的青年团和妇女组成立了,等等,等等。
这些组织不仅为自身的权益积极斗争,反失业,反物价上涨,反饥饿,反剥削,反压迫,而且联合起来成立自己的联合阵线组织--人民力量中心(PUTERA)/全马联合行动理事会(AMCJA)并且开始自觉的提出独立要求。
最后,英帝国主义者终于撕下了它“民主”和“人权”伪装,于1948年6月18日宣布紧急状态,大肆逮捕共产党人及爱国民主人士,取缔了包括马来亚共产党在内的所有爱国进步的政党和组织,把大约50万人的村民赶向美其名曰是新村的集中营,向马来亚进行赤裸裸的残暴的武装镇压和反动战争。
马来亚共产党毅然决然领导的抗英民族解放战争,是对英殖民者的必然反正。马来亚的抗英民族解放战争也是当时历史条件下那个年代世界反殖、反帝,争取国家独立运动的一个组成部分,因此马来亚共产党对马来亚独立事业的贡献是不容置疑的。
那是一个火红的年代,是大浪淘沙的年代,是热血澎湃的年代,是一个伟大的年代,是令人自豪、值得我们永远纪念的年代。
Ulasan