PERUTUSAN DAN SALAM HARI RAYA AIDILFITRI 2017 PPAKM

Perutusan dan Salam Hari Raya Aidil Fitri 2017 PPAKM Sempena tibanya 1 Shawal, saya dengan tulus ikhlas mewakili segenap ahli Persatuan Persahabatan Abad Ke- 21 Malaysia (PPAKM) mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitr, mohon maaf zahir dan batin kepada Bapak Abdulah C. D. dan seluruh kawan seperjuangan dalam Kampung Perdamaian Sukhirin dan Kampung Perdamaian Kabang. Tahniah atas kejayaan kawan-kawan sebulan menjalankan ibadah puasa. Menahan lapar dan dahaga, mengerti ketabahan dan kesabaran dalam perjuangan. Moga-moga kawan-kawan sekalian gembira berhari raya dan merayakan kemenangan. Dan dengan gembira saya maklumkan bahawa PPAKM dan semua ahlinya tetap meneruskan semangat sekian lama ini, bersatu dengan semua yang memperjuangkan keadilan, telah membentuk Gabungan Tiga Paersatuan (Persatuan Persahabatan Berpanjangan, Persatuan Persahabatan Phoenix dan PPAKM). Baru-baru ini kami mengadakan bengkel Gabungan Tiga Persatuan, dihadir 70 orang ahli, mempela