Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2016

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA OLEH DR. BURHANUDDIN

Imej
SELAMAT HARI RAYA PUASA Oleh: Dr. Burhanuddin Dalam kuasa2 atau kerajaan2 besar diseluroh dunia sekarang memperjuangkan dengan hebatnya ideology masing2 selaku peperangan dingin. Dan disekitar tanah ayer kita dikelubongi dengan mendung dzarurat. Keadaan bangsa dan tanah ayer kita dalam dzarurat dan chemas. Pertarungan faham politik kebangsaan kita diantara kiri dan kanan. Pertelingkahan dan keributan timbul pula dalam golongan kanan sendiri disebabkan anasir2 mempertopengkan kebangsaan untuk merebut kepentingan diri dan keroni, orang2 yang ta’mempunyai principle atau pendirian ta’kurang terkeliru dan dikelirukan….. Dalam keadaan yang demikianlah kita menyambut Hari Raya. Sesudah kita berpuasa, melateh diri dan   mempertahankan jiwa sukma kita untok menchapai rasa dan ni’mat “Takwa”, satu bekal yang tulen suchi memberseh menyiram dan memandikan jiwa raga dan memasangkan perhiasan sabar, insaf dan tahan penderitaan, mengalahkan kepahitan angkara durjana nafsu dan shah

AIDILFITRI 2016 DI KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN

Imej
Hari Raya Aidillfitri di Thailand diisytiharkan jatuh pada 6 Julai 2016, masa yang sama dengan jirannya Malaysia. Di Kampung Perdamaian Sukhirin, yang terletak di wilayah Narathiwat Selatan Thailand hari lebaran ini dirayakan sebagaimana biasanya walaupun terasa sedikit kesepian kerana pemergian beberapa orang pemimpin yang dihormati dan dicintai oleh segenap warga. Berikut adalah pilihan gambar suasana Aidilfitri di Kampung Perdamaian Sukhirin atau Ban Chulabhorn Patana 12.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Imej
KINI DAN SILAM atas nama Abdullah C.D., segenap warga Kampung Perdamaian Sukhirin (Ban Chulabhorn Patana 12) di Wilayah Narathiwat, segenap warga Kampung Perdamaian Balok (Ban Chulabhorn Patana 11) di wilayah Yala dan di mana jua bekas anggota Rejimen Ke-10 yang tinggal di Selatan Thailand mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN kepada seluruh umat Islam di Thailand, Malaysia, Indonesia, Filipina dan di mana jua di muka bumi ini. Kami juga tak lupa mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,   MAAF ZAHIR BATIN kepada segenap rakan seperjuangan beragama Islam, kepada kaum keluarga bekas perajurit Rejimen Ke-10 dan kaum keluarga para pahlawan yang telah mengorbankan diri di dalam perjuangan bersenjata. Semoga ketibaan Aidilfitri tahun ini membawa rahmat dan berkat untuk semua.