Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2016

ABDULLAH C.D. - TOKOH CEMERLANG DALAM SAYAP KIRI MELAYU

Imej
Abdullah C. D. - Tokoh Cemerlang   Dalam Sayap Kiri Melayu -Oleh Afandi - Abdullah C.D. Pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM), Abdullah C.D. dilahirkan pada 2 Oktober 1923 di Lambor Kiri, Parit. Perak, tempat bermulanya Perang Perak 1875. Beliau menerima pengaruh dari pahlawan anti-penjajah seperti Datuk Maharajarela dan Datuk Sagor. Semasa belajar di Clifford School Kuala Kangsar, beliau berhubungan erat dan menimba sejarah dari pejuang revolusi Indonesia yang juga ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM). Dengan itu keinsafan anti penjajahan dan semangat kemerdekaan bertunas dalam benaknya sehingga menjadi ahli KMM pada 1939. KMM ialah pertubuhan sayap kiri Melayu yang berjuang untuk kemerdekaan Malaya. Mulanya KMM bekerjasama dengan Jepun kerana tertipu dengan janji memerdekakan Malaya. Tetapi setelah KMM menuntut Jepun mengotakan janji memerdekakan Malaya, Jepun segera mendedahkan sifat fasisnya, memungkiri janji malahan mengharamkan KMM.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Imej
KINI DAN SILAM mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA, maaf zahir batin kepada semua pembaca, rakan dan rakan seperjuangan, semoga sempena hari lebaran yang mulia ini kita sentiasa mendapat berkat dan rahmat Allah Yang Maha Kuasa. Berikut adalah koleksi gambar2 suasana Aidiladha 2016 di Kampung Perdamaian Sukhirin – sebuah kampung yang dibangunkan untuk pemastautinan bekas perajurit Rejimen Ke-10, Tentera Rakyat Malaya yang beralamat  Ban Chulabhorn Patana 12, Tamboon Sukhirin, Amphor Sukhirin, Wilayah Narathiwat. Salam Aidiladha