Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2015

Suriani Abdullah — Serikandi Terulung

Eng Min Ching alias Suriani Abdullah, seorang perintis revolusi wanita negara kita yang meraih gelaran mulia Serikandi Anti-Jepun . Jauh pada dekad 1920-an lagi, gadis yang dihargai bagaikan mutiara bersinar dalam satu keluarga agak kaya di Setiawan, Perak, telah menyertai gerakan antiJepun dan menerima cita-cita revolusioner semasa bersekolah. Rakan sekampung, teman sekolah dan kawan seperjuangan Ong Boon Hua (Chin Peng), Eng Min Ching selepas kelulusan sekolah, segera menceburkan diri ke dalam pergerakan revolusioner. Ia bertindak bagaikan helang mengembangkan sayap berterbang menyongsong ribut taufan, bersusah payah menuju ke puncak cita-cita di seberang sana. Beliau telah mengharungi ujian perjuangan pelbagai masa seperti sebelum perang Pasifik, perang anti-Jepun, masa aman, perang anti-British dan perang dalam negeri, mewujudkan perdamaian. Dengan ini beliaulah seorang serikandi terulung dan terbilang, beliaulah kebanggaan wanita Malaya/Malaysia. Pada masa sebelum Jepun menc