MERAIKAN HARI JADI KE-93 TAHUN BAPA ABDULLAH C.D.
Kampung Perdamaian Sukhirin, 1
Oktober 2016 – Suatu majlis sederhana yang meriah telah diadakan di sini untuk
meraikan hari jadi ke-93 tahun Bapa Abdullah C.D. Rakan seperjuangan dari
berbagai tempat Thailand yang tergabung dalam Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand
telah menghantar wakil masing-masing2. Rakan seperjuangan dari luar negeri juga
telah hadir dengan 4 buah bas. Mereka terdiri dari Persatuan Persahabatan Abad
Ke-2 Malaysia, Kelab Persahabatan Wilayah Selatan Sarawak, Pusat Pengajian
Malaysia – Singapura- Hongkong, Persatuan Sahabat2 Lama Perak. Yang paling
istimewa lagi ialah satu rombongan rakan seperjuangan sekelas proletar anggota
Parti Komunis Thailand juga hadir untuk menyampaikan ucapan selamat hari jadi.
Majlis dimulakan dengan upacara
membaca doa semoga Bapa Abdullah C.D. sentiasa dikurniakan kesihatan sepanjang
hayat, panjang umur dan sentiasa mendapat rahmat dan hidayat Allah Taala.
Presiden Persatuan Perdamaian
Thailand dalam ucapannya menghimbau perjalanan yang heroik yang ditempuhi oleh
Bapa Abdullah C.D. dengan menyerahkan seluruh nyawa dan jiwa raganya yang
bernilai demi kemerdekaan tanah air dan pembebasan rakyat.
Bapa Abdullah C.D. yang dilahirkan
pada 2 Oktober 1923 di Lambor Kiri, Perak adalah Pengerusi Parti Komunis
Malaya, semuah parti yang sangat ditakuti oleh kaum penjajah British. Beliau
adalah anggota KMM (Kesatuan Melayu Muda) yang dipimpin Ibrahim Yaacob,
Mustapha Hussein, Dr. Burhanuddin dan lain2. Setelah Jepun kalah, beliau bersama-sama
Mokhtaruddin Lasso, Dr. Burhanuddin, Boestamam, Pak Sako dan lain2 telah
menubuhkan pula PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya).
Di samping itu, dalam masa
pendudukan Jepun, Bapa Abdullah C.D. telah menyertai gerakan anti-Jepun dibawah
pimpinan PKM. Beliau adalah kader massa di kawasan Parit dengan memimpin
Pasukan Lasyar rakyat dan Liga Rakyat Anti-Jepun. Beliau menyertai PKM (Parti
Komunis Malaya pada 1 Mei 1945, sempena hari pekerja antarabangsa di Lambor,
Perak.
Beliau pernah ditangkap oleh penjajah
Inggeris dalam rangka undang2 darurat 1948, tapi dalam pergelutan yang gagah
berani, beliau berjaya memecahkan gari dan meluluskan diri dari kepungan musuh.
Pada 21 Mei 1949, beliau mendirikan Rejimen Ke-10 Tentera
Pembebasan Nasional Malaya, sebuah pasukan gerila anti-British yang dari
komander dan perajuritnya terdiri dari putera puteri terpuji kaum buruh dan tani
Melayu untuk kemerdekaan tanah air dan pembebasn nasional.
Selain itu, ucapan dari setiap
wakil juga telah memberikan penghormatan yang tinggi sebagai pejuang
kemerdekaan dan pejuang rakyat tertindas. Mereka berharap semoga beliau terus
sihat wal afiat, panjang umur, murah rezeki dan sentiasa di jalan kejayaan.
Majlis ditamatkan dengan upacara
memotong kek, menyampaikan hadiah dari wakil2 berbagai tempat dan perseorangan
dan merakam gambar kenanga-kenangan dengan berbagai persatuan perdamaian.
Semoga Bapa Abdullah C.D. sihat
wal afiat sepanjang hayat dan sentiasa mendapat rahmat dan hidayat dari Allah
Taala.
Ulasan