Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

DENYUT NADIMU ADALAH PERJUANGAN

Imej
(Sempena hari jadi 94 tahun Bapa Abdullah C.D.) Jika Bahaman, Maharajalela, Sagor, Tok Janggut (dan yang seangkatan dengannya) diiktiraf sebagai pahlawan bangsa ku pahatkan namamu sebaris dengan mereka kerana ku menyaksikan setiap denyut nadimu, setiap sedut hembus nafasmu adalah perjuangan biarpun gantinya darah dan nyawa demi bangsa dan pertiwi tercinta Persetan apa kata penjajah Persetan putar belit anjing buruannya Persetan profesor sejarah hatinya buta Sumbanganmu yang agung tetap gemerlapan menyuburi semangat juang bangsa demi sebuah hari cepan yang cemerlang. Mat Amin 2.10.2017 Sukhirin

GAH DI PERSADA TANAHAIR

Imej
Abdullah C,D, @ Cik  Dat Anjang Abdullah Abdullah CD Nama yang gah di persada tanahair Nama yang menggerunkan lawan Nama yang meyakinkan kawan 94 tahun Nama ini meniti dari bibir ke bibir        Kawan apa lagi            Lawan Tentang semangat juangnya Tentang keberaniannya Tentang proletariatnya Tentang pendiriannya Tentang kesederhanaannya Dan ....   Dan... Dan .. Ayahanda Abdullah CD Betapa kami bangga dengan mu Betapa kami kagum dengan   semangat mu Betapa kami menghormati mu Betapa kami menyayangi mu Semoga Pencipta mu Mengurniakan kesihatan yang kukuh Memberkati segala usaha mu      Dan sumbangan mu Kepada agama, negara dan bangsa mu Susila Isnin, 2 Okt 2017

RINGKASAN PERJALANAN HIDUP PAK HASSAN SALLEH KOMANDER VETERAN REJIMEN KE-10

Imej
Nama sebenar beliau ialah Hassan bin Salleh. Nama perjuangannya Waiming, Ayub dan Tok Ayah. Beliau dilahirkan pada tahun 1929 di Kampung Sungai Buluh, Mentakab, Pahang. Beliau belajar Arab dan Quran dan Inggeris semasa sekolah Melayu dan meneruskan pelajaran ke sekolah pondok di Mentakab. Tahun 1946 beliau terlibat dengan gerakan kemerdekaan yang dianjurkan oleh API. Setelah API diharamkan gerakan ini diteruskan oleh PETA. Beliau ikut serta dalam kerja2 propaganda, mengadakan sandiwara dan lain2 untuk membangkitkan semangat kemerdekaan rakyat. Jun 1948 kerajaan penjajah yang menguasai Malaya mengisytiharkan Undang2 Darurat.   Ramai rakan2nya dari API, AWAS telah ditangkap dan sebahagian lagi   telah berunudr ke hutan membentuk pasukan gerila.   Beliau juga ingin menyertai perjuangan bersenjata, tetapi pihak organisasi menasihatkannya supaya   meneruskan kerja2 propaganda dan perhubungan di kalangan rakyat. Pada mulanya beliau berundur ke Lubuk Kawah kemudian bali

RINGKASAN PERJALANAN HIDUP BONG SOEMAUN UTOMO PEJUANG VETERAN INDONESIA

Imej
Soemaun Utomo Sekelumit cerita dari perjalanan hidup seorang bernama Soemaun Utomo (ayah & bapak mertua, eyang & eyang buyut kita):  Terlahir dari keluarga petani muslim di Dusun Tlanak, Desa Kedungpring, Babat, Lamongan, Jatim, 94 tahun yang lalu.  Diusianya yang relatif muda ia sudah meninggalkan desa, orang tua, saudara dan teman2nya kerana keinginan yang sangt besar untuk meraih pendidikan tinggi. Ia hijrah ke Surabaya untuk melanjutkan pendidikan hingga bergabung ke dinas militer dan kemudian hidup berpindah pindah sesuai pergerakan perjuangan bersenjata pada masa revolusi kemerdekaan....  Singkat cerita, tahun 1947, diusianya yang masih relatif muda (24 tahun) dengan pangkat Mayor dan berdinas di Jakarta ia disertir dari dinas militer dan bergabung ke partai kerana ada seorang pimpinan partai yang merupakan teman baiknya.  Di partai awalnya ia diposisikan sebagai ketua gerakan pemuda bersenjata. Namun tak lama di situ, ia konflik dengan pengurus

MAT INDERA YANG TIDAK MATI

Imej
MAT INDERA YANG TIDAK MATI Dalam arus perjuangan kemerdekkaan kau ikut berjuang di jalan kiri bersama PKMM dan API. Bila parti kiri diharamkan kau bergerila di hutan belantara demi perjuangan yang perlu diteruskan. Kau berhak membuat pilihan dan dalam perjuangan kemerdekaan jalan yang kau pilih tidak semestinya satu kesalahan. Kau patriot dan nasionalis sejati yang menyerahkan jiwa dan raga untuk kemerdekaan bangsa tercinta. Kau dikhianati oleh kawan sendiri yang menangkapmu atas arahan penjajah dan kau dihukum mati. Tapi di hati kami kau tidak mati kau sentiasa di kenang dan diingati sebagai pejuang yang gagah berani yang bersedia mati untuk ibu pertiwi. M.S.RINDU Kajang 8 Februari 2017

PERUTUSAN DAN SALAM HARI RAYA AIDILFITRI 2017 PPAKM

Imej
Perutusan dan Salam Hari Raya Aidil Fitri 2017 PPAKM Sempena tibanya 1 Shawal, saya dengan tulus ikhlas mewakili segenap ahli Persatuan Persahabatan Abad Ke- 21 Malaysia (PPAKM) mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitr, mohon maaf zahir dan batin kepada Bapak Abdulah C. D. dan seluruh kawan seperjuangan dalam Kampung Perdamaian   Sukhirin dan Kampung Perdamaian Kabang. Tahniah atas kejayaan kawan-kawan sebulan menjalankan ibadah puasa. Menahan lapar dan dahaga, mengerti ketabahan dan kesabaran dalam perjuangan. Moga-moga kawan-kawan sekalian gembira berhari raya dan merayakan kemenangan. Dan dengan gembira saya maklumkan bahawa PPAKM dan semua ahlinya tetap meneruskan semangat sekian lama ini, bersatu dengan semua yang memperjuangkan keadilan, telah membentuk Gabungan Tiga Paersatuan (Persatuan Persahabatan Berpanjangan, Persatuan Persahabatan Phoenix dan PPAKM). Baru-baru ini kami mengadakan bengkel Gabungan Tiga Persatuan, dihadir 70 orang ahli, mempela