KAWAN SUTI – PAHLAWAN ANTI PENJAJAH YANG GAGAH BERANI
![]() |
Kawan Suti |
Pada tanggal 29 Julai 2016, Kawan Suti sorang tokoh
penentang penjajah yang gagah berani telah menutup usia kira2 pukul 10:pm waktu
Malaysia di kediamannya di Kampung Sungai Buluh, Mentakab, Pahang dalam usia 84
tahun.
Kesedaran nasional Kawan Suti mula berkobar apabila ia
mengikuti aktiviti2 API dan kemudian PETA di kawasan Mentakab dan Temerloh.
Semboyan2 yang digunakan API ketika itu sangat membangkitkan semangat
rakyat. Antaranya ialah Merdeka Dengan Darah! Di dalam perarakan besar-besaran yang
diadakan di Temerloh sekitar tahun 1946 – 1948 sudah pasti dipelopori oleh
angkatan Pemuda API dan angkatan wanita AWAS. Kedua-duanya sayap penting Parti
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945 dengan semboyan
MERDEKA. Apabila para pemuda API memekikkan slogan MERDEKA, maka pemudi AWAS
pula akan menyahutnya dengan semboyan DARAH. Gelora ini telah menempa semangat Kawan Suti
menjadi seorang tokoh yang bencikan penjajah dan dambakan kemerdekaan penuh
tanah air dan rakyat.
Penjajah British sudah pasti tidak rela berpeluk tubuh
begitu saja melihat gelombang perjuangan rakyat yang sedang melanda
kekuasaannya, hartal raksasa pada bulan
Oktober 1947 sudah memberi isyarat jelas bahawa penjajah Inggeris pasti akan dinyahkan
dari bumi Malaya.
Justeru itu pada Jun 1948, penjajah British mengisytiharkan
darurat dan melakukan penangkapan besar2an ke atas parti dan pertubuhan yang
memperjuangkan kemerdekaan. Dalam keadaan inilah Kawan Suti bersama sejumlah
pemuda Melayu lainnya berundur ke hutan Lubuk Kawah membentuk pasukan gerila.
Dan sejak itu rimba raya segenap pelusuk Malaya digenangi asap bedil untuk menghalau
kaum penjajah demi kemerdekaan dan pembebasan nasional.
21 Mei 1949, rimba Kerdau, Temerloh Pahang telah menyaksikan
penubuhan pasukan gerila Melayu Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional
Malaya (TPNM) di bawah pimpinan Abdullah C.D. @ Cik Dat Anjang Abdullah, anak kelahiran
Lambor, Perak yang juga adalah anggota Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan anggota
Jawatankuasa Pusat Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).
Kawan Suti adalah salah seorang perajurit Rejimen Ke-10 yang
gagah berani. Tahun-tahun 1948 -53 menyaksikan pertempuran sengit antara
pasukan TPNM dengan pasukan2 penjajah British yang didatangkan dari berbagai negara
tanah jajahannya ke Malaya.
Pada 30 September 1949, pasukan Rejimen Ke-10 yang sedang
berehat dalam sebuah kebun getah di Bukit Kuin telah diserang secara mengejut oleh
sepasukan tentera British. Kawan gard cedera terkena tembakan musuh. Kawan Suti
yang menjadi salah seorang pemandu breegun bersama beberapa kawan lain telah melepaskan
tembakan balas yang gagah berani sehingga askar2 British itu terpaksa berundur.
Seterusnya Kawan Suti dan beberapa kawan mengejar musuh sehingga hari gelap.
Pada 12 Disember 1949, pasukan Rejimen Ke-10 bersama Kompeni
Ke-6 Rejimen Ke-6 telah bertempur sengit melawan 1 batalion askar Gurkha
(kira-kira 700 orang) di hutan kawasan Jerangsang. Kawan Suti adalah salah satu
daripada 14 pemandu breengun yang menghajar teruk askar Gurkha tersebut.
Ini hanyalah beberapa contoh pertempuran penting yang
disertai Kawan Suti. Dalam masa beberapa tahun (1949-1953) perang yang
menggelora itu tak terhetong banyaknya pertempuran besar dan kecil sekilnya
yang disertai beliau. Kadang2 dalam satu hari mereka bertempur beberapa kali
dan luka korban menjadi perkara biasa.
Pertengahan tahun 1953, Kawan Suti yang digabungkan dalam
pasukan Hang Jebat melakukan perpindahan strategik ke kawasan sempadan. Kawan
Suti adalah salah seorang perajurit yang mempelopori di barisan hadapan. Mereka
mencari bahan makanan dan lain2 ketika pasukan kesukaran makanan dan menjamin
keselamatan pasukan ketika menghadapi bahaya.
Di kawasan sempadan Kawan Suti menyertai berbagai kegiatan
pasukan. Ada kalanya beliau menjadi pengawal pasukan, menjadi jurulatih,
memimpin regu penyusun massa dan ada kalanya memimpin unit2 tempur melakukan
pertempuran melawan musuh.
Di kawasan sempadan juga Kawan Suti telah bertemu jodoh
dengan seorang pemudi dari kawasan sempadan bernama Wayah @ Kawan Ribut. Hasil
perkongsian hidup ini, mereka dikurniakan seorang cahaya mata wanita.
Pada tahun 1977, angkatan Tentera Malaysia dan Thai
melakukan serangan kempen kepung basmi CAHYA BINA dengan kekuatan belasan ribu
askar ke atas Pasukan Penggenpur Ke-15 di kawasan Weang, sempadan Thai
Malaysia. Ketika itu Kompeni Ke-21 Rejimen Ke-10 berada di hutan kawasan Sukhirin
terlepas dari sasaran serangan tersebut. Untuk membantu pasukan sesaudara yang
sedang terkepung, Kompeni Ke-21 telah memilih Kawan Suti bersama 2 kawan lagi
melakukan pertempuran di luar garis kepungan musuh. Kawan Suti yang cekap dan
berani telah membawa regu kecilnya menyusup
ke dalam kawasan musuh dan melakukan imbusying ke atas sebuat trak militer yang
dinaiki pegawai tentera Thai dan Malaysia. Kejayaan serangan itu telah
menamatkan kempen kepung basmi CAHAYA BINA tersebut.
Disember 1989, PKM, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Diraja
Thailand telah menandatangani persetujuan bersama untuk menamatkan
persengketaan bersenjata dan mewujudkan perdamaian. Di bawasah syarat2
perjanjian inilah, pasukan Rejimen Ke-10 dibubarkan dan semua senjata
dimusnahkan. Kawan Suti memilih untuk pulang ke Malaysia dan menetap di kampung
asalnya Mentakab, Pahang.
Kini Kawan Suti telah pergi menemui penciptanya, semangat perjuangannya yang heroik akan tercatat dalam sejarah perjuangan bangsa
untuk kemerdekaan dan pembebasan nasional. Sesiapa saja yang jujur terhadap
sejarahnya pasti akan mengenang Kawan Suti
Semoga Allah meletakkan roh Kawan Suti di kalangan
orang-orang yang soleh.
Ulasan