PROFAIL RINGKAS CHIN PENG
![]() |
Chin Peng |
Chin Peng, nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan pada 19 Oktober 1924 di Sitiawan, Perak, Malaya (kini Malaysia). Beliau belajar sehingga tingkatan 4 sekolah menengah Tionghua, kemudian beralih ke sekolah Inggeris.
Beliau aktif dalam Gerakan Membantu Tiongkok Melawan Pencerobohan Jepun yang bermula sejak tahun 1937.
Januari 1940 menjadi calon anggota PKM, Julai disahkan menjadi anggota penuh.
Disember 1941, memimpin pasukan gerila anti-Jepun di Perak dan menjadi pegawai penghubung PKM dengan Spencer Chapman, wakil pihak Inggeris.
Julai 1943, dilantik menjadi Setiausaha Jawatankuasa Wilayah PKM Perak.
1943, ditugaskan menyambut John Davies dan lain-lain anggota Pasukan Force 136 dan mengatur Perundingan Blantan antara British dengan PKM. Pihak British bersetuju membekalkan senjata, peluru, matawang dan latihan kepada Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) untuk melawan Jepun.
September 1945, dilantik menjadi anggota JKP Sementara PKM (kemudian disebut Politbiro Pusat PKM).
Disember 1945, berkahwin dengan Lee Khoon Wah, anggota PKM dari Pulau Pinang.
Oktober 1946, beliau menemui Yeung Kuo, anggota Politbiro Pusat. Mereka saling mengutarakan rasa curiga terhadap Lai Te. Dua bulan kemudian, mereka kemukakan pada sidang JKP.
Januari 1947, Lai Te melarikan diri dengan membawa sejumlah besar dana PKM. Chin Peng memimpin siasatan terhadap Lai Te dan mengemukakan laporan kepada persidangan JKP pada 6 Mac 1947. Di persidangan itu, beliau dipilih sebagai Setiausaha Agung PKM.
Beberapa bulan kemudian, kaum komunis Vietnam dan Thailand di Bangkok dapat mengesan Lai Te, riwayatnya ditamatkan oleh kaum komunis Thailand. Satu laporan melaporkan bahawa seorang pegawai tinggi Cawangan Khas British terbang ke Bangkok untuk menghubungi Lai Te, tapi gagal.
![]() |
Menerima pingat OBE dari kerajaan Inggeris |
Jun 1948, penjajah British mengisytiharkan Undang-undang Darurat di seluruh Malaya, mengharamkan PKM dan melakukan penangkapan besar-besaran di seluruh negara. PKM terpaksa mengangkat senjata melancarkan perjuangan bersenjata.
![]() |
Di perundinga |
April 1961 Chin Peng sampai di Hanoi, beliau menemui Ho Chi Minh, Le Duan dan lain-lain pemimpin parti Vietnam Utara.
Jun 1961, beliau terbang ke Beijing, menemui Deng Xiao Ping. 3 bulan kemudian, beliau dijemput ke Moscow untuk menghadiri kongres Parti Komunis Soviet Union dan menyertai perarakan ulangtahun ke-44 Revolusi Bolshevik 1917 di Dataran Merah.
Chin Peng menemui Mao Zedong pada Mac 1965 dan Januari 1967. Dalam perjumpaan kali kedua, pihak China bersetuju membekalkan perlengkapan stesyen radio kepada PKM. Radio Suara Revolusi Malaya yang terletak di Provinsi Hunan mulai berkumandang di udara sejak November 1969 dan ditamatkan pada 30 Jun 1981. Akan tetapi, pada pagi esoknya, radio Suara Demokrasi Malaya pula memancarkan siarannya dari kawasan sempadan Thai-Malaysia.
![]() |
Bersama Pengerusi Mao Zedong |
Oktober 1989, Chin Peng terbang ke Bangkok untuk menyertai pusingan terakhir rundingan damai.
Pada 2 Disember 1989, Persetujuan Damai 3 pihak antara PKM dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand ditandatangani di Hadyai.
30 November 2009, Chin Peng berucap di depan Perhimpunan Perayaan Ulangtahun ke-20 Persetujuan Damai Hadyai yang disiarkan secara luas oleh pihak media.
Ogos 2010, beliau melawat kawan-kawan seperjuangannya di kampung-kampung perdamaian di Selatan Thailand.
Chin Peng menghembuskan nafas terakhirnya secara tenang ditemani saudara-mara beliau di Bangkok pada 16 September 2013, pukul 6.20 pagi (7.20 pagi waktu Malaysia).
Ulasan