Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2016

68 TAHUN UNDANG2 DARURAT PENJAJAH INGGERIS

Imej
68 tahun yang silam, tepatnya pada bulan Jun 1948, penjajah Inggeris telah mengisytiharkan apa yang dinamakan Undang2 Darurat di seluruh Malaya. Agensi Berita BBC menyebutnya sebagai PERANG YANG TIDAK DIISYTIHARKAN. Undang2 Darurat sebenarnya bertujuan menekan gerakan kemerdekaan yang sedang marak berkobar baik di kota dan desa. Dalam rangka undang2 zalim ini semua pertubuhan yang memperjuangkan kemerdekaan diharamkan, para aktivisnya ditangkap dan dihumban ke dalam penjara. Ketika itu hanya UMNO satu2nya parti yang tidak diharamkan. askar upahan Inggeris melakukan penggeledahan Bapa Abdullah C.D. dalam bukunya DARURAT DAN KEMERDEKAAN menulis: "Kerana perjuangan menentang penjajah British untuk kemerdekaan terus berkembang sehingga tidak dapat dikawal lagi, maka pada 18 Jun 1948 penjajah British mengisytiharkan Undang2 Darurat di seluruh negara. Parti2 atau pertubuhan2 patriotik demokratik (golongan kiri) semuanya diharamkan. Antaranya PKM, PKMM, PETA, AWAS, BTM,