DENYUT NADIMU ADALAH PERJUANGAN

(Sempena hari jadi 94 tahun Bapa Abdullah C.D.) Jika Bahaman, Maharajalela, Sagor, Tok Janggut (dan yang seangkatan dengannya) diiktiraf sebagai pahlawan bangsa ku pahatkan namamu sebaris dengan mereka kerana ku menyaksikan setiap denyut nadimu, setiap sedut hembus nafasmu adalah perjuangan biarpun gantinya darah dan nyawa demi bangsa dan pertiwi tercinta Persetan apa kata penjajah Persetan putar belit anjing buruannya Persetan profesor sejarah hatinya buta Sumbanganmu yang agung tetap gemerlapan menyuburi semangat juang bangsa demi sebuah hari cepan yang cemerlang. Mat Amin 2.10.2017 Sukhirin