TEKS UCAPAN SEMPENA ULANGTAHUN KE-70 PERANG PEMBEBASAN NASIONAL ANTI-BRITISH

Berikut adalah teks ucapan Kawan Indrajaya dalam majlis MEMPERINGATI ULANGTAHUN KE-70 PERANG PEMBEBASAN NASIONAL ANTI-BRITISH yang diadakan di Golden Crown Grand Hotel, Hadyai, Selatan Thailand pada 19 Jun 2018. Para jenerasi lama, kawan2 dan sahabat2 yang dihormati, Esok, 20 Jun tahun 2018, adalah Ulang Tahun Ke - 70 Perang Pembebasan Nasional Anti British Rakyat Malaya, yang kemudiannya disambung pula oleh Perang Revolusioner Dalam Negeri . Pada saat yang amat khidmat dan bersejarah ini, benarkan saya menyatakan takziah yang mendalam kepada para pahlawan dan kesatria kita yang tak terjumlah ramainya yang terkorban dalam peperangan yang luar biasa susah payah serta luar biasa kejamnya . Bersamaan dengan itu, saya juga ingin menyatakan hormat setinggi - tingginya kepada semua peserta peperangan tersebut ! Pada 15 Ogos tahun 1945, Jepun telah menyerah kalah . Perang Dunia Ke - 2 tamat secara rasmi . Manakala penjajah British pula kembali ke menjajah Malaya . Aka