MAKNA SEJARAH DAN MASA DEPAN DI SEBALIK SEKEPING GAMBAR

Gambar ini tidak asing lagi bagi kebanyakan orang dalam masyarakat kita terutama kepada mereka yang mempelajari sejarah tanah air kita. Namun tanggapan setiap orang boleh jadi berbeza antara satu sama lain. Satu sosok tubuh tergantung kaki ke atas kepala ke bawah dikatakan jenazah Tok Janggut, pejuang anti British, putera terpuji dari Kelantan. Satu sosok lagi ialah seorang askar atau perwira yang berperang menentang angkatan Tok Janggut. Di antara mereka terdapat perbezaan pokok yang bersifat berlawanan sama sekali iaitu yang satu menentang penjajah walau terpaksa menumpahkan darah dan yang satu lagi ialah berkhidmat dengan penuh setia membantu penjajah menguasai kekayaan alam tanah air dan menumpaskan gerakan rakyat yang mahukan kemerdekaan. Pada kedua-dua sifat di atas ada penerus masing masing mengikut keadaan, syarat sejarah dan kesedaran yang berbeza. Dalam masyarakat kita hari ini siapakah yang mewarisi Tok Janggut dan siapa pula yang mewarisi perwira yang sedang be