68 TAHUN UNDANG2 DARURAT PENJAJAH INGGERIS
68 tahun yang silam, tepatnya pada bulan Jun 1948, penjajah
Inggeris telah mengisytiharkan apa yang dinamakan Undang2 Darurat di seluruh
Malaya. Agensi Berita BBC menyebutnya sebagai PERANG YANG TIDAK DIISYTIHARKAN. Undang2 Darurat sebenarnya bertujuan menekan gerakan kemerdekaan yang sedang marak berkobar baik di kota dan desa. Dalam rangka undang2 zalim ini semua pertubuhan yang memperjuangkan kemerdekaan
diharamkan, para aktivisnya ditangkap dan dihumban ke dalam penjara. Ketika itu
hanya UMNO satu2nya parti yang tidak diharamkan.
![]() |
askar upahan Inggeris melakukan penggeledahan |
Bapa Abdullah C.D. dalam bukunya DARURAT DAN KEMERDEKAAN
menulis:
"Kerana perjuangan menentang penjajah British untuk
kemerdekaan terus berkembang sehingga tidak dapat dikawal lagi, maka pada 18
Jun 1948 penjajah British mengisytiharkan Undang2 Darurat di seluruh negara.
Parti2 atau pertubuhan2 patriotik demokratik (golongan kiri) semuanya
diharamkan. Antaranya PKM, PKMM, PETA, AWAS, BTM, Hizbul Muslimin, New
Democratic Youth League (NDYL), kesatuan2 buruh dan lain2."
"Pada 20 Jun 1948, penjajah British melakukan penangkapan
secara besar2an ke atas kader2 dan anggota2 parti atau pertubuhan2 patriotik
demokratik seperti PKM, PKMM dan lain2. Di antara mereka ada yang dipenjara,
disiksa, dihukum gantung dan dibuang negeri.
Penangkapan besar2an itu telah memberikan pukulan yang
paling berat ke atas kekuatan patriotik demokratik bahagian Melayu. 3 orang
pimpinan penting bahagian Melayu PKM yang hadir dalam Kem Se-Malaya telah
ditangkap. Kamarulzaman ditangkap pada 20 Jun 1948, saya ditangkap pada 10
Julai 1948 dan Rashid Maidin juga ditangkap dalam bulan yang sama."
"Rakan2 seperjuangan yang lain juga dalam PKMM dan PKM ramai
yang menjadi mangsa penangkapan tersebut. Antara mereka termasuklah Ishak Hj.
Mohd, Ahmad Boestamam, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Cikgu Sabrun, Osman Bakar,
Cikgu Muda, Cikgu Hamid, Ustaz Yahya Nasim, Taharuddin, Kamaruddin, Bizar
Ahmad, Sutan Djenain, Khatijah Ali dan lain2. Ketika itu seluruh Negara telah
ditenggelami dalam suasana teror putih, penindasan dan penangkapan terus
menerus berlaku di mana2."
Ahmad Boestamam digiring ke penjara |
"Sungguhpun begitu, UMNO, parti politik Melayu yang pro
penjajah tidak menjadi sasaran Undang2 Darurat. Undang2 tersebut disamping
menekan parti2 politik patriotik demokratik yang memperjuangkan kemerdekaan
juga telah meletakkan batu loncatan kepada UMNO untuk melompat ke panggung
politik tanpa sebarang saingan. Mulai dari sinilah ia tampail ke muka sebagai
pembela orang Melayu."
Ulasan