Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2015

MENGENANGI ARWAH KAWAN TAUFAN, KAWAN SUKOR DAN KAWAN DAUD

Imej
oleh Srikandi Kawan Sukor, Kawan Taufan dan Kawan Daud adalah pejuang nasional sejati. Mereka berasal dari kelas tani pertengahan, tapi kerana semangat nasionalisme yang membara dijiwa dan gerakan menuntut kemerdekaan sedang berkobar-kobar ketika itu, mereka dengan rela hati meninggalkan semua kesenangan terjun  ke kancah perjuangan kemerdekaan tanah air Malaya yang tercinta ini. Semoga jasa mereka yg tak ternilaikan ini akan abadi dalam lipatan  sejarah  kemerdekaan negara kita. Semoga kisah dan teladan unggul yang ditinggalkan mereka akan menjadi pengajaran dan iktibar yang tak ternilaikan oleh pencinta sejarah tanah air khasnya bagi golongan muda yang meminati sejarah dan sedang  berusaha mencari bahan-bahan sejarah. Semoga roh mereka ditempatkan bersama dengan roh para syuhadah.. Amin

ALFATIHAH UNTUK KAWAN TAUFAN

Imej
Taufan@Aminah binti Hj. Hassan Pagi ini 13 November 2015, Kampung Perdamaian Sukhirin mendapat berita Kawan Taufan telah meninggal dunia di Raub Pahang pada pukul 1.30am. Kawan Taufan atau nama sebenarnya Aminah binti Haji Hassan menyertai perjuangan bersenjata pada tahun 1961, dalam kumpulan terawal warga Selatan Thai menyertai Rejimen Ke-10. Dalam memoirnya bahagian ketiga PERJUANGAN DI SEMPADAN DAN PENAMATAN TERHORMAT, Kawan Abdullah C.D. menulis: Aminah – Beliau seorang anasir cergas wanita dari Kampung A dalam satu organisasi massa di bawah pimpinan Sukor dan Rosmah. Kerana pekerjaannya baik,   dia dihantar menyusun kaum nelayan di kawasan pantai Pattani. Kerana perkembangan kerjanya dia telah berjaya membenbentuk persatuan nelayan. Pernah beberapa kali persatuan ini melancarkan mogok ke laut kerana menuntut upah yang berpatutan dengan majikan. Beliau kemudiannya menyertai pasukan Rejimen Ke-10 di Kampung A, sebuah kampung di kawasan Kuala Kail, Banang Star, Ya

ALFATIHAH UNTUK KAWAN DAUD

Imej
Kawan Daud Baru mendapat khabar bahawa Kawan Daud telah meninggal dunia pada pagi ini di pangkuan keluarganya di Kampung Lokchut, daerah Weng Narathiwat. Jenazah beliau juga akan dikebumikan di sana. Beliau yang telah beberapa tahun mendapat sakit lumpuh tidak boleh bergerak sendiri menetap di rumahnya di Kampung Chulabhorn Patana 12. Akan tetapi, mendapati sakitnya menjadi parah, pada hari semalam,   pihak keluarga membawa beliau pulang ke kampungnya di Weang. Rupanya itulah perpisahan terakhir beliau dengan kampung perdamaian ini. Alfatehah untuk Kawan Daud, semoga Allah meletakkan Allahyarham di kalangan orang2 yang dikasihiNya. Kawan Daud menyertai perjuangan bersenjata pada tahun 60-an ketika pasukan penyusun massa Rejimen Ke-10 bergerak di Kawasan Lubuk Lasak, Sukhirin. Beliau pernah menyertai Pasukan Propaganda Khas, Pasukan Platun Merdeka dan Pasukan Penggempur Ke-14 Rejimen Ke-10 di bawah pimpinan Abu Samah Mohd. Kassim bergerak di Ulu Kelantan. Setela