ALFATIHAH UNTUK KAWAN DAUD
![]() |
Kawan Daud |
Baru mendapat khabar bahawa Kawan Daud telah meninggal dunia
pada pagi ini di pangkuan keluarganya di Kampung Lokchut, daerah Weng
Narathiwat. Jenazah beliau juga akan dikebumikan di sana. Beliau yang telah
beberapa tahun mendapat sakit lumpuh tidak boleh bergerak sendiri menetap di
rumahnya di Kampung Chulabhorn Patana 12. Akan tetapi, mendapati sakitnya
menjadi parah, pada hari semalam, pihak
keluarga membawa beliau pulang ke kampungnya di Weang. Rupanya itulah
perpisahan terakhir beliau dengan kampung perdamaian ini.
Alfatehah untuk Kawan
Daud, semoga Allah meletakkan Allahyarham di kalangan orang2 yang dikasihiNya.
Kawan Daud menyertai perjuangan bersenjata pada tahun 60-an
ketika pasukan penyusun massa Rejimen Ke-10 bergerak di Kawasan Lubuk Lasak,
Sukhirin.
Beliau pernah menyertai Pasukan Propaganda Khas, Pasukan
Platun Merdeka dan Pasukan Penggempur Ke-14 Rejimen Ke-10 di bawah pimpinan Abu Samah Mohd. Kassim bergerak di Ulu
Kelantan.
Setelah pasukan Pengempur Ke-14 pulang ke kawasan sempadan
beliau berkahwin dengan seorang puteri kawasan sempadan dengan nama
perjuangannya Kawan Seni dan terus berkhidmat dalam pasukan itu sehingga tamat
perang. (12 Nov. 2015)
Ulasan