RINGKASAN PERJALANAN HIDUP PAK HASSAN SALLEH KOMANDER VETERAN REJIMEN KE-10

Nama sebenar beliau ialah Hassan bin Salleh. Nama perjuangannya Waiming, Ayub dan Tok Ayah. Beliau dilahirkan pada tahun 1929 di Kampung Sungai Buluh, Mentakab, Pahang. Beliau belajar Arab dan Quran dan Inggeris semasa sekolah Melayu dan meneruskan pelajaran ke sekolah pondok di Mentakab. Tahun 1946 beliau terlibat dengan gerakan kemerdekaan yang dianjurkan oleh API. Setelah API diharamkan gerakan ini diteruskan oleh PETA. Beliau ikut serta dalam kerja2 propaganda, mengadakan sandiwara dan lain2 untuk membangkitkan semangat kemerdekaan rakyat. Jun 1948 kerajaan penjajah yang menguasai Malaya mengisytiharkan Undang2 Darurat. Ramai rakan2nya dari API, AWAS telah ditangkap dan sebahagian lagi telah berunudr ke hutan membentuk pasukan gerila. Beliau juga ingin menyertai perjuangan bersenjata, tetapi pihak organisasi menasihatkannya supaya meneruskan kerja2 propaganda dan perhubungan di kalangan rakyat. Pada mulanya beliau berundur ke Lubuk Kawah kemudian bali