UCAPAN PENGERUSI GABUNGAN PERSATUAN PERDAMAIAN THAILAND SEMPENA MEMPERINGATI 70 TAHUN PERANG PASIFIK
![]() |
Pengerusi Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand, Kawan Indra Djaja Abdullah |
Salammualaikum warahmatulah wabarakatuh
Wakil Ketumbukan Ke-4 Tentera Thai yang dihormati,
Wakil Konsul Besar Republik Rakyat China Untuk Songkhla yang
dihormati,
Para pemimpin dan penanggungjawab pertubuhan-pertubuhan
perantau Cina yang dihormati,
Para tetamu dan sahabat yang dihormati,
Hari ini ialah Hari Peringatan Ulta Ke-70 Kemenangan Perang
Pasifik dan sekaligus adalah juga Hari Peringatan Ulta Ke-70 Tamatnya Perang
Dunia Ke-2. Pada saat yang khikmat dan meriah ini, kita menyatakan takziah yang
sedalam-dalamnya kepada kira-kira 70 juta rakyat yang terkorban dalam Perang
Pasifik dan Perang Dunia Ke-2 tersebut. Bersamaan itu, kita juga menyatakan
salut yang setinggi-tingginya kepada para pendahulu kita yang telah bertempur
dengan gagah perwira demi usaha anti-fasis dan membela perdamaian dunia.
Perang Pasifik dimulai dengan perang besar-besaran berskala
sejagat oleh negara-negara imperialis untuk membagi-bagikan semula tanah
jajahan dan merebut hegemoni dunia. Dan seterusnya, ia berkembang menjadi
perang anti-fasis besar-besaran rakyat di tanah-tanah jajahan dan separuh
jajahan yang dengan sewajarnya dan pada akhirnya memperolehi kemenangan Perang
Pasifik tersebut.
Perang Pasifik serta Perang Dunia Ke-2 telah mendatangkan
malapetaka yang maha besar kepada umat manusia. Akan tetapi, juga dengan
teramat pesatnya meningkatkan kesedaran rakyat di tanah-tanah jajahan dan
separuh jajahan. Melepaskan diri daripada kekuasaan colonial imperialis dan
menuntut kemerdekaan negara, hak menentukan bangsa sendiri dan pembebasan
rakyat telah menjadi kemahuan bersama dan arus sejarah bangsa tertindas dan
rakyat tertindas. Maka, tercetuslah gerakan pembebasan nasional, gerakan anti
apartheid, gerakan hak manusia dan sebagainya yang berskala sedunia, bergelora
dan berlarutan selama berpuluh-puluh tahun.
![]() |
Bekas Perajurit TAJRM diberi penghormatan |
Dunia sekarang masih amat tidak tenteram, perebutan kaum
imperialis ke atas sumber alam dan mengontrol wilayah-wilayah strategic masih berterusan, bahkan semakin menjadi-jadi
dan terang-terangan.
Tujuan kita memperingati ulta ke-70 tamatnya Perang Pasifik
dan Perang Dunia Ke-2 justeru untuk bercermin dan mengingat sejarah, menghargai
dan menyayangi perdamaian dan memelihara hak dan kepentingan rakyat.
Semoga semua orang dan negara yang cintakan perdamaian
berusaha dan berjuang demi memelihara dan membela perdamaian sedunia dan
haridepan kita bersama yang lebih indah.
Sekian.
Mualaikummusalam warahmatulahi wabarakatuh.
Catatan: Artikel di atas adalah teks ucapan Pengerusi Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand Kawan Indra Djaja Abdullah di Majlis Memperingati 70 Tahun Perang Pasifik yang di adalah di Lee Gardens Plaza. Hadyai pada 15 Ogos 2015.
Ulasan