PERUTUSAN DAN SALAM HARI RAYA AIDILFITRI 2017 PPAKM
Perutusan dan Salam Hari Raya
Aidil Fitri 2017 PPAKM
Sempena tibanya 1 Shawal, saya dengan tulus ikhlas mewakili
segenap ahli Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia (PPAKM) mengucapkan selamat
menyambut Hari Raya Aidilfitr, mohon maaf zahir dan batin kepada Bapak Abdulah
C. D. dan seluruh kawan seperjuangan dalam Kampung Perdamaian Sukhirin dan Kampung Perdamaian Kabang.
Tahniah atas kejayaan
kawan-kawan sebulan menjalankan ibadah puasa. Menahan lapar dan dahaga,
mengerti ketabahan dan kesabaran dalam perjuangan. Moga-moga kawan-kawan
sekalian gembira berhari raya dan merayakan kemenangan.
Dan dengan gembira saya maklumkan
bahawa PPAKM dan semua ahlinya tetap meneruskan semangat sekian lama ini,
bersatu dengan semua yang memperjuangkan keadilan, telah membentuk Gabungan
Tiga Paersatuan (Persatuan Persahabatan Berpanjangan, Persatuan Persahabatan
Phoenix dan PPAKM). Baru-baru ini kami mengadakan bengkel Gabungan Tiga
Persatuan, dihadir 70 orang ahli, mempelajari
artikel-artikel tentang situasi semasa, dan mencapai persefahaman. Selanjutnya
akan mengadakan Kem Kehidupan untuk pelajaran juga.
Sekian dan salam Aidilfitri!
Daripada
Yeap Kian Kok
Ketua Persatuan Persahabatan Abad
Ke-21 malaysia
Ulasan