Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2016

SAJAK: ENGKAU YANG KAMI PANGGIL AYAH

Imej
Engkau yang kami panggil ayah... Engkau yang aku panggil ayah Telah berangkat   Kesempadan akhrat.. Membawa seribu cerita Pejuangan menentang penjajahan Di tubuh mu tebenam serepahan bom Peluru menembusi peha dan perut mu Memastikan melaya merdeka., Nama engkau si geruni   Segerun nama bahaman , mat kilau Tok jangut ,   Berangkatlah dengan aman Di sisi tuhan mu Engkau yang kami panggil ayah Yang tidak pernah di pandang Sebagai perjuang Yang di cop sebagai pengkhinat Oleh pewaris   Penjajah bangsat Selamat berangkat ayah Pak suti Semoga allah merestui Perjuangan mu Oleh Tok Raja Bob 30hb Julai   Raub, Pahang

KAWAN SUTI – PAHLAWAN ANTI PENJAJAH YANG GAGAH BERANI

Imej
Kawan Suti Pada tanggal 29 Julai 2016, Kawan Suti sorang tokoh penentang penjajah yang gagah berani telah menutup usia kira2 pukul 10:pm waktu Malaysia di kediamannya di Kampung Sungai Buluh, Mentakab, Pahang dalam usia 84 tahun. Kesedaran nasional Kawan Suti mula berkobar apabila ia mengikuti aktiviti2 API dan kemudian PETA di kawasan Mentakab dan Temerloh. Semboyan2 yang digunakan  API  ketika itu sangat membangkitkan semangat rakyat. Antaranya ialah Merdeka Dengan Darah! Di dalam perarakan besar-besaran yang diadakan di Temerloh sekitar tahun 1946 – 1948 sudah pasti dipelopori oleh angkatan Pemuda API dan angkatan wanita AWAS. Kedua-duanya sayap penting Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945 dengan semboyan MERDEKA. Apabila para pemuda API memekikkan slogan MERDEKA, maka pemudi AWAS pula akan menyahutnya dengan semboyan DARAH.  Gelora ini telah menempa semangat Kawan Suti menjadi seorang tokoh yang bencikan penjajah dan dambakan kemerdekaan