Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2015

ABADILAH KAWAN YI MIN BERSAMA SEJARAH PERJUANGAN BANGSA UNTUK KEMERDEKAAN

Imej
Wong Soon Fong @ Yi Min  Kawan Yi Min, seorang kader PKM, bekas anggota Parlimen Singapura dan juga Pengurus Umum Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand (GPPT) dan Ketua Persatuan Perdamaian Banlang telah pergi untuk selamanya pada 1 Disember 2015 di Kampung Perdamaian Banlang dalam usia 81 tahun. Berikut adalah pengumuman dari Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand. LAGI SEORANG ANGGOTA PEMBINA NEGARA MENINGGALKAN KITA Terjemahan oleh Indra dari  泰和 联 Pada 1 Disember tahun 2015 pukul 3.00 petang, Pejuang Kemerdekaan Singapura, bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM), bekas anggota Parlimen Toa Payoh, Singapura dan juga Pengurus Umum Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand (GPPT) dan Ketua Persatuan Perdamaian Banlang, Wong Soon Fong ( 黄信芳 ) , meninggal dunia di Kampung Perdamaian Banlang dalam usia 81 tahun.   Mendiang Wong Soon Fong @ Yi Min dilahirkan di Singapura pada 27 Ogos tahun 1934. Mendiang menyertai Liga Pembebasan Anti British pada tahun 19