Pada 19 Jun 2018 sebuah majlis ringkas dan sederhana telah
diadakan di bawah anjuran Gabungan Persatuan Perdamian Thailand untuk
memperingati ulangtahun ke-70 meletusnya perang pembebasan nasional
anti-British yang pernah menggoncangkan kekuasaan penjajah British di Malaya
(kini dikenali sebagai Malaysia) bertempat di Golden Crown Hotel, Hadyai
Selatan Thailand. Selain dari wakil2 dari berbagai pertubuhan perdamaian
Thailand 4 buah kampung perdamaian iaitu Kampung Perdamaian Banlang, Kampung
Perdamaian Betong, Kampung Perdamaian Balok dan Kampung Perdamaian Sukhirin
juga menghantar wakil masing2.
Upacara dimulai dengan Lagu Bebaskan Malaya dan bertafakur kepada para pahlawan di bawah iringan Lagu Internasional. Seterusnya ialah menonton video berkenaan peristiwa2 yang berlaku semasa Undang2 Darurat dengan penjelasan ringkas yang dibacakan sendiri oleh Kawan Ah Ching, Naib Pengerusi Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand. Selanjutnya, Kawan
Indrajaya selaku Pengerusi Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand telah
memberikan ucapan ringkas dan memberikan fakta2 berkenaan darurat dan
perang melawan penjajah yang dilancarkan TPNM tersebut.
Majlis ringkas tapi khidmat itu telah mengetengahkan erti
besar perang pembebasan nasional dalam rangka merebut kemerdekaan Malaya dari
kekuasaan penjajah British. Selanjutnya para wakil mengeluarkan pendapat
masing2 berkenaan perang tersebut.
Perang Pembebasan Nasional Anti-British adalah satu tindak
balas golongan kiri terhadap penjajah British yang mengisytiharkan undang2
darurat pada bulan Jun tahun 1948 di seluruh Malaya. Dalam rangka undang2
darurat ini semua pertubuhan yang memperjuangkan kemerdekaan di haramkan. Hanya
UMNO sahaja satu2nya parti politik yang tidak diharamkan ketika itu.
Berikutan dengan itu bermulalah pertempuran demi pertemuran
antara pasukan gerila Tentera Pembebasan Nasional Malaya di bawah pimpinan
Parti Komunis Malaya dengan tentera upahan penjajah British.
Akhirnya majlis memberikan sagu hati kepada 13 orang veteran perang pembebasan nasional. Majlis ditamatkan setelah para wakil merakam gambar dengan para veteran tersebut.
 |
Indrajaya - Presiden Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand |
 |
Ah Chin - Naib Presiden Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand |
 |
Ketua Kampung Perdamaian Banlang |
 |
Ketua Kampung Perdamaian Sukhirin |
 |
Ketua Kampung Perdamaian Betong |
 |
Ketua Kampung Perdamaian Balok |
Ulasan