TINJAUN SEMULA TENTANG PERSETUJUAN DAMAI HADYAI
Tinjauan Semula Tentang
Persetujuan Damai Hadyai
—— Memperingati Ulang Tahun
Ke-25 Penandatanganan Perjanjian
** Afandi **
Hari ulang tahun ke-25 penandatangan Persetujuan Damai Hadyai
jatuh pada 2 Disember 2014. Perjanjian damai tiga pihak ini ditandatangani pada
2 Disember 1989 di Hotel Lee Garden Hadyai, Thailand. Upacaranya penuh istiadat
dan kemegahan luar biasa, diperhatikan pelbagai pihak dan media sedunia. Persetujuan
ini mendatangkan perdamaian dan keamanan kepada negara kita dan selatan Thailand,
mengakhiri perang yang telah berlanjutan selama 41 tahun. Perang ini bermula
setelah kerajaan penjajah British mengumumkan Darurat pada pertengahan Jun 1948.
Di pihak British adalah perang penjajahan, manakala di pihak Parti Komunis
Malaya (PKM) dan rakyat adalah perang pembebasan nasional. Semasa Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957,
British memindahkan kekuasaan ke tangan kerajaan yang dipupuknya, menyebabkan perang
itu merobah menjadi perang saudara, berterusan hingga selepas penandatanganan
persetujuan damai.
![]() |
majlis memperingati ulangtahun ke-25 penandatanganan Hadyai yang diselenggarakan oleh bekas perajurit yang menetap di Thailand pada 2 Disember 2014 di Hotel Lee Gardens Plaza, Hadyai |
Penandatanganan persetujuan damai ini berbaloi
diperingati, kerana ia mendatangkan keamanan. Jika tiada keamanan begini,
kerajaan Malaysia dan Thailand sudah pasti akan menghabiskan perbelanjaan
tentera yang amat besar, askar dan rakyat jelata akan mengalami kemalangan yang
teruk, banyak daerah tidak dapat dimajukan, sehingga menimbulkan kesukaran
ekonomi, juga tiada keamanan bagi kehidupan rakyat. Setelah keamanan dicapai,
semua daerah pedalaman dapat dimajukann bagi menambah kemakmuran ekonomi adalah
buktinya. Cuma kemakmuran ini merobah menjadi kemelesetan setelah krisis kewangan
Asia pada 1997. Berfikir dari sudut ekonomi dan kehidupan rakyat itulah
kerajaan kedua-dua negara ingin
mengadakan perundingan tiga pihak secara sama rata, dan mencapai perdamaian
secara terhormat bersama PKM. Hasil yang didatangkan dari perdamaian ini dinikmati
pihak berkuasa, kalangan perdagangan dan perindustrian serta rakyat semua
kalangan. Fakta ini tidak dapat dinafikan sesiapapun.
Oleh itu, semua pihak yang menandatangani persetujuan itu
mesti menghormati dan menunaikannya. Akan tetapi, selama 25 tahun ini, bagi
pihak Thailand, boleh dikatakan pada asasnya menunaikan persetujuan dengan
sangat baik; bagi pihak PKM juga sentiasa mentaati persetujuan, langsung tiada
hal yang melanggar persetujuan; tetapi apa yang sangat dikesali kerana pihak
kerajaan Malaysia tidak menunaikan sepenuhnya persetujuan itu. Terdapat
beberapa langkah tidak adil terhadap bekas Tentera Rakyat, kemudian ada pembetulan
tertentu setelah bantahan diajukan, tetapi yang paling tidak adil adalah
melanggar persetujuan, mengaibkan martabat peribadi Chin Peng dengan cara
memfitnah, menolak semua permohonan munasabahnya berupa perasaan umum insan
biasa, seperti kembali ke tanah air, melawat sanak saudara dan menziarahi pusara
ibu bapanya di tanah tumpah darahnya, dan sebagainya. Malahan setelah pemergiannya
abu jenazahnya dilarang bawa balik ke tanah tumpah darahnya. Perbuatan itu
telah menyangkal sama sekali hak asasi manusia yang sewajarnya bagi Chin Peng
yang berjasa menjayakan dan selaku seorang daripada penandatangan utama
persetujuan, dan di dalam upacara penandatanganan telah berikrar taat setia
pada Yang di Pertuan Agong dan negara.
“Perdamaian sejati tidak seharusnya hanya tiada perbuatan
menggawatkan; tetapi juga seharusnya berkeadilan (justice).” Ini adalah
tafsiran dari pemimpin gerakan hak asasi manusia Amerika Syarikat yang juga
pemenang Hadiah Keamanan Nobel,Martin
Luther King pada 1964. Keadilan yang ditafsirkannya itu bermakna adil dan
saksama. Jadi, tidak menunaikan persetujuan bererti memungkiri keadilan. Menurut
kelaziman antarabangsa, penukaran apa-apa kerajaan pun mesti menunaikan persetujuan
yang ditandatangani kerajaan dulu. Nasihat ikhlas kepada kerajaan, harus
pertimbangkan bahawa kerajaan semua negeri sedunia akan memerhatikan kebolehpercayaan
suatu kerajaan menunaikan persetujuan, dengan ini menentukan keyakinannya
terhadap kerajaan negara itu.
Bandingan antara Perundingan Baling dengan Perundingan
Phuket
Cara perbandingan adalah kaedah baik untuk memahami
sesuatu objek atau perkara. Jadi, membandingkan Perundingan Baling dan
Perundingan Phuket yang berlainan sama sekali kesudahannya, akan mencapai
pengertian lebih jelas tentang kejayaan Perundingan Phuket dan makna
Persetujuan Damai Hadyai.
(1) Perundingan Baling
Pada tahun 1955, penjajah British telah mengalami hentaman
teruk di dalam perang penjajahan selama 7 tahun lebih, akibat peperangan
berturut-turut ini menyebabkan ia menghabiskan amat banyak keuntungan tukaran
asing yang diperolehnya di tanah jajahan ini untuk perbelanjaan tentera yang
amat besar, menghadapi kehilangan dan kesukaran bertubi-tubi. Kerana adanya
galakan pertempuran-pertempuran gagah berani Tentera Pembebasan Nasional,
rakyat Malaya rata-rata menuntut perdamaian dan kemerdekaan diwujudkan. Oleh
yang demikian, demi meredakan keadaan itu, pihak penjajah terpaksa mengumumkan
penubuhan kerajaan sendiri, dan mengadakan pilihan raya pada September. Perikatan
UMNO, MCA dan MIC menang, Tuanku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri; di
Singapura pula Davic Marshall dari Barisan Buruh terpilih menjadi Ketua
Menteri. Atas matlamat peribadinya Tuanku Abdul Rahman main tipu helah
menyambut pendapat umum, berubah dari menolak kepada menerima usul PKM untuk
berunding. Di pihak penjajah British pula, ia terpaksa pada lahirnya bersetuju
perundingan Tuanku Abdul Rahman dengan PKM, namun hakikatnya hendak memaksa PKM
menyerah diri. Sebenarnya Tuanku Abdul Rahman langsung tiada kuasa membuat
keputusan, Davic Marshall pula tak payah disebutlah. Oleh itu, Tuanku adalah dalam
keadaan terkekang dan mendukung kehendak penjajah British berunding dengan PKM.
Chin Peng dan Rashid Maidin telah menceritakan fakta seorang pegawai Ingelis
memanipulasi alat rakaman dalam satu bilik yang telah dilihat oleh Chen Tian.
Rakaman perundingan itu mesti dihantar ke Kuala Lumpur untuk disemak oleh
Governer Persekutuan Malaya dan markas besar tentera British. Faktor-faktor
inilah membuatkan Tuanku memaksa PKM menyerah diri dan perundingan pasti
berakhir dengan kebuntuan.
Di pihak PKM: Organ Jawatankuasa Pusat dan kekuatan utama
Rejimen Ke-10 beredar ke basis gerila di utara kawasan sempadan, masih ada
pasukan-pasukan tertentu di dalam negeri, total kekuatan kira-kira dua ribu. Di
aspek pertempuran pertahanan, serang hendap dan kelengkapan senjata bertaraf
agak baik, tetapi jauh dari taraf pada dekad 1980-an. Di segi alat dan kubu
pertahanan ada kemudahan-kemudahan yang diperlukan, tetapi tidak selengkap dekad
1980-an. Teknik menyimpan bahan makanan dan barangan baru bermula saja dan
tiada simpanan bahan makanan untuk mempertahankan perjuangan jangka panjang,
berdepan dengan banyak kesukaran, dan sebagainya, dan sebagainya. Malahan, pada
tahun 1955, di bawah suasana perdamaian yang timbul dari kempen Majlis
Pergerakan Perdamaian Sedunia dan suasana perdamaian yang timbul dari
Persidangan Bandong, dan di bawah tekanan harus
mengakhiri perjuangan bersenjata yang dikemukakan dalam Pendapat
Bertulis Bersama Parti Komunis Soviet Union dan Parti Komunis China itu. Maka
PKM mengeluarkan surat/kenyataan Wu Xing pada Mei, setelah mengatasi beberapa
halangan, barulah pihak lawan bersetuju mengadakan rundingan. PKM adalah secara
pasif mengutus wakil pergi menemui pihak lawan, melalui perbincangan beberapa
kali barulah dapat menetapkan perundingan Baling 28-29 Disember itu, Chin Peng
mengetuai perwakilan pergi menghadiri perundingan dengan membawa tekanan dan
merempuh marabahaya.
Dalam proses perundingan Baling, berdepan dengan kerenah Tuanku
Abdul Rahman dan lain-lain yang mencerca secara agresif dan cuba memaksa PKM
menyerah diri itu, Chin Peng telah bertempik keberangan: “Kami mutlak tidak
akan membenarkan orang lain memaksa kami membuang kepercayaan”, “kami mutlak
tidak akan menyerah diri walaupun berjuang sehingga seorang yang terakhir” .Pada
aspek lain, Chin Peng telah menggesa Tuanku Abdul Rahman pergi memperjuangkan
kuasa kawalan keselamatan dalam negeri (iaitu kawalan ke atas polis dan
tentera) dan kemerdekaan, setelah kemerdekaan dicapai, boleh berunding lagi dan
meletakkan senjata. Akan tetapi, Tuanku Abdul Rahman pergi ke London berunding
dan membawa balik kemerdekaan 31 Ogos 1957, ia telah memungkiri janjinya. Ia
enggan berunding lagi dengan PKM, dan meneruskan perang cetusan penjajah
British, menyebabkan perang merobah menjadi perang dalam negeri, sehingga
penandatanganan persetujuan damai pada 2 Disember 1989, barulah berakhir.
(2)
Perundingan Damai
Phuket
Pertama, Perundingan Damai Phuket berbeza sama sekali
dengan Perundingan Damai Baling, ia adalah perundingan tiga pihak antara PKM
dengan kerajaan Malaysia dan dengan kerajaan Thailand, manakala pihak Thailand
selaku pengantara dan pengakusaksi. Semua pihak telah menerima pengalaman dan
pengajaran kegagalan Perundingan Baling, tempoh perundingan tidak terhad,
masalah-masalah berkenaan boleh bertimbang lebih lanjut dan dirunding kemudian,
menerusi perbahasan dan rundingan secara sama rata untuk mencapai persetujuan
yang boleh diterima semua pihak.
Kedua, yang lebih penting lagi, dengan pengalaman
berpuluh-puluh tahunnya, pihak Thailand telah menyedari bahawa adalah mustahil
dapat menghapuskan PKM dengan kekerasan bersenjata (lihat ulasan Jeneral Kitti
Ratanachaya), maka setelah mendapat berita tentang PKM,lalu berazam mendapatkan PKM untuk berunding, dan rela
mengakhiri perang dengan syarat adil dan munasabah. Setelah Ah Su adakan
pertemuan dengan wakil pihak Thailand, ia pun membantu Ah Su pergi memberi
taklimat kepada Chin Peng, agar boleh mengadakan perundingan peringkat tinggi
untuk menyelesaikan masalah. Ketetapan sedemikian telah menyebabkan pihak
Malaysia berada dalam kedudukan pasif dan tidak menguntungkan.
Ketiga, perundingan kali ini bukan diambil inisiatif oleh
PKM, melainkan adalah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir telah mendapat maklumat
bahawa PKM boleh mengakhiri perang melalui perundingan, ia bergegas melalui
berbagai-bagai jurusan mencari PKM untuk berunding. Menurut penyataan Datuk
Rahim Nor dan Datuk Yao Kong yow dari sudut ketenteraan dan ekonomi, rasa
mereka, puluhan juta bahkan ribuan juta ringgit dihabiskan untuk memerangi komunis,
hanyalah mendapat keselamatan sahaja. Oleh itu mereka merujukkan usul kepada
Tun Mahathir, agar berunding dengan PKM. Namun jika ditinjau dari sudut politik
secara lebih mendalam, sebab utamanya kerana Tun Mahathir menghadapi banyak
kesukaran, umpamanya persengketaan dalamannya menyebabkan UMNO menyerpih pada
awal 1988, UMNO diharamkan oleh hakim mahkamah, terpaksa mendaftar sebagai UMNO
Baru, manakala Tengku Razaleigh Hamzah pula menubuhkan parti Semangat 46.
Tindakan balas Tun Mahathir menyingkirkan Ketua Hakim Negara Tun Mohamad Salleh
Abas, dan mengurangkan bidang kuasa Yang di Pertuan Agong, telah menimbulkan
krisis kehakiman dan krisis perlembagaan, dan sebaginya. Maka ia rasa ia
terdesak dan ingin sekali mencari jalan untuk melepaskan diri dari kesukaran.
Di satu segi, ia melalui Timbalannya, Ghafar Baba menghantar wakil mendapatkan
Abdullah C. D. dan mengadakan perundingan peringkat rendah dengan perwakilan
Rejimen Ke-10. Di segi lain, ia bergambar bersama Datuk Datok Yau Kong Yew sebagai
bukti dan pergi ke Thailand mencari hubungan PKM, kemudian pergi ke Hong Kong,
melalui Robert Kuok Hock Nien ke China menghubungi Chin Peng, mengemukakan agar
perundingan peringkat tinggi diadakan. Lalu Chin Peng menghantar Ah Yan
(Zainun) bertemu dengan Datuk Yau. Pada awal Disember 1988, Datok Yau bersama
Zainun tiba di Bangkok, Thailand, untuk berunding dengan pihak Thailand tentang
urusan perundingan peringkat tinggi.
Keempat, pihak PKM. Setelah mengharungi masa sukar dan
lemah semangat bertahun-tahun setelah Perundingan Baling, pada pertengahan
1962, Pedoman Baru “teguh meneruskan perjuangan secara proaktif dan
mengembangkannya selangkah demi selangkah”, mulai memulihkan, memperkukuh dan
meluaskan basis kawasan sempadan dan memperbesarkan pasukan, serta menghantar
Pasukan Penggempur mara ke selatan memulikan perjuangan di dalam negeri dan
sebagainya. Biarpun pada dekad 1970-an telah terjadi peristiwa di mana
ketua-ketua kumpulan Yijiang dan kumpulan Zhang Zhongmin membelot, main siasah
berkomplot untuk memperdaya bawahan, berpecah dari PKM, lalu serpihan itu
mendirikan Parti Komuis Malaysia. Kemudian pada 1987, Yijiang yang mula bertindak
sewenang-wenang dan buat keputusan sendiri,bergegas keluar menyerah diri, membuatkan Zhang Zhongmin
terdesak dan terpaksa keluar dari hutan pada April ..... (Lihat muka 215-227
memoir Qiuzhen dalam bahasa Cina.). Namun, bagaimanapun, pada dekad 1980-an,
basis PKM telah cukup kukuh, sungguhpun kekuatan anggota tidak setanding masa
Perundingan Baling, tak sampai 1200 orang. Akan tetapi, taraf teknik dan taktik
tentera dan kelengkapan senjata pasukan telah amat meningkat, telah menguasai
teknik-teknik menembak pesawat terbang dan perang periuk api, alat-alat
pertahanan dan teknik membuat terowong telah lebih sempurna, teknik menyimpan
bahan makanan dan barang-barang di bawah tanah dan menjamin mutunya lama sudah
disempurnakan, telah menyimpan bahan makanan dan barang-barang yang boleh
mempertahankan perjuangan selama 20 tahun, dan sebagainya. Dengan adanya faktor
ini, semua ke sekian kali “kepung basmi” dan serangan besar-besaran dari pihak
Thailand maupun dari pihak Malaysia, telah berakhir dengan kegagalan kerana
serangan balas pihak PKM. Fakta-faktanya dirumuskan sebagai berikut: Semua ke sekian
kali serangan ke atas pasukan Rejimen Ke-10, pasukan Kawasan Khas, Pasukan Khas
Kawasan Campuran dan pasukan Rejimen Ke-12, telah berkesudahan mengalami
kehilangan besar. Inilah sebagai asas kesimpulan “Mustahil boleh menghapuskan
PKM dengan kekerasan bersenjata.” Ini juga membuktikan hujah berikut tidak
berasas: Seorang yang mendakwa dirinya pengarang mengkaji masalah PKM, dalam
tulisannya mengenai riwayat hidup Chin Peng, selepas kata-kata memuji, pada
akhirnya ditonjolkan kesimpulan mengatakan PKM di kawasan sempadan
“tercungap-cungap berada di ambang maut” ; dan seorang yang disebutnya kiri itu
mengatakan PKM hanya menjadikannya sebagai “chip untuk tawar-menawar” dalam
perundingan saja. Hujah itu cuba meremehkan PKM dan makna Persetujuan Damai
Hadyai.
Makna Perundingan Phuket dan Persetujuan Damai Hadyai
Pada tahun 1988, menerusi perundingan peringkat rendah
antara wakil pihak Malaysia dengan wakil Abdullah C.D. dari Rejimen Ke-10, dan
perundingan wakil Pasukan Khas DCCUM, Huang Sheng dengn wakil pihak Thailand,
lalu Ah Su keluar berunding dengan pihak Tailand, dan kerajaan Thailand
membantu Ah Su pergi membuat taklimat perundingan kepada Chin Peng, agar PKM
bersetuju. Dengan ini peraturan perundingan peringkat tinggi di Phuket barulah
ditetapkan pada awal 1989. Perundingan Phuket berlangsung sebanyak lima
pusingan. Pusingan pertama ditarik tirai permulaan pada 2 Mac, terus hingga
pusingan kelima yang mencapai persetujuan secara asas pada awal November,
melalui masa panjang selama delapan bulan. Dalam perundingan pusingan ke-3 pada
pertengahan Mei, telah timbul pertikaian hangat dan sengit, puncanya adalah
pihak Malaysia berdegil hendak menahan orang pihak kami. Namun pihak kami
bertegas menolaknya, bertengkar sehingga pihak Malaysia ambil keputusan
menghentikan perundingan sementara. Namun pihak kami tetap tak gentar,
menghadapi ancaman itu dengan sikap tenang, malahan menyatakan secara serius
bahawa jika hendak meneruskan perang, pihak kami sanggup mempertahankannya 20
tahun lagi. Perundingan ditangguhkan selama 5 bulan. Dalam tempoh itu, pihak
lawan mengambil pelbagai langkah termasuk serangan ke atas pihak PKM, tetapi
PKM tetap teguh bertahan dan langsung tidak berganjak. Maka dalam keadaan tiada
jalan lain melainkan berunding semula itu, pihak Malaysia secara inisiatif
mengajak PKM berunding semula. Dengan adanya pengajaran itu, perundingan pusingan
ke-4 telah berjalan lancar, dengan mudah telah mencapai persetujuan asas.
Seterusnya adalah pusingan ke-5 pada awal November, di mana Chin Peng datang di
Phuket untuk membuat keputusan terakhir bagi persetujuan, kemudian memasuki
peringkat mendraf dokumen-dokumen persetujuan. Dokumen itu merangkumi
Pengumuman Bersama, dua dokumen dalam persetujuan Kerajaan Thailand dengan PKM
dan dua dokumen dalam persetujuan kerajaan Malaysia dengan PKM, pada umumnya
disebut Persetujuan Damai Hadyai.
Upacara penandatangan Persetujuan Damai Hadyai
berlangsung dengan penuh istiadat megah di Hotel Lee Garden Hadyai, Thailand
pada 2 Disember 1989. Persetujuan itu ditandatangani oleh wakil-wakil
ketiga-tiga pihak disaksikan oleh para hadirin dan media pelbagai negeri sedunia,
sudah tentu terefektif undang-undang yang diiktiraf antarabangsa.
1-: Persetujuan Menghentikan Gerakan Bersenjata dalam
Wilayah Thailand dan Memo Persefahaman antara kerajaan Thailand dengan PKM
Terma utamanya termasuk terma yang jelas melindungi hak
bekas Tentera Rakyat, antara lain yang terpenting menetapkan “dalam semua
kenyataan sama ada secara lisan atau bertulis, tidak menggunakan kata-kata
bersifat mengumpat seperti ‘menyerah diri’ atau ‘berkompromi’.” “Memberi kad pengenalan kepada bekas Tentera
Rakyat”, “memperoleh kewarganegaraan Thailand ......atau dokumen imigran,
supaya mereka boleh meniekmati hak undang-undang yang wajar” dan sebagainya.
Boleh dikatakan bahawa penghuni Kampung Perdamaian dan Kampung Persahabatan di
Thailand adalah memiliki kewarganegaraan Thailand di bawah naungan persetujuan
kerajaan Thailand dengan PKM.
(Catatan*1:Terma 3
persetujuan kerajaan Thailand dengan PKM sebagai berikut: (3. Markas Operasi Keselamatan Dalaman Kawasan
Keempat dan pihak berkuasa berkenaan akan:
Mengumumkan bahawa PKM menghentikan gerakan bersenjata di wilayah Thailand
adalah satu tindakan rasional, bahkan tidak menggunakan kata-kata memfitnah
seperti ‘menyerah diri’ , ‘berkompromi’ dan sebagainya di dalam kenyataan
secara lisan atau bertulis. Memberikan kad pengenalan kepada bekas Tentera
Rakyat yang pernah memiliki kewarganegaraan Thailand, dan melalui langkah yang
secocok dengan tuntutan dan syarat pihak rasmi, supaya mereka dalam kerakyatan
negara lain dan ingin tinggal di Thailand itu memperoleh kewarganegaraan
Thailand atau sijil imigran, supaya mereka menikmati hak undang-undang yang
wajar. Dalam masa prosedur undang-undang tersebut itu, semua ahli diberi sijil
hak bergerak. Bekas Tentera Rakyat Malaya dijamin hak memiliki harta benda
secara sah sama seperti warganegara Thailand.”
2-: Persetujuan kerajaan Malaysia dan PKM tentang
Menghentikan Konfrontasi dan Peraturan Pentadbiran
Terma utama sebagai berikut: antara lain suatu terma
jelas menetapkan: “Selepas ini, kenyataan akhbar dikeluarkan apa-apa pihak pun
mesti berdasarkan semangat persetujuan, tidak boleh menggunakan kata-kata
bersifat memfitnah seperti ‘menyerah diri beramai-ramai’ dan ‘kompromi’.” (Bagaimana terma ini dicapai boleh lihat Episod Perundingan
Damai Phuket yang Jarang Diketahui)Tentang perlindungan
dan keselamatan personal, selain dari hak bermastautin dan kehidupan aman,
ditetapkan juga “kerajaan tidak akan mengenakan Akta Keselamatan (ISA) 1960
atau apa-apa undang-undang lainnya ke atas mereka kerana kegiatan mereka yang
berkaitan dengan PKM dalam masa dahulu itu.”
“Bekas Tentera Rakyat yang kembali (ke tanah air), pemeriksaan masuk
tidak akan mengambil apa-apa cara yang menimbulkan kejengkelan.” Tentang
kewarganegaraan dan kad pengenalan, hak dan kewajipan juga ada terma yang
jelas. Ketetapan tentang berpolitik termaktub “boleh menyertai aktiviti politik
secara bebas termasuk membentuk parti politik di dalam skop undang-undang dan
perlembagaan Persekutuan Malaysia.”
Bahkan, dalam proses perundingan, wakil-wakil PKM
membentangkan fakta-fakta sejarah Anti-Jepun dan Anti-British yang dilancarkan
oleh PKM, menghujah dengan membentangkan bukti-bukti kukuh tak terbantahkan,
sehingga pihak kerajaan Malaysia berjnji membebaskan tahanan politik, dan ketua
perwakilannya Datuk Rahim Nor membacakan kenyataan bertulis yang berbunyi:
“Malaysia tidak menafikan atau mempertikaikan bakti PKM kepada kemerdekaan.
Adapun setakat mana baktinya, .....terpulanglah kepada ahli sejarah.” Implikasi
kenyataan ini tidak boleh diabaikan, kerana ini bermakna kami telah diberi hak bersuara
perihal sejarah. (Lihat muka 438, My Side of History.)
Jelaslah, perundingan tersebut itu melalui proses
perbahasan dan perjuangan selama 8 bulan. Persetujuan Damai Hadyai yang dicapai
dengan perdamaian secara terhormat semua pihak itu, semua perkara termanya jelas
dan efektif, adil dan munasabah, tidak boleh tidak dilaksanakan. Hasil ini
dicapai melalui perwakilan PKM di bawah pimpinan Chin Peng berusaha siang
berganti malam, memerah otak, berjerih lelah dan cekal berjuang dalam
perundingan. Wahai pencapaiannya sungguh tidak mudah! Adalah baik jua satu bandingan
diambil, iaitu ketua-ketua Parti Komunis Malaysia turun dari gunung. Menurut
cerita dalam memoir Qiuzhen, bahawa Yijiang adalah “mengakhiri usahanya secara
rahsia” dan “membawa kawan-kawan Kompeni Ke-5 keluar menyerah diri” . Manakala
Zhang Zhongmin pula, ia “dipandu oleh Yijiang” pergi “bertemu dengan Menteri
Dalam Negeri Thailand ......”, kemudian “membentuk perwakilan keluar untuk
berunding......”. Ini memang lebih baik daripada Yijiang bergelaran “komander
merah” itu, dan perundingannya mencapai persetujuan atas 8 perkara, terdapat
perkara yang adil dan munasabah. Namun, persetujuan itu tiada upacara penandatanganan
secara rasmi, tiada efektif undang-undang. Lihat lagi perihal berungding dengan
pegawai kerajaan Malaysia. Yijiang langsung tidak peduli hal-hal lian, manakala
Zhang Zhongmin dan Qiuzhen hanya setelah turun dari gunung barulah pergi
mendapatkan pegawai kerajaan Malaysia untuk berunding. Cuba tanya, ketika itu
ada apa modal lagi bagi mereka berunding. Jadi, “Dalam perundingan, pegawai
kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa anasir komunis yang kembali (ke Malaysia)
mesti menerima ‘pengubahan/transformasi’, ini adalah dasar kerajaan”. Walaupun
mereka ada kemukakan seharusnya kesalahan berlalu diampuni dan tidak boleh ditahan
dan sebagainya, namun “pegawai kerajaan Malaysia bertegas ‘pengubahan’ mesti
dilaksanakan. Begitulah kesudahannya.”
Lihatlah, betapa cuai lalainya kerja mereka,lantas memperlakukan masalah hak dan kesejahteraan
bawahan mereka sama seperti main-mainan kanak (Lihat muka 217-225 memoir
Qiuzhen dalam bahasa Cina). Segalanya mudah dan jelas apabila perbandingan
dibuat.
Bagi negara kita, sejak hari penandatanganannya
Persetujuan Damai Hadyai telah direkodkan ke dalam lembaran bab sejarah. Dokumen-dokumen
yang diarkibkan ketiga-tiga pihak itu tidak ternafikan sesiapapun. Perkara-perkara
atau termanya harus ditaati dan ditunaikan ketiga-tiga pihak, tidak boleh
memungkirinya.
Dokumen-dokumen rujukan
(1) Pengumuman Bersama tiga pihak
(2) Empat dokumen Persetujuan Damai Hadyai
(3) My Side of Histor (Chin Peng)
(4) Memoir Abdullah C. D.
(5) Memoir Kehidupan Perang Gerila 40 Tahun: Qiuzhen
Ulasan