Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

MAT INDERA YANG TIDAK MATI

Imej
MAT INDERA YANG TIDAK MATI Dalam arus perjuangan kemerdekkaan kau ikut berjuang di jalan kiri bersama PKMM dan API. Bila parti kiri diharamkan kau bergerila di hutan belantara demi perjuangan yang perlu diteruskan. Kau berhak membuat pilihan dan dalam perjuangan kemerdekaan jalan yang kau pilih tidak semestinya satu kesalahan. Kau patriot dan nasionalis sejati yang menyerahkan jiwa dan raga untuk kemerdekaan bangsa tercinta. Kau dikhianati oleh kawan sendiri yang menangkapmu atas arahan penjajah dan kau dihukum mati. Tapi di hati kami kau tidak mati kau sentiasa di kenang dan diingati sebagai pejuang yang gagah berani yang bersedia mati untuk ibu pertiwi. M.S.RINDU Kajang 8 Februari 2017