Suriani Abdullah — Serikandi Terulung
Eng
Min Ching alias Suriani Abdullah, seorang perintis revolusi wanita
negara kita yang meraih gelaran mulia Serikandi
Anti-Jepun.
Jauh pada dekad 1920-an lagi, gadis yang dihargai bagaikan mutiara
bersinar dalam satu keluarga agak kaya di Setiawan, Perak, telah
menyertai gerakan antiJepun dan menerima cita-cita revolusioner
semasa bersekolah. Rakan sekampung, teman sekolah dan kawan
seperjuangan Ong Boon Hua (Chin Peng), Eng Min Ching selepas
kelulusan sekolah, segera menceburkan diri ke dalam pergerakan
revolusioner. Ia bertindak bagaikan helang mengembangkan sayap
berterbang menyongsong ribut taufan, bersusah payah menuju ke puncak
cita-cita di seberang sana. Beliau telah mengharungi ujian perjuangan
pelbagai masa seperti sebelum perang Pasifik, perang anti-Jepun, masa
aman, perang anti-British dan perang dalam negeri, mewujudkan
perdamaian. Dengan ini beliaulah seorang serikandi terulung dan
terbilang, beliaulah kebanggaan wanita Malaya/Malaysia.
Pada
masa sebelum Jepun menceroboh Malaya, Eng Min Ching telah menyertai
aktiviti Kesatuan Sokongan Belakang bagi Anti-Musuh anjuran Parti
Komunis Malaya (PKM). Hujung tahun 1941, Jepun menceroboh Malaya,
tentera British berundur terus-menerus kerana kalah di bawah
serangan tentera Jepun, 15 Februari 1942, seratus ribu tentera
Beritish di Singapura menyerah diri dan seluruh Malaya diduduki oleh
Jepun. Maka PKM mendirikan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (AMCJA),
memimpin rakyat melancarkan perang anti-Jepun. Ketika Rejimen Ke-5
Tentera Anti-Jepun didirikan di Chemor, Perak, Markas Besar Rejimen
melantik Setiausaha Jawaatankuasa Bandar Ipoh, Eng Min Ching
menyandang Wakil Parti (iaitu Komisar Politik) bagi Kompeni Teladan
yang secara langsung di bawah Markas Besar. Kemudian dipindah tugas
sebagai Setiausaha Kawasan Chemor dan Sungai Siput. Dan dipindah
lagi sebagai Setiausaha Kawasan Tanjung Tualang, pertubuhan massa dan
perjuangan anti-Jepun di kawasan itu berkembang pesat di bawah
pimpinannya. Namun malang tak berbau, pada masa fajar mula
menyingsing bagi perang anti-Jepun, di dalam sebuah rumah desa,
beliau terjebak dalam kepungan tentera Jepun, lalu jatuh ke dalam
tangan musuh. Di dala penjara Fasis Jepun, beliau menderita dan
menahan segala macam seksaan kejam setan Jepun, luka-luka dan
lebam-lebam meliputi sekujur badan, tetapi tekadnya tetap membaja,
memperlihatkan sifat sejati seorang serikandi, pendirian
revolusionernya mutlak tidak goyah. Dengan semnangat revolusioner
yang teguh dan berkobar-kobar beliau menggalakkan para rakan
sepenjara agar memperteguh keyakinan, melancarkan perjuangan terhadap
musuh. Dengan manifestasi menonjolnya dalam masa anti-Jepun, beliau
telah dihadiahi gelaran mulia Serikandi
Anti-Jepun
dalam satu persidangan antarabangsa bagi wanita yang berlansung di
Beijing, China,
15
Ogos 1945, Jepun kalah perang dan menyerah kalah tanpa syarat. AMCJA
menang dan bergerak keluar dan masuk mengawal keselamatan di
bandar-bandar, Eng Min Ching keluar dari penjara secara mulia. PKM
melantik beliau menyandang wakil PKM untuk Pejabat PKM Perak. 3
September, tentera British datang mendarat, bertapak semula dan
mendirikan Pentadbiran Tentera British (BMA), beliau menyandang juga
wakil PKM dalam BMA. Pejabat PKM menubuhkan pasukan propaganda yang
terdiri dari anggota Melayu, Cina dan India, beliau memimpin pasukan
propaganda bergerak ke serata tempat Perak, mendiayahkan polisi dan
pendirian PKM, menjalin barisan persatuan dengan pelbagai kalangan,
dengan ini membantu penubuhan dan perkembangan pertubuhan massa
seperti kesatuan sekerja, persatuan tani, liga pemuda demokrasi baru,
persatuan wanita dan sebagainya. Kemudian, PKM mengurangkan pejabat
kepada dua pejabat di Kuala Lumpur dan Singapura, beliau menyandang
wakil Pejabat PKM Singapura.
20
Jun 1948, kerajaan penjajah mengumumkan Darurat dan mengharamkan PKM
dan semua parti yang memperjuangkan kemerdekaan. Maka PKM dengan
tedas dan gigih mengangkat senjata dan mendirikan Tentera Pembebasan
Nasional Malaya (TPNM), memimpin rakyat melancarkan perang
anti-British. Eng Min Ching berundur ke Rejimen Ke-4 di negeri Johor,
kemudian beredar ke negeri Pahang, menyandang Ketua Bahagian Politik
Rejimen Ke-6.
Tahun
1963, Jawatankuasa Pusat PKM dan Markas Agung TPNM mengarahkan
pasukan induk Rejimen Ke-10 memulakan peredaran strategi, berjalan
jauh (long-march) ke utara. Chin Peng melantik Eng Min Ching sebagai
Penghubung, bertanggungjawab perhubungan dengan Jawatankuasa Pusat
dan berhubung dengan organisasi parti dan pasukan tempatan, bagi
menjamin kelancaran peredaran Rejimen Ke-10. Ini merupakan titik
balik kerjaya revolusinya, sejak itu beliau telah menjalin pengikatan
erat-erat yang kekal dengan pasukan dan pergerakan revolusioner
Melayu.
Penghujung
tahun 1954, Rejimen Ke-10 tiba di kawasan sempadan Malaya-Thailand,
dan membuka basis gerila di sektor timur sempadan, Eng Min Ching
menjadi ahli Markas Besar Rejimen Ke-10 dan pembantu kanan kepada
Komisar Politik Rejimen Ke-10, Abdullah C. D. Dalam proses bertugas
dan perjuangan bersama hubungan mereka berkembang dari rakan
seperjuangan karib kepada pasangan revolusioner, dan nama Islamnya
Suriani Abdullah. Pada 1975, malangnya Abdullah C. D, termakan
makanan dibubuh racun oleh spai musuh dan sakit parah sehingga tak
mampu bertugas, maka dalam tempoh itu Surianilah bertanggungjawab
memimpin pelbagai tugasan dalaman dan luaran Rejimen Ke-10,
menjayakan tugas secara cemerlang, terus hingga ketika kesihatan
Abdullah C. D. beransur pulih dan sanggup bertugas.
Dalam
Rejimen Ke-10, Suriani berpegang teguh pada pandangan bangsa yang
tepat untuk menunaikan tugas beratnya. Saya menyaksikan amalannya
kerana selepas perundingan Baling, januari 1956, Chin Peng
memindahkan saya ke Rejimen Ke-10,ketika
bertugas di Rejimen Ke-10, Suriani yang memimpin saya, beliau
menjelaskan saya tentang betapa pentingnya memahami sejarah, agama,
budaya, adat istiadat, psikologi dan prinsip perpaduan dengan
komrad-komrad Melayu dan sebagainya. Beliau mengamalkan sendiri semua
prinsip itu, bersepadu sepenuhnya dengan semua komrad Melayu, dan
langgam unggulnya memimpin dan mempersatupadukan semua komrad Melayu
itu, maka ia mendapat penghormatan dan sokongan mendalam dari semua
komrad Melayu.
Dalam
beberapa tahun keadaan revolusi berada dalma pasang surut selepas
perundingan Baling, beliau bekerjasama dengan Abdullah C. D.,
membereskan kerja dan aktiviti politik, tentera, ideologi, rekreasi
budaya, sukan dan sebagainya, sekali gus juga mengatur penyusun massa
membuka tapak baru, regu-regu pengeluaran bercucuk tanam dan
menternak ayam itik bagi menambah baik kehidupan. Beliau menjalankan
kerja pemikiran secara halus dengan bawahan, mendengar aduan dan
rungutan mereka, membantu mereka menyelesaikan kesukaran, mereka
menganggapnya sebagai ibu yang boleh meluhkan suka dan duka. Oleh
itu, organisasi Rejimen Ke-10 cukup sempurna, bukan saja tidak timbul
kekeliruan fikiran, tiada orang mengundurkan diri, malahan tapak
basis kukuh dan ada perkembangan. Sebab itulah Sekolah Parti Utara
Malaya pertama diselenggarakan di dalam pasukan induk Rejimen Ke-10,
dan dalam upacara tamat pelajaran telah mengumumkan Pedoman Baru
“Pertahankan Perjuangan secara aktif, memperkembangkan perjuangan
selangkah demi selangkah”, dan inilah permulaan pemulihan semula
revolusi di kawasan sempadan dan dalam negeri. Sejak itu, pasukan dan
basis Rejimen Ke-10 berkembang dan membesar terus-menerus, dan,
banyak kali menghancurkan serangan tentera dan kepung basmi musuh,
sehingga akhirnya menandatangani Persetujuan Damai Hadyai.
Setelah
penandatanganan Persetujuan Damai Hadyai, bekas Rejimen Ke-10 membina
Kampung Perdamaian Sukhirin di Naratiwat, Selatan Thailand. Suriani
mencurahkan perhatian kepada pembinaan dan kehidupan kampung.
Kemudian beliau bersama Abdullah C. D. balik melawat sanak saudara
dan rakan-rakan di tanah air Malaysia, selepas melawat tanah tumpah
darah mereka di Perak, mereka telah diberi kehormatan, iaitu Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah
(Almarhum) berkenan menerima mereka mengadap.
Kampung
Perdamaian Sukhirin menjadi fokus individu amnya dan orang Melayu
khasnya yang ingin menyelidiki sejarah, menerusi lawatan dan temu
ramah mesra, mereka telah memahami orang-orang sebenar, kisah sebenar
dan banyak tinggalan sejarah yang disaksikan, apabila membandingkan
kesemua itu dengan fitnah-fitnah apa yang disebut “pengganas”,
satu kontras/perbezaan amat ketara segera muncul, dan kesimpulan
ditarik secara spontan bahawa UMNOlah yang menipu mereka. Seorang
aktivis sejarah lisan, Aziz, mengubah namanya kepada Aziz Suriani
sebagai tanda hormat kerana terharu setelah memahami kisah Suriani
menceburkan diri ke dalam perjuangan anti-fasis Jepun pada masa gadis
jelita 17 tahun, dan kisah dialami Suriani dalam Rejimen Ke-10. Dari
ini nampaklah betapa glamornya.
Dinihari
21 Mac 2013, ahli Jawatankuasa Pusat PKM, pimpinan bekas Rejimen
Ke-10 Tentera Rakyat, Suriani Abdullah, 89 tahun, meninggal di
Kampung Perdamaian Sukhirin. Selepas berita sedih itu tersiar, para
rakan seperjuangan, individu pelbagai kalangan dan pertubuhan
bersahabat terus-menerus menyampaikan takziah melahirkan rasa
dukacita mendalam atas pemergiannya.
Jenazah
Almarhumah Suriani Abdullah disemadikan di tanah perkuburan Kampung
Perdamaian Sukhirin. Pada 29 April 2013, Warga Kampung Perdamaian
Sukhirin mengadakan majlis tahlil dan memanjat doa sempena 40 hari
pemergian seorang pemimpin sekaligus sebagai ibu, almarhumah Suriani
Abdullah @ Eng Ming Ching.
Ulasan