Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

PETUGAS RADIO PKM MENINGGAL DUNIA

Imej
Chang Yuan @ Luo Chien Chang Yuan @ Luo Chien, bekas petugas Bahagian Bahasa Melayu stesyen radio Suara Revolusi Malaya (SRM) dan Suara Demokrasi Malaya (SDM) meninggal dunia.   Anggota Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand (GPPT), bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM), dan juga bekas petugas stesyen radio SRM dan SDM, Chang Yuan @ Luo Chien (75 tahun), meninggal dunia pada pukul 12.35 tengahari 18 Januari tahun 2016 di sebuah hospital di Bangkok, Thailand kerana sakit kanser limpa.     Chang Yuan   @ Luo Chien nama aslinya Chang Kuo Phing dilahirkan di Sungai Siput, Perak, Malaya (sekarang Malaysia) pada 29 November tahun 1941.     Mendiang mulanya sekolah di sekolah rendah Cina di Sungai Siput, kemudian ke Negeri China dan menyambung pelajaran di sekolah perantau di Shan Tou, China. Setelah tamat pelajaran di Sekolah Menengah Perantau Guang Zhou, mendiang melanjutkan pula pelajarannya di Universiti Ji Nan, bahagian political economy.   Pada tahun 1968, mendian