Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

IBU ZALEHA KETUA AWAS LUBUK KAWAH

Imej
IBU ZALEHA KETUA AWAS LUBUK KAWAH Zaleha Mat Roni Ibu Zaleha Mat Roni adalah serikandi terpuji puteri Sungai Pahang yang rela bergalang tanah demi kemerdekaan tanah air. Dengan mendapat pengaruh patriotisme dari datuknya yang menjadi angkatan perang Datok Bahaman, Ibu Zaleha membenci penjajah British sejak kecil lagi. Begitu gerakan kemerdekaan berkobar di Temerloh selepas kekalahan Jepun, beliau lantas menyertai AWAS (Angkatan Wanita Sedar) - pertubuhan wanita Melayu yang pertama memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Beliau telah diberi kepercayaan memimpin AWAS Cawangan Lubuk Kawah sehinggalah pertubuhan itu diharamkan pada tahun 1948. Berikut adalah profail ringkas Ibu Zaleha Mat Roni. Nama: Zaleha binti Mat Roni (1924 – 2004) atau nama samarannya Rosmah@ Wan, dilahirkan di Kampung Bangau Tanjung, Mukim Bangau, Daerah Temerloh, Negeri Pahang. Pendidikan: Lulus darjah 4 Sekolah Melayu Bangau. Belajar agama dengan guru agama kampung. Datuknya Mat Ali (sebelah ibu) pejuang a

PILIHAN GAMBAR SEKITAR PENGEBUMIAN ALLAHYARHAM SUKOR

Imej

KAWAN SUKOR PUTERA TERPUJI SUNGAI PAHANG

Imej
Sukor @ Awang Ismail KAWAN SUKOR PUTERA TERPUJI SUNGAI PAHANG Kawan Sukor (nama sebenarnya Awang bin Ismail) adalah antara putera terpuji Sungai Pahang yang tidak rela melihat tanahairnya diperkosa dengan sesuka hati oleh kaum penjajah. Perlawanan pejuang2 Pahang dibawah pimpinan Datok Bahaman telah memberikan kesedaran yang amat tinggi dalam sanubarinya. Selepas kekalahan Jepun, perjuangan menuntut kemerdekaan yang dilancarkan oleh PKMM, API, AWAS, BATAS dan lain-lain mendapat sambutan hangat di kalangan kaum tani Melayu di seluruh Tanah Melayu termasuk Pahang. Serasi dengan semangat perjuangan Bahaman yang tersemai di dadanya, Kawan Sukor lantas menjadi anggota API Pahang dibawah pimpinan Kamarulzaman Teh. Setelah API diharamkan beliau menjadi anggota PETA, sebuah pertubuhan yang menyambung perjuangan API dibawah pimpinan Wahi Anuar. Sejak itu, semangat kemerdekaan yang hinggap di sanubarinya mula membakar. Kawan Sukor dilahirkan pada tahun 1928 di Kampung Berhala Gantang, Mu

ALFATIHAH BUAT KAWAN SUKUR

Imej
Sukor @ Awang Ismail Hari ini seluruh Kampung Perdamaian Sukhirin atau Ban Chulabhorn Patana 12 berduka atas Pemergian Mantan Ketua Kampung yang pertama, Saudara Sukor. Nama sebenar beliau ialah Awang Ismail, menghadap Illahi pada pukul 2.45am (waktu Thailand) dalam usia 87 tahun kerana sakit tua. Jenazah beliau akan disemadikan di tanah perkuburan Kampung Perdamaian Sukhirin. Kawan Sukur adalah antara ribuan anak terpuji Sungai Pahang yang memilih jalan berjuang menghalau penjajah Inggeris secara bersenjata. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Menyusul berita selengkapnya.

GERAKAN ORANG MELAYU MENENTANG JEPUN

Imej
-Memperingati Ulang Tahun Ke-70 Kemenangan Perang Anti-Jepun- Oleh: Afandi Ketika pelbagai negara sedunia bersiap meraikan Hari Ulang Tahun Ke-70 Kemenangan Perang Anti-Jepun, mengapakah pihak berkuasa dan media perdana berbahasa Melayu sunyi senyap sahaja? Ini ada sebab sejarahnya, semasa Malaya di bawah pemerintahan penjajah British, Jepun menceroboh pada 8 Disember 1941, 100 ribu tentera British kalah kepada 50 ribu tentera Jepun. Tentera British berundur terus-menerus ke selatan, hanya 60 hari sahaja telah berundur di pulau Singapura. Pada 15 Februari 1942, Jeneral Pemerintah tentera British di Malaya, Leftenan Jeneral Arthur Percival membawa bendera putih menyerah kalah kepada Komander tentera Jepun, Jeneral Yamashita. Perjuangan orang Melayu menentang Jepun jarang dipublisitikan dalam media. Mengapa? Apakah Melayu tidak menentang pencerobohan Jepun? Bukan. Hakikatnya cuma penentangan Melayu agak kemudian dari masyarakat Cina. Ini ada sebabnya. Pertama masa itu Tanah Mela

HORMAT KEPADA PEJUANG VETERAN ANTI JEPUN

Imej
Bergambar bersama pejuang anti Jepun Majlis Perayaan Hari Ulang Tahun Ke-70 Kemenangan Perang Anti-Jepun diadakan di Lee Gardens Plaza Hotel Hadyai Thailand. Keadaan dan suasananya sangat  meriah dan mesra, kira-kira 700 tetamu dan rakan seperjuangan berkumpul di satu dewan, dan lima orang veteran pejuang anti-Jepun dari bekas perajurit Tentera Anti- Jepun  Rakyat Malaya dipelawa hadir, mereka dialu-alukan dan menjadi fokus hadirin. Ketika mereka yang mengenakan pita merah bertulisan VETERAN PEJUANG ANTI JEPUN itu melangkah masuk ke dalam dewan, segenap hadirin berdiri dan memberikan tepukan yang gemuruh. Pengerusi Gabungan Persatuan-Persatuan  Perdamaian Thailand menyampaikan angpau kepada mereka, seterusnya para ahli Jawatankuasa Eksekutif, tetamu dan wakil berbagai unit naik ke pentas untuk bergambar dengan para veteran. Pejuang veteran anti Jepun Setelah kemenangan Perang Anti-Jepun, veteran pejuang anti-Jepun itu meneruskan perjuangan secara damai, kemudian mereka mence