UCAPAN MEJ. JEN VIRAJ DI MAJLIS MEMPERINGATI 70 TAHUN PERANG PASIFIK
![]() |
Mej. Jen. Viraj sedang menyampaikan ucapan |
70 tahun yang lalu, Amerika
Syarikat menggugurkan 2 biji bom atom di Jepun. Jepun akhirnya terpaksa
menyerah diri tanpa syarat pada 15 Ogos tahun 1945. Dan Perang Anti Fasis
Sedunia tamat dengan menang.
Pada 8 Disember 74 tahun yang
lalu, Jepun telah melancarkan Perang Pasifik. Jepun telah mengerahkan
tenteranya menduduki Thailand. Free Thai, satu pertubuhan progresif di
Thailand, telah membentuk dan memimpin Pasukan Sukarelawan Anti Jepun Thailand
berjuang melawan tentera penceroboh Jepun. Pasukan Sukarelawan Anti Jepun
adalah satu pertubuhan separuh militer. Anggotanya terdiri daripada
patriot-patriot dari berbagai kaum di Thailand. Dan asas pasukan itu ialah
“mengusir penjajah Jepun dari Thailand dan membela kemerdekaan serta kebebasan
Thailand”. Mereka telah memberikan sumbangan-sumbangan kepada Perang Anti Fasis
Sedunia.
![]() |
Me. Jen menyampaikan hadiah |
Setelah menduduki Thailand, Jepun
terus menduduki negara-negara Asia Tenggara lainnya, iaitu Malaya, Singapura,
Filipina, Indonesia, Vietnam dan sebagainya.
Negara-negara Asia Tenggara yang
diduduki Jepun berturut-turut membentuk pasukan-pasukan bersenjata, melancarkan
perjuangan bermandi darah ke atas tentera penceroboh Jepun.
![]() |
Mej. Jen bersama pemimpin gabungan persatuan perdamaian Thailand |
Sesetengah anggota Gabungan
Persatuan Perdamaian Thailand yang terbentuk daripada anggota-anggota Kampung
Chulabhorn Ke-9, Ke-10, Ke-11 dan Ke-12 adalah bekas-bekas peserta Tentera Anti
Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) di masa lampau. Mereka telah memberikan sumbangan
kepada usaha anti fasis sedunia dan perdamaian dunia. Oleh yang demikian, di
hari ulta ke-70 kemenangan perang perlawanan ini, Gabungan Persatuan Perdamaian
Thailand telah menyelenggarakan aktiviti peringatan dengan tema “mengenang
sejarah dan menghargai perdamaian”. Aktiviti ini amat bererti. Kita
memperingatinya kerana dahagakan perdamaian.
Saya berharap aktiviti ini dapat
berjalan dengan sempurna.
Ulasan