UCAPAN WAKIL RAKAN SEPERJUANGAN DARI SARAWAK DAN SABAH
(Terjemahan ucapan Kawan. Yu Chin Lik wakil rakan seperjuangan dari Negeri Sarawak dan Sabah Malaysia Timur dalam majlis memperingati ulang tahun ke-25 penantanganan persetujuan damai Hadyai)
![]() |
Kawan Yu Chin Lik sedang menyampaikan ucapan |
Di sini saya mewakili sahabat
handai seperjuangan dari Sarawak dan Sabah ingin memberi kehormatan dan ucapkan
terima kasih kepada pihak terbabit kerana memberi peluang kepada kami untuk
menghadiri perhimpunan malam ini supaya kami boleh menyaksikan upacara
perhimpunan Memperingati Ulangtahun Ke-25 Penantatanganan Persetujuan Damai Hadyai dan sempena Upacara pengumuman Jawatan Kuasa Kerja Pertama Persatuan
Perdamaian Thai.
Yang dimaklum umum, dari
tahun 1930 para perajurit atau pejuang daripada berbilang kaum di Malaya
berjuang dengan bersungguh-sungguh untuk menentang pemerintahan penjajah Inggeris dan pemerentahan ketenteraan Jepun.
Dari tahun 1948 keitka
darurat di Malaya diisytiharkan pejuang-pejuang atau perajurit-perajurit dari
rakyat berbilang kaum di Malaya terpaksa melancarkan peperangan secara gerila. Mereka gagah berani dan banyak Perajurit telah terkorban pada
masa itu. Mereka adalah Patriot atau pahlawan berjuang untuk mencapai merdeka
negara kita.
Tahun 1955 Perundingan
Baling telah gagal kerana di
bawah dalang penjajah Inggeris. Maka terpakasalah Parti Komunis Malaya
bersama pasukan bersenjata mereka berundur ke sempadan Negeri Thai dan Malaya
untuk berlanjutkan perjuangan mereka. Sejarah telah rakamkan dalam
perkembangannya sumbangan dan jasa Parti Komunis Malaya membimbing rakyat
Malaya dalam peperangan menentang penjajahan Inggeris untuk mencapai merdekaan itu memang tidak boleh dimansuhkan.
Perjanjian Perdamaian yang
ditandatangani pada 2hb Disember 1989 adalah suatu kehormatan dan keinginan di
antara kedua-dua pihak. Seperti 25 tahun
dahulu Jeneral Thai Tan Dri Gen. Chaovalit sebagai tuan rumah dalam Perhimpunan Upacara Penandatanganan Perjanjian
Perdamaian pernah berkata:“ Hari ini ialah hari kehormatan dan paling bermakna
bagi Negara Malaysia, Parti Komunis Malaya dan Negara Thai. Ia akan dirakamkan
dalam sejarah dunia membabitkan pencapaian keamanan dan perdamaian di antara
kedua-dua pihak. Keamanan dan Perdamaian ini sebenarnya diperlukan oleh
perkembangan sejarah dan keinginan rakyat. Dan juga berkebaikan dan kepentingan
untuk mengekalkan kestabilan dan pertumbuhan bagi sesebuah negara. Kami fahami
perjanjian perdamaian di Hadyai ini berteraskan semangat persefahaman dan
bersifat bertolak-ansur di antara dua pihak. Kehormatan penandatanganan
perjanjian perdamaian ini telah mencapai ke tahap adil dan saksama bagi
kedua-dua pihak. Ia akan merupakan suatu contoh yang baik bagi mana-mana pihak
di wilayah Asia ini”.
Berikutan pada tahun 1990
kami, Tentera Rakyat Kalimantan Utara juga telah menandatangani perjanjian
perdamaian di Negeri Sarawak dengan Kerajaan Malaysia, maka di dua-dua kawasan
ini dalam lingkungan Malaysia termasuk wilayah Semenanjung Malaysia dan
Malaysia Timur tidak wujud gerakan
revolusi bersenjata lagi.
Akan tetapi barang sesiapa
yang bersifat adil dan saksama dan bersemangat untuk membebaskan negara dan
rakyat kita memang tidak lupakan sejarah ini dan pengajarannya. Kami percaya
landasan perjuangan kami memang berbelit-belit bukan senang dan penuh
dengan kesusahan dan kerumitan. Dan kami
yakin bahawa negara kita hendak pertumbuhan dan pembangunan, rakyatnya ingin
perubahan dan kemajuan jadi mereka akan terus-mererus meneroka landasan untuk
berjuang!
Sekian dan terima kasih!
Harapkan para hadirin bersejahtera dan sihat wal afiat.
Ulasan