ALFATIHAH UNTUK KAWAN NOH
![]() |
Kawan Noh |
Hari ini seorang lagi bekas anggota Rejimen Ke-10 dari
kawasan sempadan meninggal dunia kerana sakit tua. Beliau ialah Kawan Noh,
seorang kader pertengahanan berasal dari Kampung Cabang Dua, Sungai Padi.
Setelah Rejimen Ke-10 menyusun kampung2 Melayu di sekitar
Sungai Padi, Kawan Noh telah menyertai pasukan lasykar rakyat di Kampung
kemudian menyertai pasukan. Beberapa tahun beliau berkhidmat dalam regu
menyusun massa.
Tahun 1973, Ketika Pasukan Penggempur Ke-15 di bawah
pimpinan Rashid Maidin ditubuhkan, beliau telah ditugaskan di pasukan itu
sehingga perjuangan bersenjata ditamatkan dengan Perjanjian Persetujuan Damai
tiga pihak antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Diraja Thailand dan Parti Komunis
Malaya pada 21 Disember 1989.
Setelah kampung perdamaian sukhirin untuk bekas perajurit
Rejimen Ke-10 didirikan, beliau berkhidmat sebagai khatib di Masjid Darul Aman.
Beliau meninggal dunia kerana sakit tua pada 2 Februari
pukul 1.00 am waktu tempatan di kampung asalnya Kampung Cabang Dua, Daerah
Sungai Padi.
Alfatihah buat arwah Kawan Noh, semoga Allah melimpahkan
rahmatnya ke atas rohnya juga sedalam takziah untuk seluruh keluarganya.
Ulasan
Semoga dalam keadaan sihat selalu.
Bolehkan pak amin kongsikan sejarah kesamaan atau kerjasama antara parti komunis malaya dan partai komunis indonesia?